Pages

Saturday, December 17, 2011

baru ku sedar aku seorang student =)

Assalammualaikum

alhamdulillah.. hari nie ak da bebas dari segala benda yang merungsingkan otak aku nie.. sian kat otak aku nie..penat ye?? sabar lah.. sebab minggu nie aku baru tersedar yang aku nie student sebenarnye..huhuuhhu..  sian kat otak aku.. mesti letih kan setelah berpenat lelah seminggu nie?huhuhu.. sabo je la..

korang yang mana still study tue.. mesti pernah rasa apa yang aku rasa minggu nie.. serabut sangat minggu2 akhir kelas nie.. time2 nie la lecturer semua nak buat test, kuiz and hantar assignment serentak.. hurmmm..mau tak giler aku.. tak menang tangan dan kaki.. mana nak siap kan assignment.. mana nak study tok test n kuiz.. dah teu.. satu hari boleh ada smpi 2 test cam tue.. masing2 kalau setakat 2 chapter aku tak heran..tapi nie samapi 7 chapter tok satu subjek.. adoyaiii..ape lah nasib aku nie..

tapi pape pon..hari nie aku da bebas.. tak da nak serabut sangat..aku rasa macam nak jerit je bagi tau satu dunia yang otak aku boleh berehat jap dalam masa 2 3 hari nie..huuhuhuh.. encik otak..sila lah berehat ye.. minggu depan kita ada 4 presentation and satu test... semoga encik otak tak sakit =)

Sunday, December 4, 2011

perbezaan antara lelaki dan perempuan

Assalammualaikum,

seperti yang kita semua sedia maklum, lelaki dan perempuan nie..banyak perbezaannya.. lelaki nie di kurniakan Allah dengan 9 akal dan 1 nafsu.. berbanding wanita yang mempunyai 1akal dan 9 nafsu.. banyak sebenarnye perbezaan antara insan yang bergelar lelaki dan perempuan nie..and nie serba sedikit perbezaan antara lelaki dan perempuan =)



perempuan nie..biasanye..kalau dia ada masalah..dia lagi suka bercerita dengan orang lain.. berbanding lelaki yang lebih suka mendiamkan diri bila ada masalah.. hal ni memang cik nad akui.. memang betul..sebab..cik nad sendiri.,.kalau da masalah..cik nad lebih suke bercerita and berkongsi masalah dengan someone yang cik nad boleh percaya and leh bagi pendapat tok masalah yang cik nad tengah lalui tue..

emosi lelaki nie.. die kejap jerk.. bila die marah.. dia tak ambil masa yang lama untuk sejuk balik..biasanya..dalam 2 3 jam..  mesti dia ok balik..tak macam perempuan..kalau tengah emosi..merajuk or pe2 je .. akan take time..kadang2..gaya macam dah ok..tapi ..die akan ungkit lek bila die ingat benda tue..huhuhuh..tapi nie memang lumrah..sebab ape..sebabnye..lelaki nie kan da 9 akal..dia boleh nak control perasaan and emosi die.and diaorang boleh berfikiran rasional..perempuan pulak..suka ikut kata hati..and terlalu ikut kan perasaan...thats why..lelaki lelaki adalah kepimpinan yang baik..

perempuan sangat beremosi

lelaki lebih relax and cool


seorang lelaki nie..dia tak perlu nak fikirkan tentang kesetiaan isteri dia..because..perempuan nie..bila dia dah betul2 sayang..dia akan tutup hati dia untuk orang lain.. but untuk lelaki payah sikit.. kan ke??


gerak hati seorang wanita nie..biasanye.. sangat tajam berbanding dengan lelaki..so, kalau lah pasangan dia ada nak sorok apa-apa ke..nak tipu ke..biasanya..dia boleh baca tue sume.. tak percaya??? cik nad sendiri ada pengalaman dalam hal nie =)

perempuan nie..mudah marah, merajuk , emosi, cemburu , nangis2..and sebagainya..tapi biasanya..dengan orang yang dia sayang la..berbanding lelaki yang lebih cool and relax dalam segala perkara.. thats why, perangai perempuan nie..kadang-kadang boleh buat pasangan dia meluat..tak gitu.. bila fikir2 balik.. perempuan mane la yang nak ada perasaan cam gini kan? kalau boleh.. cik nad pon tak mau.. buang masa jerk nak cemburu2 nie..uhuhuhuuhh 



so, bila baca serba sedikit pasal entry nie.. agak2..ape yang cik nad rasa..sama tak ngan korang rasa?? any objection?? leave your comment =)


