TAKDIR CINTA
BAB 12
“Maaa, kenapa mama ni? Adam
tak suka lah mama cakap macam tadi tu.
Please lah ma. Mama dah janji
dengan Adam hari tu kan?”
“Mama buat apa? Hurmmm?
Adam nak marah-marah mama ni kenapa?” soal Datin Maimunah tanpa rasa
bersalah. Pandangannya di lemparkan ke
luar kereta.
“Adam bukan nak marah mama. Tapi Adam tak suka lah mama buat macam
tadi tu. Berapa kali Adam nak cakap yang Adam tak suka mama nak jodohkan Adam
dengan Balqis. Adam dah ada Umairah.
“Alaaa.. mama
main-main je tadi. Mama tak sangka pula Balqis pun ada hati dengan Adam. Tapi kan, kalau Adam kahwin dengan Balqis pun
apa salahnya. Adam kan lelaki. Lelaki boleh kahwin sampai empat kan? Kalau Balqis jadi yang nombor dua pun apa
salahnya kan?”
“Hisssh! Dah mula dah awak tu. Awak
jangan nak buat kerja gila Mun. Awak
ingat nak ada isteri lebih dari satu ni kerja senang? Banyak benda yang nak di ambil kira. Kalau fakir nak sedap je, alamatnya semua
lelaki nak kahwin empat.”
“Bukan lah macam tu maksud saya.
Adam ni bukannya tak mampu. Kalau
pun dia ada isteri lebih dari dua, dia ada duit dan dia mampu nak tanggung
semua isteri-isteri dia. Jadi apa
salahnya kalau dia nak kahwin lebih dari satu?”
“Kalau nak kira macam tu, saya pun boleh
kahwin lagi satu lah ye? Saya ada duit,
dan saya mampu nak beri isteri-isteri saya makan dan pakai.”
“Amboi orang tua ni. Tak sedar diri ke? Awak tu dah tua bang oi. Rumah dah kata pergi kubur dah kata mari. Ada
hati nak kahwin lagi satu.” Datin Maimunah menjeling tajam ke arah Datuk Soffian.
“Siapa kata saya tua? Saya ni kuat lagi
tahu tak? Nak dapatkan lagi anak lagi
tak ada masalah Mun oi.”
“Ewah-ewah orang tua ni. Ini nak bagi kita naik darah lah ni. Dah tua-tua pula dia nak menggatal. Saya
tak suruh awak yang kahwin Datuk Soffian oi.
Saya cakap dengan Adam. Bukan
awak.”
“Saya pun lelaki kan? Saya pun ada duit, ada harta. Apa salahnya?” usik Datuk Soffian lagi.
“Malas saya nak layan perangai gatal awak
ni lah bang. Makin tua makin menjadi-jadi ye?
Haaa, Adam. Macam mana? Apa pendapat Adam?” Soal Datin Maimunah mula beralih kepada Adam
Syafiq.
“Maaa, macam mana lah mama boleh terfikir nak suruh Adam buat macam
tu? Walaupun Adam mampu, belum tentu
lagi Adam nak kahwin lebih dari satu.”
Adam
Syafiq menggeleng-gelengkan kepalanya pelahan.
Sukar sungguh untuk meramal hati si ibu. Bukankah ibunya sudah setuju untuk dia
berkahwin dengan Umairah? Jadi kenapa
soal ini harus di bangkitkan semula?
“Mama tanya je. Bukan apa, Adam kan mampu. Lagipun, harta-harta papa dan mama akan jadi
hak Adam juga bila kami dah tak ada nanti.
Andai kata satu hari nanti, kalau Adam nak kahwin lebih dari satu pun,
mama sikit pun tak kisah. Nak pula kalau yang nombor dua tu Balqis. Mama tak boleh bayangkan macam mana
seronoknya time tu.”
“Maaa,
Adam ni kahwin pun belum lagi dengan Umairah.
Mama dah sibuk nak suruh Adam kahwin lagi satu. Apa ni ma? Tolong lah ma, Adam merayu dengan
mama. Tolong lah terima keputusan
Adam. Adam tak nak orang lain, Adam nak
Umairah sorang je.”
