Perjalanan dari
kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa dalam 3 jam setengah perjalanan. Setibanya di jeti Lumut, Sofiya Alia dan
rakan-rakannya menaiki feri untuk ke pulau pangkor dengan harga RM10 seorang
untuk tiket pergi dan balik. Perjalanan
yang mengambil sama 30 minit itu membolehkan mereka menikmati pemandangan laut
yang amat menenangkan.
Feri kami mengambil masa
beberapa minit untuk berhenti di jeti Sungai Pinang Kecil sebelum meneruskan perjalanan
ke destinasi untuk menurunkan penduduk pangkor yang tinggal di situ dan kami
juga berkesempatan untuk melihat nelayan memunggah tangkapannya ke darat di
jeti itu. Perjalanan mereka diteruskan
dan mereka mengambil keputusan untuk menginap di Pangkor Bayview
Beach Resort, teluk nipah sebagai destinasi percutian.
“Oh my God!!
Seriously cantik tempat ni. Tak sabarnya aku nak habiskan masa aku dekat sini,”
teriak Syuhada sambil menghempaskan beg pakaiannya ke lantai.
“Memanglah tempat
ni cantik. Bukan takat cantik je,
anggun, menawan, dan terbaik! Kau nak tau, aku paling suka kalau nak pergi
snorkeling kat sini. Air pantai dia biru, lepas tu kita siap boleh tengok ikan
berenang-renang kat sebelah kita.,”tambah Sofiya Alia.
“Sofie, abis apa
perancangan kita petang ni??,”tanya Anum pula.
“Haaa.. apa kata
petang ni kita pergi mandi pool ke, takpun kita main bola tampar pantai??
Korang nak tak??,”cadang Sofiya Alia.
“Okay juga. Aku
pun dah lama tak main bola tampar ni. Malam
pula kita pergi mandi pool. Macam mana??,”Rohani mula mengatur acara.
“Mana-mana pun
boleh. Aku pun tak kisah as long as semuanya seronok. Apa yang penting kita enjoy!!,” jerit Syuhada
sambil mengikut gaya Nora Danish dalam sitkom Puteri di Tv3 dan
terlompat-lompat. Kami hanya tertawa melihat keletah Syuhada yang adakalanya
kebudak-budakan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Setelah selesai solat
asar Sofiya Alia dan rakan-rakannya pergi ke tepi pantai untuk bermain bola
tampar. Seronok bukan kepalang bila
sudah lama tidak menampar bola. Rohani
yang tidak berapa pandai bermain asyik menjadi ‘lubuk’ ketika bermain bola
tampar.
“korang ni
jahatlah!! Mentang-mentang aku tak pandai main.. korang asyik nak attact
aku je kan?,”rajuk Rohani.
“Hey kawan.
Chill lah, nama pun nak seronok-seronok je kan?,”pujuk Anum. Sofiya Alia dan Syuhada hanya tertawa melihat
Rohani merajuk.
Zila pula hanya menjadi
pemerhati dari tepi pantai. Awal-awal lagi dia memang dah surrender untuk
bermain bola tampar dengan kami.
Katanya, takut tangan tercabutlah, luka-lukalah, badan sakit-sakitlah
dan macam-macam alasan lagi yang diberinya walaupun aku cuba meyakinkan Zila
bahawa permainan ini bukan seteruk yang dia sangkakan. Tapi apa nak buat, sudah
memang zila tu seorang yang berperwatakan lembut dan ayu.
Bola tampar itu
melantun dari satu tangan ke tangan yang lain.
Seronok yang teramat sangat apabila dapat bermain dengan kawan-kawan
yang sporting dan penuh dengan gelak tawa yang tidak henti-henti. Tambah lagi apabila dapat bermain di tepi
pantai dengan pasir yang halus begini. Tanpa Sofiya Alia sedari, tamparannya
yang sedikit kuat menyebabkan bola itu terkeluar dari gelanggang dan terkena
kepala seorang lelaki yang sedang berehat di tepi pantai.
“Opssss!
