Pages

Friday, January 4, 2013

HANYA KAU UNTUKKU - BAB 12 DAN 13

Assalammualaikum, dah lama tak update yang baru.. nad so busy lately.. tambah2 nak final exam. n ni nad up kat sini BAB 12 dan 13..  thanks for the supporter yang selalu tunggu nad update this e-novel.. n doakan semoga nad lulus dengan cemerlang for this final exam.. n dapat habiskan degree ni dalam bulan 1 ni..terima kasih kawan-kawan  =)

TAKDIR CINTA


BAB 12


“Maaa, kenapa mama ni?  Adam tak suka lah mama cakap macam tadi tu.  Please lah ma.  Mama dah janji dengan Adam hari tu kan?”

“Mama buat apa?  Hurmmm?  Adam nak marah-marah mama ni kenapa?” soal Datin Maimunah tanpa rasa bersalah.  Pandangannya di lemparkan ke luar kereta.

“Adam bukan nak marah mama. Tapi Adam tak suka lah mama buat macam tadi tu. Berapa kali Adam nak cakap yang Adam tak suka mama nak jodohkan Adam dengan Balqis.  Adam dah ada Umairah.

“Alaaa.. mama main-main je tadi. Mama tak sangka pula Balqis pun ada hati dengan Adam.  Tapi kan, kalau Adam kahwin dengan Balqis pun apa salahnya.  Adam kan lelaki.  Lelaki boleh kahwin sampai empat kan?  Kalau Balqis jadi yang nombor dua pun apa salahnya kan?”

“Hisssh! Dah mula dah awak tu.  Awak jangan nak buat kerja gila Mun.  Awak ingat nak ada isteri lebih dari satu ni kerja senang?  Banyak benda yang nak di ambil kira.  Kalau fakir nak sedap je, alamatnya semua lelaki nak kahwin empat.”

“Bukan lah macam tu maksud saya.  Adam ni bukannya tak mampu.  Kalau pun dia ada isteri lebih dari dua, dia ada duit dan dia mampu nak tanggung semua isteri-isteri dia.  Jadi apa salahnya kalau dia nak kahwin lebih dari satu?”

 “Kalau nak kira macam tu, saya pun boleh kahwin lagi satu lah ye?  Saya ada duit, dan saya mampu nak beri isteri-isteri saya makan dan pakai.”

“Amboi orang tua ni.  Tak sedar diri ke?  Awak tu dah tua bang oi.  Rumah dah kata pergi kubur dah kata mari. Ada hati nak kahwin lagi satu.” Datin Maimunah menjeling tajam ke arah Datuk Soffian.

“Siapa kata saya tua? Saya ni kuat lagi tahu tak?  Nak dapatkan lagi anak lagi tak ada masalah Mun oi.”

“Ewah-ewah orang tua ni.  Ini nak bagi kita naik darah lah ni.  Dah tua-tua pula dia nak menggatal.  Saya tak suruh awak yang kahwin Datuk Soffian oi.  Saya cakap dengan Adam.  Bukan awak.”

“Saya pun lelaki kan?  Saya pun ada duit, ada harta.  Apa salahnya?” usik Datuk Soffian lagi.

“Malas saya nak layan perangai gatal awak ni lah bang.  Makin tua makin menjadi-jadi ye?  Haaa, Adam.  Macam mana?  Apa pendapat Adam?”  Soal Datin Maimunah mula beralih kepada Adam Syafiq.


“Maaa, macam mana lah mama boleh terfikir nak suruh Adam buat macam tu?  Walaupun Adam mampu, belum tentu lagi Adam nak kahwin lebih dari satu.”

 Adam Syafiq menggeleng-gelengkan kepalanya pelahan.  Sukar sungguh untuk meramal hati si ibu.  Bukankah ibunya sudah setuju untuk dia berkahwin dengan Umairah?  Jadi kenapa soal ini harus di bangkitkan semula? 

            “Mama tanya je. Bukan apa, Adam kan mampu.  Lagipun, harta-harta papa dan mama akan jadi hak Adam juga bila kami dah tak ada nanti.  Andai kata satu hari nanti, kalau Adam nak kahwin lebih dari satu pun, mama sikit pun tak kisah.  Nak pula kalau yang nombor dua tu Balqis.  Mama tak boleh bayangkan macam mana seronoknya time tu.”

