Pages

Tuesday, November 27, 2012

TAKDIR CINTA BAB 10


TAKDIR CINTA

BAB 10



                Bersaksi cinta di atas cinta
                Dalam alunan tasbih ku ini
                Menerka hati yang tersembunyi
                Berteman dimalam sunyi penuh doa

                Sebut nama Mu terukir merdu
                Tertulis dalam sajadah cinta
                Tetapkan pilihan sebagai teman
                Kekal abadi hingga akhir zaman

                Istikharah cinta memanggilku
                Memohon petunjukmu
                Satu nama teman setia
                Naluriku berkata
               
                Di penantian luahan rasa
                Teguh satu pilihan
                Pemenuh separuh nafasku
                Dalam mahabbah rindu

                Bait-bait lirik nasyid dari kumpulan Sigma di amati sebaik mungkin. SubahanaAllah, melodi dan lirik nasyid ini amat indah dan mendayu.  Alunan melodi ini mengusik-usik hati Umairah di keheningan malam begini.  Dia masih ingat lagi hadith yang pernah di bacanya ketika di sekolah agama dahulu.

Daripada Jabir r.a: beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W
mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan 
sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada
Al-Quran.  Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu
berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia 
mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib (Riwayat Bukhari)

Umairah menarik nafas pelahan.  Pandangannya di lemparkan ke luar tingkap.  Di biarkan dirinya  di sapa hembusan angin malam.  Walaupun hembusan bayu yang menyapa tubuhnya di rasakan sejuk hingga ke tulang hitam, namun ia bisa mendamaikan hatinya.

Sejak dia melakukan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk bagi persoalannya, hatinya selalu mengingati insan yang bernama Adam Syafiq.  Entah kenapa dia sentiasa tenang bila memikirkan soal lelaki itu.  Dia juga turut merasa yakin dengan keputusan yang telah pun diambilnya. 

“Ya Allah, Engkau maha mengetahui apa yang aku rasakan sekarang ini.  Ku panjatkan doa kepadamu Ya Allah.  Permudahkanlah segala urusanku.  Dan semoga keputusan yang di ambil ini memberi seribu satu kebaikan untuk diriku.” Bisik hati kecil Umairah.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxx   

                Senyuman di bibir Adam Syafiq tidak lekang sejak dari tadi.  Perasaan yang indah membuai-buai tangkai hatinya.  Kata-kata syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Sungguh dia tidak menduga dengan jawapan yang diterimanya sebentar tadi.  Umairah sekeluarga telah menerima pinangannya. 

                Sejak dia pulang ke Kuala Lumpur, dia hanya berserah sepenuhnya kepada Allah S.W.T dengan keputusan yang bakal di terimanya.  Dia tidak akan menyesal sekiranya keputusan yang di berikan akan menghampakan hatinya.  Apa yang dia mampu lakukan hanyalah berdoa dan terus berdoa agar pintu hati Umairah terbuka untuk dirinya.

                 Namun siapa sangka, akhirnya Umairah sudi menerima lamarannya.  Walaupun gadis itu masih tidak mengenali dirinya sebaik mungkin, namun dia tetap dipilih untuk menjadi yang sah bagi Umairah.  Sungguh tidak di sangka-sangka.  Ya, ini semua aturan yang maha Esa.  Masakan tidak, dia sendiri  selama ini sukar untuk menerima mana-mana perempuan di dalam hatinya.  Tetapi dengan kehadiran Umairah, bagaikan satu keajaiban yang telah terjadi kepada dirinya.  

                Bukankah jodoh itu telah ditakdirkan?  Ya, semua ini takdir.  Takdir yang menemukan mereka di pulau itu.  Takdir juga yang membuatkan hatinya berdetak hebat saat melihat gadis itu berada di hadapan mata dan setiap kali memikirkan tentang  dirinya.  Takdir tuhan siapa yang tahu?  Dia sendiri tidak pernah menyangka yang dia akan di pertemukan dengan gadis sebaik Umairah.  Takdir juga yang telah membuatkan Umairah memilih dirinya dan sudi berkongsi hidup dengan dirinya. 

                Adam Syafiq segera menapak turun ke ruang tamu  rumahnya.  Matanya sibuk mencari-cari  kelibat ibu   dan bapanya.  Perkhabaran ini harus di beritahu kepada mereka berdua.  Mereka perlu berbincang untuk langkah yang seterusnya.  Persiapan untuk merisik  dan meminang Umairah harus di lakukan  segera.


