Pages

Wednesday, July 25, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 3


TAKDIR CINTA



BAB 3

                Adam Syafiq berjalan ke arah masjid tempat dia di ijab kabulkan.  Dari jauh dia dapat melihat isterinya sedang membaca Al-Quran di sudut tepi masjid.  Alunan ayat-ayat suci Al-Quran amat menenangkan jiwanya.  Dengan perlahan dia merapati gadis yang sudah dinikahinya itu.  Alangkah merdunya alunan suara gadis yang bergelar isterinya itu. 

Si isteri yang telah menghabiskan bacaan Al-Quran tersedar akan kehadiran suaminya disisi.  Segera tangan si suami di capai lalu dikucup lembut.  Adam Syafiq masih dapat melihat, tahi lalat di jari manis isterinya.  Ya, dia masih ingat.  Tahi lalat itulah yang dia perhatikan ketika dia menyarungkan cincin ke jari manis si isteri.  Adam tersenyum bahagia. 

Dia cuba menarik dagu si isteri untuk melihat wajahnya.  Tetapi si isteri tetap tertunduk malu.  Sekali lagi Adam Syafiq mencuba untuk melihat wajah si isteri dan untuk sekian kalinya Adam Syafiq tersedar dari tidurnya.  Adam beristighfar dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.  Seperti semalam, Adam terus melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. 

Usai solat dan membaca Al-Quran, Adam tidak boleh menyambung tidurnya.  Otaknya ligat berfikir tentang mimpinya sejak dua hari ini.  Apakah mimpi ini pertunjuk dari Allah? Atau ini semua mainan Syaitan?  Ya, dia pernah terbaca satu artikel dahulu tentang solat istikharah.  Jika istikharah untuk mencari teman hidup dan di datangi mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.  Mungkinkah dia terlalu memikirkan tentang jodohnya?

Adam Syafiq masih memikirkan tentang mimpinya itu.  Di dalam mimpinya, dia tidak dapat melihat wajah isteri yang dikahwininya itu.  Cuma dia sering kali terlihat akan tahi lalat di jari manis gadis itu.  Adakah itu membawa petanda?  Adakah itu calon isterinya?  Ya Allah, Engkau maha mengetahui segala-galanya.  Sesungguhnya pada Engkau, hambamu ini berserah. 

********

                Ketukan kuat di  pintu mengganggu tidur Datuk Fuad.  Segera kakinya di atur menapak ke ruang tamu untuk  membuka pintu.  Belum pun sempat dia membuka pintu, pembantu rumahnya Mak Leha mendahuluinya.

                “Hissshhh! Kenapa lambat sangat buka pintu ni orang tua?” marah Balqis sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan jalan yang terhuyung-hayang.

                   “Maaf cik Balqis.  Mak Leha tak dengar tadi.  Mak Leha tidur.” Jawab Mak Leha sedikit takut.

                “Hisssh! Kau ni dah lah tua! Pekak!  Kau jaga ye, lagi sekali kau buat macam ni.  Kau boleh berambus dari rumah aku!” marah Balqis sambil menunjal kepala Mak Leha beberapa kali.

                “Balqis!” jerit Datuk Fuad dari atas tangga.  Sakit hatinya melihat perilaku anaknya yang biadap terhadap orang tua. 

                “Hai papa.  Papa tak tidur lagi ke?”soal Balqis tanpa rasa bersalah.
               
                “Apa yang Qis bising-bising tengah pagi buta ni?”jerkah Datuk Fuad.

   “Orang tua ni cari fasal dengan Qis.  Papa tengok lah orang tua ni.” rengek Balqis dengan suara yang tenggelam timbul.

    Mak Leha mula cuak.  Takut-takut dirinya dimarahi Datuk Fuad.  Risau dirinya di usir dari rumah tempat dia mencari rezeki.  Datuk Fuad mencerlung ke arah Balqis.  Sakit hatinya melihat anak gadisnya pulang dalam keadaan mabuk dan bersikap biadap.

                “Mak Leha pergi masuk tidur.” Arah Datuk Fuad sambil menapak ke arah anaknya yang masih terhuyung-hayang.  Mak Leha hanya menuruti perintah majikannya.  Perlahan-lahan Mak Leha meninggalkan dua beranak di perkarangan ruang tamu.

“Qis ni apa nak jadi?  Sekarang ni dah pukul berapa ni?  Apa nak jadi dengan Qis ni?  Pukul tiga empat pagi baru nak balik?  Dah tu mabuk-mabuk pulak?” marah Datuk Fuad.

                Suara Datuk Fuad yang sedikit meninggi mengejutkan Datin Faridah dari tidurnya.  Segera dia menuju ke tingkat bawah untuk melihat apa yang sedang berlaku. 

                “Apa yang bising-bising ni bang?”

                “Awak tengok lah anak kesayangan awak ni.  Sekarang ni dah pukul empat pagi.  Anak kesayangan awak ni baru  nak balik.  Dah tu, mabuk pulak.”

“Alah, biasa lah sayang.  Hari ni kan malam minggu?  Qis kan muda lagi.  Dia keluar enjoy dengan kawan-kawan dia lah tu.  Tu yang dia balik lewat tu”  Balas Datin Faridah sambil merapati anak gadisnya.

                “Oh, kalau malam minggu je, memang kena keluar enjoy lah?  Malam minggu je kena mabuk-mabuk?  Macam tu?” Soal Datuk Fuad.

                “Ai, yang awak nak marah-marah ni kenapa?  Biar lah dia nak keluar dengan kawan-kawan dia.  Takkan lah itu pun tak boleh?” Bidas Datin Faridah. 

                “Senang je awak cakap macam tu?  Awak bagi muka sangat lah dekat anak kesayangan awak ni.  Esok lusa, dia dah makin teruk.  Awak jangan nak salahkan saya.” Marah Datuk Fuad.

                “Tak ada siapa nak salahkan awak lah Datuk Fuad oi.  Awak nak halang Qis buat semua ni, macam lah awak tak pernah muda.  Awak dulu pun sama juga.”  Bidas Datin Faridah.

                Datuk Fuad terpempam.  Semua kata-katanya langsung tidak di endahkan oleh Datin Faridah.  Sakit hatinya melihat si isteri yang masih mempertahankan anaknya yang sudah melampaui batas.

                “Dah lah bang.  Kalau awak nak bising-bising, awak nak buat ceramah, awak tunggu lah esok siang.  Saya ni mengantuk. Si Balqis ni pun dah makin tak larat saya tengok.  Esok-esok je awak sambung ceramah awak tu ye.” Perli Datin Faridah sambil memimpin Balqis menuju ke biliknya dan meninggalkan Datuk Fuad keseorangan.

Datuk Fuad menarik nafas panjang.  Sakit hatinya melihat anak dan isterinya yang tidak mendengar kata.  Ah, mungkin silapnya juga.  Dia yang mendidik keluarganya dengan cara hidup yang serba-serbi mengikut barat.  Kalau nak di didik waktu sekarang, rasanya sudah terlalu lambat. 

Bukankah pepatah juga ada menyatakan, melentur buluh biar dari rebungnya.  Kalau dah jadi buluh, sudah keras, sukar lagi untuk di lentur.  Ya, sama seperti situasinya sekarang ini.  Balqis semakin menjadi-jadi.  Perangainya sukar lagi untuk di kawal.  Ah, semuanya salah dia.  Dia gagal menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dan pemimpin untuk rumah tangganya dan memang dia lah yang selayaknya di salahkan.

*********
               
                Usai berdoa, Adam Syafiq masih tidak mahu berganjak dari masjid di perkampungan Pulau Pangkor tempat dia menginap.  Tubuhnya dirapatkan ke dinding.  Dia ingin menghabiskan masanya untuk  mencari ketenangan di rumah yang barakah ini. 

Tidak semena-mena wajah Datin Maimunah kembali menapak ke tubir mata Adam Syafiq.  Dia meraup wajahnya beberapa kali.  Rungsing Adam Syafiq di buatnya bila banyak perkara yang berlegar di minda.  Ingin menuruti perintah ibunya atau menjaga hatinya sendiri?  Banyak perkara yang perlu di timbang tara.  Kalau ingin mengikut kemahuan Datin Maimunah, maknanya dia yang terpaksa makan hati dengan memperisterikan Balqis.  Tapi jika dia tidak mahu menuruti arahan ibunya, takut si ibu terasa hati.  Adam Syafiq tersepit di antara kehendak si ibu dan kemahuan dirinya sendiri.

