Ira
Syarmila melangkah masuk ke bilik pejabat Badrul Zaman. Meja yang dipenuhi dengan fail dan
dokumen-dokumen penting disusun di almari menyimpan dokumen di dalam bilik
itu. Fail-fail penting yang memerlukan
tanda tangan Badrul Zaman diletakkan disudut kiri supaya mudah untuk Badrul
Zaman menandatanganinya. Ira Syarmila
ligat menjalankan tugasnya sebagai setiausaha kepada Badrul Zaman. Komputer dihidupkan agar mudah Badrul Zaman
untuk memulakan pekerjaannya selepas masuk ke pejabat. Di sudut tepi komputer kelihatan beberapa
bingkai gambar yang berisi gambar Nur Batrisya, Badrul Zaman dan ada juga
gambar perkahwinan Badrul Zaman bersama arwah isterinya, Erina Syakila.
Ira
Syarmila mengambil bingkai gambar yang berisi gambar Badrul Zaman dan
mengusap-usap gambar tersebut. Kekacakan
wajah Badrul Zaman telah menarik perhatiannya sejak dia mula-mula bekerja di
syarikat ini. Keperibadian Badrul Zaman
telah mengikat hatinya kepada duda beranak satu itu. Pelbagai cara yang digunakan untuk menarik
perhatian Badrul Zaman tetapi tidak pernah diperdulikan oleh Badrul Zaman.
“One
day, you’ll be mine dear. Itu memang
pasti!” kata Ira Syarmila pelahan sambil mengusap gambar milik Badrul
Zaman. Di tenungnya gambar kacak milik
Badrul Zaman sambil tersenyum menggoda seolah-olah Badrul Zaman berada
dihadapannya.
Krinnnnnggg!
Kringggg!! Bunyi telefon yang berada di meja Badrul Zaman berdering dan
membuatkan Ira Syarmila tersedar dari khayalannya.
“Hissshh!
siapalah yang nak call pagi-pagi ni?? kacau daun betul! Orang baru nak
berangan-angan!,” rungutnya sambil meletakkan kembali bingkai gambar tersebut
sebelum mengangkat telefon.
“Hello
Kencana Holding, Ira Syarmila speaking,” Ira Syarmila memulakan perbicaraannya.
“Hello
Syarmila, ni saya Badrul. I just want to
inform you that I come late to the office today. Saya nak kena hantar Sya pergi klinik
dulu. She’s not feeling well. Ada apa-apa yang penting pagi ni?,”tanya
Badrul Zaman.
“Owhh..
yeke? Sya tak sihat ke Encik Badrul? Kenapa?? Demam ke?,”soal Ira Syarmila
bertalu-talu sambil membuat suara menggoda.
“Yup,
Sya demam. Saya tanya, ada apa-apa yang urgent ke pagi ni Syarmila? Let me
know,” balas Badrul Zaman.
“Hurmm,
pagi ni tak ada apa-apa yang urgent pun.
Cuma pukul 2 petang nanti, Encik Badrul ada lunch dengan Dato Rahimi
untuk discuss pasal projek di Terengganu tu,” jawab Ira Syarmila.
“Owhh..
okay-okay. Lepas saya hantar Sya, saya
akan masuk pejabat and you Syarmila, please prepare dokumen yang saya perlukan
untuk discussion tu nanti dan letak dalam bilik saya siap-siap ye,” arah
Badrul Zaman.
“Hurmmm..
Encik Badrul, agak-agak..encik Badrul nak masuk office pukul berapa ye?? And
one more question, I kena follow sekali ke untuk discussion you dengan Dato
Rahimi tu?,” tanya Ira Syarmila lagi.
“Saya
tak tahu lagi pukul berapa saya akan masuk office and awak akan ikut saya untuk
disscussion tu. Okay Syarmila, saya nak
cepat ni.. itu sahaja yang saya nak beritahu awak..okay, Bye!,” Badrul Zaman
segera menekan punat merah pada telefon bimibitnya. Malas betul nak melayan kerenah Ira Syarmila
yang adakalanya membuatkan dia berasa rimas.
“Bye
sayang,” Kata Ira Syarmila pelahan setelah talian dimatikan.
