BAB 23
PS: THANKS FOR READING.. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT KAT SEMUA YANG SUDI BACA TAKDIR CINTA.. MAYBE NI ENTRY LAST YANG NAD UPDATE KAT SINI.. DOAKAN TC AKAN MUNCUL DALAM VERSI CETAK. MAAF ATAS KEKURANGAN.. TQ GUYS ;)
Adam
Syafiq mula bekerja pada hari ini setelah lebih dua minggu bercuti. Walaupun dia bekerja di syarikat bapanya
sendiri tetapi dia tidak mahu meninggalkan tanggungjawab dan kerjanya kepada
orang lain. Baginya walaupun sudah
berumah tangga, segala kerja di pejabat harus di ambil kira.
Pagi-pagi lagi Umairah sudah turun ke dapur
membantu mak Temah menyediakan sarapan pagi.
Nasi goreng kampung, terlur separuh masak, roti bakar dan teh o panas di
sediakan untuk suami tercinta. Mak Temah
pula menyediakan makan yang lebih di gemari ibu mertuanya. Fresh orange dan buah-buahan sudah menjadi
menu wajib ketika bersarapan.
Usai menyediakan sarapan, Umairah bergegas
ke bilik. Tangannya ligat mencapai
kemeja yang sudah siap di gosok dan diberikan kepada suaminya yang baru sahaja
keluar dari bilik mandi.
“Thanks sayang.” Satu kucupan di hadiahkan
di pipi Umairah. Bangga Adam Syafiq
mempunyai isteri yang sentiasa menjaga keperluannya
“Tengahari nanti abang balik makan tak?”
Tanya Umairah sambil membantu Adam membutangkan bajunya.
“Tak tahu lagilah sayang. Kalau sempat
abang balik. Kerja kat pejabat tu dah
bertimbun dah tu.”
“Kalau abang balik, bagitahu saya ya?”
“InshaAllah, kalau abang balik abang
beritahu sayang. Hurmm, abang sebenarnya
berat hati nak tinggalkan sayang.”
“Laaa, kenapa pula?”
“Yelah, dah lebih dua minggu kita
sama-sama. Hari ni nak kena kerja
pula. Selalu tu boleh di katakan dua
puluh empat jam sayang ada depan mata abang.”
“Nak buat macam mana, kan abang dah kena
kerja.”
“Memanglah abang dah start kerja. Habis, kalau abang rindu dekat sayang macam
mana?” sengaja Adam Syafiq membuat suara menggoda.
“Abang ni mengada-ngada tau.” Satu cubitan
hinggap di lengan Adam Syafiq.
“Laaa, dia kata kita mengada-ngada
pula? Sampai hati sayang. Kita cakap nanti kita rindu, dia cubit kita
pula. Sedihnya. Rasa macam nak terjun kebawah je.” Adam Syafiq berpura-pura sedih.
“Dah tu abang mengada sangat. Bukannya tak jumpa dah lepas ni. Tak lama pun abang pergi kerja tu. Petang karang abang balik, boleh jumpa saya
lagi.”
“Yelah, orang tu dah tak sayang kita
dah. Tak kisah pun kalau kita tak
ada. Dia bukan nak rindu kat kita
pun. Kita je yang rindu dia. Yelah, siapalah kita ni kan?”
“Dah lah tu bang. Dah pukul lapan dah ni. Mama dengan papa mesti dah tunggu kat meja
makan. Jom la kita turun sarapan.”
Belum pun sempat Umairah melangkah merapati
pintu tangannya di tarik sehingga dia terdorong ke belakang hingga melekap ke
tubuh Adam Syafiq. Tubuhnya dipeluk
pelahan. Wajah Adam Syafiq di benamkan
di bahu kanan isterinya.
“I will miss you sayang.”Bisik Adam Syafiq
pelahan. Tangannya masih tidak lepas
dari memeluk tubuh genit isterinya.
Entah kenapa dia merasakan berat meninggalkan Umairah walaupun hanya
sekejap.
