Pages

Thursday, July 26, 2012

WATAK UNTUK TAKDIR CINTA

Assalammualaikum,

lupa lak nak letak gambaran watak tok TAKDIR CINTA kan? hehehe..ok.. hari ni nad tergerak pulak nak letak siapa tu Umairah, Adam Syafiq, Balqis.. yang dah memang dah secara automatik tersave dalam kepala otak ni.. lets check it out readers! =)

WAWA ZAINAL sebagai  UMAIRAH
sebab: sangat comel, gebu merah2 gitu, berlesung pipit, ayu,
lemah lembut dan sangat sopan


TASHA SHLLA sebagai BALQIS
sebab: dia kalau belakon jahat, gedik, mengada, suma macam kena kan?
tak tau lah ape pendapat korang..



AARON AZIZ sebagai ADAM SYAFIQ
sebab: sangat romantik, tuff, handsome.. cakap pon lembut je kan?

FADHILAH MANSOR sebagai DATIN MAIMUNAH

DATUK RAHIM RAZALI sebagai DATUK SOFFIAN


AZIZAH MAHZAN sebagai DATIN FARIDAH

JALALUDDIN HASSAN sebagai DATUK FUAD




apa pendapat anda?? tapi memang cik nad rasa watak-watak sesuai dengan diaorang.. tak tau lah citarasa orang lain macam mana kan?  korang rasa mcam mana?


Wednesday, July 25, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 3


TAKDIR CINTA



BAB 3

                Adam Syafiq berjalan ke arah masjid tempat dia di ijab kabulkan.  Dari jauh dia dapat melihat isterinya sedang membaca Al-Quran di sudut tepi masjid.  Alunan ayat-ayat suci Al-Quran amat menenangkan jiwanya.  Dengan perlahan dia merapati gadis yang sudah dinikahinya itu.  Alangkah merdunya alunan suara gadis yang bergelar isterinya itu. 

Si isteri yang telah menghabiskan bacaan Al-Quran tersedar akan kehadiran suaminya disisi.  Segera tangan si suami di capai lalu dikucup lembut.  Adam Syafiq masih dapat melihat, tahi lalat di jari manis isterinya.  Ya, dia masih ingat.  Tahi lalat itulah yang dia perhatikan ketika dia menyarungkan cincin ke jari manis si isteri.  Adam tersenyum bahagia. 

Dia cuba menarik dagu si isteri untuk melihat wajahnya.  Tetapi si isteri tetap tertunduk malu.  Sekali lagi Adam Syafiq mencuba untuk melihat wajah si isteri dan untuk sekian kalinya Adam Syafiq tersedar dari tidurnya.  Adam beristighfar dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.  Seperti semalam, Adam terus melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. 

Usai solat dan membaca Al-Quran, Adam tidak boleh menyambung tidurnya.  Otaknya ligat berfikir tentang mimpinya sejak dua hari ini.  Apakah mimpi ini pertunjuk dari Allah? Atau ini semua mainan Syaitan?  Ya, dia pernah terbaca satu artikel dahulu tentang solat istikharah.  Jika istikharah untuk mencari teman hidup dan di datangi mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.  Mungkinkah dia terlalu memikirkan tentang jodohnya?

Adam Syafiq masih memikirkan tentang mimpinya itu.  Di dalam mimpinya, dia tidak dapat melihat wajah isteri yang dikahwininya itu.  Cuma dia sering kali terlihat akan tahi lalat di jari manis gadis itu.  Adakah itu membawa petanda?  Adakah itu calon isterinya?  Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala-galanya.  Sesungguhnya pada Engkau, hambamu ini berserah. 

********

                Ketukan kuat di  pintu mengganggu tidur Datuk Fuad.  Segera kakinya di atur menapak ke ruang tamu untuk  membuka pintu.  Belum pun sempat dia membuka pintu, pembantu rumahnya Mak Leha mendahuluinya.

                “Hissshhh! Kenapa lambat sangat buka pintu ni orang tua?” marah Balqis sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan jalan yang terhuyung-hayang.

                   “Maaf cik Balqis.  Mak Leha tak dengar tadi.  Mak Leha tidur.” Jawab Mak Leha sedikit takut.

                “Hisssh! Kau ni dah lah tua! Pekak!  Kau jaga ye, lagi sekali kau buat macam ni.  Kau boleh berambus dari rumah aku!” marah Balqis sambil menunjal kepala Mak Leha beberapa kali.

                “Balqis!” jerit Datuk Fuad dari atas tangga.  Sakit hatinya melihat perilaku anaknya yang biadap terhadap orang tua. 

                “Hai papa.  Papa tak tidur lagi ke?”soal Balqis tanpa rasa bersalah.
               
                “Apa yang Qis bising-bising tengah pagi buta ni?”jerkah Datuk Fuad.

   “Orang tua ni cari fasal dengan Qis.  Papa tengok lah orang tua ni.” rengek Balqis dengan suara yang tenggelam timbul.

    Mak Leha mula cuak.  Takut-takut dirinya dimarahi Datuk Fuad.  Risau dirinya di usir dari rumah tempat dia mencari rezeki.  Datuk Fuad mencerlung ke arah Balqis.  Sakit hatinya melihat anak gadisnya pulang dalam keadaan mabuk dan bersikap biadap.

                “Mak Leha pergi masuk tidur.” Arah Datuk Fuad sambil menapak ke arah anaknya yang masih terhuyung-hayang.  Mak Leha hanya menuruti perintah majikannya.  Perlahan-lahan Mak Leha meninggalkan dua beranak di perkarangan ruang tamu.

“Qis ni apa nak jadi?  Sekarang ni dah pukul berapa ni?  Apa nak jadi dengan Qis ni?  Pukul tiga empat pagi baru nak balik?  Dah tu mabuk-mabuk pulak?” marah Datuk Fuad.

                Suara Datuk Fuad yang sedikit meninggi mengejutkan Datin Faridah dari tidurnya.  Segera dia menuju ke tingkat bawah untuk melihat apa yang sedang berlaku. 

                “Apa yang bising-bising ni bang?”

                “Awak tengok lah anak kesayangan awak ni.  Sekarang ni dah pukul empat pagi.  Anak kesayangan awak ni baru  nak balik.  Dah tu, mabuk pulak.”

“Alah, biasa lah sayang.  Hari ni kan malam minggu?  Qis kan muda lagi.  Dia keluar enjoy dengan kawan-kawan dia lah tu.  Tu yang dia balik lewat tu”  Balas Datin Faridah sambil merapati anak gadisnya.

                “Oh, kalau malam minggu je, memang kena keluar enjoy lah?  Malam minggu je kena mabuk-mabuk?  Macam tu?” Soal Datuk Fuad.

                “Ai, yang awak nak marah-marah ni kenapa?  Biar lah dia nak keluar dengan kawan-kawan dia.  Takkan lah itu pun tak boleh?” Bidas Datin Faridah. 

                “Senang je awak cakap macam tu?  Awak bagi muka sangat lah dekat anak kesayangan awak ni.  Esok lusa, dia dah makin teruk.  Awak jangan nak salahkan saya.” Marah Datuk Fuad.

                “Tak ada siapa nak salahkan awak lah Datuk Fuad oi.  Awak nak halang Qis buat semua ni, macam lah awak tak pernah muda.  Awak dulu pun sama juga.”  Bidas Datin Faridah.

                Datuk Fuad terpempam.  Semua kata-katanya langsung tidak di endahkan oleh Datin Faridah.  Sakit hatinya melihat si isteri yang masih mempertahankan anaknya yang sudah melampaui batas.

                “Dah lah bang.  Kalau awak nak bising-bising, awak nak buat ceramah, awak tunggu lah esok siang.  Saya ni mengantuk. Si Balqis ni pun dah makin tak larat saya tengok.  Esok-esok je awak sambung ceramah awak tu ye.” Perli Datin Faridah sambil memimpin Balqis menuju ke biliknya dan meninggalkan Datuk Fuad keseorangan.

Datuk Fuad menarik nafas panjang.  Sakit hatinya melihat anak dan isterinya yang tidak mendengar kata.  Ah, mungkin silapnya juga.  Dia yang mendidik keluarganya dengan cara hidup yang serba-serbi mengikut barat.  Kalau nak di didik waktu sekarang, rasanya sudah terlalu lambat. 

Bukankah pepatah juga ada menyatakan, melentur buluh biar dari rebungnya.  Kalau dah jadi buluh, sudah keras, sukar lagi untuk di lentur.  Ya, sama seperti situasinya sekarang ini.  Balqis semakin menjadi-jadi.  Perangainya sukar lagi untuk di kawal.  Ah, semuanya salah dia.  Dia gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dan pemimpin untuk rumah tangganya dan memang dia lah yang selayaknya di salahkan.

*********
               
                Usai berdoa, Adam Syafiq masih tidak mahu berganjak dari masjid di perkampungan Pulau Pangkor tempat dia menginap.  Tubuhnya dirapatkan ke dinding.  Dia ingin menghabiskan masanya untuk  mencari ketenangan di rumah yang barakah ini. 

Tidak semena-mena wajah Datin Maimunah kembali menapak ke tubir mata Adam Syafiq.  Dia meraup wajahnya beberapa kali.  Rungsing Adam Syafiq di buatnya bila banyak perkara yang berlegar di minda.  Ingin menuruti perintah ibunya atau menjaga hatinya sendiri?  Banyak perkara yang perlu di timbang tara.  Kalau ingin mengikut kemahuan Datin Maimunah, maknanya dia yang terpaksa makan hati dengan memperisterikan Balqis.  Tapi jika dia tidak mahu menuruti arahan ibunya, takut si ibu terasa hati.  Adam Syafiq tersepit di antara kehendak si ibu dan kemahuan dirinya sendiri.

Aluanan ayat suci Al-Quran di sebalik tirai masjid mengejutkan Adam Syafiq. Tidak pula dia menyangka ada orang lain yang turut sama ada di dalam masjid di ketika ini.  Bacaan ayat suci yang di alunkan amat menenangkan hati Adam Syafiq yang sendang gundah gulana.  Alangkah indahnya bacaan ayat suci Al-Quran yang di alunkan oleh si pembaca.  Terasa sayu hatinya seketika.

Adam Syafiq memejamkan matanya untuk menghayati setiap bait bacaan ayat suci Al-Quran itu.  Suara ini seakan pernah dia dengar sebelum ini tapi dimana?  Adam Syafiq ligat memerah otak dan cuba mengingati kembali di mana suara ini di dengarinya. 

