TAKDIR CINTA
BAB 15
Balqis seakan tidak percaya tatkala membaca
kad jemputan perkahwinan yang baru diberikan oleh ibunya. Kad
perkahwinan itu di baca berkali-kali.
Adakah dia tersilap baca atau matanya yang rabun? Kad perkahwinan berwarna turquoise yang di
sulami ukiran emas di tatapnya untuk entah yang keberapa kalinya. Di bacanya butiran itu satu persatu.
UTUSAN RAJA
SEHARI
Bismillahirrahmanirrahim
Datuk Soffian
Bin Haji Awang
&
Datin Maimunah
Binti Jusoh
Dengan segala hormanya menjemput
Tan Seri/Puan Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Ke majlis
resepsi perkahwinan putera kami
Adam Syafiq Bin DAtuk Soffian
Dengan
pasangannya
Umairah Binti Zulkarnain
Meraikan pertemuan dua hati mendirikan istana kasih
Pada sabtu, 20hb Oktober 2012
Semoga dengan kehadiran dan doa rstu para tetamu akan
menyerikan lagi majlis kami sera mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T Terima kaish dan wasalam.
Bagai
mahu di siat-siat sahaja kad undangan perkahwinan itu. Balqis terus berlari memasuki kamarnya. Segala yang ada berhampiran dengannya saat
itu semua di lemparkan ke diding.
Tingkah bagai di rasuk syaitan.
Mana mungkin dia menerima kenyataan yang Adam Syafiq akan bernikah
seminggu lagi.
“Macam mana kau boleh nak berkahwin dengan orang lain? Bukankah kau tu memang untuk aku? Kenapa mesti kau kahwin dengan orang lain?
Kau untuk aku!! Bukan untuk orang lain!!! ”jeritan Balqis bergema di seluruh
biliknya.
Di balingnya pula pasu bunga perhiasan yang
berada di atas mejanya ke lantai. Hancur
berkecai dan bertaburan serpihaan kaca pasu itu di atas lantai. Walau seteruk mana pun bertaburnya kaca di
atas lantai itu, tetap tidak sama seperti mana berkecai hancur segala impiannya
untuk memiliki Adam Syafiq.
Ya, dari kecil lagi dia sudah menaruh hati
terhadap pada itu. Tidak kah sekali pun
Adam dapat melihat rasa cintanya terhadap Adam Syafiq? Apakah dia buta atau dia memang sengaja tidak
mahu tahu tentang perasaan itu? Mana
janji Datin Maimunah yang ingin menjadikan dirinya sebagai menantu? Mana?!
Balqis menagis teresak-esak di sudut tepi
katil. Tidak sanggup dia menerima
kenyataan yang Adam Syafiq akan menjadi milik orang lain. Siapakah gadis yang bisa menambat hati Adam
Syafiq? Apa hebatkah si perempuan itu
sehinggakan Adam Syafiq tidak memandang dan membalas cintanya?
Xxxxxxxxxxxxx
Umairah sibuk mengubah barang hantaran untuk di berikan kepada pihak lelaki. Tinggal sedikit sahaja lagi gubahan hantaran itu akan siap. Bukannya tidak ada yang mahu menolong untuk menyiapkan barang hantaran itu, tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sendiri.
Umairah sibuk mengubah barang hantaran untuk di berikan kepada pihak lelaki. Tinggal sedikit sahaja lagi gubahan hantaran itu akan siap. Bukannya tidak ada yang mahu menolong untuk menyiapkan barang hantaran itu, tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sendiri.
Adam Syafiq juga ada memberi pendapat agar
gubahan hantaran itu di siapkan sendiri oleh wedding planner yang telah
di upah, namun Umairah tetap berkeras untuk melakukannya sendiri. Baginya, dia akan merasa lebih puas jika
hantaran-hantaran itu di gubah oleh dirinya sendiri. Lagipun, Adam Syafiq sudah mengeluarkan duit
yang begitu besar jumlahnya untuk membeli segala keperluan hantaran bagi kedua
belah pihak lelaki dan perempuan. Jadi, dia tidak mahu membebankan Adam untuk membayar upah wedding
planner untuk menyiapkan barangan hantaran bagi pihaknya pula.
Ketukan dipintu mengejutkan Umairah. Masakan tidak, jam sudah pun beralih ke angka
dua pagi. Siapa pula yang masih belum
tidur lagi?
Setelah kunci dibuka, wajah Haslinda mula
tersenggul di muka pintu. Senyuman manis
di lemparkan ke arah Umairah. Kakinya mula menapak masuk ke bilik Umairah yang sederhana
besarnya. Bilik yang sudah di penuhi
dengan barang-barang hantaran. Cuma biliknya sahaja yang masih belum di
gubah seperti bilik pengantin
“Tak tidur lagi ke kak?” Soal Umairah sambil tangannya melilit-lilit reben di atas bakul
hantaran.
