TAKDIR CINTA
BAB 2
Adam Syafiq melangkah masuk ke
dalam masjid dengan berpakaian serba putih dan lengkap bersongkok dan berkain
samping. Langkahnya sangat teratur. Adam Syafiq kelihatan segak dengan berbaju
melayu. Wajahnya terukir senyuman. Senyuman yang bukan dibuat-buat. Senyuman yang paling ikhlas yang pernah
terbit di bibirnya.
Tangannya dihulurkan untuk
berjabat dengan seorang lelaki yang separa usia untuk memulakan akad. Setelah selesai akad dan doa, Adam Syafiq
terus mengambil sebentuk cincin yang dihulurkan kepadanya untuk disarungkan ke
jari manis si isteri. Jari lembut si
isteri yang merah di inai, di pegang lembut, lantas cicin disarungkan ke
jarinya. Jelas kelihatan tahi lalat di
jari manis isterinya ketika dia menyarungkan cinin ke jari runcing itu. Tanpa
berlengah, si isteri terus mengambil tangan Adam Syafiq dan menciumnya lembut.
Adam
Syafiq terasa bahagia sekali. Sungguh
dia tidak menyangka yang akhirnya dia akan menamatkan zaman bujangnya di usia
30 tahun. Belum pun sempat dia ingin
mencuim dahi si isteri, Adam Syafiq terjaga dari lenanya. Ah, mimpi rupanya. Segera dia beristighfar beberapa kali sambil
meraup wajahnya.
“
Ya Allah, adakah sesuatu yang Kau cuba sampaikan padaku? Atau itu Cuma mainan
tidur semata-mata?” desis hati kecil Adam Syafiq.
Kakinya
diatur ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk melakukan solat sunat di
sepertiga malam. Doa dipanjatkan kepada
Allah S.W.T agar dia diberi petunjuk untuk kesulitan yang dialami dan agar
dipertemukan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Usai melakukan solat dan membaca Al-Quran, Adam Syafiq kembali merebahkan
dirinya di atas katil.
******
Jam ditangan Adam Syafiq
menunjukkan pukul 8.30 pagi ketika dia melangkah keluar dari lobi hotel. Kakinya terus melangkah ke arah gerai nasi
lemak semalam. Bau aroma nasi lemak
mengiringi langkah Adam Syafiq yang semakin hampir dengan gerai itu. Nasi lemak daun pisang itu sungguh enak dan
di sebabkan itu jugalah Adam Syafiq sanggup menapak ke gerai ini semata-mata
untuk mendapatkannya.
“ Ya encik. Nak nasi lemak ke?” tanya seorang wanita
separuh usia. Hampa rasa hatinya apabila
gadis yang ingin ditemuinya itu tidak ada di gerai hari ini.
“Ya makcik. Bagi saya nasi lemak lauk paru dan ayam
goreng satu. Bungkus ya.” Pesan Adam
Syafiq. Matanya sibuk melilau ke kiri
dan ke kanan untuk mencari gadis yang menjual nasi lemak ini semalam. Dimanakah dia?
“Ni encik. Semua sekali rm4.00.” kata wanita separuh
usia itu sambil menghulurkan nasi yang sudah di letakkan ke dalam plastik.
“Maaf bertanya makcik. Semalam ada seorang gadis bertudung jual nasi
lemak di sini. Mana dia ye?” tanpa
sengaja soalan itu terpacul keluar dari bibir Adam Syafiq. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah tindakannya
itu. Bagaimana dia boleh mengajukan
soalan sebegitu, dia sendiri tidak pasti.
“Oh, Umairah? Hari ni Umairah tak ada. Dia kata nak ke pekan ada hal. Anak ni siapa ye? Kawan Umairah ke? Makcik ni
ibu Umairah. Nama makcik Zainab” balas
wanita separuh abad itu lagi.
Adam
Syafiq hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum malu. “Oh, bukan. Saya bukan kawan dia. Cuma, semalam saya beli nasi lemak ni dengan
dia. Boleh saya tanya satu soalan
makcik? Masjid dekat mana?” tanya Adam Syafiq sopan.
“Masjid dah tak jauh dari sini
nak. Anak jalan ke depan simpang tu,
kemudian belok ke kiri dan jalan terus.
Nanti anak akan nampak masjid di situ.”
“Terima kasih makcik. Saya pergi dulu.”
Adam Syafiq berjalan pulang ke
hotel. Patah hatinya apabila gadis yang
bernama Umairah itu tidak ada di kedai.
Tapi untuk apa dia merasa begitu?
Kenapa dia perlu berasa hampa bila tidak bertemu gadis itu? Adam Syafiq mula berperang dengan perasaannya
sendiri.
********
Datuk Soffian berjalan menuju ke
meja makan untuk menikmati makan tengahari.
Datin Maimunah sudah bersedia di meja makan sambil menunggu kehadiran
suaminya. Mak Temah, pembantu rumah agam
itu sibuk menuangkan air ke dalam gelas tuannya.
“Mana si Adam ni , Mun? Tak
bangun-bangun lagi ke?” Tanya Datuk Soffian setelah merebahkan punggungnya di
kerusi.
“Awak ni , anak dah tak ada dua
hari baru perasan?” balas Datin Maimunah sambil menjeling ke arah suaminya yang
sedang meneguk fresh orange yang
di tuangkan pembantu rumahnya.
“Manalah saya nak perasan. Saya sibuk dengan urusan kerja. Lagipun, Adam tu kan workaholic. Kalau dia tak ada, mestilah saya fikir dia
sibuk uruskan kerja-kerja dia. Haaa, ke
mana pula budak tu pergi?” tanya Datuk Soffian lagi.
“Dia pergi bawa diri kat Pulau
Pangkor nun.”
“Pangkor? Buat apa kat
sana? Nak bawa diri kenapa pula?” tanya
Datuk Soffian pelik.
“Ye lah, bawak diri sebab saya
nak kahwinkan dia dengan si Balqis tu.
Perangai macam budak-budak. Orang
suruh kahwin je pun, itu pun susah sangat.” Bebel Datin Maimunah.
“Ya Allah. Awak paksa si Adam tu kahwin ke Mun? Kalau
dah budak tu tak mahu kahwin lagi, jangan di paksa.” Bidas Datuk Soffian.
“Awak tu orang lelaki, apa yang
awak tahu? Kalau saya ikutkan sangat
kehendak si Adam tu, silap hari bulan, awak dah pejam mata pun si Adam tak
kahwin-kahwin lagi tahu tak? Awak senang lah cakap, awak sibuk dengan business
awak tu. Awak tak fikir ke, si Adam tu
dah 30 tahun dah? Calon isteri pun tak ada lagi?” marah Datin Maimunah.
“Itu bukan masalahnya Mun
oi. Cuba awak bagi dia masa, biar dia
pilih sendiri calon isteri dia yang mana dia berkenan. Lagipun, Adam tu
lelaki. Kalau pun dah umur 30 tahun tak
kahwin lagi. Tak ada apa masalanya. Awak jangan lah pula nak jadi macam ejen
pencari jodoh tu. Sibuk nak meet and
match kan orang.”
“Kalau saya tak buat macam ni
Datuk Soffian, anak awak tu tak kan kahwin sampai bila-bila. Lagipun, saya suka dengan si Balqis tu. Budaknya cantik, pandai bergaya, pandai ambil
hati saya, berpelajaran tinggi, dan yang paling penting budak tu setaraf dengan
kita.” Datin Maimunah menambah.
“Awak jangan nak pandang darjat
sangat Mun. Awak kena fikir perasaan
anak awak sama. Kalau dah dia tak suka,
jangan dipaksa. Perkahwinan ni bukan
untuk seketika sahaja. Kalau boleh,
biarlah si Adam tu bahagia dengan perkahwinan dia. Awak nak ke tengok anak awak tak bahagia cik Mun oi?”
“Alah, mula-mula memanglah dia
tak suka. Tapi cinta tu kan boleh
dipupuk? Lama-lama, bahagia lah dia.