“Ya Allah, suara ini saling tak tumpah macam suara yang aku dengar dalam mimpi aku semalam.”Adam Syafiq bermonolog sendiri.  

Dia cuba mengamati suara itu sekali lagi.  Ya! Memang tak salah lagi.  Suara ini lah yang dia dengari di dalam mimpinya semalam ketika dia masuk ke dalam masjid.  Suara ini lah yang dia dengari sewaktu dia bertemu isterinya yang sedang membaca Al-Quran di dalam mimpinya semalam.

“Ya Allah, memang suara ini lah yang aku dengar semalam.” Bisik hati kecil Adam Syafiq.

Hati Adam Syafiq tercuit.   Siapakah pemilik suara merdu ini?  Segera tangan Adam Syafiq menyelak sedikit tirai yang memisahkan antara makmum lelaki dan perempuan untuk melihat si pemilik suara merdu itu.  Nun di tepi sudut, dia dapat melihat seorang gadis yang lengkap bertelekung sedang membaca Al-Quran. 

Adam Syafiq cuba mencuri-curi pandang si gadis yang sedang khusyuk membaca Al-Quran. Di perhatikan gadis itu dari jauh untuk melihat wajah si gadis.  Bulat matanya bila dapat melihat wajah si gadis walau dari jauh.  Paras gadis itu amat di kenalinya.  Ya, gadis itu lah yang membuatkan jantungnya sering berdetak hebat.  Gadis itulah yang membuatnya Adam Syafiq tidak keruan setiap kali Adam memikirkan tentang diri si gadis.

“Umairah.” Tak semena-mena nama itu terpacul dari mulut Adam Syafiq.  Suaranya yang sedikit kuat membuatkan si gadis memandang ke arahnya.  Adam Syafiq gugup. 

“Opsss! Maaf. Saya tak sengaja” hanya itu yang mampu di ucapkan Adam Syafiq apabila dirinya  sudah tertangkap. 

Adam Syafiq segera menutup kembali tirai yang di selaknya tadi.  Dia malu sendiri.  Di dalam hati, dia menyumpah-nyumpah tindakan bodohnya itu. Segera kakinya melangkah laju untuk meninggalkan kawasan masjid dan menuju ke bilik hotelnya.

Adam Syafiq mengurut lembut dadanya. Ya Allah, perasaan ini lagi. Kenapa setiap kali bila dia memikirkan tentang Umairah atau melihatnya, hati ini bagai berlari pecut tanpa henti?  Apa sebenarnya erti semua ini?  Kenapa jantung ini berdegup kencang?

Otak Adam Syafiq ligat memikirkan kejadian tadi dan suara yang hadir dalam mimpinya.  Adakah semua ini hanya kebetulan? Atau ini memang petunjuk dari yang Esa?Ya Allah, adakah Engkau cuba mengatur sesuatu untukku?  Ya Allah, sesungguhnya aku tidak pasti apa yang sedang berlaku.  Bantulah aku Ya Allah.  Hanya Kau lah yang maha mengetahui apa yang terjadi dan apa yang terbaik untukku.



Friday, July 20, 2012

TAKDIR CINTA BAB 2


TAKDIR CINTA



BAB 2

                Adam Syafiq melangkah masuk ke dalam masjid dengan berpakaian serba putih dan lengkap bersongkok dan berkain samping.  Langkahnya sangat teratur.  Adam Syafiq kelihatan segak dengan berbaju melayu.  Wajahnya terukir senyuman.  Senyuman yang bukan dibuat-buat.  Senyuman yang paling ikhlas yang pernah terbit di bibirnya. 

                Tangannya dihulurkan untuk berjabat dengan seorang lelaki yang separa usia untuk memulakan akad.  Setelah selesai akad dan doa, Adam Syafiq terus mengambil sebentuk cincin yang dihulurkan kepadanya untuk disarungkan ke jari manis si isteri.  Jari lembut si isteri yang merah di inai, di pegang lembut, lantas cicin disarungkan ke jarinya.  Jelas kelihatan tahi lalat di jari manis isterinya ketika dia menyarungkan cinin ke jari runcing itu. Tanpa berlengah, si isteri terus mengambil tangan Adam Syafiq dan menciumnya lembut.

Adam Syafiq terasa bahagia sekali.  Sungguh dia tidak menyangka yang akhirnya dia akan menamatkan zaman bujangnya di usia 30 tahun.  Belum pun sempat dia ingin mencuim dahi si isteri, Adam Syafiq terjaga dari lenanya.  Ah, mimpi rupanya.  Segera dia beristighfar beberapa kali sambil meraup wajahnya.

“ Ya Allah, adakah sesuatu yang Kau cuba sampaikan padaku? Atau itu Cuma mainan tidur semata-mata?” desis hati kecil Adam Syafiq.

Kakinya diatur ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk melakukan solat sunat di sepertiga malam.  Doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T agar dia diberi petunjuk untuk kesulitan yang dialami dan agar dipertemukan jodoh yang terbaik untuk dirinya.  Usai melakukan solat dan membaca Al-Quran, Adam Syafiq kembali merebahkan dirinya di atas katil.
******
               
                Jam ditangan Adam Syafiq menunjukkan pukul 8.30 pagi ketika dia melangkah keluar dari lobi hotel.  Kakinya terus melangkah ke arah gerai nasi lemak semalam.  Bau aroma nasi lemak mengiringi langkah Adam Syafiq yang semakin hampir dengan gerai itu.  Nasi lemak daun pisang itu sungguh enak dan di sebabkan itu jugalah Adam Syafiq sanggup menapak ke gerai ini semata-mata untuk mendapatkannya. 