“Belum lagi. Tadi akak nak
join Umairah, tapi Aliff tu tak mahu tidur lagi. Puas lah akak nak tidurkan dia. Tu
dia dah tidur, baru lah akak senang sikit. Erm, banyak lagi ke yang tak siap lagi?
Meh akak tolong.”
“Dah tak ada apa dah kak. Tinggal
nak hias bakul untuk letak buah-buahan je nanti. Yang lain semua dah siap dah.”
“Oh, yeke? Kalau macam tu
nanti, bilik ni kita hias sama-sama ye?
Umairah dah ada idea ke?” soal Haslinda.
“Tak ada lagi idea nya kak. Umairah ingat nak tiru je dalam majalah pengantin tu. Asal nampak macam bilik pengantin sudah.”
Tawa Umairah.
“Tak apa, nanti akak tolong apa yang patut. Umairah dah sedia nak kahwin? Tak sampai
seminggu lagi Umairah akan jadi isteri orang.
Nanti kalau dah kahwin, Umairah
kena ingat perkahwinan ni ada pasang dan surutnya. Akak harap Umairah dapatlah kawal keadaan,
jangan bagi keadaan tu yang kawal kita. Jaga aib suami. Ikut kehendak suami selagi kena dengan
syariatnya.”
“Ye kak, Umairah akan ingat pesan akak.”
“Haaaa, lagi satu. Benda ni akak nak sangat kongsi dengan
Umairah. Wasiat Rasullullah SAW kepada
Sayidina Alia bin Abi Talib r.a. Dimana baginda
telah bersabada: Dan laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat
jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu susu, cuka, ketumbar
dan epal masam kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari
empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat zuriat. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah
lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”
“Thanks akak. Ini ilmu baru bagi Umairah tau. Seriously, Umairah tak pernah dengar fasal
hal ni.”
“Itu apa yang akak pernah terbaca. Tapi rezeki nak dapatkan zuriat semua tu kan
dari tangan Allah S.W.T. Andai kata
Allah nak beri kita rezeki anak, kita akan dapat anak. Andai
kata kita tak dapat, itu belum rezeki kita.
InsyaAllah, Allah akan beri juga satu hari nanti. Kita usaha dan terus usaha sahaja. Umairah ada plan nak dapatkan anak awal ke?”
“Eh, akak ni. Kahwin pun belum. Akak dah tanya fasal tu.”pipi Umairah mula
berona merah.
“Alaaa, kita-kita je pun. Bukan
ada orang lain. Lagipun awak tu dah nak
kahwin dah. Apa lah yang nak di malukan
sangat tu?” tawa Haslinda.
“Ermmm, kalau boleh Umairah tak nak rancang. Dapat awal lagi bagus. Kalau kita rancang-rancang nanti, takut
lambat pula dapatnya kan? So,
Umairah terima je. Ada rezeki awal,
alhamdulillah. Kalau lambat pun tak apa. Umairah redha.”
“Yang penting kena usaha.
Kalau Umairah nak tips-tips berumah tangga ni. Tanya je dekat akak. Anytime akak boleh jadi cikgu
Umairah.”
Umairah tertawa kecil melihat keletah kakak iparnya. Hubungannya dengan Haslinda bukan lagi
seperti kakak ipar, bahkan sudah seperti kakak kandungnya sendiri. Haslinda yang peramah dan ceria sering menjadi tempat
dia meluahkan perasaan. Syukur dia di
kurniakan kakak ipar sebaik Haslinda.
“Tips berumah tangga yang mana satu tu
kak?”seloroh Umairah.
“Yang mana-mana pun boleh. Akak
memang expert bab berumah tangga ni.
Sebab tu Abang Zafrul tu asyik kena cubit je dengan akak.” Berderai
ketawa Haslinda dan Umairah. Serta-merta
kedua-dua mereka menekup mulut. Takut tawa
mereka menganggu tidur penghuni yang lain.
“Akak ni kan, lawak sungguh lah.
Nanti macam mana lah kan kalau Umairah dah kahwin? Mesti rindu dekat
akak,”
“Ala, biasa lah tu. Bila kita dah kahwin , kita ada komitmen
lain. Banyak benda lagi yang kita akan
fikirkan. Tak
apa, kalau Umairah rindu akak senang je. Pandang bintang, mesti ingat
akak. Sebab akak ni kan cantik macam
bintang.”
“Akak ni perasan betullah. Kalau abang Zafrul dengar ni. Mahu dia gelakkan akak.”