Sorry-sorry!! Saya tak sengaja,” kata
Sofiya Alia sambil mengambil bola di tepi lelaki itu.
“Its okay. Tak apa,
sikit je ni,”kata lelaki terbabit yang hanya menundukkan mukanya sambil
mengusap kepalanya yang sakit. Sofiya
Alia terasa amat bersalah dan asyik meminta maaf kepadanya.
“Sorry bang, saya
betul-betul tak sengaja. Maaf ye,”pinta Sofiya Alia lagi.
“Tak apa. No hal
lah, sikit je ni,”jawabnya sambil memalingkan mukanya ke arah Sofiya Alia.
Sofiya Alia terkesima melihat raut wajah lelaki berkenaan.
“Kau???,” kata
Sofiya Alia sedikit menjerit akibat terkejut.
Sungguh dia tidak mengerti, ke mana sahaja dia pergi kenapalah dia asyik
ditemukan dengan lelaki ini?? Mata lelaki itu juga membulat melihat Sofiya
Alia. Sofiya Alia dapat meneka yang lelaki
itu juga turut sama terkejut melihat dirinya di sini.
“Sofie!!!! Cepatlah
bawa bola tu ke sini. Kau buat apa lama-lama kat situ?,” jerit Syuhada dari
jauh. Sofiya Alia hanya memberi isyarat
supaya Syuhada menunggu.
“Eh tomboy! Kau ni
kenapa lah asyik nak cari masalah dengan aku?? Hari tu kau buat hal kat taman.
Kau baling batu kat badan aku..hari ni, kau baling bola pula kat kepala aku?? Kau
ni betul-betul nak mati ye??,”jerkah lelaki berbasikal itu sambil berdiri.
“Aku pun tak ingin
lah nak cari pasal dengan kau. Aku tak sengaja kan?? Lagipun tadi kau kata tak
ada apa-apa kan?? sekarang ni yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa??
Tadi aku dah mintak maaf dan kau pun kata sikit je kan?? Jadi sekarang ni, apa
masalah kau lagi??hurmmm? Sudahlah, dari aku layan orang gila yang tak
abis-abis nak mengamuk dan meroyan macam kau ni..lebih baik aku pergi sambung main,” balas
Sofiya Alia geram.
“Pelik betullah
dengan mamat ni. Tadi dia dah kata okay kan? Jadi apa masalahnya dia nak
marah-marah lagi?hurmm??kenapa?? sebab dia tengok muka aku jadi dia nak
bertukar jadi marah pulak?? tak perlu kot!! Memang salah aku tetapi aku tak
sengaja. Kalau aku memang sengaja nak
tampar bola tu dekat kepala dia, aku tak akan tampar pelahan macam tu sahaja. Memang
aku spike bola tampar tu kuat-kuat. Biar tercabut terus kepala dia dari
badan. Tak pun, biar dia strok dan hilang ingatan sampai bila-bila. Huh! Sakit
hati betul dengan mamat ni!!!,” getus hati Sofiya Alia.
“Hey tomboy!!!!
Kau tengok lah hari ni hari kau, esok lusa hari aku!! Jagalah kau!!! Aku balas
balik! Kau dengar tak ni?? Aku akan balas balik!,” jerit lelaki itu dari jauh.
“What ever!!!,”
balas Sofiya Alia ringkas sambil merapati kawan-kawannnya yang lain. Mereka semua memandang ke arah Sofiya Alia dengan
wajah yang pelik.
“Siapa dia tu
Sofie?? Kau macam dah lama kenal je??,”tanya Syuhada.
“Mahunya tak
kenal. Kalau korang nak tau, mamat tue..mamat
psycho!! Mana aku pergi ada je dia menyemak. Serabut betullah aku di
buatnya,”jawab Sofiya Alia.
“Fuyoooo!!! Mana
kau pergi asyik dia ada je?? Macam berjodoh jer??,” usikan Syuhada di balas
dengan jelingan tajam oleh Sofiya Alia.