                “ Ya encik.  Nak nasi lemak ke?” tanya seorang wanita separuh usia.  Hampa rasa hatinya apabila gadis yang ingin ditemuinya itu tidak ada di gerai hari ini.

                “Ya makcik.  Bagi saya nasi lemak lauk paru dan ayam goreng satu.  Bungkus ya.” Pesan Adam Syafiq.  Matanya sibuk melilau ke kiri dan ke kanan untuk mencari gadis yang menjual nasi lemak ini semalam.  Dimanakah dia?

                “Ni encik.  Semua sekali rm4.00.” kata wanita separuh usia itu sambil menghulurkan nasi yang sudah di letakkan ke dalam plastik. 

                “Maaf bertanya makcik.  Semalam ada seorang gadis bertudung jual nasi lemak di sini.  Mana dia ye?” tanpa sengaja soalan itu terpacul keluar dari bibir Adam Syafiq.  Dalam hatinya menyumpah-nyumpah tindakannya itu.  Bagaimana dia boleh mengajukan soalan sebegitu, dia sendiri tidak pasti.

                “Oh, Umairah?  Hari ni Umairah tak ada.  Dia kata nak ke pekan ada hal.  Anak ni siapa ye? Kawan Umairah ke? Makcik ni ibu Umairah.  Nama makcik Zainab” balas wanita separuh abad itu lagi.
               
Adam Syafiq hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum malu. “Oh, bukan.  Saya bukan kawan dia.  Cuma, semalam saya beli nasi lemak ni dengan dia.  Boleh saya tanya satu soalan makcik? Masjid dekat mana?” tanya Adam Syafiq sopan.

                “Masjid dah tak jauh dari sini nak.  Anak jalan ke depan simpang tu, kemudian belok ke kiri dan jalan terus.  Nanti anak akan nampak masjid di situ.”

                “Terima kasih makcik.  Saya pergi dulu.”

                Adam Syafiq berjalan pulang ke hotel.  Patah hatinya apabila gadis yang bernama Umairah itu tidak ada di kedai.  Tapi untuk apa dia merasa begitu?  Kenapa dia perlu berasa hampa bila tidak bertemu gadis itu?  Adam Syafiq mula berperang dengan perasaannya sendiri.
********

               
                Datuk Soffian berjalan menuju ke meja makan untuk menikmati makan tengahari.  Datin Maimunah sudah bersedia di meja makan sambil menunggu kehadiran suaminya.  Mak Temah, pembantu rumah agam itu sibuk menuangkan air ke dalam gelas  tuannya. 

                “Mana si Adam ni , Mun? Tak bangun-bangun lagi ke?” Tanya Datuk Soffian setelah merebahkan punggungnya di kerusi.

                “Awak ni , anak dah tak ada dua hari baru perasan?” balas Datin Maimunah sambil menjeling ke arah suaminya yang sedang meneguk  fresh orange yang di tuangkan pembantu rumahnya.

                “Manalah saya nak perasan.  Saya sibuk dengan urusan kerja.  Lagipun, Adam tu kan workaholic.  Kalau dia tak ada, mestilah saya fikir dia sibuk uruskan kerja-kerja dia.  Haaa, ke mana pula budak tu pergi?” tanya Datuk Soffian lagi.

                “Dia pergi bawa diri kat Pulau Pangkor nun.”

                “Pangkor? Buat apa kat sana?  Nak bawa diri kenapa pula?” tanya Datuk Soffian pelik.

                “Ye lah, bawak diri sebab saya nak kahwinkan dia dengan si Balqis tu.  Perangai macam budak-budak.  Orang suruh kahwin je pun, itu pun susah sangat.” Bebel Datin Maimunah.

                “Ya Allah.  Awak paksa si Adam tu kahwin ke Mun? Kalau dah budak tu tak mahu kahwin lagi, jangan di paksa.” Bidas Datuk Soffian.

                “Awak tu orang lelaki, apa yang awak tahu?  Kalau saya ikutkan sangat kehendak si Adam tu, silap hari bulan, awak dah pejam mata pun si Adam tak kahwin-kahwin lagi tahu tak? Awak senang lah cakap, awak sibuk dengan business awak tu.  Awak tak fikir ke, si Adam tu dah 30 tahun dah? Calon isteri pun tak ada lagi?” marah Datin Maimunah.

                “Itu bukan masalahnya Mun oi.  Cuba awak bagi dia masa, biar dia pilih sendiri calon isteri dia yang mana dia berkenan. Lagipun, Adam tu lelaki.  Kalau pun dah umur 30 tahun tak kahwin lagi.  Tak ada apa masalanya.  Awak jangan lah pula nak jadi macam ejen pencari jodoh tu.  Sibuk nak meet and match kan orang.”

