Pages

Monday, April 23, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 1





“Aduhhhh!! Malas betul rasanya nak balik rumah. Kalau balik mesti nak mengadap jiran-jiran aku yang kepoh yang duduk melepak sebelah rumah aku ni. Agaknya diaorang ni dah bosan sangat duduk rumah kot? Dah gaya macam anak muda pulak aku tengok.  Duduk berkumpul beramai-ramai dekat luar rumah sambil buat ‘ketupat’.  Nasiblah mak aku pun tak join sama geng-geng ‘astro’ ni,”getus hati kecil Sofiya Alia.  Tanpa memperdulikan mereka,  Sofiya Alia terus membuka pintu pagar rumahnya untuk masuk ke dalam.  

“Hai Sofie, balik cuti ke?,”tanya makcik Senah sambil di perhatikan ahli-ahli group ‘astro’nya itu.

“Ai..nak layankan ke pertanyaan makcik ni? Atau buat muka slumber dan terus masuk ke dalam rumah?? Ni mesti kes nak menyebuk lah ni,”desis hati kecil Sofiya Alia.

“Aah cik senah, cuti dah mula dah ni.  Tu yang Sofie balik rumah ni,” kata Sofiya Alia ringkas sambil mengira-ngira untuk masuk ke dalam rumah.

“Kau ni Sofie, aku tengok dah macam budak jantan pulak.  Dengan seluar jeans nya, dengan gaya kau yang dah macam jantan tu. Cuba-cubalah jadi perempuan sikit. Ini tidak, kalau ada budak jantan sebelah kau, aku pun tak tau mana satu engkau  dan yang mana satu jantan,” bebel makcik Senah dan disambut dengan anggukan makcik-makcik yang lain. Hishhh!! Dah lebih dah makcik ni.

“Suka aku lah nak jadi jantan ke, pondan ke, bukan aku kacau kau pun! Apa yang kau sakit hati sangat tengok aku macam ni?? Jagalah anak kau sendiri makcik Senah oiii! ,” jerit Sofiya Alia di dalam hati.  Kalau  diikutkan hatinya yang sedang panas membara ini, mahu sahaja dia melawan balik makcik Senah tu.  Mahu sahaja dia lontarkan satu persatu ayat yang kurang elok macam peluru berpandu biar tertembus ke telinga kiri dan bergegar otaknya.  Tapi niat itu Sofiya Alia simpankan sahaja dalam hatinya kerana dia masih berfikiran waras dan pesan ibunya, Puan Hamidah  supaya menghormati orang yang lebih tua masih dia pegang dengan kuat.

“Issshhh!! Apalah makcik Senah ni.  Sofie ni perempuan lah tapi Sofie ni perempuan jenis rock.  Makcik mana tau.  Hurmm dah lah makcik, Sofie penat ni, Sofie masuk dulu lah ya?,” Sofiya mencari alasan untuk bebas dari serangan ‘mulut laser’ makcik Senah sambil berlalu pergi dan meninggalkan makcik-makcik astro di luar.  Sofiya Alia  pasti, setapak sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah sudah tentu mereka akan sibuk membuat ‘ketupat’ pasal dirinya.  Silakan lah makcik oi!  buat lah apa yang makcik suka asalkan korang semua bahagia .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sofiya Alia meletakkan beg galas dan beg pakaian disudut tepi katil lantas dia terus merebahkan dirinya di atas katil.  Rasa penat duduk di dalam bas masih belum hilang lagi.  Perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa tiga jam itu amat memenatkan bagi dirinya yang jarang pulang ke rumah. 

Sejak Sofiya Alia menjejakkan kakinya ke Universiti Teknolgoi Mara (UiTM) di Jengka, Pahang, dia hanya pulang ke rumah dua kali untuk setiap semester.  Sekali pada cuti pertengahan semester dan satu lagi pada cuti akhir semester.  Sofiya Alia lebih banyak menghabiskan masanya untuk mentelaah pelajaran di Universiti .

 Puan Hamidah tidak pernah merungut  kerana setiap hari Sofiya Alia akan menelefon ibunya dan alasannya jika ditanya mengapa jarang pulang ke rumah, dia hanya akan menjawab yang dia perlu tumpukan perhatiannya kepada pelajarannya dan ingin memberikan yang terbaik buat ibunya, Puan Hamidah  memandangkan dia adalah anak sulung yang akan menjadi contoh kepada adiknya nanti.

