TAKDIR CINTA
BAB 10
Bersaksi
cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bait-bait
lirik nasyid dari kumpulan Sigma di amati sebaik mungkin. SubahanaAllah, melodi
dan lirik nasyid ini amat indah dan mendayu.
Alunan melodi ini mengusik-usik hati Umairah di keheningan malam begini. Dia masih ingat lagi hadith yang pernah di
bacanya ketika di sekolah agama dahulu.
Daripada Jabir r.a: beliau
berkata bahawa Rasulullah S.A.W
mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan
sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada
Al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu
berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia
mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib (Riwayat Bukhari)
mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan
sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada
Al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu
berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia
mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib (Riwayat Bukhari)
Umairah menarik
nafas pelahan. Pandangannya di lemparkan
ke luar tingkap. Di biarkan dirinya di sapa hembusan angin malam. Walaupun hembusan bayu yang menyapa tubuhnya
di rasakan sejuk hingga ke tulang hitam, namun ia bisa mendamaikan hatinya.
Sejak dia
melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk bagi persoalannya, hatinya
selalu mengingati insan yang bernama Adam Syafiq. Entah kenapa dia sentiasa tenang bila
memikirkan soal lelaki itu. Dia juga
turut merasa yakin dengan keputusan yang telah pun diambilnya.
“Ya Allah,
Engkau maha mengetahui apa yang aku rasakan sekarang ini. Ku panjatkan doa kepadamu Ya Allah. Permudahkanlah segala urusanku. Dan semoga keputusan yang di ambil ini
memberi seribu satu kebaikan untuk diriku.” Bisik hati kecil Umairah.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Senyuman di bibir Adam Syafiq tidak lekang sejak dari tadi. Perasaan yang indah membuai-buai tangkai hatinya. Kata-kata syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Sungguh dia tidak menduga dengan jawapan yang diterimanya sebentar tadi. Umairah sekeluarga telah menerima pinangannya.
Senyuman di bibir Adam Syafiq tidak lekang sejak dari tadi. Perasaan yang indah membuai-buai tangkai hatinya. Kata-kata syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Sungguh dia tidak menduga dengan jawapan yang diterimanya sebentar tadi. Umairah sekeluarga telah menerima pinangannya.
Sejak
dia pulang ke Kuala Lumpur, dia hanya berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T
dengan keputusan yang bakal di terimanya.
Dia tidak akan menyesal sekiranya keputusan yang di berikan akan menghampakan
hatinya. Apa yang dia mampu lakukan
hanyalah berdoa dan terus berdoa agar pintu hati Umairah terbuka untuk dirinya.
Namun siapa sangka, akhirnya Umairah sudi
menerima lamarannya. Walaupun gadis itu
masih tidak mengenali dirinya sebaik mungkin, namun dia tetap dipilih untuk
menjadi yang sah bagi Umairah. Sungguh
tidak di sangka-sangka. Ya, ini semua
aturan yang maha Esa. Masakan tidak, dia
sendiri selama ini sukar untuk menerima
mana-mana perempuan di dalam hatinya.
Tetapi dengan kehadiran Umairah, bagaikan satu keajaiban yang telah
terjadi kepada dirinya.
Bukankah
jodoh itu telah ditakdirkan? Ya, semua
ini takdir. Takdir yang menemukan mereka
di pulau itu. Takdir juga yang
membuatkan hatinya berdetak hebat saat melihat gadis itu berada di hadapan mata
dan setiap kali memikirkan tentang
dirinya. Takdir tuhan siapa yang
tahu? Dia sendiri tidak pernah menyangka
yang dia akan di pertemukan dengan gadis sebaik Umairah. Takdir juga yang telah membuatkan Umairah
memilih dirinya dan sudi berkongsi hidup dengan dirinya.
Adam
Syafiq segera menapak turun ke ruang tamu
rumahnya. Matanya sibuk
mencari-cari kelibat ibu dan bapanya.
Perkhabaran ini harus di beritahu kepada mereka berdua. Mereka perlu berbincang untuk langkah yang
seterusnya. Persiapan untuk merisik dan meminang Umairah harus di lakukan segera.
“Ma,
papa. Umairah dah terima Adam.” Laju perkataan itu keluar dari
bibir Adam Syafiq. Senyuman manis masih
tidak lekang dari bibirnya.
“Alhamdulillah. Bila kita boleh masuk merisik dia?” soal
Datuk Soffian.
“Dua
minggu lagi.”
“Cepatnya? Kenapa nak tergesa-gesa?” soal Datin
Maimunah.
Walaupun hatinya
sakit dengan berita yang di sampaikan
Adam Syafiq, namun dia cuba menerima keputusan anaknya. Dia tidak mahu Adam menghilangkan diri
lagi. Dia takut jika dia terus berkeras
untuk bermenantukan Balqis, Adam akan keluar
dari rumah ini.
“Tak apa
lah. Lagi cepat kan lagi bagus. Awak tu pun kan dah tak sabar nak tunggu Adam berumah
tangga. Awak juga yang sibuk nak Adam Kahwin cepat-cepat
sebelum awak tutup mata.”perli Datuk Soffian.
“Awak
tak payah lah nak perli-perli saya.”
“Laaa,
tak betul ke apa yang saya cakap Mun oi?
Awak juga yang sibuk suruh Adam kahwin cepat dulu.”
Datin
Maimunah menjeling tajam ke arah suaminya.
Sakit hatinya bila dirinya di sindir suami sendiri. Memang benar dia tidak sabar menunggu Adam mengakhiri
zaman bujangnya. Tapi bukan dengan gadis
kampung yang bernama Umairah itu. Dia cuma
inginkan Balqis sebagai menantunya.
“Bila
pula kita nak masuk meminang dia?”soal Datin Maimunah.
“Adam
tak pasti tentang itu lagi. Nanti kita
bincang dengan keluarga Umairah ye ma. Tapi
bagi Adam, lagi awal lagi bagus.”
“Yelah,
dah tak sabar-sabar pula dia nak
kahwin. Hari tu puas lah mama suruh
kahwin. Macam-macam alasan Adam Bagi. Tak sedia lagi lah, tak boleh nak bagi
komitmen lah. Ni dan-dan lah pula nak
cepat-cepat. Tak faham lah mama dengan
Adam ni.”
“Entah
lah ma. Mungkin dah jodoh Adam kot. Lagipun, Umairah tu memang perempuan yang
Adam inginkan. Sopan, hormat orang tua,
berpengetahuan agama, bijak. Entah
lah. Susah Adam nak cakap. Tapi itu lah hakikatnya ma.”
“Balqis
tu pun cantik apa. Bijak, sopan, hormat
orang tua. Dah tu, anak orang berada
pula tu. Setaraf dengan kita. Mama suka sangat dengan Balqis tu Adam. Kalau lah Adam kahwin dengan Balqis,
anak-anak Adam mesti comel-comel.”
“Haaaa..
dah buat dah dia. Mun, awak tak payah
lah nak sebut-sebut lagi hal ni. Awak
tahu kan Adam tak suka? Tak faham betul
lah dengan perangai awak ni.” Marah Datuk Soffian.
“Tak,
saya cuma cakap je. Kalau dah Adam nak
sangat dengan budak tu. Tak pe lah, saya
tak kisah pun. Tapi saya cuma cakap yang
Balqis tu pun tak kurang hebatnya.”
“Tak
sama ma. Balqis dan Umairah jauh
berbeza. Tak apa lah, nanti bila kita
pergi ke Pangkor nanti Adam pasti yang mama dengan papa mesti suka dengan
Umairah tu. Seriously, dia memang layak
jadi menantu mama dan papa. InsyaAllah,
mama dan papa akan bangga dengan pilihan Adam satu hari nanti.”
Datin
Maimunah mencebikkan bibirnya. Entah apa
lah yang istimewa tentang gadis itu dia sendiri tidak tahu. Meluat juga bila Adam Syafiq sibuk
memuji-muji gadis yang bernama Umairah itu.
Cantik sangat kah dia jika di bandingkan dengan Balqis? Bagus sangatkah
dia sehinggakan hati Adam Syafiq betul-betul terikat dengannya? Ah, tapi sejauh mana bagus pun dia tetap
budak kampung.
“Papa
tak kisah siapa pun Umairah tu. Selagi dia
gadis yang baik dan boleh bahagiakan Adam, papa akan setuju.”
“Terima
kasih pa. InsyaAllah, Adam akan bahagia
dengan keputusan yang Adam ambil ni.”
“Oh
ye, apa kata kita pergi merisik dan meminang terus? Senang kerja.
Tak perlulah kita datang dua tiga kali.
Jimat masa dan jimat kos.”
“Adam
pun ada terfikir macam tu juga. Tapi Adam
takut pihak Umairah tak setuju. Nanti
Adam try call and discuss fasal ni. Mana
lah tahu diorang setuju kan? Senang kat
keluarga kita juga nanti. Tak perlu nak
berulang alik ke Pangkor banyak kali.”
“Awak
ni bang, cakap senang je kan? Awak fikir
cukup ke masa nak buat preparation untuk pergi bertunang dalam masa terdekat
ni? Dengan hantarannya, dengan rombongan
yang kita nak bawak untuk merisik lagi.
Semua tu kena fikir awak tahu tak.”
“Saya
tahu lah tu. Tapi bukan susah mana pun
Mun oi. Bab hantaran tu, kita upah je
orang untuk buatkan. Rombongan meminang
pula, kita panggil je sedara mara yang terdekat. Lagipun, kita nak pergi hantar
rombongan meminang je, bukannya nak buat kenduri kahwin yang nak panggil
ramai-ramai orang tu.”
“Betul
tu ma. Adam rasa pun tak ada masalah
fasal ni. Mama tak payah lah nak fikir
sangat hal ni. Esok Adam akan call
family Umairah dan akan bincang hal ni.
Kalau diorang setuju untuk buat two in one, Adam akan beritahu mama dan
papa.”
“Masalahnya, kenapa mesti nak terkejar-kejar
buat semua ni? Tak faham betul lah
dengan korang anak beranak. Yang tak
menyempat sangat tu kenapa?”
“Bukan
masalah tak menyempat ke apa Mun oi, kita ni nak kasi senang. Awak nak ke berulang alik ke Pangkor tu dua
tiga kali? Kalau dah boleh buat benda
yang menyenangkan, kenapa mesti kita nak susah-susah? Kan senang kalau buat majlis tu serentak? Nanti kita just fikir persiapan untuk majlis
kahwinnya pula. Itu aje.”
“Betul
tu ma. Adam setuju dengan cadangan
papa tu.
Kan senang kalau kita buat serentak?”
“Suka
hati Adam lah. Adam nak buat apa pun
terserah lah dekat Adam. Kalau mama ni
bercakap, Adam dengan papa sikit pun tak ambil pusing. Korang dua beranak memang tahu nak senang
je. Tak fikir nanti apa orang kata kalau
kita buat benda ni sambil lewa. Dah la,
mama nak naik bilik dulu. Kepala mama ni
dah nak tercabut dah fikir fasal ni.
Adam nak bincang, pergi lah bincang dengan papa tu. Papa tu pandai sangat kan? Haaa, pergi bicang dengan dia.”
“Merajuk
pula dah.” Usik Datuk Soffian.
“Dah
lah, awak bincang lah dengan Adam tu.
Saya ikutkan sahaja apa yang awak rancangkan tu. Nanti kalau benda jadi lintang pukang, awak
jangan nak salahkan saya.” Bebel Datin Maimunah
sambil melangkah ke tingkat atas.
Datuk
Soffian hanya menggelengkan kepala melihat tingkah isterinya.
Bukannya dia tidak tahu, Datin
Maimunah masih tidak boleh menerima keputusan Adam untuk mengahwini Umairah. Dia tahu, di sudut hati kecil Datin Maimunah
masih menyimpan harapan untuk
bermenantukan Balqis. Dan di sebabkan
itu, Datin Maimunah tidak berapa suka bila mereka membincangkan tentang
persiapan untuk merisik dan meminang Umairah.
Datuk Soffian hanya mampu berdoa agar hati isterinya lembut dan sudi
menerima kehadiran Umairah di dalam hidupnya kelak.