                “Kalau saya tak buat macam ni Datuk Soffian, anak awak tu tak kan kahwin sampai bila-bila.  Lagipun, saya suka dengan si Balqis tu.  Budaknya cantik, pandai bergaya, pandai ambil hati saya, berpelajaran tinggi, dan yang paling penting budak tu setaraf dengan kita.” Datin Maimunah menambah.

                “Awak jangan nak pandang darjat sangat Mun.  Awak kena fikir perasaan anak awak sama.  Kalau dah dia tak suka, jangan dipaksa.  Perkahwinan ni bukan untuk seketika sahaja.  Kalau boleh, biarlah si Adam tu bahagia dengan perkahwinan dia.  Awak nak ke tengok anak awak tak  bahagia cik Mun oi?”

                “Alah, mula-mula memanglah dia tak suka.  Tapi cinta tu kan boleh dipupuk? Lama-lama, bahagia lah dia.  Awak apa tau fasal ni semua?  Yang awak tahu,  business itu, business ini, lubang golf itu, lubang golf ini. “ bebel Datin Maimunah.

                “Susah cakap dengan awak ni Mun.  Nak ikut kepala awak sahaja.  Tapi ingat, saya tak setuju kalau awak paksa-paksa si Adam macam ni.  Kalau dia memang dah suka dengan pilihan awak, itu lain cerita.” Tegas Datuk Soffian. Datin Maimunah mencebik geram.  Rancangannya untuk menyatukan Adam Syafiq dengan Balqis nampaknya tidak di sokong suaminya sendiri.  Kempunanlah dia nak bermenantukan Balqis.

                Deringan telefon mengganggu Datin Maimunah yang sedang menjamah makanan.  Segera panggilan itu dijawab apabila tertera nama Adam Syafiq di skrin telefon bimibitnya.  Datuk Soffian hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah Datin Maimunah.

                “Assalammualaikum, ma.  Mama tengah buat apa tu?” suara Adam Syafiq kedengaran.

                “Waalaikumsalam.  Haa, Adam.  Mama tengah lunch dengan papa ni.”

                “Hurmm, sorry ganggu mama lunch.  By the way, Adam sebenarnya nak inform mama, Adam mungkin tak jadi balik esok lah ma.  Adam rasa nak stay sini dalam dua tiga hari lagi.”

                “What?? Apa yang lama sangat?  Adam nak buat apa kat sana tu lama-lama?  Jangan nak mengada-ngada lah Adam.  Esok terus balik sini ” arah Datin Maimunah tidak puas hati.

                “Please ma, I need a break.  Adam betul-betul nak hilangkan stress.  Lagipun, dekat office sekarang ni tak busy sangat.  Adam pun dah lama tak ambil cuti.  Dah alang-alang Adam holiday kat sini, Adam ingat, Adam nak spend time betul-betul.  Nak rest puas-puas.”

                “Tapi..”belum sempat Datin Maimunah menghabiskan ayatnya, Adam Syafiq mencelah.

                “Please ma.  Tolong faham keadaan Adam.  Okay lah mama, Adam just nak bagi tahu itu sahaja.  Tak nak lah nanti mama risau bila Adam tak balik esok.  Okay, enjoy your meal.  Kirim salam dekat papa.  I love you.  Assalammualaikum.” Potong Adam Syafiq dan terus meletakkan gagang telefon.

                Datin Maimunah mendengus geram.  Adam Syafiq betul-betul menaikkan darahnya.  Apalah yang si Adam rungsingkan sangat?  Bukannya dia menyuruh Adam mencari gadis untuk di jadikan menantu.  Dia sendiri telah memilih gadis untuk dijadikan menantu di rumahnya.  Adam ni mengada-ngada sungguh!  Merajuk macam budak kecil.

                “Haaa, kenapa pula tu?” tanya Datuk Soffian sambil menjamah makannya.

                “Anak awak ni.  Dia kata tak jadi balik esok.  Dia nak extend holiday dia dua tiga hari lagi.  Saya pun tak faham lah dengan si Adam ni.  Merajuk dah macam budak kecil.” Bebel Datin Maimunah tidak puas hati.

                “Biarkan je lah dia nak bercuti.  Lagipun selama ni, Adam sibuk dengan kerja-kerja dia.  Biarkan dia berehat.” Balas Datuk Soffian. 

Datin Maimunah menjeling tajam.  Geram apabila suaminya sibuk menyebelahi anak tunggal mereka.  Sakit hatinya bila kata-katanya langsung tidak di setujui suaminya bahkan semua cadangan dan kata-katanya di tolak mentah-mentah oleh Datuk Soffian.  Adam betul-betul membuatkan dia hilang selera makan.  Datuk Soffian tampak berselara menghabiskan makanan di dalam pinggannya.  Tak apa.  Esok lusa, Adam tentu akan setuju dengan cadangannya.  Dia akan pastikan Balqis akan menjadi menantu dalam rumah agam ini.


                

Thursday, July 19, 2012

TAKDIR CINTA BAB 1


TAKDIR CINTA


BAB  1
               
                Usai solat istikharah, Adam Syafiq menadah tangan ke langit memohon petunjuk dari Allah S.W.T.  Hanya itu sahaja jalan yang terbaik buat masa ini.  Mendekatkan diri dengan yang Esa, memohon pertolongan dari-Nya.  Semoga dengan melakukan solat istikharah ini, Allah akan memberikan petunjuk padanya.  Adakah keputusan yang Datin Maimunah ambil adalah keputusan yang terbaik untuk Adam Syafiq.

