BAB 7
Bunyi
loceng rumah mengejutkan Sofiya Alia.
Diselaknya langsir untuk memastikan siapa yang berada diluar
rumahnya. Ternyata telahannya tepat
apabila melihat sebuah kereta Honda Civic berwarna putih milik Badrul Zaman
sudah berada betul-betul di luar pagar rumahnya. Belum sempat dia keluar dari bilik, kedengaran
suara Puan Hamidah menyapa tetamu yang berada diluar rumahnya.
“Haaa,
Encik Badrul. Dah sampai pun. Si Sofie ada dalam bilik dia lagi tu. Jemputlah
masuk dulu,” pelawa Puan Hamidah.
“Eh,
tak apa lah puan Hamidah. Sekejap je
ni,” tolak Badrul Zaman.
“Hishhh..jangan
macam tu. Marilah masuk dulu, kita
sarapan sama-sama. Sofie ada sediakan
sarapan pagi tadi. Haaa, ajak si Sya tu
sekali,”pujuk puan Hamidah.
Badrul
Zaman tidak dapat menolak lagi pelawaan Puan Hamidah. Nur Batrisya yang masih berada di dalam
kereta dipanggil untuk masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Puan Hamidah terus memperlawa Badrul Zaman dan Nur Batrisya ke meja makan yang
telah terhidang nasi goreng, roti bakar dan beberapa jenis kuih.
“Oh
my god! Kenapa papa si Sya tu handsome sangat kak? Tak macam bapa
orang pun,” Natasya Farhana yang entah datang
dari arah mana terus mengeluarkan pendapatnya.
“Hissh
budak ni! Tak ada benda lain ke dalam
otak Ana selain lelaki handsome? Agaknya kalau pakcik tua yang dah tak
ada gigi pun Ana kata handsome kot?” soal Sofiya Alia .
“Hello!
Akak ingat Ana ni tak ada taste ke? Dah betul Encik Badrul tu handsome. Ana cakaplah dia handsome. Tu pun salah ke?,” kata Natasya Farhana
dengan muncung sedepa.
“Ye
lah Ana oi! Papa si Sya tu memang handsome pun. Baru cakap sikit pun dah nak merajuk. Mengada!”
“Sofie!
Ni Encik Badrul dengan Sya dah sampai dah ni.
Apa yang lama sangat bersiap ni?,” laung Puan Hamidah dari arah meja
makan.
“Ishh!
Ni semua Ana punya fasal lah ni. Tengok,
kan mak dah bising,” kata Sofiya Alia sambil menyiku Natasya Farhana sebelum
berlalu pergi ke ruang makan. Natasya
Farhana hanya mengejek kakaknya sambil tertawa sendirian.
“Dah
siap dah ke?,” tanya Badrul Zaman
“Dah
siap dah tu Encik Badrul. Kak Sofie ni
memang jenis yang simple je. Jeans,
t-shirt atau
Kemeja, topi, no makeup, then
dah siap. Haaa, itu je cara dia dress up. Tak macam perempuan lain,” sampuk Natasya
Alia dari arah belakang dan dibalas dengan senyuman dari Badrul Zaman. Sofiya Alia hanya mencebik mendengar
kata-kata adiknya. Nak marah pun buat
apa, dah memang betul apa yang Natasya Farhana katakan itu.
“Tak
apa lah Sofie. Janji Sofie selesa,”
balas Badrul Zaman.
“Ana,
sudah-sudah lah nak sakat kakak tu.
Encik Badrul, Sya, jemputlah makan.
Ini je yang ada untuk sarapan,” kata Puan Hamidah sambil menyenduk nasi
goreng ke dalam pinggan dan di suakan kepada Badrul Zaman dan Nur Batrisya. Walaupun hanya nasi goreng biasa,
Badrul Zaman dan Nur Batrisya nampak begitu berselera menikmatinya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sofiya
Alia hanya mendiamkan diri sejak masuk ke dalam kereta milik Badrul Zaman. Dia hanya menjadi pemerhati kemesraan dua
beranak itu dan adakalanya dia hanya melemparkan pandangannya ke arah luar
kereta. Sofiya Alia sendiri tidak pasti
ke mana arah tujuan Badrul Zaman sehinggalah dia ternampak sign board
menuju ke Genting Highland.
“Kenapa
diam je Sofie? Sorry lah kalau kami anak beranak menyusahkan Sofie,”
Badrul Zaman memulakan bicara.
“Eh,
tak lah Encik Badrul. Saya okay je. Kita nak ke mana ni sebenarnya?,” tanya
Sofiya Alia setelah penat mendiamkan diri.
“Saya
nak bawa Sofie dengan Sya jalan-jalan kat Genting Highland. Sengaja saya nak berjalan jauh sikit hari ni,”jelas
Badrul Zaman.
“Ohh..,”
itu sahaja yang terkeluar dari mulut Sofiya Alia. Benar lah telahannya yang Badrul Zaman ingin
menuju ke Genting Highland.
“Sofie
belajar lagi ye? Belajar dekat mana?,” Badrul Zaman cuba
mencari topik untuk bersembang.
“Aah. Saya belajar lagi dekat Uitm Jengka, Pahang.”
“Ambil
jurusan apa?? Diploma atau degree?,” Badrul Zaman terus mengajukan soalan
sambil matanya terus tertumpu ke arah jalan raya.
“Jurusan
akaun je Encik Badrul. Sekarang ni dalam
proses menghabiskan degree saya. Lepas
tu, saya nak kerja dulu kot,” Jawab Sofiya Alia.
“Oh,
kiranya bachelor of accountancy lah ni ye? Macam mana? Susah tak belajar akaun?,” tanya
Badrul Zaman lagi.
“Boleh
lah. Bak kata lecturer saya,
belajar ni mana ada yang mudah. Semuanya
susah dan akan jadi lebih susah kalau
kita sendiri yang tak bersungguh-sungguh nak timba ilmu tu. So, apa yang perlu kita buat adalah
kita kena tumpukan perhatian pada pelajaran dan kena rajin buat revision.”
“Bagus
lah awak ni.”
“Tak ada apa yang bagus pun tentang saya ni Encik Badrul. Saya ni sebenarnya segan nak ikut Encik Badrul dengan Sya keluar berjalan hari ni. Rasa macam menyibuk pula,” kata Sofiya Alia jujur.
“Apa
yang awak nak segan kan? Memang saya sengaja nak bawak awak sekali keluar hari ni. Si Sya pun
dah beria-ria nak awak ikut sama. Hurmm, atau sebenarnya awak segan nak keluar dengan duda beranak satu macam saya ni?,” Badrul
Zaman cuba mencari kepastian.
“Isssh!
Tak ada lah. Saya bukan segan sebab
tu. Cuma saya segan sebab saya bukanlah
kenal rapat dengan Encik Badrul. Lepas
tu, saya main ikut je Encik Badrul dengan Sya jalan-jalan. Macam tak tahu malu je saya rasa,” luah
Sofiya Alia.
“Kalau
tak kenal, kita kenal lah sekarang. So,
start from now awak tak perlu lah nak rasa segan dengan kami lagi. Haa, lagi satu. Saya rasa awak tak perlu lah nak panggil saya
Encik Badrul. Saya rasa macam formal
sangat. “
“Habis kalau saya tak panggil Encik Badrul, saya nak
panggil apa?,” tanya Sofiya Alia sedikit pelik.
“Call
me abang Bad je. Ringkas dan tak
nampak formal.” Cadang Badrul Zaman.
Sofiya
Alia hanya mampu terdiam. “Abang Bad??”,
soalnya di dalam hati. Wahhhhh! Rasa
lain pula nak panggil dengan panggilan abang.