Bapanya, Roslan sudah lama meninggalkan mereka sekeluarga. Ketika itu Sofiya Alia baru berusia 15tahun. Ah!! Ayah!!Dia jadi begini semuanya salah ayahnya!! Sofiya Alia amat  membenci insan yang di panggilnya dengan panggilan ayah itu.  Siapa sangka dalam usia yang baru mengenal erti dunia, mahkota kesuciannya telah diragut oleh ayah kandungnya sendiri. Ah!! berat sungguh dugaan untuknya pada waktu itu.  Serta merta ingatan Sofiya Alia terhadapnya bapanya mula menerjah ke setiap ruang genap fikirannya.  Satu persatu kenangan pahit dan hitam itu seolah-olah ditayangkan semula didepan matanya.

Pada malam kejadian , Puan Hamidah tiada di rumah kerana terpaksa pulang ke kampung untuk mejaga ibunya yang sakit tenat.  Sofiya Alia yang ketika itu sedang dalam minggu Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) ditinggalkan dirumah untuk mengulangkaji pelajaran bersama bapanya, Encik Roslan.  Pada malam itu, Encik Roslan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.  Sofiya Alia tidak pernah melihat bapanya menjadi sebegitu rupa sebelum ini dan inilah kali pertama dia melihat bapanya berperwatakan begitu.

“Sofie!!!! Sofie!!,”jerit Roslan sambil mengetuk pintu bilik Sofiya Alia dengan kuat.

“Sofie!! Kau pekak ke apa haa?? Bukak pintu ni aku cakap!! Buka pintu ni!!”Suara Roslan tenggelam timbul dan  diselangi dengan jeritan yang kuat.  Sofiya Alia  yang berasa takut terus membuka pintu biliknya dengan cepat dan tanpa disangka, bapanya terus menerkam ke arahnya  dengan pandangan yang sangat menakutkan.

“Ayah, jangan macam ni ayah!! Ni Sofie, anak ayah”kata Sofiya Alia untuk menyedarkan bapanya, Roslan sambil mencuba untuk menolak badan Roslan ke tepi.

Puas dia menjerit meminta agar Roslan melepaskan dirinya, namun tiada sedikit pun rasa ehsan dari Roslan.  Roslan bagai dirasuk syaitan! Baju Sofiya Alia dibuka dan dikoyak-koyakkan dengan rakus.  Sofiya Alia hanya mampu menangis dan cuba meminta belas ehsan dari Roslan untuk melepaskannya dan terus mencuba untuk melepaskan diri.  Tapi apalah sangat kudrat perempuannya jika ingin di bandingkan dengan kudrat lelaki.  Tambahan pula kudrat Roslan yang sudah dirasuk syaitan.

 Hujan lebat pada malam itu telah menjadi saksi kesucian Sofiya Alia telah diragut oleh bapa kandungya sendiri!  Selebat hujan di luar, begitulah lebatnya air mata yang mengalir di pipi halus Sofiya Alia.  Siapa sangka dia akan kehilangan kehormatan dirinya pada insan yang dia sangat hormati dan kasihi?? Siapa sangka dia akan dirogol ayahnya sendiri!!  Setelah menempiaskan nafsu binatangnya, Roslan  terus keluar dari rumah dengan menaiki kereta miliknya dan telah mendapat kecelakaan jalan raya.  Roslan yang kehilangan banyak darah meninggal dunia ditempat kemalangan

Puan Hamidah tidak pernah tahu apa yang telah terjadi pada anak gadisnya pada malam sebelum Roslan mengehembuskan nafasnya yang terakhir.  Sofiya Alia tidak ingin menceritakan kisah ini pada ibunya kerana Puan Hamidah menganggap  Roslan seorang yang baik dan bertanggungjawab.  Sofiya Alia tidak sampai hati membiarkan ibunya bersedih dan dia tidak sanggup membiarkan kematian bapanya disambut dengan caci maki dan kejian dari semua orang.  Biarlah apa yang telah dilakukan oleh bapanya, dia simpan rapat-rapat di lubuk hatinya.

  Kisah silam yang hitam itu sering menghantui kotak fikiran Sofiya Alia.  Bermula dari saat itu, dia terus mengubah diri menjadi keras. Perwatakannya juga seakan lelaki.  Sofiya Alia tidak mahu membiarkan semua lelaki mengambil kesempatan terhadap perempuan sepertinya.   Memang benar apa yang diperkatakan oleh makcik Senah. Dia adalah seorang perempuan dan  harus berperwatakan seperti perempuan tetapi kisah silamnya yang telah  menjadikan dia keras seperti ini.  Biarlah apa orang nak kata. Apa yang penting hanya dia yang tahu kenapa dirinya jadi begini.

