BAB 9
Entah
mana datang semangat untuk pergi berjogging pada hari ini Sofiya Alia sendiri
tidak pasti. Mungkin kerana sudah lama
tidak bersukan yang membuatkan dia mudah terasa letih sejak kebelakangan
ini. Setelah siap berpakaian sukan,
langkah terus diatur ke taman permainan.
Udara pagi yang segar dan nyaman terus menyapa tubuh Sofiya Alia yang
hanya berlengan pendek.
Hari-hari
bekerja seperti hari ini memang jarang orang ke taman permainan untuk bersenam.
Dari jauh dia dapat melihat hanya empat orang wanita separuh umur yang
berbangsa cina melakukan senaman taichi dan juga sepasang kekasih yang sedang
berjogging bersama. Setelah melakukan
senaman ringan, Sofiya Alia terus melangkah untuk berlari anak sambil mulutnya
ikut menyanyi lagu yang dipasangnya menerusi ipod touch.
Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku
Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata
Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku
Belum sempat
lagu itu diputar habis, terasa earphonenya ditarik oleh seseorang. Terkejut dengan tindakan itu, Sofiya Alia
terus memusingkan badannya ke belakang.
Ya Allah! Mamat ni lagi? Tak ada kerja lain agaknya selain mencari
fasal. Ketenangan dan kedamaiannya pada
pagi ini bagai diragut bila melihat lelaki itu ada bersamanya.
“Apa masalah
engkau ni? Apa lagi yang kau tak puas hati? Aku tak kacau kau pun kan?,” soal
Sofiya Alia bertalu-talu. Geram betul
dengan tindakan lelaki ini.
“Perggggh! Tak
sangka erk? Tomboy pun layan lagu lama.
Jiwang lah kau ni.”sakat Hariz Iskandar.
“Jap! Aku nak tanya kau. Kalau aku jiwang sekali pun, ada masalah ke
dengan kau? Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku ni?.” Rasa macam nak
cekik-cekik je mamat psycho ni. Sabar
Sofie, sabar.
“Tak ada apa-apa. Cuma aku pelik je
bila tomboy macam kau ni layan lagu-lagu jiwang macam tu,”tawa Hariz Iskandar.
“Woi! Suka aku lah nak layan lagu
macam mana pun. Aku warning kau
lagi sekali. Kau tolong jangan ganggu
aku lagi. Aku meluat betul lah tengok
perangai kau yang entah apa-apa ni. Tau
nak cari fasal je dengan orang. Kau ni
memang perangai macam monyet!,” marah Sofiya Alia.
“Ekeleeh jantan celup ni. Relax sudah. Bukannya aku nak sangat kacau kau tu lah!,”
“Kalau kau tak nak kacau aku yang
kau pergi tarik earphone aku tu kenapa?”
Hariz Iskandar terdiam tanpa
kata. Dia mula pelik dengan dirinya
sendiri. Bukankah dia sibuk mancari
Sofiya Alia kerana ingin memohon maaf atas ketelanjurannya sebelum ini? Kenapa hari ini
dia ingin memusnahkan penantiannya semata-mata ingin menuruti egonya? Sampai
bila dia dan Sofiya Alia harus bertegang urat? Mukanya diraup beberapa kali.
taman permaianan tempat Sofiya Alia dan Hariz Iskandar berjogging
“Okay- okay!!. Sebenarnya aku cari kau ni sebab aku nak
minta maaf atas apa yang pernah aku buat pada kau sebelum ini. Sorry lah sebab aku tak pernah pun layan
kau baik-baik sebelum ni. Aku tahu,
sebenarnya aku yang salah masa first time kita jumpa dekat sini,” Hariz
Iskandar memulakan bicaranya. Aduhhh! Macam mana dia boleh mengeluarkan
perkataan maaf pada perempuan tomboy ni? Kau ni memalukan diri sendiri lah
Hariz!
Sofiya Alia memandang Hariz Iskandar
tajam. Benarkah apa yang di dengarnya
sebentar tadi? Mungkinkah mamat
psycho yang mempunyai ego melanggit dan berperangai seperti monyet ni boleh
minta maaf dengannya? Ahh! Entah-entah
dia sengaja cakap macam tu tak? Orang macam lelaki ni bukannya boleh
percaya. Silap haribulan, Sofiya Alia di
dajalnya lagi.
“Aku malas nak percaya cakap orang
macam kau ni.”tanpa sengaja ayat ini terpacul keluar dari bibir Sofiya Alia.
“Kau ni kenapa? Aku dah serious
nak minta maaf kan? Yang kau nak poyo-poyo lagi kenapa? Kau ingat, senang ke aku nak keluarkan
perkataan maaf tu dekat orang lain? Nak pulak kat jantan celup macam kau ni?”
“Haaa. Macam ni cara kau nak minta
maaf dengan orang? Kalau tak ikhlas, kau lupakan je niat suci dan murni kau
tu!”
Hariz Iskandar mendengus geram. Macam mana lagi cara dia nak meminta maaf
dari perempuan ini? Argggh! Tidak pernah seumur hidupnya mengucapkan perkataan
maaf kepada orang lain. Nampaknya hari
ini dia betul-betul menggadai maruahnya.
“Habis? Kau nak suruh aku cakap
macam mana lagi? Kau nak suruh aku merayu dan sujud dekat kaki kau baru kau
maafkan aku? Macam tu?,”tanya Hariz Iskandar tidak puas hati.
“Ada aku suruh kau melutut dekat
kaki aku ke? Ada? Tak ada kan? Nak
mintak maaf tak semestinya bersujud dekat kaki orang yang kau buat salah
tu. Cukup sekadar kau betul-betul ikhlas
dan tunjuk kesungguhan kau untuk minta maaf tu.” Balas Sofiya Alia.
“Orait! Kali ni aku cakap serious
dengan kau dan aku tak akan ulang lagi ayat ni.
Cukup sekali kau dengar apa yang aku nak katakan ni. Cik Sofie, saya Hariz Iskandar betul-betul
minta maaf dekat cik Sofie. Tak kiralah
sama ada salah yang saya sedar atau tidak sedar.”
“Hurmm, baiklah. Maaf awak sedang saya pertimbangkan.”
“Macam tu je? Kenapa pula nak di pertimbangkan? Kau ni
Sofie, sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa.”
“Ada ke aku kata aku tak nak
maafkan kau? Tak ada kan? So, kau tak payah lah nak buat anggapan lain. Dah tentu-tentu aku cakap aku tengah nak
mempertimbangkan maaf kau tu. Sabarlah
sikit. Tak boleh ke?”
“Ahh! Suka kau lah nak cakap apa
pun. Start from now, kita
kosong-kosong okay? So, kita jadi kawan?” Hariz Iskandar menghulurkan
tangan untuk berjabat salam dan disambut oleh Sofiya Alia dengan senyuman.
“Okay, kita kawan.”
Hariz Iskandar terseyum
gembira. Dia sendiri tidak pasti kenapa
dia harus berasa gembira. Adakah
disebabkan Sofiya Alia telah memaafkan silapnya? Atau gembira persahabatannya di
sambut oleh Sofiya Alia? Entah lah. Dia
sendiri tidak pasti. Tapi apa yang pasti,
hatinya mula berbunga riang.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mata Ira Syarmila tidak lepas dari
memandang Badrul Zaman semenjak lelaki itu melangkahkan kakinya ke
pejabat. Bibirnya tidak lekang dari
tersenyum, wajahnya tampak ceria sekali.
Bukannya mudah untuk dia melihat senyuman di bibir Badrul Zaman semenjak
kematian isterinya. Senyuman lelaki itu
benar-benar ikhlas di matanya pada hari ini. Apa yang membuatkan dia begitu
ceria?
Fikirannya terus melayang
mengingati pertemuannya dengan Badrul Zaman dan budak nursery yang keluar
bersama di Genting Highland. Damn! Hati Ira Syarmila mula sakit yang
teramat. Kenapa mesti perempuan lain
yang bisa membuatkan dia tersenyum sebegini?
Kenapa tidak dengan aku? Apa
kurangnya aku?
Masih dia ingat bagaimana mesranya
mereka bertiga tempoh hari. Mereka
seperti satu keluarga yang bahagia. Ira
syarmila mula tidak sedap hati. Adakah
Badrul Zaman sudah menaruh hati pada gadis tomboy seperti itu? Apakah yang ada pada gadis seperti itu? Rambut pun pendek,hanya berbaju tshirt dan jeans dan tidak ada satu apa
pun yang menarik tentang perempuan itu dimatanya.
“Apa yang kau nak takutkan? Kau jauh lebih cantik dan bergaya jika
dibandingkan dengan budak perempuan itu!” satu suara cuba menenangkannya.
“Apa guna kalau kau cantik dan
bergaya tetapi kau tak mampu membuatkan Badrul Zaman bahagia? Apa guna jika kau menggoda tetapi kau tak
mampu membuatkan dia tersenyum?”satu suara lagi kedengaran mengejek.
“Alah! Apa lah sangat yang ada pada
budak itu? Lagak persis seorang lelaki,
rambut kontot seperti jantan, tak pandai nak bergaya, tak pandai menggoda, dah
tu terlalu simple untuk bergandingan denga Badrul Zaman. Siapalah dia jika dibandingkan dengan kau
yang menawan? Yang pandai menggoda? yang mempunyai tubuh yang mengiurkan? Tak
perlu risaulah Ira Syarmila, Badrul Zaman pasti akan jadi milik kau suatu hari
nanti.” Bisik suara itu cuba menenangkannya lagi.
”Kau jangan terlalu berharap lah
Ira Syarmila! Cuba kau buka mata kau tu.
Kau fikir betul-betul. Perempuan
tomboy yang kau katakan tidak menarik, tidak menggoda dan tidak pandai bergaya
itu bisa sahaja menambat hati Badrul Zaman. Tapi kau tak mampu lakukannya
walaupun kau cantik dan menggoda. Kau
tak malu ke kalah dengan budak seperti itu? Tak tercabarkah kau Ira Syarmila??”
suara itu mengejeknya lagi. Terasa
dirinya sedang di tertawakan.
“Arggggh!!!!! Badrul Zaman itu milik aku! Dia hak aku!
Jangan kau berani nak pikat dia budak tomboy! Kalau aku tak dapat dia, jangan
harap orang lain pun akan dapat dia! Aku akan pastikan Badrul Zaman itu akan
jadi hak aku satu hari nanti. Kalau
bukan dengan cara baik, aku akan dapatkan dia juga dengan cara lain!” jerit
hati Ira Syarmila.
Ira Syarmila punya meja sebagai seorang secretary peribadi Badrul Zaman