TAKDIR CINTA
BAB 11
Ketukan
di pintu yang agak kuat mengejutkan Balqis yang sedang lena di buai mimpi. Sakit hatinya bila tidurnya di ganggu. Badannya di pusingkan ke kanan pula. Bantal di capai dan di pekapkan di telinganya
untuk menahan bunyi ketukan pintu yang menggila. Namun, ketukan di pintu makin bertalu-talu.
Balqis
mendengus geram. Bantal yang di
pegangnya di campakkan ke arah pintu seolah-olah mahu melepaskan geram ke arah
orang yang mengetuk pintu biliknya.
Siapakah gerangan orang yang berani mengganggu tidurnya? Ini mesti kerja pembantu rumahnya. Bukannya dia tidak tahu yang Balqis baru sahaja pulang
ke rumah jam lima setengah pagi tadi.
“Nak
apa?” jerkah Balqis setelah membuka pintu.
“Maaf
cik Balqis. Datuk suruh Mak Leha
kejutkan cik Balqis.”
“Isssshhh!
Kau ni tak tahu ke aku ni baru balik pagi tadi?
Kau tak tahu atau buat-buat tak tahu?
Kau tahu kan aku tak suka orang kacau aku tidur! Berapa kali aku nak cakap kat kau haaa? Apa
yang bebal sangat kau ni?” herdik Balqis sambil menunjal-nunjal kepala pembantu
rumahnya.
“Maaf
cik Balqis. Bukan Mak Leha nak ganggu
tidur cik Balqis, tapi Datuk yang suruh Mak Leha kejutkan cik Balqis.”
“Habis??
Kau tak boleh nak bagi tahu bapa aku yang aku ni tengah tidur ke? Kau tak boleh ke nak cakap apa-apa kat
dia? Kau ni memang cari penyakit kan!”
“Maafkan
Mak Leha.”
“Maaf
maaf!! Itu je lah yang kau tahu! Kau ni
memang nak kena ni! Bodoh betul lah
orang tua ni!! Kalau tak menyakitkan
hati aku sehari memang tak sah kan kau ni!”
“Apa
yang bising-bising ni Qis?” soal Datin Faridah.
“Mama
tengok lah orang gaji kesayangan mama ni.
Dah berkali-kali Qis cakap jangan ganggu Qis time Qis tidur. Tapi orang tua ni tak faham-faham bahasa. Bebal agaknya!!”
Mak
Leha hanya mendiamkan diri. Kepalanya
yang di tunjal-tunjal Balqis di biarkan sepi.
Takut dia untuk melawan anak majikannya itu. Tak mengapalah jika dirinya di buat begitu
asalkan dia masih dapat menumpang teduh dan mencari rezeki di rumah ini. Dan di
sebabkan itulah, dia sanggup menerima
herdikan dan segala perbuatan kasar Balqis terhadap dirinya.
“Dah la
tu Qis. Papa suruh Mak Leha kejut Qis
tadi sebab Aunty Mun nak datang sini
kejap lagi. Diorang satu family dah on
the way dah nak datang sini. Nanti aunty
Mun cari Qis, takkan lah mama dan papa nak cakap Qis tidur lagi. Malu lah mama nanti. Dah pukul satu setengah petang tapi anak dara
mama tak tak bangun-bangun lagi.”
“Laaaa,
diorang nak datang sini nak buat apa pula?
Hisssshh!!! Menyibuk betullah!”
“Entah
lah, mana lah mama tahu. Entah-entah
diorang datang nak merisik anak mama yang cantik ni tak?”
“Hissh!
Merepek je mama ni.”
“Manalah
tahu kan? Aunty Mun tu kan suka sangat
dekat Qis.”
“Yeke
ma? Adam? Dia suka dekat Qis tak?” soal Balqis sambil
tersenyum malu. Amarahnya berlalu pergi bila teringatkan Adam Syafiq.
“Mesti
lah suka. Anak mama ni kan cantik. Dah lah, Qis pergi mandi dan bersiap
cepat. Takut diorang dah sampai pula
nanti. Mama turun dulu ye. Jangan lama sangat tau sayang.”