“Yelah-yelah. Suka Adam lah.
Mama malas nak cakap apa-apa lagi.
Adam nak kahwin dengan siapa pun mama tak kisah.” Rajuk Datin Maimunah.
“Mun, awak ni kalau nak bercakap main ikut sedap mulut je kan? saya dah selalu pesan, kalau nak bercakap tu fikir
dulu. Jangan nak main sebut je. Fikir sikit
perasaan orang lain bila bercakap tu.
Awak tak fakir langsung perasaan anak awak kan? Yang nak berumah tangga tu Adam, bukannya
awak. Jadi biarlah dia yang buat
keputusan dia sendiri.”
“Awak tu, kalau saya ni yang bercakap semuanya salah. Kalau saya ni semuanya lah tak pakai otak,
tak fikirkan perasaan orang lain. Kalau awak anak beranak semuanya bagus lah?
Dah lah, tak kuasa saya nak bertekak dengan awak.. Buat sakit jiwa je.”
“Tak bercakap pun bagus juga.
Tenang sikit jiwa saya ni.”
“Awak memang nak cari fasal dengan saya ye bang?”
“Laaaa, bila pula saya nak cari fasal
dengan awak? Dah awak tu yang kata tak
nak bertekak dengan saya. Saya pun
seronok lah. Saya pun malas nak bergaduh dengan awak. Buang masa saya, buang air liur saya.”
“Hisssshh! Awak ni memang menyakitkan hati betullah!”
“Betul-betul marah nampak?”
“Memang!! Memang saya marah.
Sakit hati saya melayan kerenah orang tua macam awak ni. Boleh sakit
jiwa!”
“Kalau macam tu, awak zikir banyak-banyak. Syaitan ni dia memang suka dengan orang yang tengah
marah. Lebih baik awak banyakkan selawat
dan zikir. Minta syaitan tu jauh sikit
dari awak. Saya dah nampak ada syaitan
gemuk tu duduk dekat sebelah awak. Nak
hasut awak bagi lagi marah lah tu. Cepat
zikir Mun, cepat. Dia dah nak dekat tu.”
Usik Datuk Soffian lagi.
Datin Maimunah mendengus geram. Sakit hatinya melihat keletah suaminya yang sering mempermain-mainkan dirinya.
Datin Maimunah melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap kereta. Geram pula rasanya bila apa yang di perkatakannya
semuanya tidak di terima. Ah, lebih baik
jangan di layan kata-kata Datuk Soffian tadi, makin di fikir makin berduri
hatinya.
BAB 13
Komputer riba di
tolakkan ketepi. Tangannya di
renggangkan untuk mendapatkan sedikit keselesaan. Fail-fail yang bertimbun berselerakan di atas katil di
kemas dan di letakkan di atas mejanya.
Kerja-kerja yang penting sudah pun di bereskan. Hanya perlu diberikan kepada setiausahanya
keesokan hari.
Adam Syafiq melangkah ke balkoni di ruang biliknya. Dibiarkan dada bidangnya yang terdedah tidak berbaju
di sapa angin malam. Matanya melirik ke atas langit melihat bintang-bintang yang
bertaburan di angkasa. Terasa damai
seluruh tangkai hatinya. Ya, itulah
habitnya sejak dari kecil. Melepaskan
pandangan ke arah langit dan memandang bintang-bintang yang bertaburan
disana. Ah, betapa indahnya ciptaan yang
Esa.
Tak semena-mena, wajah Umairah mula manyapa
tubir matanya. Ah, gadis itu tersenyum manis ke arahnya. Lirikan mata dan senyumannya itulah yang bisa
membuatkan Adam tidak keruan. Matanya di pejam, makin rapat pula wajah Umairah hadir
menyapa. Ah, sungguh dia sudah gilakan si Umairah.
Lantas
tangannya mula mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Nombor telefon rumah Umirah di dailnya. Jam di dinding bilik di lirik sekilas. Mujur jarum jam baru melangkah ke angka
sembilan malam.
“Assalammualaikum,
nak cakap dengan siapa?”
“Waalaikumsalam,
boleh saya cakap dengan Umairah?”
“Ya, saya Umairah. Siapa ni?”
“Errrr.. saya Adam. Adam
Syafiq.”suara Adam mula tersekat-sekat.
Bagai nak terjatuh jantungnya tatkala terdengarkan suara Umairah.
“Oh, encik Adam.”
“Maaflah kalau menganggu. Saya telefon ni nak tanya khabar awak. Awak sihat?”
“Alhamdulillah
sihat.”
Adam
Syafiq terdiam. Otaknya ligat mencari
idea untuk meneruskan perbualan. Entah
kenapa lidahnya mejadi kelu bila mendengar suara Umairah. Hatinya mula berlari pecut tanpa henti. Arggggghh!
Kenapa lah susah sangat nak cakap ni?
Bentak hatinya.
“Hari
ahad ni rombongan kami akan datang masuk meminang Umairah. Kami fikir nak langsungkan majlis pertunangan
sekali. Apa pendapat Umairah?”
“Saya tak berani nak cakap.
Nanti saya tanya dekat umi dulu.
Saya sebenarnya kalau boleh tak mahu tunang-tunang. Lagipun itu semuanya adat sahaja. Tapi kalau pihak encik Adam nak langsungkan
majlis pertunangan, saya kena tanya umi dulu.
Sebab kami pun masih belum siapkan apa-apa lagi.” Balas Umairah.
“Awak tak payah lah berencik-encik dengan saya. Rasa formal sangat pula. Dah rasa macam dekat pejabat pula.” Adam Syafiq tertawa kecil. Geli hatinya apabila Umairah masih terus-terusan
memanggilnya dengan gelaran encik.
“Entahlah,
saya tak biasa lagi. Lagipun, kalau saya
tak panggil encik Adam dengan gelaran encik, saya nak panggil apa?”
“Panggil Adam sahaja. Tak
pun, awak boleh panggil saya abang.”
Umairah mengetap
bibirnya. Bisakah dia memanggil Adam
Syafiq seperti yang di kehendakinya?
Memanggil dengan panggilan Adam tampak kurang elok pula. Manakan tidak,
Adam Syafiq kan bakal menjadi imamnya suatu hari nanti? Tetapi untuk memanggilnya dengan gelaran
abang, terlalu awal baginya. Entahlah,
malu pula tiba-tiba perlu menukar gelaran itu.
“InsyaAllah, satu hari nanti saya pasti
akan panggil encik dengan gelaran tu.”itu sahaja yang mampu di ucapkan Umairah.
“Tak
apalah kalau awak dah cakap macam tu. Tak
sabar saya menunggu saat itu.Hurrrm, awak ada pakai handphone tak? Boleh awak bagi saya nombor handphone
awak? Bukan apa, senang saya nak contact
awak kalau ada apa-apa hal. Lagipun,
saya nak tahu keputusan tentang majlis hari ahad ni macam mana.”
“Ada.
012-35454578. Kalau ada apa-apa
nanti, encik Adam boleh lah sms dekat nombor tu. InsyaAllah saya akan balas. Hurmm,
okay lah encik Adam, saya nak masuk tidur dulu.
Nanti ada masa kita sembang lagi ye.
Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Balas Adam Syafiq mengakhiri perbualan mereka.
Adam Syafiq
tersenyum sendiri. Tubuhnya di campakkan ke atas katil. Terasa tenang pula mendengar suara si gadis. Betapa gembira hatinya. Rasa ingin memiliki gadis itu semakin
menjadi-jadi.
“Ya
Allah tak sabar sungguh aku nak menunggu hari ahad ini. Sesungguhnya aku benar-benar inginkan dia
menjadi yang sah bagiku.” Bisik hati Adam Syafiq
xxxxxxxxxxxxxxxx
Umairah
melangkah mendapatkan Puan Zainab yang leka bermain dengan cucu-cucunya. Niat
Adam Syafiq sebentar tadi harus di beritahu kepada Uminya. Dia tidak mahu memandai-mandai dalam membuat
keputusan ini walaupun ini semua berkaitan dengan dirinya.
