“Sofie,
hari ni Sofie tolong mak jaga nursery boleh tak?? Mak ada kerja sikit yang nak diselesaikan. Kak
Murni tak dapat datang kerja hari ni, dia MC. Dahlia pula nenek dia meninggal
semalam dan terpaksa balik kampung. Sofie tolong mak ye? Mak pergi pun tak lama,
kejap je,” kata Puan Hamidah sambil menyarungkan tudung di kepalanya.
“Orait! Tak ada
masalah lah mak. Habis kalau kak Murni
dengan Dahlia tak ada, siapa je yang ada dekat nursery tu hari ni??,”tanya
Sofiya Alia.
“Yang ada hari ni
pun kak Leha je lah. Jangan risau lah,
mak pergi sekejap je. Selesai kerja mak, mak terus balik nursery. Hurmmm..ok lah Sofie
mak pergi dulu. Kunci nursery ada kat
atas kabinet tv tu. Cepat sikit buka nursery tu. Sekarang dah pukul 7.20 pagi dah ni,” kata Puan
Hamidah dan terus berlalu pergi.
Sudah lama juga Sofiya Alia tidak menjejakkan
kakinya ke nursery milik emak. Dengar
cerita ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk dijaga di
nursery itu. Tanpa belengah Sofiya Alia
terus menyarung t-shirt dan seluar jeans dan juga topi kesayangannya untuk pergi
ke nursery. Nasiblah dia jenis orang
yang lepas subuh terus mandi. Kalau tidak,
memang lambat lah dia nak ke nursery tu.
Dengan menaiki scooter
ego s miliknya, Sofiya Alia terus
memecut ke nursery yang tidak jauh dari rumahnya. Lebih kurang 10 minit dia tiba di nursery
milik ibunya. Nasiblah Sofiya Alia sempat
sampai sebelum pukul 8 pagi. Setelah membuka pintu pagar dan memastikan
semuanya dalam keadaan baik Sofiya Alia terus menunggu ibu bapa yang ingin
menghantar anak-anak mereka ke nursery itu.
Ramai kanak-kanak
yang telah dihantar di nursery ‘sweetybaby’ milik Puan Hamidah. Ada kanak-kanak yang baru berusia 2 bulan juga
di hantar di sini. Seronok pula dia duduk di nursery ni dengan kanak-kanak dan
melihat pelbagai keletah dan ragam mereka.
“Kakak ni
siapa??tak pernah tengok pun sebelum ni?,”sapa seorang kanak-kanak comel yang
memakai gown berwarna biru muda dan bertocang dua.
“Nama akak kak
Sofie, akak ni anak ummi. Awak nama apa?? Comel nya awak ni ye!,” kata Sofiya
Alia sambil mencubit pipi gebu milik kanak-kanak comel itu.
Ummi adalah nama
panggilan Puan Hamidah sebagai seorang pemilik nursery sweetybaby ini. Memang semua kanak-kanak yang tinggal di
nursery ini memanggilnya dengan gelaran ummi.
Kata Puan Hamidah dengan panggilan ummi kanak-kanak di nursery ini akan
lebih mesra dan tiada jurang diantara mereka.
“Nama saya Nur
Batrisya Amira binti Badrul Zaman, umur saya 4 tahun,”jawabnya panjang lebar. Wahhh!! Bijak betul budak ni. Separuh budak
mana nak ingat nama penuh dia sendiri tapi anak kecil ini siap dengan nama ayah dia sekali pun dia
tau. Bijak betul!
“Amboi, bijaknya
awak. kak Sofie tanya sikit awak jawab
panjang lebar ye?? Kak Sofie panggil awak Batrisya boleh??,”tanya Sofiya Alia
sambil memegang kedua lengannya.
“Papa panggil saya
Sya je. kakak pun panggillah saya Sya je lah, kenapa nak panggil
panjang-panjang?,”tanya Nur Batriysa.
Aduhhh! Budak ni
banyak mulut sangat. Sama je pun kalau panggil Batrisya dengan Sya tu,
kedua-duanya tetap nama dia juga. Bukan ke lagi sedap kalau panggil nama penuh
dia? Batrisya. Hurmm, ikut kan saja lah.
“Oh, yeke??
Sorry-sorry. Akak panggil awak Sya la ye. Sya dah breakfast belum??
