Pages

Saturday, September 7, 2013

PENAMAT HANYA KAU UNTUKKU?

salam readers,

nampaknya lama banget tak update entry baru.  Lately, cik nad sangat busy sesangat! sejak mengajar dan belajar ni, masa cik nad untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada. 

Oh ye, now tengah berpuln nak cari idea untuk cari penamat HANYA KAU UNTUKKU (HKU). tak tau lah cerita ni apa nak jadi.  Kadang-kadang rasa macam syok sendiri je tulis cerita ni.  Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal pun ada.  Kadang-kadang merapu pun ada.  Tapi tak apa, walaupun cerita ni agak mengarut dan tak boleh blah, cik nad tetap puas hati sebab cerita ni 100% guna idea sendiri.



Tapi tak apa, segala komentar korang semua, cik nad akan ambil kira.  Atleast cik nad akan tau mana silapnya cik nad dalam menulis.  almaklumlah, cik nad memang tak da belajar menulis dari mana-mana and segala karya ni adalah karya TARAM and ikut suka aje.

doakan cik nad dapat idea yang menarik untuk masukkan dalam HKU.  Especially bab romantik.  almaklumlah cik nad ni kasar orangnya.  so, nak tulis benda yang romantik ni memang agak kureng sikit.

Hope korang enjoy dengan karya cik nad yang mengarut-ngarut ni.  n thanks for reading my e-novel  =)
reaction

Saturday, May 4, 2013

TAKDIR CINTA BAB 23


BAB 23

PS:  THANKS FOR READING.. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT KAT SEMUA YANG SUDI BACA TAKDIR CINTA.. MAYBE NI ENTRY LAST YANG NAD UPDATE KAT SINI.. DOAKAN TC AKAN MUNCUL DALAM VERSI CETAK. MAAF ATAS KEKURANGAN.. TQ GUYS ;)




            Adam Syafiq mula bekerja pada hari ini setelah lebih dua minggu bercuti.  Walaupun dia bekerja di syarikat bapanya sendiri tetapi dia tidak mahu meninggalkan tanggungjawab dan kerjanya kepada orang lain.  Baginya walaupun sudah berumah tangga, segala kerja di pejabat harus di ambil kira.

Pagi-pagi lagi Umairah sudah turun ke dapur membantu mak Temah menyediakan sarapan pagi.  Nasi goreng kampung, terlur separuh masak, roti bakar dan teh o panas di sediakan untuk suami tercinta.  Mak Temah pula menyediakan makan yang lebih di gemari ibu mertuanya.  Fresh orange dan buah-buahan sudah menjadi menu wajib ketika bersarapan.

Usai menyediakan sarapan, Umairah bergegas ke bilikTangannya ligat mencapai kemeja yang sudah siap di gosok dan diberikan kepada suaminya yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.

“Thanks sayang.” Satu kucupan di hadiahkan di pipi Umairah.  Bangga Adam Syafiq mempunyai isteri yang sentiasa menjaga keperluannya

“Tengahari nanti abang balik makan tak?” Tanya Umairah sambil membantu Adam membutangkan bajunya.

“Tak tahu lagilah sayang. Kalau sempat abang balik.  Kerja kat pejabat tu dah bertimbun dah tu.”

“Kalau abang balik, bagitahu saya ya?”

“InshaAllah, kalau abang balik abang beritahu sayangHurmm, abang sebenarnya berat hati nak tinggalkan sayang.”

Laaa, kenapa pula?”

“Yelah, dah lebih dua minggu kita sama-sama.  Hari ni nak kena kerja pula.  Selalu tu boleh di katakan dua puluh empat jam sayang ada depan mata abang.”

“Nak buat macam mana, kan abang dah kena kerja.”

Memanglah abang dah start kerja.  Habis, kalau abang rindu dekat sayang macam mana?” sengaja Adam Syafiq membuat suara menggoda.

“Abang ni mengada-ngada tau.” Satu cubitan hinggap di lengan Adam Syafiq.

“Laaa, dia kata kita mengada-ngada pulaSampai hati sayang.  Kita cakap nanti kita rindu, dia cubit kita pulaSedihnya.  Rasa macam nak terjun kebawah je.”  Adam Syafiq berpura-pura sedih.