Arghhh! Teringin pula dia mengungkapkan
perkataan ‘sayang’ itu pada Badrul Zaman dan ingin sekali ucapannya didengari
oleh lelaki itu. Kalau lah Badrul Zaman
tahu akan perasaan yang sudah lama dipendamnya terhadap lelaki itu, adakah
Badrul Zaman akan membalas cintanya? Entah, dia sendiri tidak pasti. Tapi apa yang pasti, dia sendiri akan membuatkan Badrul Zaman jatuh hati padanya. Hanya dengan satu cara, dia perlu mengambil hati ‘buah hati pengarang
jantung’ Badrul Zaman iaitu Nur Batrisya dan selepas itu, Badrul Zaman pasti
akan jatuh ke tangannya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kereta
Honda Civic berwarna putih milik Badrul Zaman berhenti di perkarangan
Sweetybaby nursery. Badrul Zaman segera
keluar dari dalam perut kereta dan membuka pintu penumpang dibahagian
belakang. Tangannya pantas mengambil beg
barbie milik Batriysa dan menyandang di bahagian tagan kanan. Nur Batrisya yang berada di dalam dukungan
Badrul Zaman kelihatan lemah dan di
bahagian dahinya sudah tertampal ‘cool fever’ untuk mengurangkan suhu panas
badannya.
“Eeh,
kenapa Sya ni encik Badrul? Demam ke?,” tanya Puan Hamidah setelah pintu
nursery dibuka.
“Aah
Puan Hamidah. Sya tak sihat sejak malam
tadi. Saya tak dapat nak ambil cuti hari
ini untuk jaga dia sebab saya ada appointment penting petang ni. Nanti, kalau badan Sya makin panas atau ada
apa-apa masalah, Puan Hamidah jangan lupa terus call saya ye?,” kata Badrul
Zaman sambil membaringkan anaknya di atas katil di dalam bilik sakit yang
memang disediakan di dalam nursery itu.
“Tak
apa encik Badrul. Dah memang tugas saya
sebagai pengasuh di nursery ini. Encik
Badrul jangan risau, saya akan jaga Sya elok-elok,” balas Puan Hamidah untuk
menenangkan hati Badrul Zaman.
Puan
Hamidah tahu, Badrul Zaman ini amat menyayangi satu-satunya buah hatinya. Setelah isterinya, Erina Syakila meninggal
dunia, Nur Batrisya lah satu-satunya tempat dia mencurah kasih. NurBatrisya memang seorang anak yang bijak
dan amat manja dengan Badrul Zaman dan bila jadi begini, sudah tentu hati
Badrul Zaman menjadi tidak tenang.
“Sya,
papa pergi kerja dulu ye sayang. Sya
jangan lupa makan ubat ye sayang? Papa
dah bagi ubat Sya dekat ummi. Bila kerja
papa dah siap, papa terus datang sini ambil Sya, okay sayang?,” kata Badrul
Zaman sambil mengusap rambut lembut milik Batrisya dan mencium pipi montel
milik anak kecil itu berkali-kali.
Nur
Bartriysa menanggukkan kepalanya. Nampak benar badannya lemah dan mukanya
sedikit pucat.
“Sya
tunggu papa. Papa jangan lambat tau!,” mulut comel itu bergerak-gerak
menuturkan kata walaupun tidak seceria biasa.
“Okay
sayang, papa promise! Papa pergi dulu ye?,” janji Badrul Zaman sambil mencium
pipi gebu itu sekali lagi sebelum berlalu pergi.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Telefon
bimbit milik Sofiya Alia berdering dan memainkan lagu just the way you are
nyanyian Bruno Mars. Tertera nama Emak
sayang di skrin telefon dan segera punat hijau ditekan untuk menghubungkan dia dengan
ibunya.
“Assalammualaikum,
Puan Hamidah. Boleh saya bantu??,” usik
Sofiya Alia.
“Waalaikumsalam. Sofie, emak nak minta tolong ni. Sofie tolong petikkan bunga raya dan daunnya
sekali dekat luar rumah tu, lepas tu tolong hantar dekat nursery ni. Cepat sikit ye,” arah Puan Hamidah.
“Emak
nak buat apa pula dengan daun bunga raya tu?,”tanya Sofiya Alia pelik.