“Eleh, abang Zafrul tu mendengki. Dia tu mana pernah nak puji akak. Susah sangat nak dengar dia puji. Yang selalunya dia dok sakat akak.”
“Itulah yang buat rumah tangga akak manis sentiasa. Gurau senda.
Kan ke? Kalau asyik kena puji,
takut tak ikhlas pula. Tapi kalau dapat
suami yang macam abang Zafrul tu. Sekali
dia puji, memang betul-betul dia maksudkan tu..” Kata-kata Umairah di balas dengan cebikkan
Haslinda.
“Eh, dah lah. Kerja pun dah siapkan? Dah
tak ada apa yang perlu akak tolongkan?
Akak nak masuk bilik dulu lah.
Nak tidur. Awak tu pun, jangan
tidur lambat. Pengantin kena banyak rehat. Kalau tidur lambat, nanti mata sembab. Dah hilang seri pengantin. Nanti orang tengok pengantin mata dah macam
panda.”
“Panda pun comel apa?”
“Comel memang lah comel.
Tapi mata tu dah macam kena tumbuk.”
“Okay juga tu. Tak payah lah
Umairah nak pakai eyeshadow.”
“Amboi dia. Orang cakap
sikit dia berceloteh pula.”
“Siapa yang ajar? Akak juga
kan?” tawa Umairah.
“Eh, dah lah. Kalau akak dok
layan kan Umairah, sampai ke subuh lah tak tidur akak di buatnya. Dah-dah, pergi tidur cepat. Anak dara tak elok tidur lewat. Nanti hilang seri Umairah, pergi dekat akak
pulak. Dah lah akak ni memang
berseri-seri.”
“Yelah kak. Umairah pun dah nak tidur ni. Good nite kak.”
“Good nite too. Sweet
dream bakal pengantin. Jangan mimpi Adam sudah malam ni.” Sempat
lagi Haslinda mengusik sebelum melangkah keluar.
BAB 16
Umairah duduk di
birai katil setelah siap disolek oleh mak andam. Walaupun dia hanya bersolek dengan solekan
yang tipis, namun raut wajahnya tetap berseri-seri. Di pandangnya ke arah jari jemarinya yang
merah di inai malam tadi. Serta merta
dadanya berdegup kencang. Manakan tidak,
sebentar sahaja lagi dia akan di ijab kabulkan dengan lelaki yang tidak di kenalinya
sebelum ini.
Umairah menarik
nafas pelahan. Sungguh dia tidak menyangka, Adam Syafiq lelaki yang pernah
menjadi pelanggan nasi lemaknya bakal menjadi suami pada bila-bila masa sahaja
lagi. Dia tidak pernah menduga yang dia akan di
jodohkan dengan lelaki luar dari Pulau ini.
Apatah lagi lelaki yang datang dari kedudukan yang tinggi dan
berharta. Sungguh dia tidak sangka.
Nun
di ruang tamu dia dapat mendengar hiruk pikuk tetamu dan sedara mara yang
hadir. Betapa meriahnya suasana ketika
itu. Terasa seperti ingin turut serta
bergembira bersama yang lain. Tapi dia
masih waras. Majlis ini untuknya. Masakan dia ingin keluar bemesra bersama
tetamu yang hadir walhal dirinya masih menunggu saat untuk di ijab kabulkan?
Pintu
bilik di kuak pelahan. Zainab melangkah
masuk ke dalam dengan menghadiahkan senyuman ke arah anak perempuannya. Terasa berat untuk melepaskan anak sebaik
Umairah. Tetapi dia redha kerana Umairah
bukan sahaja untuknya. Umairah juga akan
mempunyai kehidupan sendiri selepas begelar isteri.
“Cantiknya
anak umi.” Puji Zainab.
Umairah
hanya tersenyum hambar. Pujian si ibu
tidak dapat menapak di hatinya. Masakan
tidak, perasaan sayu lebih dahulu menerjah ke tangkai hatinya bila terlihatkan wajah ibunya melangkah masuk ke dalam kamarnya. Berat pula rasa hatinya untuk meninggalkan si ibu yang selama ini sentiasa
berada di sampingnya.
“Rombongan
pihak lelaki dah sampai. Kita dah nak mulakan upacara akad nikah. Anak umi dah sedia?” soal Zainab.
Serta
merta degupan jantung Umairah berlari kencang.
Perasaan yang bukan di buat-buat.
Dia pasti semua perempuan yang bakal di ijab kabulkan pasti merasai
perasaan yang sama dengannya tatkala ini.
Dadanya di urut lembut.
Perasaan takut dan gundah jelas terpancar di wajahnya.
“Kenapa sayang?
Umairah takut ye?”Soal Zainab.
Umairah hanya mengangguk pelahan menjawab
pertanyaan Zainab. Tangannya di capai
Zainab. Sejuk. Jelas sekali Umairah sedang takut dan
gementar. Tubuhnya di raih ke dalam dakapan ibu.
“Umairah
jangan takut. Kalau takut, banyakkan
zikir dan doa kepada Allah. Baca doa
penenang hati. Allah S.W.T pernah berfirman: Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan aku perkenankan. Maka doa
penenang hati adalah pemohonan kepada Allah SWT agar menenangkan hati kamu yang
sedang gundah gulana. Jadi, Umairah baca
doa penang hati supaya hati tu tenang dan perasaan takut tu hilang.”Pesan
Zainab.
Seta
merta Umairah membaca doa di dalam hatinya.
Semoga dengan doa ini, Allah akan menenangkan jiwanya dan menghilangkan
perasaan takutnya ketika ini.
“Ya Allah, gantikanlah di tempat
keresahan ini dengan kedamaian,
Di tempat kedukaan dengan kegembiraan
Dan di tempat ketakutan dengan keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gelojak hati ini
dengan salji keyakinan
Dan padamkanlah bara dijiwa dengan air
keimanan
Dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini
dengan kedamaian
Dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir
Ya Allah, halalkanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu
Dan tindakan-tindakan ku yang kelur kepada jalan Mu yang lurus
Dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang
dari jalan Mu kepada hidayah-Mu
Ya Allah, lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran
Dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran,
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu
Dalam keadaan terhina
Ya Allah, lenyapkanlah dukacitaku, hilangkanlah kesedihananku
Sembuhkanlah kesakitanku, dah halaulah keresahan dari jiwaku
Ya Rabb, Ya tuhanku, Daku berlindung kepada_mu
Dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu
Daku tidak meminta tolong melainkan
kepada-Mu
Engkaulah pemelihara ku
Sebaik-baik pelindung dan penolong.
Tangannya di raup ke muka.
Di biarkan tangan itu meraup wajahnya beberapa kali. Kemudian tangan itu beralih ke dadanya. Di pegangnya dada yang berdetak hebat. Semoga hatinya itu tenang dan pergi segala
gundah gulananya.
Pintu biliknya di ketuk dari luar. Haslinda
pula datang masuk ke dalam bilik untuk memanggil Umairah keluar. Upacara akad nikah ingin di adakan sebentar
sahaja lagi. Tangan Umairah di pimpin
melangkah keluar dari kamarnya. Mukanya
di tundukkan. Tidak mampu rasanya
memandang tetamu yang hadir saat ini.
Umairah duduk
bersimpuh di atas bantal bulat yang menjadi alas duduknya. Tangan Haslinda masih lagi di genggam erat
seolah-olah ingin mendapatkan semangat Haslinda sambil mendengar tazkirah yang
di berikan oleh tok kadi denga teliti.
Usai tok kadi
membacakan tazkirah kepada kedua pasang mempelai, Adam Syafiq di minta untuk
melafazkan kalimah dua syahadah dan beberapa rukun nikah. Semuanya dapat dijawab dengan baik dan mendapat pujian
dari tok kadi.
Usai
sesi soal jawab. Tok kadi mula dengan
tugasnya untuk melakukan upacara ijab dan kabul. Zafrul yang merupakan satu-satunya abang
kandung Umairah megambil tempat sebagai wali bagi menggantikan bapanya yang
sudah lama meninggal dunia. Suasana yang
riuh tadi menjadi sepi. Semua mata
memandang ke arah Adam Syafiq.
“Bismillahirrahmanirrahim. Aku Mohammad Zafrul Bin Zulkarnain menikahkan
di kau, Adam Syafiq Bin Datuk Soffian dengan adik perempuanku, Umairah Binti
Zulkarnain dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran.”
“Aku
terima nikahnya Umairah Binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya senaskah
Al-Quran.” Dengan tenang Adam Syafiq
mengucapkan kalimah ijab dan kabul.
“Sah.”kata
Zafrul dan dituruti oleh tetamu dan saksi yang hadir.
Dengan
sekali nafas Umairah sudah bergelar isteri kepada Adam Syafiq. Tidak
semena-mena air mata membasahi pipi Umairah.
Air mata kebahagiaan dan penuh kesyukuran. Sungguh dia tidak menyangka,
perjalanan nikahnya berlangsung dengan mudah dan cepat. Segala pujian di panjatkan pada yang
Esa. Kini dia sudah sah menjadi isteri
kepada Adam Syafiq. Lelaki asing yang
telah pun menjadi suaminya. Adam Syafiq
yang kini menjadi imamnya.
