Pages

Wednesday, May 30, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 7 & BAB 8


BAB 7 



                Bunyi loceng rumah mengejutkan Sofiya Alia.  Diselaknya langsir untuk memastikan siapa yang berada diluar rumahnya.  Ternyata telahannya tepat apabila melihat sebuah kereta Honda Civic berwarna putih milik Badrul Zaman sudah berada betul-betul di luar pagar rumahnya.  Belum sempat dia keluar dari bilik, kedengaran suara Puan Hamidah menyapa tetamu yang berada diluar rumahnya.

                “Haaa, Encik Badrul.  Dah sampai pun.  Si Sofie ada dalam bilik dia lagi tu. Jemputlah masuk dulu,” pelawa Puan Hamidah.

                “Eh, tak apa lah puan Hamidah.  Sekejap je ni,” tolak Badrul Zaman.

                “Hishhh..jangan macam tu.  Marilah masuk dulu, kita sarapan sama-sama.  Sofie ada sediakan sarapan pagi tadi.  Haaa, ajak si Sya tu sekali,”pujuk puan Hamidah.
               
                Badrul Zaman tidak dapat menolak lagi pelawaan Puan Hamidah.  Nur Batrisya yang masih berada di dalam kereta dipanggil untuk masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu.  Puan Hamidah terus memperlawa Badrul  Zaman dan Nur Batrisya ke meja makan yang telah terhidang nasi goreng, roti bakar dan beberapa jenis kuih.

                “Oh my god! Kenapa papa si Sya tu handsome sangat kak? Tak macam bapa orang pun,” Natasya Farhana yang  entah datang dari arah mana terus mengeluarkan pendapatnya.

                “Hissh budak ni!  Tak ada benda lain ke dalam otak Ana selain lelaki handsome? Agaknya kalau pakcik tua yang dah tak ada gigi pun Ana kata handsome kot?” soal Sofiya Alia .

                “Hello! Akak ingat Ana ni tak ada taste ke? Dah betul Encik Badrul tu handsome.  Ana cakaplah dia handsome.  Tu pun salah ke?,” kata Natasya Farhana dengan muncung sedepa.

                “Ye lah Ana oi! Papa si Sya tu memang handsome pun.  Baru cakap sikit pun dah nak merajuk.  Mengada!”

                “Sofie! Ni Encik Badrul dengan Sya dah sampai dah ni.  Apa yang lama sangat bersiap ni?,” laung Puan Hamidah dari arah meja makan. 

                “Ishh! Ni semua Ana punya fasal lah ni.  Tengok, kan mak dah bising,” kata Sofiya Alia sambil menyiku Natasya Farhana sebelum berlalu pergi ke ruang makan.  Natasya Farhana hanya mengejek kakaknya sambil tertawa sendirian.

                “Dah siap dah ke?,” tanya Badrul Zaman

                “Dah siap dah tu Encik Badrul.  Kak Sofie ni memang jenis yang simple je.  Jeans, t-shirt atau
Kemeja, topi, no makeup, then dah siap. Haaa, itu je cara dia dress up.  Tak macam perempuan lain,” sampuk Natasya Alia dari arah belakang dan dibalas dengan senyuman dari Badrul Zaman.  Sofiya Alia hanya mencebik mendengar kata-kata adiknya.  Nak marah pun buat apa, dah memang betul apa yang Natasya Farhana katakan itu.
               
                “Tak apa lah Sofie.  Janji Sofie selesa,” balas Badrul Zaman.

                “Ana, sudah-sudah lah nak sakat kakak tu.  Encik Badrul, Sya, jemputlah makan.  Ini je yang ada untuk sarapan,” kata Puan Hamidah sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan dan di suakan kepada Badrul Zaman dan Nur Batrisya.  Walaupun hanya nasi goreng biasa, Badrul Zaman dan Nur Batrisya nampak begitu berselera menikmatinya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Sofiya Alia hanya mendiamkan diri sejak masuk ke dalam kereta milik Badrul Zaman.  Dia hanya menjadi pemerhati kemesraan dua beranak itu dan adakalanya dia hanya melemparkan pandangannya ke arah luar kereta.  Sofiya Alia sendiri tidak pasti ke mana arah tujuan Badrul Zaman sehinggalah dia ternampak sign board menuju ke Genting Highland. 
               
                “Kenapa diam je Sofie? Sorry lah kalau kami anak beranak menyusahkan Sofie,” Badrul Zaman memulakan bicara.

                “Eh, tak lah Encik Badrul.  Saya okay je.  Kita nak ke mana ni sebenarnya?,” tanya Sofiya Alia setelah penat mendiamkan diri.

                “Saya nak bawa Sofie dengan Sya jalan-jalan kat Genting Highland.  Sengaja saya nak berjalan jauh sikit hari ni,”jelas Badrul Zaman.

                “Ohh..,” itu sahaja yang terkeluar dari mulut Sofiya Alia.  Benar lah telahannya yang Badrul Zaman ingin menuju ke Genting Highland.

                “Sofie belajar lagi  ye?  Belajar dekat mana?,” Badrul Zaman cuba mencari topik untuk bersembang.

                “Aah.  Saya belajar lagi dekat Uitm Jengka, Pahang.”

                “Ambil jurusan apa?? Diploma atau degree?,” Badrul Zaman terus mengajukan soalan sambil matanya terus tertumpu ke arah jalan raya.

                “Jurusan akaun je Encik Badrul.  Sekarang ni dalam proses menghabiskan degree saya.  Lepas tu, saya nak kerja dulu kot,” Jawab Sofiya Alia.

                “Oh, kiranya bachelor of accountancy lah ni ye?  Macam mana? Susah tak belajar akaun?,” tanya Badrul Zaman lagi.

                “Boleh lah.  Bak kata lecturer saya, belajar ni mana ada yang mudah.  Semuanya susah  dan akan jadi lebih susah kalau kita sendiri yang tak bersungguh-sungguh nak timba ilmu tu.  So, apa yang perlu kita buat adalah kita kena tumpukan perhatian pada pelajaran dan kena rajin buat revision.

                “Bagus lah awak ni.”

               “Tak ada apa yang bagus pun tentang saya ni Encik Badrul. Saya ni sebenarnya segan nak ikut Encik Badrul dengan Sya keluar berjalan hari ni.  Rasa macam menyibuk pula,” kata Sofiya Alia jujur.

                “Apa yang awak nak segan kan? Memang saya sengaja nak bawak awak sekali keluar hari ni.     Si Sya pun dah beria-ria nak awak ikut sama.  Hurmm,  atau sebenarnya awak segan nak  keluar dengan duda beranak satu macam saya ni?,” Badrul Zaman cuba mencari kepastian.

                “Isssh! Tak ada lah.  Saya bukan segan sebab tu.  Cuma saya segan sebab saya bukanlah kenal rapat dengan Encik Badrul.  Lepas tu, saya main ikut je Encik Badrul dengan Sya jalan-jalan.  Macam tak tahu malu je saya rasa,” luah Sofiya Alia.

                “Kalau tak kenal, kita kenal lah sekarang.  So, start from now awak tak perlu lah nak rasa segan dengan kami lagi.  Haa, lagi satu.  Saya rasa awak tak perlu lah nak panggil saya Encik Badrul.  Saya rasa macam formal sangat. “

                “Habis  kalau saya tak panggil Encik Badrul, saya nak panggil apa?,” tanya Sofiya Alia sedikit pelik.

                “Call me abang Bad je.  Ringkas dan tak nampak formal.” Cadang Badrul Zaman.

                Sofiya Alia hanya mampu terdiam.  “Abang Bad??”, soalnya di dalam hati.  Wahhhhh! Rasa lain pula nak panggil dengan panggilan abang.  Bukannya dia tidak pernah memanggil orang lain dengan gelaran abang, cuma dia terasa pelik apabila orang yang sudah dipanggil dengan gelaran hormat seperti encik di tukar menjadi panggilan yang lebih mesra.  Aahh.. layan kan sahaja lah.  Dah dia yang minta di panggil begitu, bukannya Sofiya Alia sendiri yang gatal-gatal ingin menukar panggilan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Hembusan dingin udara menyambut ketibaan Sofiya Alia, Badrul Zaman dan Nur Batriysa di Awana Genting Resort, sekali gus menambah rasa teruja untuk segera bersatu dengan alam.  Sengaja   Badrul Zaman tidak terus meletakkan kenderaannya di puncak Genting Highland kerana ingin menaiki kereta kabel sambil melihat keindahan panorama alam semulajadi ciptaan yang Esa.

                Memulakan penjelajahan di kota keriangan itu, Badrul Zaman terus ke kaunter tiket untuk memasuki Taman Tema Luar Genting Highland.  Sofiya Alia hanya mengikut rentak Badrul Zaman dan Nur Batrisya.  Matanya tidak lepas dari melihat gelagat pengunjung yang  berada di situ.  Matanya mula tertacap pada satu permainan yang  menarik perhatiannya.  Adakalanya dia tersenyum sendirian apabila mendengar jeritan pengunjung yang bermain Space Shot itu.  Permainan yang membawa pengunjung ke puncak menara Space Shot dengan pelahan pada awalnya dan terus turun ke bawah dengan kelajuan yang menakutkan.  Wah! Menarik! Agaknya boleh tercabutkah jantungnya jika dia bermain permainan itu?


               
                “Sofie, kalau Sofie nak main permainan kat sini, Sofie pergi je beratur.  Abang Bad boleh tunggu.” Kata Badrul Zaman.

                “Eh, tak lah.  Sofie tak kata pun nak main. Nanti-nanti pun boleh abang Bad,” Sofiya Alia cuba berselindung.  Memang hatinya meronta-ronta untuk bermain permainan itu, tapi masakan dia boleh membiarkan Badrul Zaman dan Nur Batriysa menantinya yang sibuk bersuka ria? Arghh! Lupakan sahajalah niat kau tu Sofiya Alia.  Lain kali pun kau boleh rasa naik permainan itu.

                “Betul ni? Kalau Sofie teringin, Sofie pergi je main,” kata Badrul Zaman lagi.

                “Seriously tak apa.  Next time pun Sofie boleh rasa naik benda tu.  Nanti Sofie pergilah dengan kawan-kawan pula.  Lagipun, semester baru dah nak mula dah dua minggu lagi,” balas Sofiya Alia.

                “Oh, dah nak masuk semester baru lah ye? Lepas ni, tak dapat dah la abang Bad jumpa Sofie dekat nursery lagi?,” tanya Badrul Zaman .

                Sofiya Alia hanya membalas dengan senyuman.  Rasanya itu sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada soalan Badrul Zaman. Setelah penat berjalan di Taman Tema Luar Genting Highland, Badrul Zaman membawa Sofiya Alia dan Nur Batrisya memasuki Taman Teman Dalam pula.  Suasana di Taman Tema Dalam agak hiruk dengan bunyi pengunjung yang menjerit-jerit dan diselang selikan dengan muzik yang yang berkumandang.

                “Sofie nak makan apa?,” tanya Badrul Zaman.

                “Eh, kenapa tanya Sofie pula? Sofie apa-apa pun telan.  Kayu dengan batu pun Sofie telan tau,” kata-kata Sofiya Alia membuatkan Badrul Zaman mengerutkan dahinya. 

                “Aik? Macam mana kayu dengan batu pun Sofie boleh telan? Bukan ke orang selalu cakap, makan apa sahaja tapi tolak batu dengan kayu?  Sofie pula, semua Sofie telan termasuklah batu dengan kayu.  Pelik-pelik,” Soal Badrul Zaman sambil mengerutkan dahinya.

                Sofiya Alia tertawa nakal.  Terasa geli hati pula melihat Badrul Zaman yang terpinga-pinga ketika ini. “ Betul lah apa yang Sofie cakap.  Sofie makan semua termasuk kayu dan batu.  Tapi bukan lah kayu dan batu betul-betul tu. Cuma batu dan kayu yang Sofie makan tu sebenarnya ikan kayu,ubi kayu, dan jambu batu.”

                “Oh, Sofie kenakan abang Bad ye?,” tanya Badrul Zaman.  Terasa dirinya lurus sangat bila memikirkan kata-kata Sofiya Alia tadi.

                “Papa, cepatlah.  Kata tadi nak makan.  Sya dah lapar ni,” rengek Nur Batrisya.

                “Okay, anak papa ni nak makan apa? Sya nak nasi ke ,buger, atau ayam?,” tanya Badrul Zaman.

                “Sya nak McD,” jawab Nur Batrisya sambil meloncat-loncat keriangan.

             “Okay, lets go to McDonalds sayang,” Badrul Zaman melayan kerenah anaknya dengan lagak yang juga seperti keanak-anakan.

         Sofiya Alia tersenyum melihat layanan Badrul Zaman pada anaknya sambil membontoti langkah mereka dua beranak ke arah restoran makanan segera Mcdonlads. Di dalam hati Sofiya Alia, sibuk memuji sikap Badrul Zaman yang pandai melayani anaknya.  Kalau lah arwah isterinya masih ada, mungkin keluarga ini makin bahagia.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




BAB 8

                Ira Syarmila menghempaskan pintu bilik hotelnya dengan kuat.  Beg tangannya di lempar ke atas katil.  Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati.  Masakan hatinya tidak panas apabila melihat kelibat Badrul Zaman keluar bersama dengan budak nursery dan  Nur Batrisya?  Apa hubungan mereka hinggakan mereka boleh keluar bersama? 

                “Dasar tak tahu malu! Kau tu dah la macam jantan! Ada hati nak keluar dengan Badrul Zaman? Cermin lah rupa kau tu dulu.  Sakit hati aku ni tau tak?? Badrul tu hak aku! Kau jangan berani nak dekat dengan dia lah! Budak tak guna!!!,” jerit Ira Syarmila dalam hati sambil menarik kasar cadar bilik hotel yang di dudukinya itu.

                “Baby, you kenapa ni?,” tanya seorang lelaki yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik mandi dengan tuala yang membaluti tubuhnya di paras pinggang. 

                Ira Syarmila segera menoleh ke arah lelaki itu.  Arghhh! Lupa pula dia berada di Genting Highland bersama lelaki tua ini.  Nasib dia hanya melepaskan geramnya di dalam hati.  Kalau lah lelaki ini tahu yang hatinya milik lelaki lain, sudah tentu lelaki ini tidak mahu lagi menajanya.  Masakan tidak, rumah, kereta dan wang saku yang dia miliki sekarang semuanya hasil dari  pemberian lelaki ini.  Mahu atau tidak, hati milik Dato’ Rauf  harus dia jaga sehinggalah Badrul Zaman dapat dia miliki sepenuhnya.

                Kalau diikutkan hati, tak ingin dia menjadi perempuan simpanan Dato’ Rauf yang sudah menjangkau separuh abad itu.  Anaknya yang bongsu pun sudah sebaya dengan Ira Syarmila.  Tapi di sebabkan duitnya yang berkepuk-kepuk, Ira Syarmila sanggup bersama dengan lelaki tua ini.  Asalkan apa yang dia ingini dapat diberi oleh Dato’ Rauf.

                “ Kenapa marah-marah ni sayang?,” tanya Dato’ Rauf lagi yang kini sudah duduk di sebelahnya.

                “Tak ada apa-apa,”Ira Syarmila membalas ringkas.

                “Kalau you tak ada apa-apa, kenapa you tarik-tarik cadar tu? You macam lepaskan geram je? Kenapa? I ada buat salah dengan you ke sayang?,” tanya Dato’ Rauf sambil mengusap-usap bahu Ira Syarmila yang sedikit terdedah .

                “Tak ada apalah sayang.  I  geram dengan budak yang kerja dekat McDonalds tu tadi.  Lembab sangat buat kerja.  Lepas tu boleh pula dia nak tunjuk kurang ajar dekat I.  Manalah I tak sakit hati,” bohong Ira syarmila.

                “Oh, fasal tu je? Tak apa, nanti kita pergi report dekat manager dia.  Biar budak tu kena tindakan ye sayang?,” tangan lelaki separuh usia itu mula merayap ke tubuh Ira Syarmila.

                “Tak payah la sayang.  I tadi dah report  dekat manager dia,” balas Ira Syarmila sambil menolak manja tangan nakal milik Dato’ Rauf.  Hanya senyuman yang dilemparkan pada lelaki separuh abad itu.

                “I miss you and I need you now darling,” bisik Dato’ Rauf pelahan ke cuping telinga Ira Syarmila.

                “Really? I miss you too sayang.  Tapi I baru balik dari makan.  I mandi dulu okay?  Nanti kalau I busuk-busuk, you dah tak mahu dekat I lagi,” dalih Ira Syarmila sambil menolak pelukan Dato’ Rauf.

                “Okay sayang, im waiting.  Jangan lama sangat,” balas Dato’ Rauf sambil memerhatikan gerak Ira Syarmila yang sedang menanggalkan pakaiannya sebelum menuju ke bilik air.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Hariz Iskandar memerhatikan gelagat seorang perempuan yang sibuk berlatih menari di taman permainan.  Puas dia memerah otak mengingati siapakah perempuan yang sedang menari itu.  Rasanya macam kenal tapi dia sendiri tidak pasti.  Tiba-tiba dia terus teringat peristiwa yang berlaku di taman permainan ini sebulan yang lalu. Ya, dia pasti dia mengenali gadis itu.  Kakinya terus melangkah ke arah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang aktif berlatih menari.

                “Excuse me.  Sorry ganggu you’ll semua.  Boleh tak saya nak bercakap dengan budak yang pakai baju biru muda tu?,” tanya Hariz Iskandar kepada dua orang pelajar perempuan  yang sedang berehat.

                “Siapa? Ana ke?,” tanya gadis berbaju merah.

                “I’m not sure lah nama dia siapa.  Boleh tak adik tolong panggil kan budak tu sekejap? Cakap abang nak jumpa,” pinta Hariz Iskandar.

                “Boleh.  Tunggu kejap ye?,” balas gadis bertudung hitam sambil berlalu pergi ke arah rakannya.  Kemudian dia kembali ke arah Hariz Iskandar bersama rakannya.

                “Abang rasa macam kenal lah awak ni.  Awak adik budak tomboy hari tu kan?I mean Sofie.,” tanya Hariz Iskandar .

                “Yup.  Kenapa ye?.”

                “Abang sebenarnya dah lama cari kakak awak.  Boleh tak awak bagi nombor telefon dia? Abang ada hal sikit nak settle kan dengan dia.”

                “Hal apa tu ye? Boleh saya tau? Saya bukan tak mahu bagi nombor telefon dia.  Tapi saya takut kak Sofie marah.”

                “Tolong lah dik.  Abang sebenarnya dah lama nak cari dia.  Hari tu dia ada bagi nombor telefon dia pada abang tapi abang lupa abang letak kat mana kertas tu.  Boleh tak tolong bagi nombor telefon dia?,” tipu Hariz Iskandar.  Tak apa kot tipu sunat.  Lagipun, dia bukannya nak buat benda yang tak elok.  Dia cuma ingin berbaik dan memohon maaf atas ketelanjurannya sebelum ini. 

                “Oh, macam tu.  Hurmm, abang ambil nombor ni ye, lepas tu terus save dalam telefon.  Nanti kalau hilang ke apa ke, saya tak mahu terlibat lagi.”kata Natasya Farhana sambil menyebut nombor telefon bimbit milik kakaknya, Sofiya Alia.

                “Thanks ye dik.  Nanti kirim salam dekat kak Sofie.  Cakap kat dia, abang Hariz kirim salam.”

                “Beres!,” balas Natasya Farhana dan terus berlalu pergi dan mendapatkan rakan-rakannya yang lain untuk meneruskan latihan tarian mereka untuk pertandingan tarian antara sekolah-sekolah.

                Hariz Iskandar tersenyum puas.  Akhirnya dapat juga dia mencari gadis tomboy itu.  Kenapa susah sangat nak bertemu dengannya?  Sedangkan setiap pagi dia ke taman permainan  menunggu kelibat Sofiya Alia tetapi tidak pernah ada rezeki bertemu gadis kasar itu.  Harap dengan adanya nombor telefon bimbit Sofiya Alia, dapatlah dia menghubungi gadis yang membantunya tempoh hari.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


            Deringan telefon bimbit mengejutkan Sofiya Alia yang hampir lena.  Telefon bimbit miliknya dicapai.  Tertera satu khidmat pesanan ringkas dari nombor yang dia tidak kenali.  Dengan malas, jarinya terus menekan untuk membaca pesanan baru yang dia perolehi.

             What's Done Is Done
Make Room For The New
Forgive And Forget
What Has Been Done To You.    
Im sorry.
  
Setelah itu, satu lagi pesanan ringkas yang di terima dari nombor yang sama.  Laju jari Sofiya Alia menekan pesanan ringkas itu untuk membacanya.

             S = SOME
O = ONE'S
R = REALLY
R = REMEMBERING
Y = YOU

Sofiya Alia cuba berfikir siapakah gerangan pengirim khidmat pesanan ringkas itu kepadanya.   Tiada nama pengirim.  Arghhh! Malas dia ingin melayan khidmat pesanan ringkas itu.  Mungkin juga pengirim tersalah nombor .  Matanya terus di pejam.  Penat berjalan seharian di Genting Highland membuatkan dia mula berasa ngantuk. 