Kalau Sya nak makan, kak Sofie boleh pergi ambilkan makanan dekat dapur,”tanya
Sofiya Alia lagi. Nur Bastrisya hanya menggeleng dan terus berlari ke arah
rakan-rakannya yang lain dan meninggalkan dia di situ. Sofiya Alia hanya tersenyum melihat keletah
comelnya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aktiviti pada hari
ini diselitkan dengan mengajar kanak-kanak di nursery ini dengan beberapa buah
lagu kanak-kanak seperti labah-labah, papaku pulang dan beberapa lagu yang
lain. Nampaknya kanak-kanak di sini
memang suka menyanyi. Sofiya Alia pula
siap mengajar lagu ini dengan gayanya sekali. Sekejap sahaja mereka sudah dapat
menangkap gaya yang ditunjukkan oleh Sofiya Alia dan mereka juga ikut menyanyi
bersama. Seronok Sofiya Alia melihat keletah
kanak-kanak di sini yang sangat aggresif dan menyanyi bersama-sama.
“papaku
pulang dari kota..papaku belikan kereta..
kereta kecil warna merah..boleh ku bawa
ke sekolah..
pon pon pon pon pon pon pon pon pon..
kereta kecil ku berbunyi..
marilah adik mari naik..
bolehku bawa jumpa nenek!”
Selepas
menyanyikan lagu ,Sofiya Alia mengisi masa petang mereka dengan membacakan buku
cerita tentang Nujum Pak Belalang kepada kanak-kanak di situ. Mereka mendengar dengan penuh minat. Antonasi
suara Sofiya Alia juga bertukar-tukar mengikut watak di dalam cerita itu. Ada ketika mereka tergelak mendengar
celotehnya dan gaya penyampaiannya.
“Kak Sofie, kenapa
Pak Belalang tu menipu? Bukan ke kita tak boleh menipu??,” tanya Nur Batrisya.
“Haaa..memang lah
kita tak boleh menipu. Jangan jadi macam pak belalang tau adik-adik, Pak
Belalang tu menipu jadi ahli nujum sedangkan dia bukannya tau apa-apa tentang
ahli nujum pun, korang semua jangan sesekali nak ikut cara Pak Belalang tau ,
Pak Belalang tu malas bekerja dan tahu
nak tidur sahaja. Adik-adik semua kene contohi anak dia ,si Belalang yang rajin bekerja,”jelas Sofiya Alia panjang
lebar.
“Kalau dah tau tak
boleh menipu, kenapa pak belalang menipu juga? Kenapa ada cerita menipu-nipu
ni??,”tanya kanak-kanak kecil itu lagi.
Adoiiii! Banyak
pula soalan budak ni, malas pula rasanya nak terangkan banyak-banyak. Untuk
mengelakkan diri di soal lagi, Sofiya Alia terus menukar topik.
“Haaaa…apa kata
kita main nyorok-nyorok nak tak??,”Usul Sofiya Alia
Semua kanak-kanak bersorak
riang. Sofiya Alia mengajak mereka bermain di taman permainan di perkarangan
nursery. Seteleh menutup mata dan
mengira sehingga sepuluh, Sofiya Alia mula mencari kanak-kanak tadi. Ramai kanak-kanak yang telah dapat di cari dan kini hanya tinggal Nur Batrisya
seorang sahaja.
Manalah budak ni
nyorok ye?? Sofiya Alia pun terus
merangkak-rangkak untuk mencari Nur Batrisya yang masih belum dapat
dicari. Tiba-tiba dia dapat menangkap
satu susuk dihadapannya.
“Yeahhhhh!!! Kak
Sofie dapat cari!!,” jerit Sofiya Alia sambil memeluk kakinya kuat-kuat. Tiba-tiba dia terdengar suara Nur Batrisya
tergelak besar dari arah belakang.
“kak Sofie tak
dapat tangkap Sya.. kak Sofie salah orang!!,” jerit Nur Batrisya sambil
terkekek-kekek ketawa.
Sofiya Alia yang
pelik terus membuka kain penutup mata.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat kaki yang dipeluk tadi bukan lah
milik Nur Batrisya tapi milik seorang lelaki yang tidak dia kenali. Rasa seperti hendak meloncat pun ada, merah
pipinya menahan malu.
“Sorry encik, saya
ingatkan budak-budak ni tadi..,”kata
Sofiya Alia sambil terus berdiri.
Lelaki itu hanya
memandang tepat ke arahnya. Tiada kata-kata
yang keluar dari bibirnya dan hanya senyuman yang di lemparkan kepada Sofiya
Alia. Aduhhh! Tak keruan dia dibuatnya. Sofiya Alia terus membelakangkan lelaki
itu dan berkira-kira untuk masuk ke
dalam nursery bersama kanak-kanak yang lain.