Saturday, December 3, 2011

Tips Menjangka Tahun Berkahw

cik nad sibuk dok bace2 pasal tajul muluk then, cik nad da jmpe blog dari tuan rumah  http://www.nuristimewa.com.. and mintak shared this entry.. sonok pulak bila dok men kira2 nie kan..and benda nie pon ..cik nad nak share ngn kawan2 yang lain .. cume jangan la percaya sangat yerk ,,so pe tunggu lagi..moh le kite kira same2 =) 

Korang tentu pernah dengar mengenai teknik pengiraan nombor tarikh lahir yang boleh mencungkil rahsia sikap dan personaliti seseorang. Tahukah korang bahawa dengan menggunakan Teknik yang sama, korang boleh menjangka tahun korang akan menerima lamaran atau berkahwin? Surprise kan?

Ya, seperti yang kita ketahui, Allah s.w.t telah menentukan rezeki, ajal dan jodoh seseorang sebelum seseorang itu dilahirkan. Jadi bolehkah jodoh ini kita jangkakan? Ok, tak per… Apa kata kita cuba ya~ Bagi sesiapa yang dah berkahwin pun boleh cuba teknik ini untuk mengenal pasti sama ada teknik ini menunjukkan jangkaan yang betul atau disebaliknya. Walaubagaimana pun, diingatkan, teknik ini hanya sekadar untuk kita menjangka sahaja. Sekadar untuk suka-suka dan tak perlu percaya sangat. Jangan kata ianya salah satu cara menilik nasib pula. Huhu~
Ok, caranya begini…
Saya gunakan tarikh lahir 14 Feb 1984, sebagai contoh… (ini bukan tarikh lahir saya ya.. huhu~)
LANGKAH 1
Buat seperti rajah pengiraan dibawah.

Petak barisan pertama;
Hari lahir:
1+4= 5
Bulan lahir:
0+2=2
Tahun lahir:
1+9=(*10) => 1+0=1
8+4=(*12) => 1+2=3
Petak barisan kedua;
Jumlah tarikh lahir + Jumlah bulan lahir:
5+2=7
Tambah jumlah tahun lahir:
1+3=4
Petak barisan ketiga;
7+4=(*11) => 1+1=2
*sekiranya hasil tambah, mendapat jumlah 2 digit (cth; 11, 12, 14), tambahkan lagi jumlah 2 digit itu hingga menjadi hasil 1 digit sahaja.
LANGKAH 2
Tambah jumlah setiap tahun dengan mendapatkan hasil 1 digit. (cth; 2007 => 2+0+0+7=9). Jadi;
2007=9
2008=1
2009=2
2010=3
2011=4
2012=5
2013=6
2014=7
2015=8
2016=9
2017=1
Dan seterusnya… (kira sendirilah, huhu~)
LANGKAH 3
Lihat balik rajah pengiraan pada LANGKAH 1 tadi. Bandingkan angka-angka pada petak yang berwarna kuning, pink, dan biru seperti rajah dibawah.