“Okay
ma.” Balas Balqis sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.
“Huh! Perasan sungguh anak beranak ni. Kalau aku jadi Datin Maimunah tu, tak ingin
aku nak bermenantukan perempuan macam kau tu.
Dah lah pemalas, bengis pula tu!
Kalau macam ni lah perangai kau, jangan harap lah nak jadi menantu
sesiapa pun. Jadi hantu boleh lah!” omel
Mak Leha sendirian.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Dah lama sampai?” Soal
Balqis yang baru sahaja turun dari bilik tidurnya. Tangan Datin Maimunah dan Datuk Suffian di
salaminya.
“Eh,
tak lah. Baru je lagi. Qis cantik-cantik ni nak pergi mana?” soal Datin Maimunah riang.
“Issshh,
tak adalah aunty. Qis memang dah biasa
pakai macam ni dekat rumah.” Balas
Balqis sambil mengerling ke arah Adam Syafiq.
Sengaja ingin melihat pandangan lelaki itu. Adakah dia juga melihat kecantikannya?
“Qis memang
macam tu Mun. Dari kecil sampai ke
besar, memang nak melawa je kerja dia.”
“Bagus
lah macam tu. Nanti kalau dah kahwin,
tak adalah suami tu naik sebu tengok dia.
Yelah suami dah lah penat-penat balik kerja, tengok pula isteri dengan muka selebet dan tak
terurus. Suami elok-elok penat sikit
terus jadi lagi rungsing. Tapi kalau ada
isteri macam Qis ni, suami balik kerja penat-penat pun tak terasa
penatnya. Hilang sikit penat suami tu
bila tengok isteri cantik dan tahu urus
diri macam Balqis ni. Ye tak?”
“Isshh,
tak ada lah aunty. Qis biasa-biasa je.”
Balqis mula tersipu-sipu. Matanya masih
lagi melirik ke arah Adam Syafiq.
“Ada ke
orang yang nak buat Balqis ni jadi isteri agaknya Mun? Anak I ni bukannya
cantik pun.”
“Hisssh,
mahunya tak ada. I ni dah lama berkenan
dengan Balqis ni you tahu tak.
Seriously, I suka sangat dengan dia.
Bagi I, Balqis ni dah lah cantik, pandai, sopan pula tu. Kalau boleh memang I nak jadikan dia menantu
I.”
“Kalau
you suka sangat dekat Balqis ni apa tunggu lagi? Kita nikah kan je Qis dengan Adam. Lagipun, diorang dah lama kenal.” Datin Faridah menambah.
“Eh,
you pun tak kisah ke kalau diorang ni kahwin?” Air muka Adam Syafiq mula
berubah bila mendengar kata-kata ibunya, Datin Maimunah. Dahinya berkerut seribu.
“Of
course I suka kalau diorang ni kita kahwinkan.
Balqis tu pun mesti suka dengan idea kita ni.”
“Betul
ke Balqis? Balqis tak kisah kalau aunty
jodohkan Qis dengan Adam?” Waaah,
Seronoklah kita kan kalau dapat jadi behsan?
I ni dah lama sangat nak bermenantukan Balqis ni.”
Datuk
Soffian berdehem kecil. Sengaja ingin
mengingatkan Datin Maimunah tentang percakapannya. Ah, isterinya memang begitu. Bercakap selalu tidak berfikir dahulu. Bukannya dia tidak tahu yang anak mereka,
Adam tidak suka jika isu ini dibangkitkan semula. Sudah terang dan nyata yang Adam memang tidak
inginkan Balqis menjadi isterinya. Jadi,
buat apa lagi jika topik ini di perkatakan?
“Mamaaaaa…”
Adam Syafiq mula bersuara.
“Ai,
Adam pula yang malu-malu? Lelaki zaman
sekarang ni dah terbalik pula ye Mun?
Dia pula yang dah jadi macam perempuan.
Apa orang kata? Malu tapi
mahu? Tak gitu Adam?”