“Dah tu abang mengada sangat.  Bukannya tak jumpa dah lepas ni.  Tak lama pun abang pergi kerja tu.  Petang karang abang balik, boleh jumpa saya lagi.”

“Yelah, orang tu dah tak sayang kita dah.  Tak kisah pun kalau kita tak ada.  Dia bukan nak rindu kat kita punKita je yang rindu dia.  Yelah, siapalah kita ni kan?”

“Dah lah tu bang.  Dah pukul lapan dah ni.  Mama dengan papa mesti dah tunggu kat meja makan.  Jom la kita turun sarapan.”

 Belum pun sempat Umairah melangkah merapati pintu tangannya di tarik sehingga dia terdorong ke belakang hingga melekap ke tubuh Adam Syafiq.  Tubuhnya dipeluk pelahan.  Wajah Adam Syafiq di benamkan di bahu kanan isterinya.

“I will miss you sayang.”Bisik Adam Syafiq pelahan.  Tangannya masih tidak lepas dari memeluk tubuh genit isterinya.  Entah kenapa dia merasakan berat meninggalkan Umairah walaupun hanya sekejap.

“I will miss you too abang.”

“Abang tak nak pergi kerjalah hari ni.”  Adam Syafiq meluahkan rasa hati.

Jangan macam tu.  Kalau abang lambat masuk kerja.  Nanti lagi banyak kerja yang tertangguh.  Bila banyak kerja yang tertangguh, mesti abang tak dapat balik awal.  Kan?”  Umairah cuba menenangkan hati suaminya.

Adam Syafiq menangguk pelahan.  Tubuh isterinya di lepaskan pelahan.  Perasaan sayang terhadap gadis itu semakin hari semakin mendalam. 

“Dah lah bang, jom kita turun sarapan.  Nanti lewat pula abang pergi kerja.”Tangan Adam Syafiq di genggam erat dan mereka beriringan ke ruang makan.


Xxxxxxxxxxxxxxxx

            “UMAIRAH!” Laung Datin Maimunah berkali-kali. Terasa sakit tekaknya memanggil menantu yang satu itu.

            Cepat-cepat Umairah melangkah turun ke ruang tamu apabila namanya di panggil tanpa hentiKain telekung yang di pakainya sebentar tadi di tinggalkan tanpa berlipat. 

            “Umairah!” jerit Datin Maimunah lagi.

            “Ye ma. Ada apa?” Jawab Umairah apabila kakinya mula menjejak anak tangga yang terakhir.

            “Kau ni pekak ke apa?  Kau tak dengar ke aku terlaung-laung panggil kau dari tadi?  Sakit tekak aku ni terjerit-jerit!”

            “Maaf ma. Tadi saya solat.”

            “Ah! Banyak betul alasan kau kan?  Jangan nak belagak baik depan aku.  Kalau depan Datuk kau boleh lah nak tunjuk bagus.  Depan aku tak payah lah.  Aku tak termakan langsung dengan perangai kau yang pura-pura tu.” Datin Umairah memandang tajam sambil bercekak pinggang.

            Umairah hanya tertunduk memandang lantai.  Tidak sanggup menatap anak mata ibu mertuanya.  Kata-kata pedas ibu mertuanya di biarka sepi.  Sabarlah wahai hati.

            “Haaa, siapa suruh kau pandai-pandai petik bunga aku kat luar rumah tu?  Ada aku suruh?  Kau ingat cantik sangat ke gubahan bunga kau dalam pasu mahal aku tu?”

            Umairah menelan liur.  Pandangannya di alihkan ke arah bunga mawar segar yang di ambilnya pagi tadi dihalaman rumah.




            “Lain kali, kau jangan nak pandai-pandai sentuh barang dalam rumah ini!  Jangan pandai-pandai nak petik-petik bunga aku kat luar tu!  Kau ni sedar sikit, kau tu meumpang je dalam rumah aku ni.  Kalau dah tahu yang diri tu menumpang, buatlah cara menumpang.  Jangan nak jadi tuan rumah pula!” Herdik Datin Maimunah.  Dadanya turun naik menahan amarah yang masih bersisa.

            “Maafkan saya.  Saya janji tak buat lagi ma.”

            “Maaf, maaf!  Kau fikir dengan maaf kau tu bunga aku yang kau dah petik tu boleh tumbuh balik?  Geram betullah aku tengok muka kau dalam rumah ni!”