Doa
di bacakan oleh tok kadi dengan suara yang sangat lunak dan bergemersik. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya
hati Umairah ketika mengaminkan setiap lafaz doa itu. Adam Syafiq juga khusyuk mengaminkan doa
begitu juga dengan tetamu yang lain.
Moga rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan bahagia dan di rahmati
Allah SWT.
Usai
doa, Adam berjalan merapati Umairah yang masih tertunduk malu. Dengan pelahan tangan Umairah di raih untuk
di sarungkan sebutir cincin berlian ke jari manisnya dan memaikaikan seutas
gelang tangan emas. Kemudian dia
memegang ubun-ubun Umairah dengan tangan kanan dan melafazkan doa di dalam
hatinya.
“Ya
Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu
daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”
Selepas
itu, tangan Adam Syafiq di raih dan di kucup lembut. Perasaan bahagia mula menyelinap di segala
sudut kamar hati Adam Syafiq. Tidak
semena-mena terus dia teringatkan akan mimpinya sebelum ini. Ya, keadaannya sekarang saling tak tumpah
seperti dalam mimpinya. Cuma yang
berbeza, mereka di nikahkan di rumah milik keluarga Umairah sendiri dan
bukannya di masjid seperti di dalam mimpinya.
Dagu
Umairah di tarik ke atas. Satu kucupan
hinggap di dahi si isteri. Seketika mata
mereka bertentangan. Jantung Adam Syafiq
terus berdetak hebat. Makin menggila
rasanya.
“Eheeemm.. eheeemmm!” Haslinda berdeham
kecil. Cepat-cepat Umairah melarikan
anak matanya. Pipinya mula berona
merah. Malu barangkali.
“Sabar ye pengantin. Dah nikah dah pun. Lepas ni dah boleh main mata puas-puas.”
Seloroh Haslinda
Adam Syafiq hanya tersenyum. Matanya masih melirik ke arah Umairah. Cantik sungguh Umairah ketika ini. Umairah, memang kena dengan namanya. Pabila malu, wajahnya mula berona merah. Di dalam hati Adam Syafiq tidak putus-putus
mengucapkan syukur kerana akhirnya dapat juga dia memilik gadis yang bernama
Umairah. Ya tuhan, terima kasih atas
kurniaan yang tidak terhingga ini.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kenduri majlis perkahwinan mereka juga berlangsung selepas majlis akad nikah di adakan. Sengaja Umairah ingin melakukan kedua-dua upacara pada hari yang sama. Baginya lebih mudah dan tidak banyak kerja.
Kenduri majlis perkahwinan mereka juga berlangsung selepas majlis akad nikah di adakan. Sengaja Umairah ingin melakukan kedua-dua upacara pada hari yang sama. Baginya lebih mudah dan tidak banyak kerja.
Majlis perkahwinan bagi pihak perempuan
hanya berlangsung secara sederhana.
Tiada pelamin untuk bersanding, tiada upacara menepung tawar dan tiada
sesi berkaraoke. Walaupun begitu, majlis
mereka tetap berjalan dengan lancar dan sangat meriah dengan kehadiran tetamu
yang hadir.
Bukannya Umairah katakan tidak boleh
bersanding di atas pelamin. Di dalam islam
juga tidak melarang bersanding selagi majlis persandingan tersebut di buat
secara tertutup iaitu di hadapan keluarga terdekat dan mahram. Namun, masyarakat melayu masih mahu berpegang
kepada adat dengan melakukan majlis persandingan di hadapan orang ramai yang
mana adat itu asalnya datang dari masyarakat india.
“Saya
nak minta diri dulu.” Bisik Umairah setelah ramai tetamu yang beransur pulang.
Dia masih belum melakukan solat zohor sedangkan waktu asar bakal menjelang
tiba.
“Nak
pergi mana?” soal Adam Syafiq.
“Saya
tak solat zohor lagi. Waktu asar pun dah
nak masuk ni. Takut tak sempat pula.”
“Kalau
macam tu, kita solat sama-sama. Saya pun tak solat lagi. Biar saya yang imamkan.” Tangan Umairah di genggam dan di raihnya
pelahan masuk ke dalam rumah.
Adam
Syafiq tersenyum tatkala memegang tangan isterinya. Sejuk.
Mungkin Umairah masih tidak biasa atau mungkin Umairah masih belum
bersedia untuk berkongsi hidup dengannya atau mungkin Umairah masih malu
dengannya? Tak mengapa, lebih baik
begitu dari wanita yang sudah biasa di pegang oleh mana-mana lelaki. Terasa dirinya sungguh bertuah kerana dapat
memiliki gadis itu.
BAB 17
Usai
melakukan solat sunat, Umairah duduk di meja solek. Rambutnya yang panjang mengurai di sikat
dengan rapi. Matanya masih leka melihat
wajah dan penampilannya pada saat ini.