                “Ma, papa.  Umairah dah  terima Adam.” Laju perkataan itu keluar dari bibir Adam Syafiq.  Senyuman manis masih tidak lekang dari bibirnya.

                “Alhamdulillah.  Bila kita boleh masuk merisik dia?” soal Datuk Soffian.

                “Dua minggu lagi.”

                “Cepatnya?  Kenapa nak tergesa-gesa?” soal Datin Maimunah.
Walaupun hatinya sakit dengan berita  yang di sampaikan Adam Syafiq, namun dia cuba menerima keputusan anaknya.  Dia tidak mahu Adam menghilangkan diri lagi.  Dia takut jika dia terus berkeras untuk bermenantukan Balqis, Adam akan keluar  dari rumah ini.

“Tak apa lah.  Lagi cepat kan lagi bagus.  Awak  tu pun kan dah tak sabar nak tunggu Adam berumah tangga.   Awak juga  yang sibuk nak Adam Kahwin cepat-cepat sebelum awak tutup mata.”perli Datuk Soffian.

                “Awak tak payah lah nak perli-perli saya.”

                “Laaa, tak betul ke apa yang saya cakap Mun oi?  Awak juga yang sibuk suruh Adam kahwin cepat dulu.”

                Datin Maimunah menjeling tajam ke arah suaminya.  Sakit hatinya bila dirinya di sindir suami sendiri.  Memang benar dia tidak sabar menunggu Adam mengakhiri zaman bujangnya.  Tapi bukan dengan gadis kampung yang bernama Umairah itu.  Dia cuma inginkan Balqis sebagai menantunya.

                “Bila pula kita nak masuk meminang dia?”soal Datin Maimunah.

                “Adam tak pasti tentang itu lagi.  Nanti kita bincang dengan keluarga Umairah ye ma.  Tapi bagi Adam, lagi awal lagi bagus.”

                “Yelah, dah tak sabar-sabar  pula dia nak kahwin.  Hari tu puas lah mama suruh kahwin.  Macam-macam alasan Adam Bagi.  Tak sedia lagi lah, tak boleh nak bagi komitmen lah.  Ni dan-dan lah pula nak cepat-cepat.  Tak faham lah mama dengan Adam ni.”

                “Entah lah ma.  Mungkin dah jodoh Adam kot.  Lagipun, Umairah tu memang perempuan yang Adam inginkan.  Sopan, hormat orang tua, berpengetahuan agama, bijak.  Entah lah.  Susah Adam nak cakap.  Tapi itu lah hakikatnya ma.”

                “Balqis tu pun cantik apa.  Bijak, sopan, hormat orang tua.  Dah tu, anak orang berada pula tu.  Setaraf dengan kita.  Mama suka sangat dengan Balqis tu Adam.  Kalau lah Adam kahwin dengan Balqis, anak-anak Adam mesti comel-comel.”

                “Haaaa.. dah buat dah dia.  Mun, awak tak payah lah nak sebut-sebut lagi hal ni.  Awak tahu kan Adam tak suka?  Tak faham betul lah dengan perangai awak ni.” Marah Datuk Soffian.

                “Tak, saya cuma cakap je.  Kalau dah Adam nak sangat dengan budak tu.  Tak pe lah, saya tak kisah pun.  Tapi saya cuma cakap yang Balqis tu pun tak kurang hebatnya.”

                “Tak sama ma.  Balqis dan Umairah jauh berbeza.  Tak apa lah, nanti bila kita pergi ke Pangkor nanti Adam pasti yang mama dengan papa mesti suka dengan Umairah tu.  Seriously, dia memang layak jadi menantu mama dan papa.  InsyaAllah, mama dan papa akan bangga dengan pilihan Adam satu hari nanti.”

                Datin Maimunah mencebikkan bibirnya.  Entah apa lah yang istimewa tentang gadis itu dia sendiri tidak tahu.  Meluat juga bila Adam Syafiq sibuk memuji-muji gadis yang bernama Umairah itu.  Cantik sangat kah dia jika di bandingkan dengan Balqis? Bagus sangatkah dia sehinggakan hati Adam Syafiq betul-betul terikat dengannya?  Ah, tapi sejauh mana bagus pun dia tetap budak kampung.

                “Papa tak kisah siapa pun Umairah tu.  Selagi dia gadis yang baik dan boleh bahagiakan Adam, papa akan setuju.”

                “Terima kasih pa.  InsyaAllah, Adam akan bahagia dengan keputusan yang Adam ambil ni.”

                “Oh ye, apa kata kita pergi merisik dan meminang terus?  Senang kerja.  Tak perlulah kita datang dua tiga kali.  Jimat masa dan jimat kos.”