            “Maaa, Adam ni kahwin pun belum lagi dengan Umairah.  Mama dah sibuk nak suruh Adam kahwin lagi satu.  Apa ni ma? Tolong lah ma, Adam merayu dengan mama.  Tolong lah terima keputusan Adam.  Adam tak nak orang lain, Adam nak Umairah sorang je.”

            “Yelah-yelah.  Suka Adam lah.  Mama malas nak cakap apa-apa lagi.  Adam nak kahwin dengan siapa pun mama tak kisah.” Rajuk Datin Maimunah.

“Mun, awak ni kalau nak bercakap main ikut sedap mulut je kan?  saya dah selalu pesan, kalau nak bercakap tu fikir dulu.  Jangan nak main sebut je.  Fikir sikit perasaan orang lain bila bercakap tu.  Awak tak fakir langsung perasaan anak awak kan?  Yang nak berumah tangga tu Adam, bukannya awak.  Jadi biarlah dia yang buat keputusan dia sendiri.”

“Awak tu, kalau saya ni yang bercakap semuanya salah.  Kalau saya ni semuanya lah tak pakai otak, tak fikirkan perasaan orang lain.  Kalau awak anak beranak semuanya bagus lah? Dah lah, tak kuasa saya nak bertekak dengan awak.. Buat sakit jiwa je.”

“Tak bercakap pun bagus juga.  Tenang sikit jiwa saya ni.”

“Awak memang nak cari fasal dengan saya ye bang?”

“Laaaa, bila pula saya nak cari fasal dengan awak?  Dah awak tu yang kata tak nak bertekak dengan saya.  Saya pun seronok lah. Saya pun malas nak bergaduh dengan awak.  Buang masa saya, buang air liur saya.”

“Hisssshh! Awak ni memang menyakitkan hati betullah!”

“Betul-betul marah nampak?”

“Memang!! Memang saya marah.  Sakit hati saya melayan kerenah orang tua macam awak ni. Boleh sakit jiwa!”

“Kalau macam tu, awak zikir banyak-banyak.  Syaitan ni dia memang suka dengan orang yang tengah marah.  Lebih baik awak banyakkan selawat dan zikir.  Minta syaitan tu jauh sikit dari awak.  Saya dah nampak ada syaitan gemuk tu duduk dekat sebelah awak.  Nak hasut awak bagi lagi marah lah tu.  Cepat zikir Mun, cepat.  Dia dah nak dekat tu.” Usik Datuk  Soffian lagi.
           
Datin Maimunah mendengus geram.  Sakit hatinya melihat keletah suaminya yang sering mempermain-mainkan dirinya.  Datin Maimunah melemparkan pandangan jauh ke luar tingkap kereta.  Geram pula rasanya bila apa yang di perkatakannya semuanya tidak di terima.  Ah, lebih baik jangan di layan kata-kata Datuk Soffian tadi, makin di fikir makin berduri hatinya.

BAB 13

            Komputer riba di tolakkan ketepi.  Tangannya di renggangkan untuk mendapatkan sedikit keselesaan.  Fail-fail yang bertimbun berselerakan di atas katil di kemas dan di letakkan di atas mejanya.  Kerja-kerja yang penting sudah pun di bereskan.  Hanya perlu diberikan kepada setiausahanya keesokan hari.

            Adam Syafiq melangkah ke balkoni di ruang biliknya.  Dibiarkan dada bidangnya yang terdedah tidak berbaju di sapa angin malam.  Matanya melirik ke atas langit melihat bintang-bintang yang bertaburan di angkasa.  Terasa damai seluruh tangkai hatinya.  Ya, itulah habitnya sejak dari kecil.  Melepaskan pandangan ke arah langit dan memandang bintang-bintang yang bertaburan disana.  Ah, betapa indahnya ciptaan yang Esa. 

            Tak semena-mena, wajah Umairah mula manyapa tubir matanya.  Ah, gadis itu tersenyum manis ke arahnya.  Lirikan mata dan senyumannya itulah yang bisa membuatkan Adam tidak keruan.  Matanya di pejam, makin rapat pula wajah Umairah hadir menyapa.  Ah, sungguh dia sudah gilakan si Umairah.