Takut jika penampilannya yang hanya berbaju t-shirt dan berkain batik
tampak buruk di mata suaminya. Almaklumlah,
suaminya bukan calang-calang orang.
Orang bandar dan orang kampung tidak sama cita rasanya. Tambahan pula suaminya anak orang
berada. Entah dia suka atau tidak dengan
penampilan kampungnya.
“Buat apa nak pening kepala Umairah? Baju yang kau pakai pun bukannya baju
buruk. T-shirt baru pula tu.” Bisik
hatinya.
Ketukan
di pintu membuatkan Umairah tidak keruan.
Sudah pulangkah suaminya? Selepas
solat isyak tadi Adam Syafiq memberitahunya untuk pergi ke rumah pak long
Kamaruddin bersama Zafrul. Katanya ingin
berkenal-kenalan dengan saudara mara yang berada di sana.
Segera matanya melirik ke arah jam di
dinding biliknya. Sudah hampir dua belas
setengah malam. Kenapa masa di rasakan sungguh cepat berlalu? Rasanya baru
sahaja dia solat isyak berjemaah bersama.
Tangannya segera mencapai tudung sarung di ampaian pakaian sebelum
berlalu membuka pintu bilik yang berkunci.
Tangan Umairah membuka kunci di bahagian
atas pintu dan kemudian memulas tombol pintu dengan penuh hati-hati. Hatinya mula berdebar-debar. Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan Adam
Syafiq ketika ini. Terasa ngilu pula
ingin berkongsi tempat tidur dengan lelaki di hadapannya kini.
“Assalammualaikum.” Sapa Adam Syafiq sambil
menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
Jantung Umairah berdetak bagai nak gila.
“Waalaikumussalam.” Balas Umairah sambil
menyalami tangan suaminya.
“Umairah tak tidur lagi?” Soal Adam Syafiq
setelah melabuhkan punggungnya di atas katil.
“Belum lagi. Saya baru lepas solat sunat tadi. Encik Adam nak air? Kalau nak, saya boleh buatkan.” Balas Umairah gugup.
“Tak apa. Saya dah minum tadi kat rumah pak long. Umairah, duduk sini kejap.” Kata Adam Syafiq
sambil menepuk tilam di sebelahnya.
Pelahan-lahan Umairah merapati Adam syafiq.
Wajahnya di tundukkan. Tidak mampu pula
dia menatap mata Adam Syafiq yang sedang leka memandangnya. Ya tuhan, panahan mata itu buatkan Umairah
tidak senang duduk. Rasa menggeletar
seluruh tubuhnya.
“Kita dah kahwin. Dah sah jadi suami isteri. Kalau boleh, abang tak nak dengar Umairah
panggil abang dengan panggilan encik Adam.” Nasihat Adam Syafiq yang sudah pun
menukar gelaran saya yang sering di gunakannya kepada abang.
“Boleh Umairah panggil abang dengan gelaran
abang? Abang rasa panggilan tu lebih
manis untuk pasangan suami isteri.”tambah Adam Syafiq.
Umairah mengangguk pelahan. Segan pula bila di tegur begitu. Sungguh dia
malu untuk memulakan panggilan keramat itu.
Adam Syafiq tersenyum melihat keletah isterinya yang masih malu-malu
dengannya. Wajah Umairah sudah berona
merah. Segera tangan Umairah diraih
dalam genggamannya.
“Sayang, abang nak ucapkan terima kasih
sangat sebab sudi jadi isteri abang.
Alhamdulillah, abang bersyukur sangat sebab akhirnya kita dapat bersatu.
Percayalah, abang tak akan mensia-siakan Umairah. Walau apa pun terjadi, walau apa pun badai
yang mendatang abang akan cuba mengatasinya.”
“Abang tak perlu ucapkan terima kasih pada saya. Ini semua kerja Allah SWT. Dia yang satukan kita, dan Dia jugalah yang
buka hati saya untuk terima abang. Bukankah
ajal maut, jodoh dan pertemuan itu semua
di tangan Allah?”
“Itu abang tahu. Tapi abang tetap nak berterima kasih sebab awak
sudi terima abang walaupun awak masih tak kenal siapa abang. Terima kasih sayang.”
“Itu semua tak penting. Apa yang saya tahu, Allah dah tetapkan jodoh saya
dengan abang. Saya tak kisah siapa pun
abang. Bila Allah dah gerakkan hati saya
untuk terima abang, Saya tahu ada kebahagiaan di situ. Terima kasih juga sebab sudi jadikansaya
sebagai isteri abang walaupun saya hanya budak kampung dan tak layak
bergandingan dengan abang.”