            Mak Temah yang sedari tadi hanya memerhati segera mendapatkan Datin Maimunah.  Luluh hatinya melihat Umairah di herdik begitu sekali.  Besar sangatkah kesalahan gadis itu?

            “Maaf DatinSaya yang salah.  Bukan Umairah.” Mak Temah memberanikan diri untuk bersuara.

            “Kau ni kenapa pula?  Kau jangan nak menyibuklah Temah.  Ini urusan aku dengan Umairah.”

            “Saya bukan nak masuk campur tapi memang betul ini salah saya.  Umairah minta izin nak petik bunga mawar kat tepi tamanSaya yang izinkan.”

            “Dah!  Aku tak nak dengar semua ni.  Aku tak peduli siapa yang bagi kebenaran.  Apa yang aku tahu budak kampung ni yang pergi petik bunga aku kat luar tu!”

            “Tapi datin..”

            “Kau jangan nak masuk campur urusan keluarga aku Temah!  Kau pergi masuk sana!  Kalau tak aku berhentikan kau kerja.  Oh, sekarang ni kau dah pandai nak melawan cakap aku pula kan?  Ini semua mesti sebab budak kampung ni!”

            “Mak Temah masuklah dalamSaya yang salahBiar saya yang tanggung.” Umairah bersuara pelahanPandangannya sayup melihat Mak Temah yang cuba mempertahankannya.

            “Tapi Umairah..”

            “Aku kata masuk!!” Lantang suara Datin Maimunah.  Matanya di jegilkan ke arah pembantu rumahnya.

            Pelahan-lahan Mak Temah melangkah masuk ke dalam dapur.   Semahunya dia tidak mahu meninggalkan Umairah yang di herdik begitu.  Kalaulah Datuk Soffian dan Adam Syafiq ada di rumah ini, sudah tentu Umairah tidak akan di layan sebegitu rupa.  Hatinya jatuh kasihan terhadap nasib gadis itu.  Entah apalah salahnya si Umairah sehinggakan Datin Maimunah membencinya sebegitu rupa.

            “Kau dengar sini ya budak kampung.  Aku tak suka kau sentuh barang-barang dalam rumah aku.  Ini bukan rumah kau!  Kalau kau rasa kau nak buat juga, kau boleh berambus dari rumah aku!  Kau pergi balik rumah kau yang buruk tu.  Kau pergi hias bagi cantik!  Rumah aku ni biar aku yang uruskan.  Aku tak perlukan perempuan macam kau untuk hias rumah aku.  Taste kau tu taste kampung!  Aku nak kau pergi ambil balik bunga-bunga yang kau hias tadi, kau pergi buang!  Kalau kejap lagi ada lagi hiasan buruk kau dalam rumah ni.  Nahas kau aku kerjakan!” Jerkah Datin Maimunah sambil berlalu meninggalkan Umairah yang masih berdiri memandang lantai.
Xxxxxxxxxxxxxxxx

            Umairah menarik satu-persatu bunga mawar keluar dari pasu yang sudah siap di gubah olehnya pagi tadi.  Air matanya mula gugur tanpa dapat di tahan.  Perasaan sedih menyucuk-nyucuk hatinya. 

            “Umairah, biar mak Temah yang uruskan benda ni.” 

            Mendegar suara mak Temah di belakangnya, Umairah segera menyeka air mata.  Dia tidak mahu mak Temah tahu yang dia sedih di perlakukan begitu.  Nak pula, di herdik ibu mertua sendiri.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Datin Maimunah di pandang jahat oleh pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumah agam ini

            “Eh, tak apalah mak Temah.  Saya boleh buat sendiri.” Tolak Umairah sopan apabila pasu yang berada di tangannya ingin di ambil oleh Mak Temah.  Wajahnya segera mempamerkan lagak ceria.

            “Hisy, biarlah mak temah tolong.  Umairah pergi rehat.”

            “Tak nak lah.  Saya bosanlah kalau tak ada buat apa-apa mak temah.  Dah lah mak temah masak.  Saya ni dah macam orang besar pula dalam rumah ni.  Tak mahulah.”