“Its okay. Saya
datang ni nak ambil Batrisya. Saya ni ayah dia,” lelaki itu bersuara.
“Ohhhh..ayah Nur Batrisya
rupanya.Malunya aku!!! Manalah aku nak
letak muka ni? kalaulah bini dia nampak yang aku pergi peluk kaki suami dia
tadi mampus aku kena penampar sulung!,”kata Sofiya Alia di dalam hati.
“Encik Badrul, awal
datang hari ni. Nak ambil Sya ke?,”Suara Puan Hamidah memecahkan kesunyian.
“Aah Puan Hamidah,
hari ni saya balik awal sikit, itu yang saya terus datang nak ambil Sya.,”jawab
Badrul Zaman sambil melangkah ke depan untuk mendapatkan anaknya.
“Oh macam tu. Sekejap ye encik Badrul, saya suruh anak saya
ambilkan beg Sya..,”kata Puan Hamidah.
“Sofie..tolong ambilkan beg
Sya kat dalam..bagi dekat encik Badrul ni..,”arah Puan Hamidah kepada Sofiya
Alia.
Sofiya Alia terus mencapai beg milik Batrisya dan menyerahkannya
kepada Badrul Zaman. Perasan malu masih
terasa untuk berhadapan dengan Badrul
Zaman setelah insiden tadi dan dia pula hanya tersenyum melihat tingkah Sofiya
Alia yang tidak tentu arah. Lelaki itu masih terus tersenyum sehinggalah kereta
Honda Civic bewarna putih miliknya hilang dari pandangan.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Telefon bimbit
Sofiya Alia memainkan lagu just the way you are nyanyian bruno mars tanpa
henti. Sudah dua kali telefonnya berdering. Pantas tangannya mencapai telefon
bimbit yang masih berdering setelah keluar dari bilik air. Tertera nama syuhada di skrin telefon bimbit.
“Hello Sofie!
Kenapa lambat sangat angkat call aku ni?? Penat tau asyik dail nombor kau,”
jerit Syuhada rakan sebilik Sofiya Alia di Uitm jengka, pahang.
“Uit!! Jangan
jerit-jeritlah sakit telinga aku .
Sorry, aku baru lepas mandi ni. Ada
apa kau telefon aku malam-malam buta ni?,”tanya Sofiya Alia.
“Haaaa..aku ada
plan baik punya ni. Aku sebenarnya nak ajak kau pergi bercuti dekat pangkor
weekend ni. Jom lah wei! Bosan lah cuti
semester kali ni. Aku tak tau nak buat
apa kat rumah,” jelas Syuhada .
“Hurmmm.. cantik
juga plan kau tu. Aku pun bosan juga duduk rumah sorang-sorang.. siapa lagi
yang follow??,”tanya Sofiya Alia lagi.
“Aku dah ajak Zila,
Anum dengan si Rohani tu. Diaorang pun okay je.
So, sekarang ni aku nak tau lah kau pulak macam mana?? kita pergi jumaat
ni ,ahad kita balik lah. Macam mana?? Okay tak??,”Cadang Syuhada.
“Beres! Tapi make
sure before khamis ni kau kena inform balik tau. Aku nak pastikan
korang conform pergi ke tidak.
Mana lah tau bila aku dah excited, last minute pulak korang cancel,”pesan
Sofiya Alia kepada Syuhada.
“Baik boss!!,nanti
aku inform kau balik orait?? Hurmm..oklah bye. Night!,”kata Syuhada mengakhiri
perbualan kami.
Seronok juga pergi
bercuti dengan kawan-kawan ni. Dah lama juga Sofiya Alia tidak bercuti di
pangkor. Di dalam otaknya sudah
terbayang bermacam-macam aktiviti yang ingin di lakukannya ketika di sana
nanti. Yang paling Sofiya Alia rindui adalah untuk pergi snorkeling,
melihat ikan-ikan di pulau yang bewarna biru dan bermain banana boat
dengan kawan-kawan. Tidak sabar rasanya
nak buat bbq dan duduk bersantai-santai di
tepi pantai bersama rakan-rakan yang lain. Wahhhh.. seronoknya!!! Tidak sabar rasanya
hendak menunggu jumaat ni. Hey pangkor!! Here we come !!!
No comments:
Post a Comment