Bukannya dia tidak pernah memanggil orang lain dengan gelaran abang,
cuma dia terasa pelik apabila orang yang sudah dipanggil dengan gelaran hormat
seperti encik di tukar menjadi panggilan yang lebih mesra. Aahh.. layan kan sahaja lah. Dah dia yang minta di panggil begitu,
bukannya Sofiya Alia sendiri yang gatal-gatal ingin menukar panggilan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hembusan
dingin udara menyambut ketibaan Sofiya Alia, Badrul Zaman dan Nur Batriysa di
Awana Genting Resort, sekali gus menambah rasa teruja untuk segera bersatu
dengan alam. Sengaja Badrul Zaman tidak terus meletakkan
kenderaannya di puncak Genting Highland kerana ingin menaiki kereta kabel sambil melihat keindahan panorama alam semulajadi ciptaan yang Esa.
Memulakan
penjelajahan di kota keriangan itu, Badrul Zaman terus ke kaunter tiket untuk
memasuki Taman Tema Luar Genting Highland. Sofiya
Alia hanya mengikut rentak Badrul Zaman dan Nur Batrisya. Matanya tidak lepas dari melihat gelagat
pengunjung yang berada di situ. Matanya mula tertacap pada satu permainan yang menarik
perhatiannya. Adakalanya dia tersenyum
sendirian apabila mendengar jeritan pengunjung yang bermain Space Shot itu. Permainan yang membawa pengunjung ke puncak
menara Space Shot dengan pelahan pada awalnya dan terus turun ke bawah dengan
kelajuan yang menakutkan. Wah! Menarik!
Agaknya boleh tercabutkah jantungnya jika dia bermain permainan itu?
“Sofie,
kalau Sofie nak main permainan kat sini, Sofie pergi je beratur. Abang Bad boleh tunggu.” Kata Badrul Zaman.
“Eh,
tak lah. Sofie tak kata pun nak main.
Nanti-nanti pun boleh abang Bad,” Sofiya Alia cuba berselindung. Memang hatinya meronta-ronta untuk bermain
permainan itu, tapi masakan dia boleh membiarkan Badrul Zaman dan Nur Batriysa
menantinya yang sibuk bersuka ria? Arghh! Lupakan sahajalah niat kau tu Sofiya
Alia. Lain kali pun kau boleh rasa naik
permainan itu.
“Betul
ni? Kalau Sofie teringin, Sofie pergi je main,” kata Badrul Zaman lagi.
“Seriously
tak apa. Next time pun Sofie
boleh rasa naik benda tu. Nanti Sofie
pergilah dengan kawan-kawan pula.
Lagipun, semester baru dah nak mula dah dua minggu lagi,” balas Sofiya
Alia.
“Oh,
dah nak masuk semester baru lah ye? Lepas ni, tak dapat dah la abang Bad jumpa
Sofie dekat nursery lagi?,” tanya Badrul Zaman .
Sofiya
Alia hanya membalas dengan senyuman.
Rasanya itu sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada soalan Badrul
Zaman. Setelah
penat berjalan di Taman Tema Luar Genting Highland, Badrul Zaman membawa Sofiya
Alia dan Nur Batrisya memasuki Taman Teman Dalam pula. Suasana di Taman Tema Dalam agak hiruk dengan
bunyi pengunjung yang menjerit-jerit dan diselang selikan dengan muzik yang yang berkumandang.
“Sofie
nak makan apa?,” tanya Badrul Zaman.
“Eh,
kenapa tanya Sofie pula? Sofie apa-apa pun telan. Kayu dengan batu pun Sofie telan tau,”
kata-kata Sofiya Alia membuatkan Badrul Zaman mengerutkan dahinya.
“Aik?
Macam mana kayu dengan batu pun Sofie boleh telan? Bukan ke orang selalu cakap,
makan apa sahaja tapi tolak batu dengan kayu? Sofie pula, semua Sofie telan termasuklah batu
dengan kayu. Pelik-pelik,” Soal Badrul
Zaman sambil mengerutkan dahinya.
Sofiya
Alia tertawa nakal. Terasa geli hati
pula melihat Badrul Zaman yang terpinga-pinga ketika ini. “ Betul lah apa yang
Sofie cakap. Sofie makan semua termasuk
kayu dan batu. Tapi bukan lah kayu dan
batu betul-betul tu. Cuma batu dan kayu yang Sofie makan tu sebenarnya ikan
kayu,ubi kayu, dan jambu batu.”
“Oh,
Sofie kenakan abang Bad ye?,” tanya Badrul Zaman. Terasa dirinya lurus sangat bila memikirkan
kata-kata Sofiya Alia tadi.
“Papa,
cepatlah. Kata tadi nak makan. Sya dah lapar ni,” rengek Nur Batrisya.
“Okay,
anak papa ni nak makan apa? Sya nak nasi ke ,buger, atau ayam?,” tanya Badrul
Zaman.
“Sya
nak McD,” jawab Nur Batrisya sambil meloncat-loncat keriangan.
“Okay,
lets go to McDonalds sayang,” Badrul Zaman melayan kerenah anaknya
dengan lagak yang juga seperti keanak-anakan.
Sofiya Alia tersenyum melihat layanan Badrul Zaman pada anaknya sambil membontoti langkah mereka dua beranak ke arah restoran makanan segera Mcdonlads. Di dalam hati Sofiya Alia, sibuk memuji sikap Badrul Zaman yang pandai melayani anaknya. Kalau lah arwah isterinya masih ada, mungkin keluarga ini makin bahagia.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sofiya Alia tersenyum melihat layanan Badrul Zaman pada anaknya sambil membontoti langkah mereka dua beranak ke arah restoran makanan segera Mcdonlads. Di dalam hati Sofiya Alia, sibuk memuji sikap Badrul Zaman yang pandai melayani anaknya. Kalau lah arwah isterinya masih ada, mungkin keluarga ini makin bahagia.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
BAB 8
Ira
Syarmila menghempaskan pintu bilik hotelnya dengan kuat. Beg tangannya di lempar ke atas katil. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati. Masakan hatinya tidak panas apabila melihat
kelibat Badrul Zaman keluar bersama dengan budak nursery dan Nur Batrisya?
Apa hubungan mereka hinggakan mereka boleh keluar bersama?
“Dasar
tak tahu malu! Kau tu dah la macam jantan! Ada hati nak keluar dengan Badrul
Zaman? Cermin lah rupa kau tu dulu.
Sakit hati aku ni tau tak?? Badrul tu hak aku! Kau jangan berani nak
dekat dengan dia lah! Budak tak guna!!!,” jerit Ira Syarmila dalam hati sambil
menarik kasar cadar bilik hotel yang di dudukinya itu.
“Baby,
you kenapa ni?,” tanya seorang lelaki yang baru sahaja melangkah keluar dari
bilik mandi dengan tuala yang membaluti tubuhnya di paras pinggang.
Ira
Syarmila segera menoleh ke arah lelaki itu.
Arghhh! Lupa pula dia berada di Genting Highland bersama lelaki tua ini. Nasib dia hanya melepaskan geramnya di dalam
hati. Kalau lah lelaki ini tahu yang
hatinya milik lelaki lain, sudah tentu lelaki ini tidak mahu lagi menajanya. Masakan tidak, rumah, kereta dan wang saku yang
dia miliki sekarang semuanya hasil dari pemberian
lelaki ini. Mahu atau tidak, hati milik
Dato’ Rauf harus dia jaga sehinggalah
Badrul Zaman dapat dia miliki sepenuhnya.
Kalau
diikutkan hati, tak ingin dia menjadi perempuan simpanan Dato’ Rauf yang sudah
menjangkau separuh abad itu. Anaknya
yang bongsu pun sudah sebaya dengan Ira Syarmila. Tapi di sebabkan duitnya yang berkepuk-kepuk,
Ira Syarmila sanggup bersama dengan lelaki tua ini. Asalkan apa yang dia ingini dapat diberi oleh
Dato’ Rauf.
“
Kenapa marah-marah ni sayang?,” tanya Dato’ Rauf lagi yang kini sudah duduk di
sebelahnya.
“Tak
ada apa-apa,”Ira Syarmila membalas ringkas.
“Kalau
you tak ada apa-apa, kenapa you tarik-tarik cadar tu? You macam lepaskan geram
je? Kenapa? I ada buat salah dengan you ke sayang?,” tanya Dato’ Rauf sambil
mengusap-usap bahu Ira Syarmila yang sedikit terdedah .
“Tak
ada apalah sayang. I geram dengan budak yang kerja dekat McDonalds
tu tadi. Lembab sangat buat kerja. Lepas tu boleh pula dia nak tunjuk kurang
ajar dekat I. Manalah I tak sakit hati,”
bohong Ira syarmila.
“Oh,
fasal tu je? Tak apa, nanti kita pergi report dekat manager dia. Biar budak tu kena tindakan ye sayang?,”
tangan lelaki separuh usia itu mula merayap ke tubuh Ira Syarmila.
“Tak
payah la sayang. I tadi dah report dekat manager dia,” balas Ira Syarmila sambil
menolak manja tangan nakal milik Dato’ Rauf.
Hanya senyuman yang dilemparkan pada lelaki separuh abad itu.
“I
miss you and I need you now darling,” bisik Dato’ Rauf pelahan ke cuping
telinga Ira Syarmila.
“Really?
I miss you too sayang. Tapi I baru balik
dari makan. I mandi dulu okay? Nanti kalau I busuk-busuk, you dah tak mahu
dekat I lagi,” dalih Ira Syarmila sambil menolak pelukan Dato’ Rauf.
“Okay
sayang, im waiting. Jangan lama sangat,”
balas Dato’ Rauf sambil memerhatikan gerak Ira Syarmila yang sedang menanggalkan
pakaiannya sebelum menuju ke bilik air.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hariz
Iskandar memerhatikan gelagat seorang perempuan yang sibuk berlatih menari di
taman permainan. Puas dia memerah otak
mengingati siapakah perempuan yang sedang menari itu. Rasanya macam kenal tapi dia sendiri tidak
pasti. Tiba-tiba dia terus teringat
peristiwa yang berlaku di taman permainan ini sebulan yang lalu. Ya, dia pasti
dia mengenali gadis itu. Kakinya terus
melangkah ke arah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang aktif berlatih
menari.
“Excuse
me. Sorry ganggu you’ll semua. Boleh tak saya nak bercakap dengan budak yang
pakai baju biru muda tu?,” tanya Hariz Iskandar kepada dua orang pelajar
perempuan yang sedang berehat.
“Siapa?
Ana ke?,” tanya gadis berbaju merah.
“I’m
not sure lah nama dia siapa. Boleh tak
adik tolong panggil kan budak tu sekejap? Cakap abang nak jumpa,” pinta Hariz
Iskandar.
“Boleh. Tunggu kejap ye?,” balas gadis bertudung
hitam sambil berlalu pergi ke arah rakannya.
Kemudian dia kembali ke arah Hariz Iskandar bersama rakannya.
“Abang
rasa macam kenal lah awak ni. Awak adik
budak tomboy hari tu kan?I mean Sofie.,” tanya Hariz Iskandar .
“Yup. Kenapa ye?.”
“Abang
sebenarnya dah lama cari kakak awak. Boleh
tak awak bagi nombor telefon dia? Abang ada hal sikit nak settle kan dengan
dia.”
“Hal
apa tu ye? Boleh saya tau? Saya bukan tak mahu bagi nombor telefon dia. Tapi saya takut kak Sofie marah.”
“Tolong
lah dik. Abang sebenarnya dah lama nak
cari dia. Hari tu dia ada bagi nombor
telefon dia pada abang tapi abang lupa
abang letak kat mana kertas tu. Boleh
tak tolong bagi nombor telefon dia?,” tipu Hariz Iskandar. Tak apa kot tipu sunat. Lagipun, dia bukannya nak buat benda yang tak
elok. Dia cuma ingin berbaik dan memohon
maaf atas ketelanjurannya sebelum ini.
“Oh,
macam tu. Hurmm, abang ambil nombor ni
ye, lepas tu terus save dalam telefon.
Nanti kalau hilang ke apa ke, saya tak mahu terlibat lagi.”kata Natasya
Farhana sambil menyebut nombor telefon bimbit milik kakaknya, Sofiya Alia.
“Thanks
ye dik. Nanti kirim salam dekat kak
Sofie. Cakap kat dia, abang Hariz kirim
salam.”
“Beres!,”
balas Natasya Farhana dan terus berlalu pergi dan mendapatkan rakan-rakannya
yang lain untuk meneruskan latihan tarian mereka untuk pertandingan tarian
antara sekolah-sekolah.
Hariz
Iskandar tersenyum puas. Akhirnya dapat
juga dia mencari gadis tomboy itu.
Kenapa susah sangat nak bertemu dengannya? Sedangkan setiap pagi dia ke taman permainan menunggu kelibat Sofiya Alia tetapi tidak pernah ada
rezeki bertemu gadis kasar itu. Harap
dengan adanya nombor telefon bimbit Sofiya Alia, dapatlah dia menghubungi gadis
yang membantunya tempoh hari.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Deringan
telefon bimbit mengejutkan Sofiya Alia yang hampir lena. Telefon bimbit miliknya dicapai. Tertera satu khidmat pesanan ringkas dari
nombor yang dia tidak kenali. Dengan
malas, jarinya terus menekan untuk membaca pesanan baru yang dia perolehi.
What's
Done Is Done
Make Room For
The New
Forgive And
Forget
What Has Been
Done To You.
Im sorry.
Setelah itu, satu
lagi pesanan ringkas yang di terima dari nombor yang sama. Laju jari Sofiya Alia menekan pesanan ringkas
itu untuk membacanya.
S
= SOME
O = ONE'S
R = REALLY
R = REMEMBERING
Y = YOU
Sofiya Alia cuba
berfikir siapakah gerangan pengirim khidmat pesanan ringkas itu kepadanya. Tiada
nama pengirim. Arghhh! Malas dia ingin
melayan khidmat pesanan ringkas itu. Mungkin
juga pengirim tersalah nombor . Matanya
terus di pejam. Penat berjalan seharian
di Genting Highland membuatkan dia mula berasa ngantuk.
Belum pun sempat
dia terlena, telefon bimbitnya berbunyi lagi.
Satu pesanan ringkas bergambar (MMS) pula diterimanya. Gambar teddy bear berwarna putih sambil
memegang kertas yang tertulis I am sorry pula dihantar. Siapakah pengirim khidmat pesanan ringkas
ni? Pening kepalanya memikirkan siapakah
gerangan orangnya. Sudahlah dia
mengantuk, telefon pula asyik berdering.
Nombor
yang tertera di ruangan khidmat pesanan ringkas (SMS) terus di dail. Dua tiga kali dia cuba menghubungi nombor
yang tidak di kenalinya itu tetapi tiada sebarang jawapan. Mungkin ada rakan-rakannya di Uitm yang cuba
mengusiknya tengah-tengah malam begini.
Tapi siapakah? Syuhada? Rohani? Arghhh! Tak mungkin lah. Mereka semuanya takkan bergurau seperti
ini.
Persetankanlah
siapa pun yang menghantar pesanan itu .
Apa yang dia tahu, matanya sudah tidak mampu terbuka. Badannya masih
terasa letih. Lantas, Sofiya Alia terus
menekan butang untuk mematikan telefon bimbit miliknya. Puas rasanya. Tiada lagi deringan telefon yang akan
mengganggunya selepas ini.
ok la tu.. aku pn lm dah x update blong mood xde cerita pn de
ReplyDeletepatut aku tengok blog ko tak update2..dah berbulan2 dah ..hahahha.. btw, thanks sudi baca entry baru ni walaupun agak bosan tahap gaban.. seriously, aku tak de idea nak menulis bab baru..tapi disebabkan dah lama tak update..and ada orang dah tanya2..aku redah juge le..huuhuh
Delete