                “ Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudratMu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.”

“Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

                Usai berdoa, Adam Syafiq terus melangkah untuk tidur.  Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk kepadanya.  Ya Allah, gerakkan lah hatiku, yang mana sebaiknya untukku. 
**********

                Pagi-pagi lagi Adam Syafiq bercadang untuk berjalan-jalan di perkampungan sekitar Pulau Pangkor berdekatan  tempat dia menginap.  Suasana di perkampungan agak berbeza dengan suasana di bandar Kuala Lumpur.  Kalau di sini, Adam Syafiq merasa sangat tenang melihat langit yang membiru, gunung ganang dan pohon yang menghijau dan juga lautan yang terbentang luas.  Sangat berbeza jika di bandar metropolitan Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dan bingit dengan bunyi kenderaan yang bersimpang siur di jalanan.

                Sedang  Adam Syafiq mengamati keindahan ciptaan tuhan, perutnya mula menjerit minta diisi.  Bau nasi lemak yang harum di hujung jalan membangkitkan seleranya.  Sudah lama rasanya tidak menjamah nasi lemak dialas daun pisang.  Segera dia menapak laju menuju ke gerai di tepi jalan yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.  Moga-moga masih ada saki baki makanan untuk dijamahnya. 

                “Ya encik, nak nasi lemak ke?,” Tanya gadis yang sedang membungkus nasi lemak itu tanpa menoleh ke arahnya.

                “Ya, bagi saya nasi lemak bungkus satu.”

                “Encik nak tambah lauk atau biasa sahaja?,” tanya gadis itu sambil menoleh ke arah Adam Syafiq. 
   
Adam Syafiq tergamam.  Paras gadis ini sangat menarik perhatiannya.  Dengan tudung litup melepasi dada.  Dengan senyuman yang terukir di bibirnya yang mungil.  Ya Allah, cantik sungguh gadis di hadapannya ini. 

“Encik?,” sapaan gadis itu membuatkan Adam Syafiq tersedar dari lekanya.  Termanggu-manggu dia dibuatnya.

“Haaa? Apa?,” soal Adam Syafiq.

Gadis itu tersenyum manis. “Saya tanya, encik nak nasi lemak biasa atau tambah lauk?,” tanyanya lagi.

“Oh, sorry.  Saya tak dengar tadi.  Bagi saya nasi lemak lauk sambal paru dan ayam goreng.” Balas Adam Syafiq.  Ah, malu sungguh.  Macam mana dia boleh terleka tadi?  Nasib gadis itu tidak perasan. 

Setelah membayar , Adam Syafiq segera berlalu meninggalkan gerai tersebut.  Tangannya menggosok dadanya pelahan.  Ya Allah, kenapa hati ini berdetak kencang?  Tidak pernah dia merasakan seperti ini.  Apakah ini Ya Allah?

********

                Bunyi getaran telefon bimbit di sisi katil mengejutkan Adam Syafiq dari lamunannya.  Segera tangannya menjawab panggilan itu. 

                “Adam.  Mama ni.  Adam dekat mana ni?  Seharian Adam tak balik rumah, ke mana Adam pergi?” tanya Datin Maimunah.

                “Adam kat Pangkor ni ma.  Ada apa mama call Adam ni?” balas Adam sambil menuju ke anjung bilik hotelnya. 

                “Ai, nak call anak sendiri pun tak boleh ke?  Adam tu satu-satunya anak mama.  Takkan lah mama nak call pun tak boleh?”.  Pertanyaan Datin Maimunah di jawab sepi.

                “Adam buat apa kat Pangkor tu?  Baru suruh kahwin, dah sampai bawa diri ke Pangkor?” Perli Datin Maimunah.

                “Bukanlah macam tu.  Ma, I need a break.  Adam perlukan masa untuk hilangkan tekanan Adam.  Adam perlukan ketenangan ma.  Please ma.  I hope you understand.”

                “Tekanan apa? Pasal kahwin tu?  Adam, mama bukan nak bagi adam tertekan.  Tapi Adam kena faham.  Adamlah satu-satunya anak yang mama ada.  Adam lah madu, Adam lah racun.  Mama kalau boleh nak sangat tengok Adam ada keluarga sendiri.  Mama harap Adam faham apa yang mama cakap ni.”

                “Ya ma.  Adam faham.  But im not ready ma.  Kalau boleh, biar lah Adam yang cari calon isteri Adam sendiri.  Please ma.” Rayu Adam Syafiq.

                “Sudah lah Adam.  Mama nak keluar dengan papa ni.  Adam jaga diri baik-baik.  Assalammualaikum.”  Datin Maimunah mematikan talian.  Rayuan Adam Syafiq langsung tidak di endahkannya.  Hatinya memang sudah lama terpaut pada Balqis anak rakan baiknya itu.  Baginya, gadis itu memang layak bergandingan dengan anaknya, Adam Syafiq.

                Adam Syafiq melepaskan keluhannya.  Kerasnya hati ibunya.  Apalah salahnya jika dia diberi peluang untuk memilih calon isterinya sendiri? Bukankah dia yang ingin hidup bersama dengan wanita yang menjadi isterinya nanti?  Kenapa mesti si ibu yang ingin mengatur semuanya? Lain lah jika wanita pilihan ibunya seorang gadis yang baik dan memang layak untuk di jadikan isteri.  Balqis? Ya Allah, bagaimana lah hidupnya jika dia terpaksa di ijab kabulkan dengan wanita seperti Balqis? 

                Adam Syafiq kembali mengempaskan tubuhnya di atas katil.  Tiba-tiba dia terus teringat akan gadis yang menjual nasi lemak di simpang jalan tadi.  Entah apa yang membuatkan dia terus memikirkan tentang gadis itu, dia sendiri tidak pasti.  Apakah yang sudah terjadi pada dirinya?  Kenapa tiap kali memikirkan tentang gadis itu, hatinya berdetak hebat?

“ Ya Allah, sesungguhnya hanya Kau yang lebih mengetahui apa yang sedang aku rasakan ketika ini.” Kata hati kecil Adam Syafiq sambil mengurut lembut dadanya.

TAKDIR CINTA PROLOG


TAKDIR CINTA


PROLOG

                Adam Syafiq menarik nafas panjang.  Peristiwa semalam telah menyebabkan dia membawa diri ke Pulau Pangkor ini.  Entah mengapa dia memilih tempat ini untuk menenangkan hatinya, dia sendiri tidak mengerti. Seperti ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk menjejakkan kakinya di sini.   Selalunya jika dia dalam keadaan tertekan, dia lebih gemar membawa diri ke luar negara.  

Adam Syafiq melontarkan pandangannya jauh ke arah persisiran pantai.  Kedinginan angin malam yang menyapa tubuhnya terasa hingga ke tulang hitam.  Bunyi deburan ombak yang menghempas pantai diselangi dengan angin yang bertiup sayup bagai menjadi melodi yang dapat mententeramkan jiwanya yang sedang di asak tekanan.  Serta merta wajah serius Datin Maimunah dan kejadian semalam bermain di minda Adam Syafiq.

                “Adam, mama nak Adam tengok gambar-gambar ni dan pilih salah seorang dari mereka untuk jadi calon isteri Adam.” Tegas Datin Maimunah ketika Adam baru melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Datuk Soffian.

                “Apa ni ma? Adam tak sedia lagi nak kahwin lah ma.  Tak nak lah.” Tolak Adam Syafiq sambil berkira-kira untuk melangkah naik ke biliknya.

                “Mama tak kira!  Adam kena juga buat pilihan.  Dah lama mama kasi tempoh dekat Adam.  Tapi tak ada seorang pun yang Adam bawa balik  ke rumah sebagai calon menantu mama?  Sekarang, mama nak Adam pilih salah seorang dari mereka.” Arah Datin Maminunah.

                “Mama, jangan buat Adam macam ni ma.  Adam bukan budak kecil lagi.  Adam tak sedia lagi mama.  Lagipun, biar lah Adam cari calon isteri Adam sendiri.” Balas Adam Syafiq tidak puas hati.

                “Sampai bila lagi nak sedianya? Adam sibuk mengadap kerja, bila masa Adam nak cari isteri? Adam jangan nak melawan cakap mama.  Adam tu bukannya 25 tahun.  Adam dah nak masuk 30 tahun.  Sampai bila Adam nak bawa calon isteri balik kalau dah sibuk mengadap kerja di pejabat tu?  Adam nak tunggu umur Adam 40 tahun nanti baru bagi mama menantu? Atau Adam nak tunggu mama dan papa dah tak ada? Macam tu?” Marah Datin Maimunah. 

                “Bukanlah macam tu.  Adam tak sedia lagi nak bagi komitmen untuk berumah tangga.  Lagipun, calon isteri yang Adam nak kan tu, Adam tak jumpa lagi.  Please lah mama,  bagi Adam masa.” Rayu Adam.

                “Mama tak kira, kalau Adam tak nak pilih salah seorang dari mereka, mama akan pinangkan si Balqis tu untuk Adam.  Balqish anak Datin Faridah tu, dah lah cantik, pandai bergaya, pandai hormat orang tua, lemah lembut.  Dari dulu mama sibuk nak pinangkan Balqis, tapi Adam asyik menolak.   Apa lagi yang Adam nak? ” tanya Datin Maimunah.

                “Balqis tu mama kata lembut?  Dia tu bukan lembut ma, tapi mengada.  Adam tak suka lah dia tu.  Please lah mama, biarlah Adam cari calon isteri Adam sendiri.  Bagi Adam masa untuk Adam bawa balik menantu untuk mama.  Please ma” Pujuk Adam Syafiq.

                “No way! Dah berapa kali dah Adam cakap macam ni?  Bukan sekali dua Adam janji dengan mama.  Sekarang mama dah buat keputusan.  Mama akan pinangkan Balqis untuk Adam.  Sama ada Adam suka atau tidak, mama akan kahwinkan Adam dengan Balqis.  Muktamad!” Marah Datin Maimunah sambil melangkah menuju ke kamarnya. 