“Ni
haa, si Sya ni demam. Panas pula mak
rasa badan ni ni, tu yang mak nak suruh Sofie hantarkan daun bunga raya
tu,”terang Puan Hamidah.
“Boleh
ke daun bunga raya jadi ubat mak?? Mana mak tau ni? ,”tanya Sofiya Alia
lagi. Terasa pelik pula dengan kenyataan
emak.
“Ai
Sofie ni, dah belajar dekat Universiti pun tak tahu lagi pasal khasiat pokok
bunga raya ni? Ishhh! Itu pun tak tahu.
Dah-dah, jangan banyak soal lagi.
Pergi cepat petik daun pokok bunga raya tu, lepas tu hantar dekat
nursery ni. Cepat sikit ye? Jangan nak
melengah-lengah pula, kesian mak tengok si Sya ni,” balas Puan Hamidah panjang
lebar sebelum meletakkan gagang telefon.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kasihan
sungguh Sofiya Alia melihat Nur Batrisya yang kelihatan lemah dan tidak bermaya
terbaring di atas katil. Panas suhu badannya
masih terasa apabila Sofiya Alia meletakkan tangannya di dahi dan di leher Nur
Batrisya. Anak kecil yang sentiasa lincah dan ceria kini tidak lagi seceria
hari-hari sebelumnya. Tiada lagi mulut
yang petah berbicara dan menuturkan kata.
Tiada lagi gelak tawanya kedengaran di dalam nursery ini.
Arghh! Tiba-tiba terasa satu
perasaan kasihnya terhadap anak kecil ini.
Sofiya Alia dapat merasakan yang dirinya amat menyayangi kanak-kanak itu. Ya! Sayang.
Dia memnag sudah mula menyayangi
Nur Batrisya melebihi kanak-kanak lain yang ada di dalam nursery ini. Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti.
“Mak
dah lulurkan daun bunga raya kat Sya.
InsyaAllah, tak lama lagi surutlah panas badannya,” suara Puan Hamidah
memecah kesunyian.
“Berhasil
ke mak kalau letak daun bunga raya je mak?,”tanya Sofiya Alia meminta
kepastian.
“InsyaAllah. Itu pertua orang dulu-dulu. Masa mak kecil-kecil dulu, arwah nenek Sofie
selalu lulurkan kat badan mak bila mak demam.
InsyaAllah, kalau Allah izinkan.. kebahlah demam si sya ni nanti,”
terang Puan Hamidah.
Sofiya
Alia hanya mengangguk faham dengan penjelasan emak. Betul kata emak, jika Allah izinkan apa pun yang
kita lakukan dan inginkan pasti akan terjadi.
Sofiya Alia mengusap lembut
umbun-umbun milik Nur Batrisya. Kanak-kanak kecil itu membuka matanya dan
memandang ke arah Sofiya Alia.
“Kak
Sofie..,” panggilnya.
“Ye
sayang. Sya nak apa? Sya nak minum? Kak Sofie
ambilkan.,” tanya Sofiya Alia sambil terus mengelus rambut lembut itu.
Nur
Batrisya hanya menggelengkan kepalanya.
Bukan itu yang dia inginkan.
Matanya sayu memandang ke arah Sofiya Alia. Ada sesuatu yang diinginkannya.
“Kak
Sofie, Sya nak papa,” pintanya.
Sofiya
Alia jadi semakin kasihan
terhadapnya. Saat-saat begini sudah
tentu seorang anak inginkan belaian dari kedua ibu bapanya. Kasihan Batrisya. Adakah dia merindukan bapanya??
“Sya, papa Sya kerja. Sekejap lagi papa Sya datang ambil Sya. Sya rehat dulu ye sayang?,” pujuk Sofiya
Alia.
Anak
kecil itu hanya mengangguk kecil sebelum matanya kembali tertutup. Sofiya Alia terus mencapai kain selimut dan menyelimuti separuh badan
milik Nur Batrisya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Badrul
Zaman memecut laju keretanya ke
Sweetybaby nursery setelah selesai berjumpa dengan Dato Rahimi. Ira Syarmila yang menumpang keretanya untuk
pertemuannya dengan Dato Rahimi tadi dibawanya bersama untuk mengambil Nur
Batrisya. Hatinya masih risau akan
keadaan anak kesayangannya itu. Selepas
mengambil Nur Batrisya barulah dia akan menghantar Ira Syarmila kembali ke
pejabat untuk mengambil keretanya.