“I will miss you too abang.”
“Abang tak nak pergi kerjalah hari
ni.” Adam Syafiq meluahkan rasa hati.
“Jangan macam tu. Kalau abang lambat masuk kerja. Nanti lagi banyak kerja yang tertangguh. Bila banyak kerja yang tertangguh, mesti
abang tak dapat balik awal. Kan?” Umairah cuba menenangkan hati suaminya.
Adam Syafiq menangguk pelahan. Tubuh isterinya di lepaskan pelahan. Perasaan sayang terhadap gadis itu semakin
hari semakin mendalam.
“Dah lah bang, jom kita turun sarapan. Nanti lewat pula abang pergi kerja.”Tangan
Adam Syafiq di genggam erat dan mereka beriringan ke ruang makan.
Xxxxxxxxxxxxxxxx
“UMAIRAH!”
Laung Datin Maimunah berkali-kali. Terasa sakit tekaknya memanggil menantu yang
satu itu.
Cepat-cepat
Umairah melangkah turun ke ruang tamu apabila namanya di panggil tanpa
henti. Kain telekung yang di pakainya
sebentar tadi di tinggalkan tanpa berlipat.
“Umairah!”
jerit Datin Maimunah lagi.
“Ye
ma. Ada apa?” Jawab Umairah apabila kakinya mula menjejak anak tangga yang
terakhir.
“Kau
ni pekak ke apa? Kau tak dengar ke aku
terlaung-laung panggil kau dari tadi? Sakit
tekak aku ni terjerit-jerit!”
“Maaf
ma. Tadi saya solat.”
“Ah!
Banyak betul alasan kau kan? Jangan nak
belagak baik depan aku. Kalau depan
Datuk kau boleh lah nak tunjuk bagus.
Depan aku tak payah lah. Aku tak
termakan langsung dengan perangai kau yang pura-pura tu.” Datin Umairah
memandang tajam sambil bercekak pinggang.
Umairah
hanya tertunduk memandang lantai. Tidak
sanggup menatap anak mata ibu mertuanya.
Kata-kata pedas ibu mertuanya di biarka sepi. Sabarlah wahai hati.
“Haaa,
siapa suruh kau pandai-pandai petik bunga aku kat luar rumah tu? Ada aku suruh? Kau ingat cantik sangat ke gubahan bunga kau
dalam pasu mahal aku tu?”
Umairah
menelan liur. Pandangannya di alihkan ke
arah bunga mawar segar yang di ambilnya pagi tadi dihalaman rumah.
“Lain
kali, kau jangan nak pandai-pandai sentuh barang dalam rumah ini! Jangan pandai-pandai nak petik-petik bunga
aku kat luar tu! Kau ni sedar sikit, kau
tu meumpang je dalam rumah aku ni. Kalau
dah tahu yang diri tu menumpang, buatlah cara menumpang. Jangan nak jadi tuan rumah pula!” Herdik
Datin Maimunah. Dadanya turun naik
menahan amarah yang masih bersisa.
“Maafkan
saya. Saya janji tak buat lagi ma.”
“Maaf,
maaf! Kau fikir dengan maaf kau tu bunga
aku yang kau dah petik tu boleh tumbuh balik?
Geram betullah aku tengok muka kau dalam rumah ni!”
Mak
Temah yang sedari tadi hanya memerhati segera mendapatkan Datin Maimunah. Luluh hatinya melihat Umairah di herdik
begitu sekali. Besar sangatkah kesalahan
gadis itu?
“Maaf
Datin. Saya yang salah. Bukan Umairah.” Mak Temah memberanikan diri
untuk bersuara.
“Kau
ni kenapa pula? Kau jangan nak
menyibuklah Temah. Ini urusan aku dengan
Umairah.”
“Saya
bukan nak masuk campur tapi memang betul ini salah saya. Umairah minta izin nak petik bunga mawar kat
tepi taman. Saya yang izinkan.”
“Dah! Aku tak nak dengar semua ni. Aku tak peduli siapa yang bagi
kebenaran. Apa yang aku tahu budak
kampung ni yang pergi petik bunga aku kat luar tu!”
“Tapi
datin..”
“Kau
jangan nak masuk campur urusan keluarga aku Temah! Kau pergi masuk sana! Kalau tak aku berhentikan kau kerja. Oh, sekarang ni kau dah pandai nak melawan
cakap aku pula kan? Ini semua mesti
sebab budak kampung ni!”
“Mak
Temah masuklah dalam. Saya yang
salah. Biar saya yang tanggung.” Umairah
bersuara pelahan. Pandangannya sayup melihat
Mak Temah yang cuba mempertahankannya.
“Tapi
Umairah..”
“Aku
kata masuk!!” Lantang suara Datin Maimunah.
Matanya di jegilkan ke arah pembantu rumahnya.
Pelahan-lahan
Mak Temah melangkah masuk ke dalam dapur.
Semahunya dia tidak mahu meninggalkan Umairah yang di herdik
begitu. Kalaulah Datuk Soffian dan Adam
Syafiq ada di rumah ini, sudah tentu Umairah tidak akan di layan sebegitu
rupa. Hatinya jatuh kasihan terhadap
nasib gadis itu. Entah apalah salahnya
si Umairah sehinggakan Datin Maimunah membencinya sebegitu rupa.
“Kau
dengar sini ya budak kampung. Aku tak
suka kau sentuh barang-barang dalam rumah aku.
Ini bukan rumah kau! Kalau kau
rasa kau nak buat juga, kau boleh berambus dari rumah aku! Kau pergi balik rumah kau yang buruk tu. Kau pergi hias bagi cantik! Rumah aku ni biar aku yang uruskan. Aku tak perlukan perempuan macam kau untuk
hias rumah aku. Taste kau tu taste
kampung! Aku nak kau pergi ambil balik
bunga-bunga yang kau hias tadi, kau pergi buang! Kalau kejap lagi ada lagi hiasan buruk kau
dalam rumah ni. Nahas kau aku kerjakan!”
Jerkah Datin Maimunah sambil berlalu meninggalkan Umairah yang masih berdiri
memandang lantai.
Xxxxxxxxxxxxxxxx
Umairah
menarik satu-persatu bunga mawar keluar dari pasu yang sudah siap di gubah
olehnya pagi tadi. Air matanya mula
gugur tanpa dapat di tahan. Perasaan
sedih menyucuk-nyucuk hatinya.
“Umairah,
biar mak Temah yang uruskan benda ni.”
Mendegar
suara mak Temah di belakangnya, Umairah segera menyeka air mata. Dia tidak mahu mak Temah tahu yang dia sedih
di perlakukan begitu. Nak pula, di
herdik ibu mertua sendiri.
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Datin Maimunah di pandang jahat oleh
pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumah agam ini.
“Eh,
tak apalah mak Temah. Saya boleh buat
sendiri.” Tolak Umairah sopan apabila pasu yang berada di tangannya ingin di
ambil oleh Mak Temah. Wajahnya segera
mempamerkan lagak ceria.
“Hisy,
biarlah mak temah tolong. Umairah pergi
rehat.”
“Tak
nak lah. Saya bosanlah kalau tak ada
buat apa-apa mak temah. Dah lah mak
temah masak. Saya ni dah macam orang
besar pula dalam rumah ni. Tak mahulah.”
“Laaa,
kan Umairah menantu rumah ini. Mak temah
ni dah tentu orang gaji. Memanglah kerja
mak temah mengemas dan memasak semua.”
“Alaaa,
saya ni memantu je pun mak Temah. Saya
bukan majikan. Lagipun, saya dah biasa
buat kerja ni semua. Kalau kat kampung
dulu, banyak benda boleh buat. Sebab tu
kalau tak buat apa-apa rasa bosan pula.”
“Tapi
Umairah tu dah macam majikan mak Temah juga lah. Tak ada bezanya pun. Serba-salah pula mak Temah bila tengok
Umairah sibuk tolong mak temah memasak dan mengemas.”
“Tak
apalah mak Temah. Sikit je pun saya
tolongnya. Lagipun, saya ni dah jadi
isteri orang. Nak tak nak makan minum
suami, saya kena jaga.”
“Erm,
kala dah Umairah kata macam tu. Apa lagi
yang mak Temah nak cakap.”
Umairah
hanya membalas kata-kata mak Temah dengan senyuman. Hilang rasa sedihnya bila ada teman
bersembang di dalam rumah ini. Mak Temah
saling tak tumpah seperti ibunya sendiri di kampung. Kasih-sayangnya, keletahnya, sikapnya yang
perihatin memang persis ibunya.
“Umi, Umairah rindukan umi.” Bisik hati
kecil Umairah.
“Mak Temah minta maaf fasal hal tadi.” Wajah Mak Temah kelihatan sayu memandang
Umairah yang masih sibuk mengeluarkan bunga-bunga mawar dari dalam pasu.
“Laa, kenapa pula nak minta maaf? Ini semua bukan salah mak Temah pun. Ini salah saya. Gatal tangan pergi petik bunga yang mama
tanam kat luar rumah. Dah tu tak minta
izin mama. Memang padanlah dengan muka
saya mak temah. Sendiri yang cari penyakit.”
“Tapi kalau bukan mak Temah yang cakap
boleh tadi, tentu Umairah tak kena marah sampai macam tu sekali. Mak temah pun tak tahu yang datin akan
marah. Sebelum ni, dia juga yang kata
kalau nak ambil bunga tu, ambillah. Mak
Temah minta maaf sangat-sangat Umairah.
Kalau mak Temah tahu jadi mcam ni, mak Temah takkan pandai-pandai nak
buat keputusan sendiri.” Mak Temah masih menyalahkan dirinya.
Umairah mengambil tempat duduk bersebelahan
dengan Mak Temah. Jemari tua itu di
usapnya pelahan-lahan bagi menghalau perasaan bersalah yang bersarang di hati
tua itu. sungguh sedikit pun dia tidak
menyalahkan wanita tua itu.
“Demi Allah, mak temah. Saya tak salahkan mak temah dalam hal
ini. Ini semua memang salah saya. Dah lah mak temah. Tak mahulah macam ni. Cuba senyum sikit. Haaa, macam tulah, baru comel.”
Mak Temah tersenyum melihat keletah Umairah
yang ceria. Perasaan bersalah juga
sedikit demi sedikit mula hilang.
“Mak Temah, saya naik bilik dulu ye? Lupa pula, telekung tu tak berlipat
lagi. Kejap lagi abang dah nak
balik. Nanti dia penat-penat balik kerja
tengok bilik bersepah pula dengan telekung yang tak berlipat. Lagi bertambah letih pula dia.” Kata Umairah
setelah siap mengeluarkan bunga-bunga dari dalam pasu.
“Haaa, tak apalah. Umairah naiklah dulu. Mak temah pun nak masuk ke bilik. Nak mandi.
Badan ni dah bau belacan.” Tertawa Umariah di buatnya apabila melihat
memek muka mak Temah seolah-olah menahan muntah.
“Bunga ni Umairah ambil ye mak temah? Nak buang rasa sayang pula. Bunga ni pun segar lagi ni.”
“Ambil je lah Umariah. Kalau di buang pun sayang. Pergi bawak masuk ke bilik bunga tu. Untung-untung boleh hias bilik Umairah. Boleh jadi macam bilik pengantin baru.” Usik
mak Temah.
“Tak adanya pengantin baru mak Temah. Sekarang ni dah jadi pengantin lama. Umairah naik dulu ya.” Kata Umairah sambil
melangkah ke bilik sambil memegang kuntuman bunga mawar yang pelbagai warna.