Adam Syafiq mendengus geram. Nampaknya kali ini ibunya betul-betul berkeras ingin menjodohkannya dengan Balqis.  Ah, Balqis! Bukannya dia tidak tahu siapa gadis itu.  Gadis yang suka bersosial di kelab malam, berpeleseran bersama kawan-kawannya, bukan seorang dua lelaki yang sering keluar dengan Balqis.  Itukah perempuan yang layak dijadikan menantu? Itukah perempuan yang bagus dijadikan isteri? Begitu?  Ah, kalau pun dia menceritakan tentang keburukan Balqis kepada ibunya, sudah tentu ibunya tidak akan percaya pada kata-katanya.  Manakan tidak, setiap kali wanita itu datang ke rumah mereka, bukan main sopan lagi tindak tanduknya.  Pijak semut pun tak mati! 

                Bunyi deburan ombak yang sedikit mengganas mengejutkan Adam Syafiq dari lamunannya.  Hilang terus wajah amarah Datin Maimunah.  Terbang sudah kejadian semalam dari tubir matanya.  Adam mengusap mukanya dengan perlahan.  Ingin mengingkari perintah ibunya, dia takut derhaka.  Ingin di ikuti pula, takut dirinya yang akan merana.  Ya Allah, bantulah hambamu ini.  Sesungguhnya aku tidak tahu yang mana satu yang terbaik untuk diriku.

Monday, July 16, 2012

opsss! im sorry pakcik (-__-)

Assalammualaikum,

pakcik.. maaf kan saya.. im sorry pakcik! itu je lah yang mampu aku cakap sambil agkt kedua belah tangan tok tjuk sign sorry.. kejadian ni jadi malam tadi.. time aku pas hantar kawan kat alam damai cheras.. otw nak balik ampang, tetibe orang yang jauh nun di sana call.. apa lagi.. dengan pantas.. tangan mencapai hp.. terus bersembang bagai.. time tu tengah drive and dok layan kan si dia.



 bila aku dok melayan dia sampaikan aku tersalah masuk jalan and menuju balik ke alam damai.. hissshh! memang suwey betul.. pastu.. pe lagi.. dengan lagak seorang pro yang sedang drive.. hp di tangah kiri.. aku pun men corner.. corner pertama.. cun! tiada apa2 masalah.. tetiba tengah nak drift lagi sekali.. aku tak perasan ada kereta belah kiri aku.. and apa lagi.. aku dah himpit die ke kiri.. ya Allah.. bila kena hon baru aku terperanjat beruk! and aku terus cakap kat si dia.. aku hampir accident and terus matikan call tu..



sampai kat depan simpang nun..ada traffic light.. depan aku ada kereta.. nak patah balik, belakang pun ada kereta..pakcik india yang aku himpit tadi dah park kat belah kiri time traffic light merah... dia pun apa lagi..dengan bengis terus turun kereta and sound2 aku.. dia suruh buka pintu..aku tak mo.. dia marah2 gila-gila punye.. siot! takut aku dibuatnye..dah tu.. siap ckap..show me your license! gila apa aku nak tunjuk aku punya lesen.. aku pnya tu dah la P.. adehh.. elok2 dah nak full kang tak pasal2 kena tarik.

nasib pakcik tu tak tukar jadi huck semalam..kalau tak..naya aku =P


then tetiba Allah nak selamatkan aku.. traffic light pun bertukar jadi hijau.. aku pun apa lagi.. tunjuk kat dia traffic light dah hijau.. dia nak tak nak terpaksa lah kena pergi kat kereta dia..almaklumlah..die park pun tengah2 jalan.. kalau dia tak masuk kereta dia.. camne orang lain nak redah traffic light tu kan?? aku pun ambil kesempatan.. dengan laju aku terus tekan pedal kereta..and tinggalkan pakcik tu kat situ.. and terus masuk simpang sini sana untuk jauhkan diri dari pakcik tu.. and akhirnya.. aku terlepas dari pakcik yang tengah meroyan tu.. 

patutnya malam tadi aku buat muka comel cam ni.. baru dia tak marah =)


lepas tu..adik aku si zizul and kawan die pun dok nasihat2 aku.. adehhh..tak sangka sungguh nak jadi macam tu malam tadi.. andai kata lah aku terlanggar kereta pakcik tu.. memang aku rasa dia cari aku sampai lubang cacing.. haaa.. to korang2 yang kat luar sana.. moral of the story..pasni..jangan drive sambil bergayut.. kalau tak something buruk jadi kat kita..mungkin kita boleh menyebabkan orang lain yang dapat bencana.. so.. berhati-hatilah di jalan raya  =)

Tuesday, July 10, 2012

offline tapi online? DAMN!!!

Assalammualaikum, 

mentang-mentang lah sekarang ni facebook dah boleh nk click button offline walaupun korang online.. da someone ni asyik nak buat macam tu jerk.. aku memang fade up betul! Entah kenapa dia asyik nak buat macam tu aku pon tak paham... aku rasa ko ni memang bajet kau tau tak?? bajet terlebih! 

to engkau yang aku maksudkan ni! please erk.. kau jangan ingat kau je pandai nak tekan button tu.. aku pun pandai + bijak!  aku pun boleh buat.. kau jangan ingat, kau buat macam tu.. aku tak tau yang kau tengah online sebenarnya.. kemon la weyh! ni nad pulak! aku bukan bodoh cam budak-budak yang kau kenal kat sana  nun! dah banyak kali aku ingatkan kau! but kau still lagi nak buat kan? orait.. kau buat lah sampai lebam + kau muak! benggong!


sincerely,

perempuan meroyan yang tipis tahap kesabaran!