Awak apa tau fasal ni semua? Yang
awak tahu, business itu, business ini,
lubang golf itu, lubang golf ini. “ bebel Datin Maimunah.
“Susah cakap dengan awak ni
Mun. Nak ikut kepala awak sahaja. Tapi ingat, saya tak setuju kalau awak
paksa-paksa si Adam macam ni. Kalau dia
memang dah suka dengan pilihan awak, itu lain cerita.” Tegas Datuk Soffian. Datin
Maimunah mencebik geram. Rancangannya
untuk menyatukan Adam Syafiq dengan Balqis nampaknya tidak di sokong suaminya
sendiri. Kempunanlah dia nak
bermenantukan Balqis.
Deringan telefon mengganggu
Datin Maimunah yang sedang menjamah makanan.
Segera panggilan itu dijawab apabila tertera nama Adam Syafiq di skrin
telefon bimibitnya. Datuk Soffian hanya
menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah Datin Maimunah.
“Assalammualaikum, ma. Mama tengah buat apa tu?” suara Adam Syafiq
kedengaran.
“Waalaikumsalam. Haa, Adam.
Mama tengah lunch dengan papa ni.”
“Hurmm, sorry ganggu mama
lunch. By the way, Adam
sebenarnya nak inform mama, Adam mungkin tak jadi balik esok lah
ma. Adam rasa nak stay sini dalam
dua tiga hari lagi.”
“What?? Apa yang lama
sangat? Adam nak buat apa kat sana tu
lama-lama? Jangan nak mengada-ngada lah
Adam. Esok terus balik sini ” arah Datin
Maimunah tidak puas hati.
“Please ma, I need a break. Adam betul-betul nak hilangkan stress. Lagipun, dekat office sekarang ni tak busy
sangat. Adam pun dah lama tak ambil cuti. Dah alang-alang Adam holiday kat sini,
Adam ingat, Adam nak spend time betul-betul. Nak rest puas-puas.”
“Tapi..”belum sempat Datin
Maimunah menghabiskan ayatnya, Adam Syafiq mencelah.
“Please ma. Tolong faham keadaan Adam. Okay lah mama, Adam just nak bagi tahu
itu sahaja. Tak nak lah nanti mama risau
bila Adam tak balik esok. Okay, enjoy
your meal. Kirim salam dekat
papa. I love you. Assalammualaikum.” Potong Adam Syafiq dan
terus meletakkan gagang telefon.
Datin Maimunah mendengus
geram. Adam Syafiq betul-betul menaikkan
darahnya. Apalah yang si Adam
rungsingkan sangat? Bukannya dia
menyuruh Adam mencari gadis untuk di jadikan menantu. Dia sendiri telah memilih gadis untuk dijadikan
menantu di rumahnya. Adam ni
mengada-ngada sungguh! Merajuk macam budak
kecil.
“Haaa, kenapa pula tu?” tanya
Datuk Soffian sambil menjamah makannya.
“Anak awak ni. Dia kata tak jadi balik esok. Dia nak extend holiday dia dua tiga
hari lagi. Saya pun tak faham lah dengan
si Adam ni. Merajuk dah macam budak
kecil.” Bebel Datin Maimunah tidak puas hati.
“Biarkan je lah dia nak
bercuti. Lagipun selama ni, Adam sibuk
dengan kerja-kerja dia. Biarkan dia
berehat.” Balas Datuk Soffian.
Datin
Maimunah menjeling tajam. Geram apabila
suaminya sibuk menyebelahi anak tunggal mereka.
Sakit hatinya bila kata-katanya langsung tidak di setujui suaminya
bahkan semua cadangan dan kata-katanya di tolak mentah-mentah oleh Datuk
Soffian. Adam betul-betul membuatkan dia
hilang selera makan. Datuk Soffian
tampak berselara menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Tak apa.
Esok lusa, Adam tentu akan setuju dengan cadangannya. Dia akan pastikan Balqis akan menjadi menantu
dalam rumah agam ini.