“Haa, siapa
telefon tadi?” soal Zainab masih leka bermain melayan kerenah Amirah.
“Encik Adam.”
“Adam?
Dia kata apa?” soal Zafrul pula.
“Encik
Adam kata, kalau boleh pihak dia nak buat majlis pertunangan terus hari ahad
ni.” Balas Umairah tanpa memandang ke arah abangnya. Matanya leka melihat keletah anak buahnya.
“Ai? Kenapa nak buat
terus? Dah tak sabar sangat si Adam ni.”seloroh
Zafrul.
“Hissshh!
Ada ke kata macam tu. Mungkin dia nak teruskan sekali harung sahaja. Kan senang.
Tak payah lah dia nak dating dua tiga kali.” Puan Zainab mencelah.
Zafrul hanya tergelak kecil mendengar
kata-kata ibunya. Bukannya dia tidak
faham keadaan Adam sekeluarga. Sudah
tentu dengan cara ini dapat memudahkan pihak mereka. Jimat kos dan jimat masa.
“Zafrul main-main je lah umi.
Zafrul faham. Sengaja nak usik
Umairah ni haa.”
“Apa kena mengena dengan Umairah pula? Tah apa-apa abang ni.”
“Elehhh,
malu-malu pula. Akak dulu time
nak kahwin dengan abang Zafrul ni pun macam Umairah juga. Malu-malu kucing.” Usik Haslinda.
Pipi
Umairah mula merona kemerahan. Malu
apabila dirinya di usik oleh abang dan kakak iparnya.
“Haaa, macam mana umi? Kita
nak langsungkan sekali ke?” soal Zafrul.
“Umi tak kisah. Apa kata tuan punya badan?”
“Umairah
kalau boleh tak nak bertunang mi. Semua
tu kan adat je. Kalau tak buat pun tak
ada salahnya kan?”
“Betul ke kamu tak nak Umairah?
Hilang satu cincin tau.” Usik Zafrul.
“Hisssh abang ni. Ke situ pula dia.”
“Betul Umairah tak nak bertunang?” soal Zainab pula.
“Aah umi. Kalau
bertunang, nak pakai duit lagi. Banyak
kos nya nanti. Umairah tak kisah pun
semua ni. Lagipun, majlis yang akan
datang lebih penting. Itu pun nak
gunakan duit yang banyak. Kalau kita tak buat majlis bertunang, kita
boleh jimat. Duit yang patut guna untuk
majlis bertunang kan kita boleh bawa ke depan.
Kita boleh gunakan masa majlis kenduri kahwin nanti.”
“Amboi! Fikir ke
depan betul adik abang ni ye? Kan bagus
kalau kak Lin pun macam Umairah dulu.
Tak payah lah abang nak cari duit banyak-banyak.” Usikkan Zafrul di
balas dengan cubitan Haslinda.
“Eeh, kita yang
kena? Ohhh, anak dah dua baru nak complain
ye?” satu cubitan hingap di pinggang Zafrul dan membuatkannya terjerit kecil.
“Sudah-sudah lah tu. Haaa kalau macam tu, Umairah beritahu Adam
untuk masuk merisik sahaja dulu. Tak perlu nak hantar rombongan meminang. Takut lambat beritahu nanti, diorang dah
bersiap-siap pula.”
“Yelah umi. Nanti Umairah beritahu encik Adam. Umi, Umairah masuk bilik dulu lah ye. Mata ni dah mengantuk sngat rasanya.”
“Aiiii, awalnya
tidur? Betul ke mengantuk ni
Umairah? Ke nak layan perasaan
sorang-sorang? Almaklumlah, hati orang
tu tengah berbunga. Nak kahwin lah
katakan.” Usik Zafrul.
“Isssh, mana
adalah. Orang betul-betul mengantuk ni.”
Kata Umairah sambil melangkah masuk ke dalam bilik.
“Jangan lupa
beritahu Adam.” Laung Zainab dari arah ruang tamu.
“Baik umi!”
No comments:
Post a Comment