                “Adam pun ada terfikir macam tu juga.  Tapi Adam takut pihak Umairah tak setuju.  Nanti Adam try call and discuss fasal ni.  Mana lah tahu diorang setuju kan?  Senang kat keluarga kita juga nanti.  Tak perlu nak berulang alik ke Pangkor banyak kali.”

                “Awak ni bang, cakap senang je kan?  Awak fikir cukup ke masa nak buat preparation untuk pergi bertunang dalam masa terdekat ni?  Dengan hantarannya, dengan rombongan yang kita nak bawak untuk merisik lagi.  Semua tu kena fikir awak tahu tak.”

                “Saya tahu lah tu.  Tapi bukan susah mana pun Mun oi.  Bab hantaran tu, kita upah je orang untuk buatkan.  Rombongan meminang pula, kita panggil je sedara mara yang terdekat. Lagipun, kita nak pergi hantar rombongan meminang je, bukannya nak buat kenduri kahwin yang nak panggil ramai-ramai orang tu.”

                “Betul tu ma.  Adam rasa pun tak ada masalah fasal ni.  Mama tak payah lah nak fikir sangat hal ni.  Esok Adam akan call family Umairah dan akan bincang hal ni.  Kalau diorang setuju untuk buat two in one, Adam akan beritahu mama dan papa.”

                 “Masalahnya, kenapa mesti nak terkejar-kejar buat semua ni?  Tak faham betul lah dengan korang anak beranak.  Yang tak menyempat sangat tu kenapa?”

                “Bukan masalah tak menyempat ke apa Mun oi, kita ni nak kasi senang.  Awak nak ke berulang alik ke Pangkor tu dua tiga kali?  Kalau dah boleh buat benda yang menyenangkan, kenapa mesti kita nak susah-susah?  Kan senang kalau buat majlis tu serentak?  Nanti kita just fikir persiapan untuk majlis kahwinnya pula.  Itu aje.”

                “Betul tu ma.  Adam setuju dengan cadangan papa  tu.  Kan senang kalau kita buat serentak?”
                “Suka hati Adam lah.  Adam nak buat apa pun terserah lah dekat Adam.  Kalau mama ni bercakap, Adam dengan papa sikit pun tak ambil pusing.  Korang dua beranak memang tahu nak senang je.  Tak fikir nanti apa orang kata kalau kita buat benda ni sambil lewa.  Dah la, mama nak naik bilik dulu.  Kepala mama ni dah nak tercabut dah fikir fasal ni.  Adam nak bincang, pergi lah bincang dengan papa tu.  Papa tu pandai sangat kan?  Haaa, pergi bicang dengan dia.”

                “Merajuk pula dah.” Usik Datuk Soffian.

                “Dah lah, awak bincang lah dengan Adam tu.  Saya ikutkan sahaja apa yang awak rancangkan tu.  Nanti kalau benda jadi lintang pukang, awak jangan nak salahkan saya.” Bebel Datin Maimunah  sambil melangkah ke tingkat atas.

                Datuk Soffian hanya menggelengkan kepala melihat tingkah  isterinya.  Bukannya  dia tidak tahu, Datin Maimunah masih tidak boleh menerima keputusan Adam untuk mengahwini Umairah.  Dia tahu, di sudut hati kecil Datin Maimunah masih  menyimpan harapan untuk bermenantukan Balqis.  Dan di sebabkan itu, Datin Maimunah tidak berapa suka bila mereka membincangkan tentang persiapan untuk merisik dan meminang Umairah.  Datuk  Soffian hanya mampu   berdoa agar hati isterinya lembut dan sudi menerima kehadiran Umairah di dalam hidupnya kelak.

Thursday, November 1, 2012

LINK PAGE

Assalammualaikum,

hye kawan-kawan.. cik nad tengah menulis TAKDIR CINTA dan tengah push untuk habiskan semua chapter.. mungkin tak akan di update dulu.. sebab dok menulis dan menulis.. nanti ada masa, cik nad akan update ye...

haaa, cik nad ada buat page untuk karya cik nad.. ni sume atas permintaan kawan-kawan yang sudi membaca karya cik nad yang haprak tu.. untuk kenal-kenal.. kongsi2 pengalaman and sebagainya..
kalau rajin.. boleh lah datang melawat page ni..




ok kawan-kawan.. cik nad nak meneruskan perjuangan menulis sambil selak-selak buku buat assignment..
thanks semua yang sudi singgah dan follow karya cik nad..
tq very much =)