“Ahhh! Malas lah
aku nak layan korang ni. Nak main pun mood dah tak ada. Aku nak balik bilik dulu. Chowww!,”kata
Sofiya Alia sambil berlalu pergi dan bola tampar yang berada di dalam
pegangannya dicampak ke arah Rohani.
“Wahhhh!! Dah
pandai nak marah sekarang ni,” Anum pula menambah sambil diikuti hilai tawa
dari mereka berempat.
Sofiya
Alia hanya membiarkan mereka mentertawakan dirinya. Biarlah apa yang mereka ingin fikirkan kerana apa
yang dia tahu dia memang sudah lama sakit hati dengan mamat Psyhco itu.
“Ya Allah, kau jauhkan lelaki bongkak ni
dari hidupku. Tak sanggup rasanya nak
berdepan dengan mamat poyo macam dia tu,” doa Sofiya Alia di dalam hati.
“Sofie..aku dah
tak lalu nak bekubang lagi..aku naik bilik dulu lah erk?? ,” kata Syuhada.
“Aah la.. Aku pun
nak naik bilik juga. Haa, yang kau ni nak swimming berapa lama lagi ni Sofie??
Tak tahu sejuk ke berendam malam-malam ni?? ,”tanya Rohani yang memang terkenal
dengan mulut kepohnya.
“Tak apa lah. Kalau
korang semua nak naik dulu, korang naik lah. Lagipun, kesian dekat Anum
sorang-sorang dalam bilik. Pergilah teman dia, lagipun aku tak puas lagi ni.
Nanti bila aku dah bosan, aku naik ye,” balas Sofiya Alia.
“Okay. Kitaorang chow dulu ye?? Jangan lama-lama
sangat tau boleh sakit dada kau tu nanti,” pesan Rohani sebelum dia, Zila dan Syuhada
berlalu pergi untuk ke bilik.
“Bye Sofie,” kata Zila
sambil melambaikan tangan ke arah Sofiya Alia.
Seronok sangat rasanya
bila dapat berenang kat kolam ni. Almaklumlah dia sudah lama tidak berenang dekat
swimming pool. Lagipun, berenang malam-malam begini tidak ramai orang yang ada jika
nak dibandingkan pada waktu petang yang kebiasaannya kolam renang ini akan di
penuhi dengan orang sampaikan nak berenang pun tidak selesa.
Macam-macam gaya
Sofiya Alia berenang. Ada kuak lentang, kuak
kupu-kupu, kuak dada, gaya bebas, semuanya ada. Dah macam atlet sukan renang
dah aku rasa. Punyalah dah lama tak berenang sampaikan dia rasa macam nak habiskan
sepanjang malamnya di dalam kolam renang ni.
“Weiii tomboyyyyyy!!!,”
satu suara yang Sofiya Alia amat kenali memecahkan keheningan malam. Arggghhh!!
Lelaki berbasikal tu lagi!!
‘Mak oi!! Bila lah dia ni boleh berambus dari hidup aku haaa??
Letih nya melayan perangai gila dia ni. Haaa, kejap lagi nak cari gaduh dengan
aku lah tu! Bencinya!!’rungut Sofiya Alia didalam hati.
Sofiya Alia hanya
buat-buat tidak nampak dengan kelibat lelaki berbasikal itu. Dia meneruskan renangannya ke tengah kolam. Baju lelaki itu dibuka dan dicampakkan ke
tepi. Serta merta lelaki itu sudah
berada di dalam kolam dan berenang di belakang Sofiya Alia. Sofiya Alia yang sedang berenang tiba-tiba
terhenti apabila kakinya ditarik dari arah belakang. Terkapai-kapai dia di buatnya
di dalam kolam itu.
“Hey!!! Apa ni!
Gila ke? Aku tak kacau kau pun kan. Boleh
tak kau jangan ganggu hidup aku walaupun seminit?,” jerit Sofiya Alia.
“Kalau aku nak
kacau juga?? Apa kau nak kata??,”jawab lelaki itu sambil tergelak bila melihat Sofiya
Alia meronta-ronta.
Rasa benci Sofiya
Alia terhadap lelaki ini makin bertambah!! Kalau lah dia lemas ke tadi, lelaki
itu nak kata apa?? Tak ke dia mati katak je nanti?? Dasar mamat psycho!!!
Sofiya Alia terus berenang apabila kakinya
di lepaskan. Tiba-tiba kaki Sofiya Alia
ditarik sekali lagi dan kali ini dari arah
dalam air dan menyebabkannya tenggelam ke dalam kolam. Kaki Sofiya Alia masih lagi didalam genggaman
lelaki itu. Puas dia meronta-ronta minta
di lepaskan dari dalam air dan menggunakan kaki kanannya yang masih bebas untuk
menendang lelaki itu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas menangkap dan
mengenggam kedua belah kakinya.
Hampir 10 minit Sofiya
Alia berjuang untuk melepaskan kakinya dan akhirnya kakinya di lepaskan. Sofiya Alia segera ke permukaan air dan
hampir lemas dirinya di buat oleh lelaki itu.
“Hoiii bodoh! Kau
ni kenapa haaa?? Dah gila ke? Kau nak suruh aku mati ke??!,” marah Sofiya Alia dengan
nafas yang naik turun sambil menolak dada bidang lelaki itu dengan kasar.
“Itu baru sikit!
Katanya dengan senyuman yang sinis sambil mengambil langkah untuk meneruskan
renangannya. Sofiya Alia memang tidak
boleh tahan dengan perangai gila lelaki ni
Tak lalu lagi dia nak berhadapan dengan lelaki sewel itu lagi.
“Aku benci kau la monyet!!! Dasar psycho!! Bodoh!! Kau memang tak
ada otak!! Aku benci kau sangat-sangat!”! Jerit Sofiya Alia dengan suara yang
masih tercungap-cungap. Dia mula
meneruskan renangannya ke tepi kolam untuk segera naik ke bilik. Tak sanggup dia nak berhadapan dengan lelaki
gila dan meroyan ni lagi.
“Aduhhh!! Tomboyyy! Tolong aku.. Kaki aku cramp!,” jerit lelaki
berbasikal itu. Sofiya Alia tidak
menoleh ke arah lelaki itu dan segera mengatur langkah untuk ke bilik.
“Arghhh! Tu mesti nak kena kan aku lagi tu kan?? malas aku nak
layan,”desis hati kecil Sofiya Alia.
“Please! Tolong aku wei! kaki aku cramp..aku tak boleh nak gerak ni,”rayu
lelaki itu sambil terkapai-kapai di dalam air.
Sofiya Alia terus terjun ke dalam kolam dan segera menariknya ke tepi
kolam. Tangan lelaki itu di tarik dari
atas kolam untuk membolehkan lelaki itu naik ke atas lantai. Tanpa Sofiya Alia
sedari tangannya terus mengurut kaki lelaki berbasikal itu dan hanya tersedar
apabila tangannya digenggam lelaki itu.
“Thanks sangat-sangat!,” kata lelaki itu sambil memandang ke
arah Sofiya Alia. Sofiya Alia yang baru
tersedar akan perbuatannya mengurut kaki lelaki tersebut terus menarik
tangannya.
“Its okay and its not a big deal! Dah la, aku nak balik bilik dulu,” Sofiya
Alia cuba melarikan diri daripada pandangan lelaki itu. Terasa malu pula dirinya apbila tanpa dia
sedari tangannya mengurut kaki lelaki berbasikal tersebut. Sofiya Alia mula berpaling dan mengatur
langkah untuk naik ke bilik.
“Weyhhh..siapa nama kau??,” tanya lelaki tu.
“Sofie..,” balas Sofiya Alia dalam sedikit menjerit agar dia boleh
mendengarnya.
“Aku Hariz..Hariz Iskandar. Thanks Sofie!,”balasnya pula.
“Owhhh..hariz ,”bisik Sofiya Alia didalam hati.
Langkahnya diteruskan supaya dia lebih cepat tiba dibilik dan Hariz Iskandar pula masih
duduk di atas lantai di tepi kolam sambil memandang ke arahnya.
No comments:
Post a Comment