“Umairah jangan cakap macam tu. Abang tak
pernah kisah pun Umairah datang dari kampung atau bandar. Sebab abang percaya, kebahagiaan bukan
terletak pada kedudukan dan pangkat seseorang.
Bukan juga dari mana orang itu datang.
Rasullullah SAW pun pernah bersabda: Nikahilah wanita dalam empat
kategori iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana
dia akan menjagamu. Dan kerana itu
jugalah hati abang terpaut pada awak, Umairah.”
Umairah hanya mengangguk pelahan. Memang benar apa yang di sabdakan oleh
Rasullullah SAW. Tapi siapakah dia untuk
meletakkan dirinya di antara keempat-empat kategori itu? Dia bukanlah gadis
yang mempunyai harta. Dia juga bukan lah
gadis cantik dan ilmu agamanya juga bukan lah terlalu bagus. Dia juga masih mencari ilmu dan memerlukan
seorang lelaki yang dapat membantunya dalam agamanya.
Adam
Syafiq menarik dagu Umairah untuk melihatnya.
Rasa sayangnya pada gadis itu makin menjadi-jadi. Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya
ketika ini. Tangan Umairah yang lembut
di usap pelahan dan ubun-ubunnya dikucup lembut. Matanya memandang tepat ke
dalam mata Umairah. Sugguh, sinar
matanya lah yang sering membuat hatinya bergelora. Senyuman di bibirnya jugalah yang membuatkan
tidur malamnya tak lena.
Tubuh
Umairah di raih pelahan ke dalam pelukannya. Perasaan ingin memiliki Umairah sepenuhnya
datang dengan tiba-tiba. Siapa lah dia
untuk menghalang perasaan yang hadir begitu?
Dia adalah lelaki normal yang mempunyai perasaan ingin memiliki dan
nafsunya juga cuma satu iaitu
perempuan. Tidak ada salah dan
dosanya ingin memiliki gadis yang sudah bergelar isteri. Bahkan perbuatan itu merupakan satu ibadah di
sisi Allah SWT.
Umairah menanti tindakan suaminya dengan
penuh debaran. Dalam takut dia cuba memberikan hak yang satu itu kepada
suaminya kerana suamiya memang berhak mendapatkannya. Siapalah dia untuk menidakkan hak itu? Tetapi
perasaan takut dan tidak bersedia masih menguasai dirinya. Tubuhnya kaku tidak memberi reaksi. Tangannya sejuk bila di sentuh suaminya. Sungguh perasaan yang hadir itu tidak di
paksa dan bukan di buat-buat.
Tangan Umairah masih lagi sejuk. Sejuk seperti ais batu. Mungkin gementar dengan tindakan Adam Syafiq. Adam Syafiq mengucup lembut tangan
Umairah. Dia cuba mengalirkan haba bagi
menghangatkan tubuh si isteri yang sejuk seperti di seliputi salji. Umairah
masih seperti tadi. Matanya di
pejamkan. Tubuhnya kaku tidak bereaksi.
Mungkin, Umairah masih takut dan tidak bersedia.
“Kenapa
tangan sayang sejuk? Sejuk macam ais
batu. Umairah takut dengan abang ke?” soal
Adam Syafiq dalam tawa.
“Eh,
tak lah. Mana ada takut. Buat apa nak takut?”
“Yeke
tak takut? Kalau tak takut, kenapa
tangan sayang sejuk semacam je?”
“Eh,
mana ada. Abang ni pandai-pandai je.”
“Tak
apalah. Awak jangan risau. Abang tak akan paksa awak kalau awak belum
bersedia. Umairah tidurlah. Abang nak
solat dulu.”
Umairah
mula dipaut rasa bersalah. Ketara
sangatkah perilakunya? Adam Syafiq yang
berlalu menuju ke bilik air dipandangnya sayu.
Ya tuhan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu dilaknat sepanjang malam. Dia tidak mahu mengecewakan suaminya.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tiak diendahkan
oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu
mendapat kutukan malaikat sehingga ke subuh.
Umairah masih menanti Adam Syafiq
menghabiskan solat sunatnya. Perasaan
bersalah masih bersarang di hatinya. Dia
tidak mahu mengecewakan Adam. Bukankah
dia harus bersikap lebih matang.
“Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa
dah ni sayang.” soal Adam Syafiq
“Maafkan Umairah bang.”
“Laaa, kenapa pula? Tak ada apa lah. Abang tak kisah pun. Banyak lagi masa yang kita boleh habiskan
bersama selepas ini. Bukannya malam ni
je.” Pujuk Adam Syafiq.