            Lantas tangannya mula mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja.  Nombor telefon rumah Umirah di dailnya. Jam di dinding bilik di lirik sekilas.  Mujur jarum jam baru melangkah ke angka sembilan malam.

            “Assalammualaikum, nak cakap dengan siapa?”

            “Waalaikumsalam, boleh saya cakap dengan Umairah?”

            “Ya, saya Umairah.  Siapa ni?”

            “Errrr.. saya Adam.  Adam Syafiq.”suara Adam mula tersekat-sekat.  Bagai nak terjatuh jantungnya tatkala terdengarkan suara Umairah.

            “Oh,  encik Adam.”

            “Maaflah kalau menganggu.  Saya telefon ni nak tanya khabar awak.  Awak sihat?”

            “Alhamdulillah sihat.”

            Adam Syafiq terdiam.  Otaknya ligat mencari idea untuk meneruskan perbualan.  Entah kenapa lidahnya mejadi kelu bila mendengar suara Umairah.  Hatinya mula berlari pecut tanpa henti.  Arggggghh!  Kenapa lah susah sangat nak cakap ni?  Bentak hatinya.

            “Hari ahad ni rombongan kami akan datang masuk meminang Umairah.  Kami fikir nak langsungkan majlis pertunangan sekali.  Apa pendapat Umairah?”
                                                                                                                                               
            “Saya tak berani nak cakap.  Nanti saya tanya dekat umi dulu.  Saya sebenarnya kalau boleh tak mahu tunang-tunang.  Lagipun itu semuanya adat sahaja.  Tapi kalau pihak encik Adam nak langsungkan majlis pertunangan, saya kena tanya umi dulu.  Sebab kami pun masih belum siapkan apa-apa lagi.” Balas Umairah.

            “Awak tak payah lah berencik-encik dengan saya.  Rasa formal sangat pula.  Dah rasa macam dekat pejabat pula.”  Adam Syafiq tertawa kecil.  Geli hatinya apabila Umairah masih terus-terusan memanggilnya dengan gelaran encik. 

            “Entahlah, saya tak biasa lagi.  Lagipun, kalau saya tak panggil encik Adam dengan gelaran encik, saya nak panggil apa?”

            “Panggil Adam sahaja.  Tak pun, awak boleh panggil saya abang.”

            Umairah mengetap bibirnya.  Bisakah dia memanggil Adam Syafiq seperti yang di kehendakinya?  Memanggil dengan panggilan Adam tampak kurang elok pula. Manakan tidak, Adam Syafiq kan bakal menjadi imamnya suatu hari nanti?  Tetapi untuk memanggilnya dengan gelaran abang, terlalu awal baginya.  Entahlah, malu pula tiba-tiba perlu menukar gelaran itu.



            “InsyaAllah, satu hari nanti saya pasti akan panggil encik dengan gelaran tu.”itu sahaja yang mampu di ucapkan Umairah.

            “Tak apalah kalau awak dah cakap macam tu.  Tak sabar saya menunggu saat itu.Hurrrm,   awak ada pakai handphone tak?  Boleh awak bagi saya nombor handphone awak?  Bukan apa, senang saya nak contact awak kalau ada apa-apa hal.  Lagipun, saya nak tahu keputusan tentang majlis hari ahad ni macam mana.”

            “Ada.  012-35454578.  Kalau ada apa-apa nanti, encik Adam boleh lah sms dekat nombor tu.  InsyaAllah saya akan balas.  Hurmm, okay lah encik Adam, saya nak masuk tidur dulu.  Nanti ada masa kita sembang lagi ye.  Assalammualaikum.”

            “Waalaikumsalam.” Balas Adam Syafiq mengakhiri perbualan mereka. 

            Adam Syafiq tersenyum sendiri.  Tubuhnya di campakkan ke atas katil.  Terasa tenang pula mendengar suara si gadis.  Betapa gembira hatinya.  Rasa ingin memiliki gadis itu semakin menjadi-jadi. 

            “Ya Allah tak sabar sungguh aku nak menunggu hari ahad ini.  Sesungguhnya aku benar-benar inginkan dia menjadi yang sah bagiku.” Bisik hati Adam Syafiq

xxxxxxxxxxxxxxxx

            Umairah melangkah mendapatkan Puan Zainab yang leka bermain dengan cucu-cucunya.  Niat Adam Syafiq sebentar tadi harus di beritahu kepada Uminya.  Dia tidak mahu memandai-mandai dalam membuat keputusan ini walaupun ini semua berkaitan dengan dirinya. 