Jika Kamu Lelaki;
Gunakan angka pada petak berwarna pink sebagai petunjuk tahun jangkaan berkahwin.
Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir lelaki, maka angka jangkaan berkahwinnya adalah ‘7’ iaitu pada tahun 2014 (lihat semula hasil pengiraan tahun padaLANGKAH 2).
Walaubagaimana pun, terdapat toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu, boleh jadi tahun jangkaan berkahwin adalah pada tahun 2013, 2014, 2015. (Dah nama pun, jangkaan sahaja…)
Jika Kamu Perempuan;
Perlu membuat 3 jenis pengiraan untuk menentukan tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran. Iaitu, dapatkan hasil digit dengan mencampurkan; petak kuning + petak pink, atau petak pink + petak biru, atau petak biru + petak kuning.
Seperti contoh rajah diatas, jika tarikh ini adalah tarikh lahir perempuan;
Kuning+pink => 5+7=(*12) 1+2=3 [iaitu pada tahun 2010]
Pink+biru => 7+2=9 [iaitu pada tahun 2016]
Biru+kuning => 2+5=7 [iaitu pada tahun 2014]
Sama seperti lelaki, tahun jangkaan ini juga mempunyai toleransi ± 1 tahun dari pengiraan yang dibuat. Iaitu boleh jadi tahun jangkaan berkahwin atau mendapat lamaran adalah pada tahun;
= 2009, 2010, 2011
= 2015, 2016, 2017
= 2013, 2014, 2015
Sekali lagi diingatkan, ini hanyalah sekadar jangkaan sahaja…
~ Ketika Menjelang Tahun Jangkaan Berkahwin
Tentu kita akan tertanya-tanya, apa yang akan berlaku ketika menjelangnya tahun jangkaan berkahwin? Menurut kajian yang dilakukan oleh En. Eddy Rosyidie Mohd Samsury, apabila sampai pada tahun jangkaan berkahwin, terdapat fenomena menarik berlaku kepada individu itu iaitu terdapat keinginan, pelawaan atau pinangan untuk berkahwin. Walaubagaimana pun, faktor persekitaran seperti masih lagi seorang student, faktor belum tiba jodoh atau belum bersedia dan sebagainya menyebabkan individu itu tidak mengambil keputusan untuk berkahwin…
Akhir kata, Selamat Mengira & Menjangka! :)
:idea: Reference;
Buku ‘Cinta, Jodoh & Perkahwinan, Kaedah Kajian Potensi Dinamik

Saturday, November 26, 2011

disappointed love



It’s easy to say: “He’s found another?
It’s nothing, I’ll just move on,

I’ll not think about him any longer,
It’s not really so bad that he’s gone.”

It’s easy to say: “This is truly silly,

There are plenty of others around,
And he and I in any event

Wouldn’t find any real common ground.”

It’s easy to say, it’s easy to speak,
If there’s one thing I have it’s my words.

So why, when it’s time to put them to use,

Do I cry, though I know it’s absurd?



Friday, November 11, 2011

perempuan tak tahu buat kerja rumah?

Assalammualaikum,

orang selalu cakap kerja dapur tue kerja perempuan.. laki keluar cari rezeki.. ada juga orang tua2 cakap.. belajar tinggi2 pon .. ke dapur jugak perginye..itu lah lumrah kehidupan yang di kaitkan dengan insan yang bergelar PEREMPUAN ni..tak gitu?? tapi kan.. zaman sekarang nie.. boleh di katakan ramai GADIS di luar sana tue haa.. tak pandai langsung nak buat kerja rumah.. hurmmm.. ape pon tak boleh!!(bak kate yus maharaja lawak).. abis apa yang korang pandai agaknye ye?

melawa and tau nak cantik jerk? OR

tau nak tidur and terbongkang jerk?

aku rasa macam tak boleh terima je kalau perempuan nie tak tau langsung nak buat kerja rumah..ape nak jadi wahai PEREMPUAN2 semua?? takkan la buat kerja basic pon tak tau kot.. da gak yang tak tau langusng nak bezakan antara senduk and sudip.huhhuhu..agaknye..dah terlebih manja dengan mak nye kot.. mana tak nye.. dari masak..hidang..kemas rumah.. basuh baju.. semua mak yang diaorang yang buat... 

aku lagi tak boleh terima langsung bila ada mak2 di luar sana tue telampau manjakan anak perempuan diaorang sampaikan seluar n baju kecik pon mak yang kutip dalam bilik.. mak yang kemaskan katil.. adoyaiii.. tak boleh terima seyhhh.. yela.. anak emak la kate kan.. kalau buat kerja rumah nanti abis kuku tercabut.. letih..kulit tangan jadi kasar..and macam2 lagi lah alasannye.. tolong la wahai PEREMPUAN2 semua.. kalau semua mak kau yang buat..agaknye..kalau kau da kahwin nanti.. macam mana agaknye rumah ko jadi yerk?? 
macam reban ayam ke macam stor??hurmmm.. tak paham aku.. tapi takut juga..kalau dah kahwin pon mengharap mak yang buat itu ini..adoyaiii.. lagi la letih kalau dapat anak macam ni.. T_T


nak ke rumah kau nanti jadi macam nie?hurmmm? renung2kan ..

aku da jugak dengar2 cerita.. yang dah kahwin pon still tak pandai nak buat kerja rumah.. dah tue bila pergi dok kat rumah orang.. pinggan yang sendiri makan pon tak tahu nak basuh..dah tu mengharapkan orang lain yang basuh?? adoyaiii.. apa nak jadi la wahai PEREMPUAN2?? orang kate.. kalau kita tak tahu nak buat kerja rumah pon .. kalau kita malas cam ne pon..bila dah dok kat rumah orang.. mesti nak tunjuk rajin jugak kan?? nak2 kalau g umah mertua.. lagi la nak tunjuk terror walaupon awak tue zero~ tapi nie agaknye memang spesis tak tahu malu kot.. pergi umah mertua.. satu kerja pon tak tahu nak tolong.. kalau ye pon awak tue tak pandai nak masak..pergi je la menyemak kat dapur tue..tolong apa yang patut.. nie tak.. wat dono jerk.. agaknye PEREMPUAN spesis nie  memang rase diaorang nie ANAK RAJA kot..sebab die  ada kuli yang tolong buat semua kerja untuk dia..

bagi aku kalau tak pandai nak masak tue..boleh di terima lagi.. benda tue boleh belajar.. tapi satu la..kena lah rajin masuk dapur...tapi..jangan la awak tue malas sangat sampai semua nak harap orang yang buat.. tinggal nak suap dalam mulut jerk.. tue bagi aku dah kes parah dah tue.. kan ke??  bagi aku seorang perempuan tue perlulah tau buat kerja rumah..sebab benda tue basic sangat.. sedangkan adik sedara aku yang baru darjah 2 tue pon tau nak ringan tulang..pandai mengemas.. orang dok sibuk kat dapur die pon sibuk tolong2..inikan pulak perempuan2 yang dah berumo 15tahun ke atas nie. and lagi memalukan kalau yang  dah berumah tangga tue tapi tak tau nak buat kerja rumah..  T_T

tengok ..budak kecik pon pandai buat kerja rumah..

so, aku nak nasihat kan diri aku sendiri and juge kepada PEREMPUAN2 di luar sana tue belajar dari sekarang macam mana nak buat kerja rumah.. pandai2 la belajar memasak .. tak kisah la sedap ke tidak.. janji tahu macam mana nak masak..and yang paling penting! DUDUK RUMAH ORANG TUE.. RINGAN KAN TULANG ANDA..JANGAN JADI PEMALAS! kalau setakat muka cun .. tapi satu kerja pon tak tau nak buat.. lambat laun.. laki kau nanti pon tinggalkan kau jugak...~


 ni sume bukan untuk orang lain..untuk diri kau juga senah~  =)

So, marilah kita bersama2 bertransform dari PEMALAS kepada SI RAJIN N TAU BUAT KERJA RUMAH~



Monday, November 7, 2011

wanita dan tudung

Assalammualaikum,

sejak dua menjak nie cik nad tetiba rajin nak update blog..kalo leh ..setiap saat nak update..huhuhu..bukan pe..nak hilangkan rase bosan yang terlampau2 sekarang nie.. so, ari nie cik nad nak berpot pet pot pet pasal wanita dan tudung nie kan.. almaklumlah..sekarang nie.. kat malaysia nie.. dah ramai yang bertudung..alhamdulillah.. semoga ianye berkekalan la hendak nye..dah macam2 fesyen yang ada kan? macam2 jenis and nama tudung yang kite boleh lihat sekarang nie..nak2 kalau g jenjalan kat jalan Tengku Abdul Rahman a.k.a jalan TAR..kan3x??

so.. firstly kat sini cik nad saje la nak berkongsi2 serba sedikit pasal wanita dan tudung nie.. cik nad sendiri pon tak bagus mana..sama je kite nie..tapi kat sini nak berkongsi serba ilmu la kalo leh..=)..

tudung? ape kegunaannye?? ape function tudung nie sebenarnye erk?? sekarang nie..ramai yang bertudung tapi sebab nye... ikut trend fesyen.. bukan betul2 nak bertudung.. its ok.. atleast. .you all da berubah ke satu step yang baik..cuma,kite kene la tau serba sedikit pasal cara memakai tudung mengikut syariat islam..sebab pe kite kene ikut cara berpakaian mengikut syariat islam?? sebabnye..kite kan orang islam.. tak gitu???



tudung nie sebenarnye function die bukan setakat nak tutup rambut yerk... sebabnye sekarang nie cik nad tengok.. ramai tutup rambut jerk..leher terdedah..dada terdedah.. da gak yang pakai tudung tapi jambul dibiarkan keluar.and da gak yang pakai tudung jarang..jangan macam tue ye kawan2.. kalau kite pakai tudung macam tue.. dah tak ikut syariat dah tue..then,dah tak proper langsung jadinye..

bertudung tapi baju ketat atas punggung dan tak tutup dada

bertudung tapi nampak rambut

 xmo ye follow cara macam nie

haaa..nie lagi la.. terlampau berfesyen..cik nad pon x tau mana diorang belajar pakai tudung nak dress-up macam nie..siyes.. pening2 jerk =(


 sebenarnye tudung nie perlu di pakai labuh hingga menutup dada..seperti firman Allah S.W.T:

"....Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada..."

tengok cara heliza bertudung sekarang nie..cantik kan? yang penting mengikut syariat

kenapa kita perlu betudung tapi masih dalam konteks tak menutup aurat? sedangkan .. betudung dan menjaga aurat itu adalah wajib bagi seorang wanita muslim...jadi..bila kita bertudung tue..kalo boleh..biar la dengan sesempurna yang boleh.. tak kira lah kalau kita nak berfesyen macam mana pon..tp still berlandaskan syariat. .labuhkan tudung tue hingga menutupi dada.. 

kita jangan pulak bertudung tapi pakai baju ketat2..pakai kain terbelah yang boleh menampakkan susuk tubuh kita.. bertudung tapi pakai pulak baju lengan pendek.. macam tak kene je kan kalo pakai tudung..tapi baju lengan pendek? dah nampak pelik dah kalau gitu..so..kita yang pakai tudung nie,biarlah kita betudung dengan sebaik mungkin..biar orang kate.. kita tak up to date.. biar orang nak kata kite nie ustazah ke ape ke..janji..kita bertudung mengikut seperti suruhan-NYA.. 

Firman Allah s.w.t.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Al-Ahzab: Ayat 59)


so..mari lah kite sama2 bertransformasi ke arah yang lebih baik.. INGAT! TUDUNG BUKAN SEKADAR MENUTUP RAMBUT.. BERTUDUNG LAH DENGAN SESEMPURNA YANG MUNGKIN..=)






SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalammualaikum,

selamat hari raya aidiladha semua.. kepada yang sedang menunaikan haji.. semoga anda dapat haji yang mabrur! InsyaAllah.. macam yang kita semua tau .. hari raya aidiladha nie juga di kenali sebagai hari raya haji dan juga hari raya korban.. ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia dan ia adalah raya terbesar di dlm islam selain dari hari raya Aidilfitri .



Raya Aidiladha ni adalah perayaan yang istiemewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Hari raya korban ini telah jatuh pada hari kesepuluh zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar hijrah islam.  10 zulhijjrah merupakan tarikh penting dlm sejarah islam di mana Nabi Adam dan isterinye Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa semula di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya Aidiladha nie.. solat sunat biasanya dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.  Hikmahnye dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.  Ibadat korban ini hanya boleh di lakukan dalam empat hari iaitu bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 zulhijjah.  Jadi.. jangan pelik jika sesetengah masjid or surau yang melakukan penyembeihan haiwan korban pada keesokkan harinya ye kawan2..huhuh =)



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA =)





Sunday, November 6, 2011

SOAL HATI MAHASISWA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)