“Tapi…”
“Shhh! Tak ada tapi-tapinya. Nafsu bukan sebab utama untuk abang
mengahwini Umairah. Abang sayang kan
Umairah. Dah lah. Jom kita tidur. Esok nak bangun pagi.” Ujar Adam Syafiq
sambil melangkah menutup lampu di kamarnya.
Belum
sempat Adam Syafiq melabuhkan tubuhnya di atas katil, tubuhnya di peluk dari
arah belakang. Terkejut Adam Syafiq
seketika. Dari hujung mataya dia dapat
melihat Umairah memeluknya erat. Di
leraikan rangkulan si isteri dan terus berpaling mengahadapnya. Wajah Umairah
di tarik menghadapnya. Walaupun dalam
gelap, dia masih dapat melihat gadis itu menangis. Tapi mengapa?
Adakah dia telah melukakan hati isterinya?
“Kenapa
ni sayang?”soal Adam Syafiq sambil menyeka air mata si isteri.
“Maafkan
saya bang. saya menidakkan hak
abang. Saya tak nak dilaknat. Saya takut.
Maafkan saya.”
Luluh
hati Adam mendengar pengakuan si isteri. Tangisannya jelas kedengaran dan
benar-benar menyesakkan hatinya. Mana
mungkin dia membiarkan air mata si isteri jatuh di malam perkahwinan mereka. Tubuh
Umairah di rangkulnya kemas. Dibiarkan
Umairah melepaskan tangisannya didada bidangnya. Sungguh dia tidak marahkan Umairah
semata-mata untuk mendapatkan haknya.
Dia faham sekali perasaan gadis seperti Umairah.
“Tak
apa lah sayang. Abang sikit pun tak
marah. Demi Allah, abang tak ambil hati
pun,”
Lambat-lambat
Umairah mengangkat wajahnya. Segera Adam
Syafiq menyeka air mata isterinya dengan kedua belah tangan.
“Maafkan
Umairah bang.” Ujar Umairah lembut.
Adam
Syafiq meletakkan jari telunjuk di atas bibir mungil milik Umairah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu isterinya
meneruskan kata-katanya.
“Abang
sayangkan Umairah. Jangan menangis lagi
ye sayang. Abang tak boleh tengok awak
macam ni.” Lembut suara Adam Syafiq
menyapa.
Tangan kanannya mula membelai dan megusap
pipi Umairah. Kemudian tubuh genit
isterinya di tarik ke dalam rangkulannya.
Umairah membalas dengan erat.
Entah mengapa dia merasa tenang di dalam rangkulan suaminya.
“Lepas ni, kalau boleh abang tak nak tengok
Umairah menangis. Abang tak sanggup nak
tengok perempuan yang abang sayang menitiskan air mata. Abang betul-betul sayangkan awak. Dari saat pertama abang jumpa Umairah sampai
lah ke hari ini. Perasaan tu makin
menjadi-jadi.”
Umairah yang masih di dalam dakapan Adam
Syafiq hanya mendengar luahan hati suaminya itu. Sungguh perakuan Adam Syafiq itu kedengaran
sungguh ikhlas di cuping telinganya.
“Abang nak Umairah tahu yang abang takkan
tinggalkan awak sampai bila-bila. Percayalah, perasaan yang abang rasa sekarang
ni tak pernah abang rasa sebelum ini.
Dan perasaan ini memang wujud setelah abang jumpa Umairah. Abang cintakan Umairah.”
Umairah memandang anak mata Adam Syafiq
untuk mencari kebenaran kata-kata suaminya.
Sungguh Adam Syafiq ikhlas memaksudkan apa yang di perkatakannya. Satu perasaan menyelinap di seluruh ruang
hatinya.
Tudung yang masih membaluti rambut Umairah
di tarik Adam pelahan. Walaupun dalam gelap dia dapat melihat
Umairah kelihatan cantik walaupun tanpa tudung menutupi rambutnya. Adam Syafiq mencium ubun-ubun milik
Umairah. Kucupan yang sungguh lembut dan
sangat menusuk jiwa mana-mana wanita.
Umairah
menarik nafas dalam-dalam. Kucupan
hangat di hadiahkan pula di dahinya.
Wajah mereka semakin dekat sehinggakan desahan nafas Adam Syafiq dapat
di rasainya. Untuk seketika bibir mungil
milik Umairah dibasahi Adam Syafiq. Umairah
hanya membiarkan perlakuan suaminya. Pelukan
Adam Syafiq di balasnya erat. Sungguh
dia mula merasa tenang dengan kehadiran dan tindakan Adam Syafiq. Malam ini biarlah dia menunjukkan rasa
cintanya terhadap lelaki yang bergelar suaminya itu. Sungguh dia mula menyayangi lelaki yang
bernama Adam Syafiq itu.