            “Haa, siapa telefon tadi?” soal Zainab masih leka bermain melayan kerenah Amirah.

            “Encik Adam.”

            “Adam?  Dia kata apa?” soal Zafrul pula.
           
            “Encik Adam kata, kalau boleh pihak dia nak buat majlis pertunangan terus hari ahad ni.” Balas Umairah tanpa memandang ke arah abangnya.  Matanya leka melihat keletah anak buahnya.

            “Ai?  Kenapa nak buat terus?  Dah tak sabar sangat si Adam ni.”seloroh Zafrul.

            “Hissshh! Ada ke kata macam tu.  Mungkin dia nak teruskan sekali harung sahaja.  Kan senang.  Tak payah lah dia nak dating dua tiga kali.” Puan Zainab mencelah.

            Zafrul hanya tergelak kecil mendengar kata-kata ibunya.  Bukannya dia tidak faham keadaan Adam sekeluarga.  Sudah tentu dengan cara ini dapat memudahkan pihak mereka.  Jimat kos dan jimat masa.

            “Zafrul main-main je lah umi.  Zafrul faham.  Sengaja nak usik Umairah ni haa.”

            “Apa kena mengena dengan Umairah pula?  Tah apa-apa abang ni.”

            “Elehhh, malu-malu pula.  Akak dulu time nak kahwin dengan abang Zafrul ni pun macam Umairah juga.  Malu-malu kucing.” Usik Haslinda.

            Pipi Umairah mula merona kemerahan.  Malu apabila dirinya di usik oleh abang dan kakak iparnya. 

“Haaa, macam mana umi?  Kita nak langsungkan sekali ke?” soal Zafrul.

            “Umi tak kisah.  Apa kata tuan punya badan?”

            “Umairah kalau boleh tak nak bertunang mi.  Semua tu kan adat je.  Kalau tak buat pun tak ada salahnya kan?”

            “Betul ke kamu tak nak Umairah?  Hilang satu cincin tau.” Usik Zafrul.

            “Hisssh abang ni.  Ke situ pula dia.”

            “Betul Umairah tak nak bertunang?” soal Zainab pula.

            “Aah umi. Kalau bertunang, nak pakai duit lagi.  Banyak kos nya nanti.  Umairah tak kisah pun semua ni.  Lagipun, majlis yang akan datang lebih penting.  Itu pun nak gunakan duit  yang banyak.  Kalau kita tak buat majlis bertunang, kita boleh jimat.  Duit yang patut guna untuk majlis bertunang kan kita boleh bawa ke depan.  Kita boleh gunakan masa majlis kenduri kahwin nanti.”

            “Amboi! Fikir ke depan betul adik abang ni ye?  Kan bagus kalau kak Lin pun macam Umairah dulu.  Tak payah lah abang nak cari duit banyak-banyak.” Usikkan Zafrul di balas dengan cubitan Haslinda.

            “Eeh, kita yang kena?  Ohhh, anak dah dua baru nak complain ye?” satu cubitan hingap di pinggang Zafrul dan membuatkannya terjerit kecil.

            “Sudah-sudah lah tu.  Haaa kalau macam tu, Umairah beritahu Adam untuk masuk merisik sahaja dulu.  Tak perlu nak hantar rombongan meminang.  Takut lambat beritahu nanti, diorang dah bersiap-siap pula.”

            “Yelah umi.  Nanti Umairah beritahu encik Adam.  Umi, Umairah masuk bilik dulu lah ye.  Mata ni dah mengantuk sngat rasanya.”

            “Aiiii, awalnya tidur?  Betul ke mengantuk ni Umairah?  Ke nak layan perasaan sorang-sorang?  Almaklumlah, hati orang tu tengah berbunga.  Nak kahwin lah katakan.” Usik Zafrul.

            “Isssh, mana adalah.  Orang betul-betul mengantuk ni.” Kata Umairah sambil melangkah masuk ke dalam bilik.

            “Jangan lupa beritahu Adam.” Laung Zainab dari arah ruang tamu.

            “Baik umi!”

No comments:

Post a Comment