            “Laaa, kan Umairah menantu rumah ini.  Mak temah ni dah tentu orang gaji.  Memanglah kerja mak temah mengemas dan memasak semua.”

            “Alaaa, saya ni memantu je pun mak Temah.  Saya bukan majikan.  Lagipun, saya dah biasa buat kerja ni semua.  Kalau kat kampung dulu, banyak benda boleh buat.  Sebab tu kalau tak buat apa-apa rasa bosan pula.”

            “Tapi Umairah tu dah macam majikan mak Temah juga lah.  Tak ada bezanya pun.  Serba-salah pula mak Temah bila tengok Umairah sibuk tolong mak temah memasak dan mengemas.”

            “Tak apalah mak Temah.  Sikit je pun saya tolongnya.  Lagipun, saya ni dah jadi isteri orang.  Nak tak nak makan minum suami, saya kena jaga.”

            “Erm, kala dah Umairah kata macam tu.  Apa lagi yang mak Temah nak cakap.”

            Umairah hanya membalas kata-kata mak Temah dengan senyuman.  Hilang rasa sedihnya bila ada teman bersembang di dalam rumah ini.  Mak Temah saling tak tumpah seperti ibunya sendiri di kampung.  Kasih-sayangnya, keletahnya, sikapnya yang perihatin memang persis ibunya. 

“Umi, Umairah rindukan umi.” Bisik hati kecil Umairah.

“Mak Temah minta maaf fasal hal tadi.”  Wajah Mak Temah kelihatan sayu memandang Umairah yang masih sibuk mengeluarkan bunga-bunga mawar dari dalam pasu.

“Laa, kenapa pula nak minta maaf?  Ini semua bukan salah mak Temah pun.  Ini salah sayaGatal tangan pergi petik bunga yang mama tanam kat luar rumah.  Dah tu tak minta izin mama.  Memang padanlah dengan muka saya mak temahSendiri yang cari penyakit.”

“Tapi kalau bukan mak Temah yang cakap boleh tadi, tentu Umairah tak kena marah sampai macam tu sekali.  Mak temah pun tak tahu yang datin akan marahSebelum ni, dia juga yang kata kalau nak ambil bunga tu, ambillah.  Mak Temah minta maaf sangat-sangat Umairah.  Kalau mak Temah tahu jadi mcam ni, mak Temah takkan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri.” Mak Temah masih menyalahkan dirinya.

Umairah mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Mak Temah.  Jemari tua itu di usapnya pelahan-lahan bagi menghalau perasaan bersalah yang bersarang di hati tua itu.  sungguh sedikit pun dia tidak menyalahkan wanita tua itu.

“Demi Allah, mak temah.  Saya tak salahkan mak temah dalam hal ini.  Ini semua memang salah saya.  Dah lah mak temah.  Tak mahulah macam ni.  Cuba senyum sikit.  Haaa, macam tulah, baru comel.”

Mak Temah tersenyum melihat keletah Umairah yang ceria.  Perasaan bersalah juga sedikit demi sedikit mula hilang. 

“Mak Temah, saya naik bilik dulu ye?  Lupa pula, telekung tu tak berlipat lagi.  Kejap lagi abang dah nak balik.  Nanti dia penat-penat balik kerja tengok bilik bersepah pula dengan telekung yang tak berlipat.  Lagi bertambah letih pula dia.” Kata Umairah setelah siap mengeluarkan bunga-bunga dari dalam pasu.

Haaa, tak apalah.  Umairah naiklah dulu.  Mak temah pun nak masuk ke bilik.  Nak mandi.  Badan ni dah bau belacan.” Tertawa Umariah di buatnya apabila melihat memek muka mak Temah seolah-olah menahan muntah.

“Bunga ni Umairah ambil ye mak temah?  Nak buang rasa sayang pula.  Bunga ni pun segar lagi ni.”

“Ambil je lah Umariah.  Kalau di buang pun sayang.  Pergi bawak masuk ke bilik bunga tu.  Untung-untung boleh hias bilik Umairah.  Boleh jadi macam bilik pengantin baru.” Usik mak Temah.

“Tak adanya pengantin baru mak Temah.  Sekarang ni dah jadi pengantin lama.  Umairah naik dulu ya.” Kata Umairah sambil melangkah ke bilik sambil memegang kuntuman bunga mawar yang pelbagai warna.
reaction