Ketukan di pintu bilik membuatkan Sofiya Alia tersentak dari lamunan.  Mukanya diraup beberapa kali dan terus bangun membuka pintu bilik.  Puan Hamidah sudah terpacul di depan pintu bilik anak kesayangannya.

“Dah lama sampai?,” tanya Puan Hamidah.

“Tak ada lah lama sangat pun.  Ada lah dalam setengah jam,”jawab Sofiya Alia sambil menyalami tangan Puan Hamidah.  Pipi ibunya dikucup lembut sambil memeluk tubuh berisi itu untuk melepaskan rindu.

“Mak pergi mana tadi? Sofie tengok, emak tak ada pun kat rumah tadi,”tambah Sofiya Alia.

“Oh, emak tadi pergi pasar tani sekejap nak cari barang untuk memasak. Almaklumlah, anak kesayangan emak yang seorang ni kan dah balik. Jadi, mak nak masakkanlah lauk kegemaran dia,”kata Puan Hamidah sambil menuju ke dapur dan diekori oleh Sofiya Alia  dari arah belakang sambil terseyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hamidah.

“Yeke mak?? Macam tak percaya pula. Kalau macam tu,  Sofie sayang mak lebih lah macam ni,”gurau Sofiya Alia.

“Ai..masak makanan kegemaran, baru Sofie nak sayang emak lebih?? Kalau tak? Tak sayanglah ye?,”perli Puan Hamidah.

“Alaaa.. Puan Hamidah kita sorang ni nak merajuk pula.  Sofie sayang sangat dekat emak tau.  Kalau mak tak masakkan lauk kegemaran Sofie  pun, Sofie tetap sayang kat emak! Mak lah satu-satunya ibu Sofie dunia dan akhirat tau,”kata Sofiya Alia sambil memeluk Puan Hamidah  dari belakang.

“Ehemmm..ehemmmm!!! Aiii.. peluk-peluk emak ni nak bodek ke apa? Sampaikan orang yang berdiri tercegat kat sini dari tadi sikit pun dia tak nampk pun!,” ngomel Natasya Farhana.

“Hei budak ni!  Patutnya, Ana yang datang kat kakak tau..bukan kakak yang datang dekat Ana,” kata Sofiya Alia.

“Eehhh! Kenapa pula macam tu??,” tanya Natasya Farhana.

“Sebab kakak ni kan kakak Ana.  Ana tu adik. Takkan lah kakak yang datang dekat adik,” balas Sofiya Alia. 

Farhana hanya mencebik mendengar jawapan kakaknya.  Tengahari itu Sofiya Alia, Puan Hamidah dan Natasya Farhana sibuk bersembang sambil membantu memasak di dapur.  Hilai tawa mula memenuhi setiap genap ruang dirumah ini.  Mulut Farhana pula tidak berhenti-henti berceloteh menceritakan aktivitinya ketika  ketiadaan Sofiya Alia dirumah.  Puan Hamidah hanya tersenyum bahagia melihat kedua anak gadisnya berperang mulut dan bergurau senda.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Usai solat subuh, Sofiya Alia mengajak adiknya Natasya Farhana untuk menemaninya berjogging disekitar taman permainan di kawasan perumahan mereka tetapi ditolak oleh Natasya Farhana dengan alasan untuk menyambung kembali yang tidak cukup pada malam tadi.
               
“Ana malaslah kak. kakak pergi jelah sorang-sorang.  Lagipun, Ana bukannya minat nak berjogging-jogging ni,” Natasya Farhana memberikan alasan.

“Alaaa.. jom lah Ana.  Bukan selalu pun Ana teman akak pergi jogging. Haaa, macam ni. Hari ni je Ana teman akak, esok-esok akak pergilah sendiri.  Lagipun, akak takut tersesat pulak.  Almaklumlah, dah lama tak baik rumah,”Sofiya Alia cuba mencari alasan.  Maskan dia boleh tersesat di kawasan perumahannya sendiri?  Akhirnya Farhana mengalah dan Sofiya Alia bersorak riang di dalam hati.

Dengan lengkap berpakaian sukan dan topi yang dipakai secara terbalik, Sofiya Alia dan Natasya Farhana memulakan langkah ke taman permainan.  Di sana mereka berjogging dan menggunakan alat senaman yang terdapat di situ.  Sofiya Alia mengambil masa selama stu jam untuk mengeluarkan peluh dengan bersenam menggunakan alat senaman yang di sediakan di taman, manakala Natasya Farhana hanya duduk dibuaian menunggu kakaknya.  Ketika Sofiya Alia sedang berjogging, entah dari mana datangnya lelaki yang sedang menaiki basikal telah melanggar Sofiya Alia dan dia  terjatuh ke tepi.

“Hoi!!! Buta ke?? Kau ni nak mati ke berjogging sampai ke tengah-tengah track ni? Kau tengok, tak pasal-pasal aku dah terjatuh! Nak mati betul lah budak ni!,”jerkah lelaki yang menaiki basikal itu.

“Hello saudara.  Cakap baik-baik sikit boleh tak? Tak ada budi bahasa langsung! Sekarang ni, siapa yang buta sebenarnya??,”tanya Sofiya Alia dengan nada yang sedikit meninggi.

“ Engkaulah yang buta! Track ni bukan track engkau seorang saja tau sampaikan kau nak conquer semua jalan dekat sini! Agak-agaklah kalau kau nak berjogging pun! Orang lain pun nak guna track ni juga.  Bodoh punya tomboy!!,” balas lelaki itu.

“Ewah-ewahh!! Kau ni dah lebih-lebih lah ni! Siapa yang tomboy??Haaa??? Cakap tu jangan main ikut sedap mulut kau sahaja! Engkau tu yang buta! Sekarang ni siapa yang langgar siapa?? Haaa?? Lain kali kalau nak bercakap tu guna otak la bro,  jangan guna kepala lutut!,”teriak Sofiya Alia.  Suaranya yang meninggi membuatkan orang di sekeliling memerhatikan mereka.  Natasya Farhana terus berlari mendapatkan kakaknya yang sedang betengang urat.

“Kak.. dah la tu kak. Jom lah kita balik. Tak mahu lah gaduh-gaduh dekat sini, malu lah kak orang semua dok tengok ni,” kata Farhana sambil menarik tangan Sofiya Alia.

“Ohhhh.. ni kakak kau lah ye?? Haaa.. bagus-bagus! Sekarang, kau pergi bawak si tomboy ni balik dan jangan bagi dia datang taman ni lagi.  Dia fikir taman ni bapak dia yang punya ke apa? Sampaikan satu track ni habis dia nak conquer?? Haaa?? Boleh blah la weyh!!,” jerit lelaki berbasikal itu.

“Woiii! Kau jangan nak tomboy-tomboykan aku lah! Sekarang ni, aku nak kau minta maaf kat aku balik! Cepat! Mulut kau tu kurang ajar sangat! Tak ada insurans langsung! Dah lah langgar aku, lepas tu kau berani nak maki-maki aku lagi! Banyak cantik perangai kau ye??? Aku nak kau minta maaf kat aku sekarang! Cepat! Sekarang aku kata!!,” marah Sofiya Alia.

“Hello!!! Aku nak minta maaf dekat engkau?? Sorry sikit lah weyh! Seumur hidup aku, aku tak pernah nak mintak maaf dekat orang. Kau fikir diri kau tu siapa?? Haaaa?? Dah lah, baik kau blah dari sini lah tomboy  sebelum aku langgar kau lagi sekali.  Meluat betul aku tengok kau ni.  Dari aku layan kau, lebih baik aku yang blah.  Dah tepi sikit!!” Kata lelaki tersebut sambil mengayuh basikalnya dan meninggalkan Sofiya Alia dan Natasya Farhana yang masih tercegat di situ.

“Melampau sungguh lelaki ni.  Aku cukup pantang bila orang dah pandai buat salah tapi tak pandai nak minta maaf . Dah tu, nak maki-maki orang balik! Memang dasar kurang ajar. Agaknya mamat ni spesis beruk kat hutan kot. Budi bahasa pun tak ada ,memang tak guna langsung jadi manusia,”marah Sofiya Alia di dalam hati dan terus mencapai seketul batu sebesar penumbuk dan membalingkannya ke arah lelaki berbasikal tersebut di atas kebiadapannya.  Balingannya tepat mengenai badan lelaki itu dan menyebabkan dia berhenti dari kayuhannya. 

“Padan muka kau!! Lain kali jangan nak kurang ajar dengan aku.! Haaa…kan dah kena sebiji!,” Sofiya Alia menjerit ke arah lelaki berbasikal itu dan terus mencapai tangan Farhana untuk berlari meninggalkan taman permainan itu.  Risau juga dia jika lelaki berbasikal itu akan membalasnya  dengan lebih teruk lagi.

4 comments: