Pages

Friday, June 1, 2012

HANYA KAU UNTUKKU - BAB 9


BAB 9

            

       Entah mana datang semangat untuk pergi berjogging pada hari ini Sofiya Alia sendiri tidak pasti.  Mungkin kerana sudah lama tidak bersukan yang membuatkan dia mudah terasa letih sejak kebelakangan ini.  Setelah siap berpakaian sukan, langkah terus diatur ke taman permainan.  Udara pagi yang segar dan nyaman terus menyapa tubuh Sofiya Alia yang hanya berlengan pendek.

Hari-hari bekerja seperti hari ini memang jarang orang ke taman permainan untuk bersenam. Dari jauh dia dapat melihat hanya empat orang wanita separuh umur yang berbangsa cina melakukan senaman taichi dan juga sepasang kekasih yang sedang berjogging bersama.  Setelah melakukan senaman ringan, Sofiya Alia terus melangkah untuk berlari anak sambil mulutnya ikut menyanyi lagu yang dipasangnya menerusi ipod touch.

Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Belum sempat lagu itu diputar habis, terasa earphonenya ditarik oleh seseorang.  Terkejut dengan tindakan itu, Sofiya Alia terus memusingkan badannya ke belakang.  Ya Allah! Mamat ni lagi? Tak ada kerja lain agaknya selain mencari fasal.  Ketenangan dan kedamaiannya pada pagi ini bagai diragut bila melihat lelaki itu ada bersamanya.

“Apa masalah engkau ni? Apa lagi yang kau tak puas hati? Aku tak kacau kau pun kan?,” soal Sofiya Alia bertalu-talu.  Geram betul dengan tindakan lelaki ini.

“Perggggh! Tak sangka erk? Tomboy pun layan lagu lama.  Jiwang lah kau ni.”sakat Hariz Iskandar.

“Jap! Aku nak tanya kau.  Kalau aku jiwang sekali pun, ada masalah ke dengan kau? Apa yang kau sakit hati sangat dengan aku ni?.” Rasa macam nak cekik-cekik je mamat psycho ni.  Sabar Sofie, sabar.

“Tak ada apa-apa. Cuma aku pelik je bila tomboy macam kau ni layan lagu-lagu jiwang macam tu,”tawa Hariz Iskandar.

“Woi! Suka aku lah nak layan lagu macam mana pun.  Aku warning kau lagi sekali.  Kau tolong jangan ganggu aku lagi.  Aku meluat betul lah tengok perangai kau yang entah apa-apa ni.  Tau nak cari fasal je dengan orang.  Kau ni memang perangai macam monyet!,” marah Sofiya Alia.

“Ekeleeh jantan celup ni.  Relax sudah.  Bukannya aku nak sangat kacau kau tu lah!,”

“Kalau kau tak nak kacau aku yang kau pergi tarik earphone aku tu kenapa?”

Hariz Iskandar terdiam tanpa kata.  Dia mula pelik dengan dirinya sendiri.  Bukankah dia sibuk mancari Sofiya Alia kerana ingin memohon maaf atas  ketelanjurannya sebelum ini? Kenapa hari ini dia ingin memusnahkan penantiannya semata-mata ingin menuruti egonya? Sampai bila dia dan Sofiya Alia harus bertegang urat? Mukanya diraup beberapa kali.

taman permaianan tempat Sofiya Alia dan Hariz Iskandar berjogging


“Okay- okay!!.  Sebenarnya aku cari kau ni sebab aku nak minta maaf atas apa yang pernah aku buat pada kau sebelum ini.  Sorry lah sebab aku tak pernah pun layan kau baik-baik sebelum ni.  Aku tahu, sebenarnya aku yang salah masa first time kita jumpa dekat sini,” Hariz Iskandar memulakan bicaranya. Aduhhh! Macam mana dia boleh mengeluarkan perkataan maaf pada perempuan tomboy ni? Kau ni memalukan diri sendiri lah Hariz!

Sofiya Alia memandang Hariz Iskandar tajam.  Benarkah apa yang  di dengarnya  sebentar tadi?  Mungkinkah mamat psycho yang mempunyai ego melanggit dan berperangai seperti monyet ni boleh minta maaf dengannya?  Ahh! Entah-entah dia sengaja cakap macam tu tak? Orang macam lelaki ni bukannya boleh percaya.  Silap haribulan, Sofiya Alia di dajalnya lagi.

“Aku malas nak percaya cakap orang macam kau ni.”tanpa sengaja ayat ini terpacul keluar dari bibir Sofiya Alia.

“Kau ni kenapa? Aku dah serious nak minta maaf kan? Yang kau nak poyo-poyo lagi kenapa?  Kau ingat, senang ke aku nak keluarkan perkataan maaf tu dekat orang lain? Nak pulak kat jantan celup macam kau ni?”

“Haaa. Macam ni cara kau nak minta maaf dengan orang? Kalau tak ikhlas, kau lupakan je niat suci dan murni kau tu!”

Hariz Iskandar mendengus geram.  Macam mana lagi cara dia nak meminta maaf dari perempuan ini? Argggh! Tidak pernah seumur hidupnya mengucapkan perkataan maaf kepada orang lain.  Nampaknya hari ini dia betul-betul menggadai maruahnya.

“Habis? Kau nak suruh aku cakap macam mana lagi? Kau nak suruh aku merayu dan sujud dekat kaki kau baru kau maafkan aku? Macam tu?,”tanya Hariz Iskandar tidak puas hati. 

“Ada aku suruh kau melutut dekat kaki aku ke? Ada? Tak ada kan?  Nak mintak maaf tak semestinya bersujud dekat kaki orang yang kau buat salah tu.  Cukup sekadar kau betul-betul ikhlas dan tunjuk kesungguhan kau untuk minta maaf tu.” Balas Sofiya Alia.

“Orait! Kali ni aku cakap serious dengan kau dan aku tak akan ulang lagi ayat ni.  Cukup sekali kau dengar apa yang aku nak katakan ni.  Cik Sofie, saya Hariz Iskandar betul-betul minta maaf dekat cik Sofie.  Tak kiralah sama ada salah yang saya sedar atau tidak sedar.”

“Hurmm, baiklah.  Maaf awak sedang saya pertimbangkan.”

“Macam tu je?  Kenapa pula nak di pertimbangkan? Kau ni Sofie, sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula kita  manusia biasa.”

“Ada ke aku kata aku tak nak maafkan kau? Tak ada kan? So, kau tak payah lah nak buat anggapan lain.  Dah tentu-tentu aku cakap aku tengah nak mempertimbangkan maaf kau tu.  Sabarlah sikit.  Tak boleh ke?”

“Ahh! Suka kau lah nak cakap apa pun.  Start from now, kita kosong-kosong okay?  So,  kita jadi kawan?” Hariz Iskandar menghulurkan tangan untuk berjabat salam dan disambut oleh Sofiya Alia dengan senyuman.

“Okay, kita kawan.”

Hariz Iskandar terseyum gembira.  Dia sendiri tidak pasti kenapa dia harus berasa gembira.  Adakah disebabkan Sofiya Alia telah memaafkan silapnya? Atau gembira persahabatannya di sambut oleh Sofiya Alia? Entah lah.  Dia sendiri tidak pasti.  Tapi apa yang pasti, hatinya mula berbunga riang.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Mata Ira Syarmila tidak lepas dari memandang Badrul Zaman semenjak lelaki itu melangkahkan kakinya ke pejabat.  Bibirnya tidak lekang dari tersenyum, wajahnya tampak ceria sekali.  Bukannya mudah untuk dia melihat senyuman di bibir Badrul Zaman semenjak kematian isterinya.  Senyuman lelaki itu benar-benar ikhlas di matanya pada hari ini. Apa yang membuatkan dia begitu ceria?

Fikirannya terus melayang mengingati pertemuannya dengan Badrul Zaman dan budak nursery yang keluar bersama di Genting Highland.  Damn!  Hati Ira Syarmila mula sakit yang teramat.  Kenapa mesti perempuan lain yang bisa membuatkan dia tersenyum sebegini?  Kenapa tidak dengan aku?  Apa kurangnya aku?

Masih dia ingat bagaimana mesranya mereka bertiga tempoh hari.  Mereka seperti satu keluarga yang bahagia.  Ira syarmila mula tidak sedap hati.  Adakah Badrul Zaman sudah menaruh hati pada gadis tomboy seperti itu?  Apakah yang ada pada gadis seperti itu?  Rambut pun pendek,hanya  berbaju tshirt dan jeans dan tidak ada satu apa pun yang menarik tentang perempuan itu dimatanya. 

“Apa yang kau nak takutkan?  Kau jauh lebih cantik dan bergaya jika dibandingkan dengan budak perempuan itu!” satu suara cuba menenangkannya.

“Apa guna kalau kau cantik dan bergaya tetapi kau tak mampu membuatkan Badrul Zaman bahagia?  Apa guna jika kau menggoda tetapi kau tak mampu membuatkan dia tersenyum?”satu suara lagi kedengaran mengejek.

“Alah! Apa lah sangat yang ada pada budak itu?  Lagak persis seorang lelaki, rambut kontot seperti jantan, tak pandai nak bergaya, tak pandai menggoda, dah tu terlalu simple untuk bergandingan denga Badrul Zaman.  Siapalah dia jika dibandingkan dengan kau yang menawan? Yang pandai menggoda? yang mempunyai tubuh yang mengiurkan? Tak perlu risaulah Ira Syarmila, Badrul Zaman pasti akan jadi milik kau suatu hari nanti.” Bisik suara itu cuba menenangkannya lagi.

”Kau jangan terlalu berharap lah Ira Syarmila! Cuba kau buka mata kau tu.  Kau fikir betul-betul.   Perempuan tomboy yang kau katakan tidak menarik, tidak menggoda dan tidak pandai bergaya itu bisa sahaja menambat hati Badrul Zaman. Tapi kau tak mampu lakukannya walaupun kau cantik dan menggoda.  Kau tak malu ke kalah dengan budak seperti itu? Tak tercabarkah kau Ira Syarmila??” suara itu mengejeknya lagi.  Terasa dirinya sedang di tertawakan.

“Arggggh!!!!!  Badrul Zaman itu milik aku! Dia hak aku! Jangan kau berani nak pikat dia budak tomboy! Kalau aku tak dapat dia, jangan harap orang lain pun akan dapat dia! Aku akan pastikan Badrul Zaman itu akan jadi hak aku satu hari nanti.  Kalau bukan dengan cara baik, aku akan dapatkan dia juga dengan cara lain!” jerit hati Ira Syarmila.


Ira Syarmila punya meja sebagai seorang secretary peribadi Badrul Zaman



2 comments: