Pages

Sunday, October 23, 2011

contoh surat mintak kahwin awal..=)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along

Sunday, October 16, 2011

adakah hati sudah terbuka??

Assalammualaikum.

sejak dua menjak nie kan..aku tak tahu lah kenapa..aku suke sangat tengok jubah-jubah nie and orang bertudung labuh.. agaknye hati aku dah mula terbuka ke untuk full time berpakaian cam tue?? tapi.. aku takut nak pakai macam tue lagi..walaupon aku dah ada rasa selesa untuk pakai baju kurung walaupun untuk keluar kat  shopping mall..  kenape agaknye erk hati aku nie masih ada rasa ragu2 lagi??

hurmmm.. mungkin sebab aku fikir..aku tak layak untuk berpakaian macam tue..yela..aku nie tak bagus pon..dose belambak.. takut pulak boleh mendatang kan fitnah bila aku tiba2 berpakaian macam tue.. tapi bila aku fikir2 balik.. sampai bila aku nak fikir pasal cakap orang? biar lah pe orang nak kate.. janji.. aku cuba untuk menjadi hamba allah yang ikut apa yang diiginkannye.. 

biar lah dosa-dosa dulu menjadi pengajaran dalam hidup aku.. jangan jadikan kejahilan aku yang dulu terus membelenggu hidup aku.. sampai bila kita nak berubah kalau kita terlalu  memikirkan kejahilan yang dulu?? kita juga perlu menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini kan??? jadi.. aku sedang berusaha sedikit demi sedikit untuk melalukan perubahan ini.. tudung yang dulunya singkat.. aku ubah dengan yang menutup dada..walaupun aku masih belum kuat untuk bertudung labuh..tapi sekurang-kurangnya..aku menutup aurat mengikut syariatnya...

lagipon adik aku ada cakap.. orang yang ego aje yang bila dah rasa untuk berbut baik..tapi tak nak buat.. Ya Allah.. kau berikan lah aku petunjuk dan hidayahmu.. aku takut perasaan untuk berubah ini tidak betul2 kekal.. kau bantu dan bimbingkan lah hati ku untuk terus kuat melalakukan perubahan ini... ~ amin~

cantikkan bertudung labuh??

sapa kate jubah tak cantik?kan cantik nie??

BEHAVE YOURSELF LAH SEDARE!

Assalammualaikum,
Hari nie pagi-pagi lagi mak aku ajak pergi TESCO AMPANG.. katanye nak cari lauk.. aku pon boleh la cari lauk sikit-sikit untuk aku bawak balik rumah sewa aku esok.. lepas beli nugget, kentang goreng n sosej.. kami gerak ke bahagian bahan basah.. cari ikan la kononnye..tapi.. ikan tak ada la pulak..aku tak pasti samaada diorang belum letak stok or memang dah habis.. aku pergi cari ayam.. ayam pulak expired mate die esok.. serupa tak payah beli lah kan..huuh.. jadi..kami gerak pergi cari sayur..

kat tempat sayur tue..aku tunggu mak aku kat tepi jerk.. biar mak aku cari sayur-sayur tue.. sebabnye..sesak..aku malas nak semakkan keadaan lagi.. time aku tengah duduk kat tepi2 tue..aku pon melilau tengok ragam pengunjung tesco.. macam2 perangai ada.. then,, da satu pasangan nie..aku tak pasti la arab ke..pakistan ke pe.. baek punye perangai..da ke patut.. die boleh amik starwberi yang dalam paket tue.. then makan.. ok.. x kisah lah kalau ko da makan..n ko pergi bayar.. tapi ak perhati jerk.. die da makan sampai setengah..then die boleh letak dekat bahagian buah2 nangka and durian. .. bagus nye perangai anda ye?? tak tau ke kalau makan makanan haram tue berdose..?? dah tue.. jadi darah dagging pulak?? ishhh.. x paham aku..

lepas mak aku cari sayur-sayur..aku pon pergi lah nak tolong timbang sayur-sayur tue..then..datang pulak makcik nie.. dengan tak beratur nye.. slumber je pergi timbang..aku yang tengah beratur nie perhatikan aje lah..ingatkan sikit.. then .. boleh pulak datang die punye kaum kerabat nak timbang barang jugak.. ya Allah.. bukan sikit2.. punya lah banyak ..sampaikan uncle india belakang aku sound orang tue.. tapi.. still die ignore jerk.. sabo jer la.. 

dah tue.. time ak nak pergi isi minyak.. da la kereta banyak nak isi minyak..aku pon dok tunggu la satu motor nie isi minyak.. bila motor tue abis isi..aku pun nak gerak lah pergi isi minyak..tiba2 ada pulak makcik nie bawak motor cross line aku.. nasib ak sempat break..dah tue.. yang menyakitkan hati nye.. bila makcik tue tanpa segan silu.. rasa besalah and sebagainye.. die slumber je park motor die..and pergi kaunter ..nak bayar untuk isi minyak..ya allah.. geramnya aku..aku mula lah hot...membebel-bebel lah aku dalam kereta tue.. aku pandangkan aje makcik tue.. dah tue.. die wat tak paham jerk.. lagi lah sakit hati....