Belum pun sempat dia terlena, telefon bimbitnya berbunyi lagi.  Satu pesanan ringkas bergambar (MMS) pula diterimanya.  Gambar teddy bear berwarna putih sambil memegang kertas yang tertulis I am sorry pula dihantar.  Siapakah pengirim khidmat pesanan ringkas ni?  Pening kepalanya memikirkan siapakah gerangan orangnya.  Sudahlah dia mengantuk, telefon pula asyik berdering.

                Nombor yang tertera di ruangan khidmat pesanan ringkas (SMS) terus di dail.  Dua tiga kali dia cuba menghubungi nombor yang tidak di kenalinya itu tetapi tiada sebarang jawapan.  Mungkin ada rakan-rakannya di Uitm yang cuba mengusiknya tengah-tengah malam begini.  Tapi siapakah? Syuhada? Rohani? Arghhh! Tak mungkin lah.  Mereka semuanya takkan bergurau seperti ini. 

Persetankanlah siapa pun yang menghantar pesanan itu .  Apa yang dia tahu, matanya sudah tidak mampu terbuka. Badannya masih terasa letih.   Lantas, Sofiya Alia terus menekan butang untuk mematikan telefon bimbit miliknya. Puas rasanya.  Tiada lagi deringan telefon yang akan mengganggunya selepas ini. 


               

               
 p/s:: dah lama tak update baru.. n sorry if tak best.. cik nad ketandusan idea
 (-__-")
               
                

Tuesday, May 15, 2012

rindu sama kamooo!

Assalammualaikum,

Lama bebenor rasanya cik nad tak update blog.. almaklumlah.. busy dengan assignment and test.. nak pulak di tambah dengan research yang perlu disiapkan..stress sungguh di tahun akhir... hari ni rasanya nak meluahkan perasaan kat blog ni.. boleh kah?? of course lah boleh.. ni blog cik nad yang punye. kalau korang meluat.. skip laaa...kikikiki..



sebenarnya, ati ni dah terlalu rindu ni.. rindu dengan siapa?? siapa lagi kalau bukan si dia yang berada di jordan sekarang.. aduhhh! rindu sangat-sangat! banyak sangat kenangan bersama.. andai aku punya sayap..dah lama aku terbang ke jordan.. dapat jumpa kejap pun jadi lah.. tapi apakan daya.. sayap pon enggak ada sih! mau naik flight?? banyak sangat la wet aku nye pon.. yang mampu naik tongkang je la...itu pon tak tau la bape ribu tahun baru dapat jumpa nye.. silap hari bulan..sampai2 jordan.. gigi pun dah tak de..cam gambar kat bawah ni.. sambil tersengeh..aku cakap "i MISS u".. wakakakaka.. tak leh blah!!!


korang nak tau tak..betapa jealousnye cik nad tengok orang-orang yang dok berdating depan cik nad.. pergi makan sesama.. adoiii! stress mak tau tak! so..korang.. tolong jangan beromantika de amor depan cik nad ye.. tapi tak apa..da hikmah di sebalik kesengsaraan ini.. cewaaaaah! poyo nye ayat ko nok!!  tapi itu lah hakikatnya..biar lah segalanya bermula dari kesakitan dan kesengsaraan sebelum bertemu dengan kebahagiaan yang berkekalan.. insyaAllah.. 

Hari-hari terpaksa lah cik nad pujuk hati ni.. sabar..sabar..dan teruskan bersabar..tak lama dah.. tahun depan dia dah nak balik.. moga penantian ni.. menjamin kebahagiaan yang di nanti-nantikan.. doa-doa lah tok cik nad.. moga jodoh dan apa yang di rancang menjadi kenyataan.

MNH.. aku rindu sama kamu yang bajet macho..


aku rindu sama rupamu yang gila-gila 


aku rindu sama saat kau benggang dengan aku..





to MNH.. seriously.. aku rindu kamu! rindu nak gaduh-gaduh.. rindu nak berdating sambil bawak adik sesama(korang adooo??).. rindu segalanya.. so.. pe tunggu lagi..cepat lah abis study dan balik sini! setia menunggu mu wahai mr MNH  .. balik nanti..tolong bawakkan salji and pasir halus tok cik nad.

only u mr MNH



p/s:: tiada yg lebih gatai melenkan yg gatai-gatai saje..pas bace..jom kite g toilet..muntah ijau..hikhikhik!peace  (^__*)