Aluanan ayat suci Al-Quran di sebalik tirai masjid mengejutkan Adam Syafiq. Tidak pula dia menyangka ada orang lain yang turut sama ada di dalam masjid di ketika ini.  Bacaan ayat suci yang di alunkan amat menenangkan hati Adam Syafiq yang sendang gundah gulana.  Alangkah indahnya bacaan ayat suci Al-Quran yang di alunkan oleh si pembaca.  Terasa sayu hatinya seketika.

Adam Syafiq memejamkan matanya untuk menghayati setiap bait bacaan ayat suci Al-Quran itu.  Suara ini seakan pernah dia dengar sebelum ini tapi dimana?  Adam Syafiq ligat memerah otak dan cuba mengingati kembali di mana suara ini di dengarinya. 

“Ya Allah, suara ini saling tak tumpah macam suara yang aku dengar dalam mimpi aku semalam.”Adam Syafiq bermonolog sendiri.  

Dia cuba mengamati suara itu sekali lagi.  Ya! Memang tak salah lagi.  Suara ini lah yang dia dengari di dalam mimpinya semalam ketika dia masuk ke dalam masjid.  Suara ini lah yang dia dengari sewaktu dia bertemu isterinya yang sedang membaca Al-Quran di dalam mimpinya semalam.

“Ya Allah, memang suara ini lah yang aku dengar semalam.” Bisik hati kecil Adam Syafiq.

Hati Adam Syafiq tercuit.   Siapakah pemilik suara merdu ini?  Segera tangan Adam Syafiq menyelak sedikit tirai yang memisahkan antara makmum lelaki dan perempuan untuk melihat si pemilik suara merdu itu.  Nun di tepi sudut, dia dapat melihat seorang gadis yang lengkap bertelekung sedang membaca Al-Quran. 

Adam Syafiq cuba mencuri-curi pandang si gadis yang sedang khusyuk membaca Al-Quran. Di perhatikan gadis itu dari jauh untuk melihat wajah si gadis.  Bulat matanya bila dapat melihat wajah si gadis walau dari jauh.  Paras gadis itu amat di kenalinya.  Ya, gadis itu lah yang membuatkan jantungnya sering berdetak hebat.  Gadis itulah yang membuatnya Adam Syafiq tidak keruan setiap kali Adam memikirkan tentang diri si gadis.

“Umairah.” Tak semena-mena nama itu terpacul dari mulut Adam Syafiq.  Suaranya yang sedikit kuat membuatkan si gadis memandang ke arahnya.  Adam Syafiq gugup. 

“Opsss! Maaf. Saya tak sengaja” hanya itu yang mampu di ucapkan Adam Syafiq apabila dirinya  sudah tertangkap. 

Adam Syafiq segera menutup kembali tirai yang di selaknya tadi.  Dia malu sendiri.  Di dalam hati, dia menyumpah-nyumpah tindakan bodohnya itu. Segera kakinya melangkah laju untuk meninggalkan kawasan masjid dan menuju ke bilik hotelnya.

Adam Syafiq mengurut lembut dadanya. Ya Allah, perasaan ini lagi. Kenapa setiap kali bila dia memikirkan tentang Umairah atau melihatnya, hati ini bagai berlari pecut tanpa henti?  Apa sebenarnya erti semua ini?  Kenapa jantung ini berdegup kencang?

Otak Adam Syafiq ligat memikirkan kejadian tadi dan suara yang hadir dalam mimpinya.  Adakah semua ini hanya kebetulan? Atau ini memang petunjuk dari yang Esa?Ya Allah, adakah Engkau cuba mengatur sesuatu untukku?  Ya Allah, sesungguhnya aku tidak pasti apa yang sedang berlaku.  Bantulah aku Ya Allah.  Hanya Kau lah yang maha mengetahui apa yang terjadi dan apa yang terbaik untukku.



2 comments:

  1. CEPATLAH SAMBUNG LAGI YA,HANYA KAU UNTUKKU BILA NAK UPDATE LAMA,

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. da masa saya akan update.. sebab sekarang dok busy sikit.. pape pon.. thanks sudi baca =)

      Delete