aku pon tak paham lah kenapa la rakyat malaysia especially nyer orang KL ni. x de manners langsung..please lah .. kite nie .. kalo nak hidup...hidup bermasyarakat lah sikit..jangan nak fikirkan diri sendiri jerk.. orang lain pon nak cepat jugak.. orang lain pon ada hal jugak.. ini ikut dan jerk..orang lain penat beratur panjang-panjang.. orang len pulak nak senang-senang.. so.. igt sikit yer sedare.. behave yourself tue sikit.. jangan fikir diri sendiri jerk~

 
kenape orang len boleh quaue di petrol station??

haaa.. len kali.. queue yerk makcik2 sekalian macam nie..

Wednesday, October 12, 2011

ONE IN A MILLION

just for someone that i love...=).. jiwang sebentar bersama kit kat..huhuhuhu
Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me
Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Saturday, October 8, 2011

katakan tidak pada LEMAK!!

Assalammualaikum,
Sejak dua menjak nie.. badan aku nie dah makin debab and tembam..korang boleh bayangkan tak..dari berat asal aku yang hanya 45kg dah jadi 53.9 sekarang nie?? adoyaiiii.. tidakk!!! tak mahu! terasa sangat yang badan aku nie dah semakin berat.. berat dengan ape?? dengan LEMAK la cik nad oi..mak kau pon dah start bising dah kat aku.. kate beliau :

"ko tue dah la pendek.. jangan nak gemuk-gemuk.. tak cantik.. buruk rupenye.."

sedih nye aku bila mak aku cakap macam tue.. terluka.. sengsara.. bagai di robek2 hati dan jantung aku time tue..huhuhuh.. tapi tak ape.. kate-kate mak aku tue..aku jadikan sebagai cabaran untuk aku menurunkan berat badan aku.. tak dapa 45.. 48 pun jadi lah..kan3x???takkan lah aku nak biarkan berat badan aku terus bertambah and jadi macam nie...



or cam nie??

TIDAKKKKKKKK!!!!!!!

jadi aku dah mula berjogging tiap-tiap petang dengan housemate aku.. nak sihatkan badan.. nak keluarkan peluh.. and nak meringankan badan aku yang dah berat nie.. and selain tue .. aku kena lah jaga pemakanan aku.. agar lebih sihat and seimbang untuk mendapatkan badan macam nie..huhuh..

kan cantik badan macam nie..


so, kene lah makan ikut pola pemakan yang baik..

ape-ape pon... aku kena terus berusaha untuk ME"NYAH"KAN  lemak2 nie dari badan aku..semoga usaha aku akan berkekalan dan tidak berhenti sekerat jalan~

Tunang tunangan

Assalammualaikum,
rasanya lambat sangat nak update pasal majlis pertunangan kawan aku time sekolah dlu.. si Alia Fazrinie.. dah seminggu dah pun berlalu...huhuhuu.. 2 oktober nie hari yang sangat bermakna dalam hidup si lia nie..huhuhuh..almaklumlah. dah bergelar tunangan orang kan?? Lia nie sebenarnye kawan aku time sekolah menengah kat perak dulu.. tak sangka ye.. si Lia nie dah langkah bendul..huhu.. patutnya.. aku yang dulu.. baru die..huhuh..tapi itulah di nama kan jodoh dan rezeki kan??

mula-mula.. aku punye la plan dengan si soleha and alif nak pergi rumah alia ni pukul 11.30.. lastly.. dah 12.30 pon ak tak gerak lagi.. nie sume..adik aku si haikal tue la punye hal.. da ke time2 aku tengah rushing die boleh nak suruh aku hantar dia pergi kerja dulu.. ishhh..memang mengada.. geram aku.. dah tue boleh pulak nak terlembab-lembab... lastly.. aku lambat jemput si soleha and alif nie..

banyak sangat halangan time tue..dengan hujan lebatnye.. dengan asyik sesat jerk.. macam-macam la...lastly bila sampai jer kat rumah die.. si lia da berdiri tegak depan pintu and tunjuk jari dia yang da siap tersarung cincin.. waaaaaaaa~~ x dapat nak tengok si Lia termalu-malu time sarung cincin.. xde rezeki la teu kan..huhuhu.. hope si lia akan lebih matang and happy selalu~

aku pun nak semak tunjuk cincin aku..huhuh


pic nie time mula2 kitaorang sampai.. 


aku, hale and lia.. lia cantik sangat time ni


sarung cincin tunang.. agak2 die malu2 n cuak x time nie??


time ni b4 kami balik..muke aish da boring da..huhuhu