“Eh,
mana Fuad tadi? Tak nampak-nampak pun dari tadi?” Datuk Soffian mencelah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kedua rakan
baik ini meneruskan percakapan mereka.
“Oh,
lupa pula. Fuad tadi ada. Then Tan Sri Othman ajak dia jumpa
sekejap. Nak tak nak terpaksa lah
keluar. Urusan bisness katanya.”
Datuk
Soffian hanya mengangguk pelahan. Faham
dengan keadaan seorang ahli koprat seperti Datuk Fuad. Terpaksa berlari ke sini dan ke sana
semata-mata untuk memanjukan perniagaan sendiri. Ya, dia juga begitu sebelum ini. Mujur Adam ada dan dialah yang selalu
membantu dirinya untuk menguruskan syarikatnya.
“Datin,
makanan dah sedia.” Mak Leha datang
merapati Datin Faridah.
“Sorry
lah Mak Leha, Qis tak tolong Mak Leha
siapkan table. Mesti Mak Leha
penatkan. Tak apa, Mak Leha pergilah
berehat. Biar Qis yang sattle kan
semuanya.” Ujar Balqis sambil mengurut
lembut bahu pembantu rumahnya.
“Bagusnya
lah Balqis ni ye bang. Dah lah cantik,
rajin pula tu. Untungnya lah siapa yang
dapat Balqis ni.”
“Rajin??
Ini semua lakonan Balqis!! Jangan tertipu dengan luarannya. Pandai sungguh kau belakon ye Balqis! Perangai kau memang macam hantu!” jerit Mak
Leha di dalam hati. Sakit hatinya bila
melihat sikap kepura-puraan yang di tunjukkan Balqis.
“Tak
apa lah cik Balqis, Mak Leha dah biasa dah buat semua kerja.”
“Jangan
macam tu Mak Leha. Nanti kalau Mak Leha
sakit siapa yang susah? Qis juga yang
susah tau. Dah lah Mak Leha, pergi rehat
ye.”
“Betul
kata Balqis tu Mak Leha. Pergi lah rehat
dulu. Nanti kalau nak apa-apa saya
panggil kemudian.” Datin Faridah pula
menambah.
“Tapi…”
“Tak
ada tapi-tapi lagi. Now, Mak Leha pergi
rehat dulu ye.”
“Eh,
apa tunggu lagi? Jom kita ke ruang makan.” Pelawa Datin Faridah.
Datin
Maimunah, Datuk Soffian dan Adam Syafiq mula bergerak membontoti Datin Faridah
ke ruang makan. Balqis masih lagi
memeluk dan mengurut-urut lembut bahu pembantu rumahnya. Senyuman manis di lemparkan ke arah Mak Leha
yang masih berdiri membatu.
“Oi
orang tua, kau ni memang sengaja nak cari fasal kan?” Marah Balqis apabila
yang lain sudah meninggalkan mereka
berdua di ruang tamu.
“Maaf
cik Balqis. Mak Leha tak ada niat pun
nak buat cik Balqis marah.”
“Tak
ada niat kepala otak kau! Kalau aku dah
suruh pergi rehat tu, kau pergi je lah.
Tak payah nak melawan pula. Sibuk
pula nak tunjuk rajin depan orang lain.
Kau dengar sini baik-baik ye.
Kalau kau berani nak melawan cakap aku lagi lepas ni, nahas aku kerjakan
kau. Faham?!”
Mak
Leha hanya menganggukkan kepalanya.
Perasaan takut dengan ugutan Balqis jelas terpancar di wajahnya. Walaupun Balqis tidak meninggikan suara
kepadanya, tetapi nada suara amarah Balqis jelas di telinganya. Balqis memang benar-benar marah kepadanya.
“Balqis!
Buat apa lagi kat depan tu? Cepatlah datang sini, orang dah nak makan dah.”
Laung Datin Faridah dari arah ruang makan.
“Ya
maaa! I’m coming!”jerit Balqis dan meningglkan pembantu rumahnya sendirian.