Tibanya
di Sweetybaby nursery, Badrul Zaman terus melangkah laju ke dalam nursery untuk
ke bilik sakit. Tombol pintu bilik sakit
di pulas pelahan. Badrul Zaman masuk ke
bilik dengan langkah yang berhati-hati agar tidur Nur Batrisya tidak terganggu
dan diikuti oleh Ira Syarmila dari belakang.
Badrul Zaman merlihat satu tubuh yang sedang menemani tidur anaknya di
tepi sudut katil dan orang itu juga turut lena bersama-sama Nur Batrisya.
“Assalammualaikum,”
kata Badrul Zaman untuk mengejutkan lena orang yang menemani anaknya itu.
Sofiya
Alia tersentak bila terdengar suara lelaki di bahagian belakangnya. Segera dia menoleh ke arah suara tersebut.
Oh, encik Badrul Zaman rupanya.
“Maaf
encik Badrul. Saya terlena sekali time
jaga Sya,” kata Sofiya Alia.
“Its
okay, saya datang ni nak ambil Sya,” balas Badrul Zaman ringkas sambil duduk di
sisi katil.
“Encik
Badrul, mana boleh encik Badrul cakap okay je.
Cuba encik Badrul bayangkan kalau jadi apa-apa dekat Sya tadi macam
mana? Yang budak pengasuh ni sedap dia je pergi tidur dekat sini. Hey budak, awak ni nak kerja atau nak tidur
haa?,”jerkah Ira Syarmila.
“Sorry
puan. Saya mintak maaf. Saya terlelap tadi, lagipun rasanya tak sampi
15 minit,” jawab Sofiya Alia .
“I
don’t care berapa lama awak terlelap. Kau
ni, orang dah bayar mahal-mahal yang kau pula jaga cincai boncai je kan?? Kalau
jadi apa-apa dekat anak orang kau nak
tanggung ke? Otak kau ni letak dekat mana?” marah Ira Syarmila lagi dengan muka
yang bengis.
“Dah
lah tu Syarmila. Benda tak ada apa-apa
pun. Awak tak payah lah marah dia lagi.,”kata
Badrul Zaman sambil mendukung Nur Batrisya untuk keluar dari bilik sakit
itu. Ira Syarmila mendengus geram
apabila Badrul Zaman menyebelahi Sofiya Alia.
“Tapi
encik Badrul..,” Ira Syarmila masih tidak puas hati.
“Saya
cakap sudah tu sudah lah,” tegas Badrul Zaman. “Thanks Sofie tolong jaga
Sya. Saya balik dulu,
Assalammualaikum,” sambungnya sambil melangkah keluar dari bilik sakit itu.
Ira Syarmila hanya menjeling ke
arah Sofiya Alia. Hatinya mendengus
geram. Nampaknya lakonannya tidak
menjadi. Dia hanya berpura-pura memarahi budak pengasuh itu kerana ingin
berlakon di hadapan Badrul Zaman yang kononnya dia mengambil berat akan Nur
Batrisya yang sedang sakit. Sebenarnya dia sedikit pun dia tidak kisah akan
budak yang sakit itu. Apa yang penting,
dia perlu menunjukkan kasih sayangnya terhadap Nur Batrisya di hadapan Badrul
Zaman. Dia harus berpura-pura menyayangi
anak kesayangan Badrul Zaman itu. Untuk memiliki hati Badrul Zaman, dia harus
menyayangi dan mengumpan hati anaknya.
ni novel akak yang tulis ke ?
ReplyDeleteyup athifah.. akk yg tulis.. cite ni da dlm penulisan 2u.. tp dlm penulisan 2u tu.. tak sempat nak edit tol2.. so.. ayat byk tunggang langgang n typo.. hehehe... sje nk kongsi e-novel ni kat sini.. jemput la bce =)
Deletebusuknya hati si Ira Syarmila tu..... kalau nak bapak kenalah terima anknya sekali... bukan hanya berpura2....
ReplyDeletehaaa..tu la pasal.. busuk ati gler die.. die nak bpknye aje.. bukan nak anaknye.. hehehe.. so..nk bpk.. try amik ati anak dulu..blakon je sume tue.. =)
Delete