Pages

Saturday, April 28, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 6


BAB 6



Hariz Iskandar tidak dapat melelapkan matanya.  Di pusingkan badannya ke kiri dan ke kanan untuk mencari lebih keselesaan agar matanya dapat dipejamkan.  Puas dia memaksa diri untuk tidur tetapi masih sukar untuknya melelapkan mata.  Fikirannya merawang jauh mengingati gadis yang membantunya tempoh hari.  Ingin sekali dirinya bertemu lagi dengan gadis yang dikatakannya tomboy itu.

Siapa sangka perempuan yang sering dijadikan lawan perang mulut itu akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan.  Siapa sangka gadis kasar itu sanggup memberikan pertolongan walaupun setelah disakiti hatinya berkali-kali? Baik sungguh hatinya.  Masih dia ingat bagaimana perempuan kasar itu sanggup terjun ke dalam kolam renang dan membantunya yang ketika itu  sedang kekejangan . Walhal ketika itu Hariz Iskandar baru sahaja ‘mendajalkan’ perempuan yang dikatakannya tomboy itu.

“Aku perlu meminta maaf dengan  apa yang aku dah buat dekat dia.  Aku perlu minta maaf dengan apa yang aku katakan padanya,” bisik hati kecil Hariz Iskandar.

“Arghhhhh!!! Perlu ke  kau minta maaf?? Sedangkan dia juga pernah menyakiti hati kau??  Perlu ke kau minta maaf  sedangkan dia juga pernah menuturkan kata-kata kesat pada kau??? Jangan nak malukan diri sendiri lah Hariz! Kau nak ke si tomboy tu gelakkan kau nanti?? ,” satu suara menghasutnya.  Hariz Iskandar mula berperang dengan hatinya sendiri.  Perlu atau tidak dia meminta maaf pada gadis itu??

Sofie.  Nama itu terkeluar dari bibirnya.  Entah apa yang istimewanya perempuan itu di matanya sejak kali pertama dia berjumpa, dia sendiri tidak pasti.  Hariz Iskandar masih ingat lagi peristiwa pertama yang menemukan dia dengan Sofiya Alia.  Hanya dengan kesilapan kecil, mereka bertegang urat.  Bukannya dia benar-benar bencikan perempuan kasar itu.  Tapi entah apa tarikannya hingga membuatkan Hariz Iskandar sengaja mencari fasal.  Ada sahaja perkara yang tidak puas hati dihatinya dan dia memang  sengaja ingin membuatkan perempuan kasar itu marah padanya.

Baginya, ada satu tarikan yang ada pada gadis tomboy itu.  Ada sesuatu yang membuatkan dirinya kelihatan berbeza berbanding  gadis- gadis yang di kenalinya.  Ingin sekali dia mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.  Apa yang Hariz Iskandar fikirkan, dia sendiri tidak pasti.  Adakah dia mula terpikat dengan gadis kasar itu? Ahhh! Mana mungkin! Tak mungkin cita rasanya seteruk itu.  Gadis kasar dan berambut pendek seperti itu tidak pernah dan tidak akan ada dalam senarai gadis yang diinginkannya.

Mungkin hanya kerana dia perlu memohon maaf dan berterima kasih pada gadis tomboy itu kerana telah membantunya tempoh hari.  Ya! Dia ingin bertemu kerana ingin menebus rasa bersalahnya terhadap gadis tomboy itu dan tidak mungkin ada niat lain selain dari itu!  Tapi, di mana dia harus mencari gadis itu?? Sudah dua tiga hari dia berjogging di taman permainan tempat pertama kali mereka bertemu untuk mencari gadis itu.  Tapi, usahanya sia-sia belaka.  Batang hidup Sofiya Alia pun tidak di lihatnya.  Dimanakah dia harus mencari gadis itu??

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Badrul Zaman melangkah masuk beriringan dengan Nur Batrisya ke dalam Sweetybaby nursery.  Senang hatinya melihat Nur Batrisya sihat seperti sediakala.  Keceriaan jelas terpancar di wajah Badrul Zaman apabila melihat keletah Nur Batrisya yang cergas dan aktif seperti biasa.

“Ummi!! Sya da sampai!,” jerit Nur Batrisya apabila sampai di muka pintu nursery itu.

Puan Hamidah segera menjenguk keluar sambil mendukung bayi asuhannya yang baru berusia dua bulan itu.  Sofiya Alia menuruti ibunya dari belakang menuju ke arah pintu.

“Hai Sya, dah sihat ?,”tanya Puan Hamidah sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Nur Batrisya.  Tangan itu dikucup dan dicapai pula tangan Sofiya Alia dan melakukan perkara yang sama.

“Dah, Sya dah sihat,”jawab Nur Batrisya ringkas.

“Alhamdulillah.  Nasib Sya cepat sembuh puan Hamidah.  Kalau tidak, susah hati saya di buatnya,” sampuk Badrul Zaman.

“Biasalah, budak-budak.  Cepat sangat diserang penyakit.  Mujurlah tak lama dia demam,”balas Puan Hamidah.

“Tu lah, nasib baik tak lama,” balas Badrul Zaman ringkas.

“Encik Badrul, saya masuk ke dalam dulu lah ye.  Saya nak baringkan bayi ni dulu,” Puan Hamidah meminta izin untuk masuk ke dalam nursery dan Badrul Zaman membalasnya dengan anggukan.

“Sofie, ambil beg Sya tu.  Nanti bawa masuk ke dalam ye,” Puan Hamidah mengingatkan anak gadisnya sebelum beredar masuk ke dalam nursery.

Sofiya Alia mengambil beg sandang berjenama barbie yang telah dihulurkan oleh Badrul Zaman.  Perasaan serba salahnya masih ada kerana tertidur ketika menjaga Nur Batriysa.  Sukar untuknya berbalas pandangan dengan Badrul Zaman.  Manakan tidak, jika terjadi apa-apa pada anak kesayangan Badrul Zaman, sudah tentu dia akan diambil tindakan berat.  Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.

“Maafkan saya encik Badrul,” Sofiya Alia memulakan bicara.

“Eh, kenapa nak minta maaf pula ni??,” kata Badrul Zaman sedikit pelik.

“Pasal hari tu, yang saya tertidur  masa jaga Sya.  Saya minta maaf sangat-sangat encik Badrul.  Seriously, saya tak sengaja.  Saya tahu saya cuai.  Saya akan pastikan benda ni tak akan berulang lagi,” kata Sofiya Alia bersungguh-sungguh.

“Oh, pasal hari tu.  Its okay lah Sofie.  Saya tahu awak pun tak sengaja.  Lagipun, tak ada apa-apa yang buruk berlaku kan? so, buat apa awak nak serba –salah? Tak apa, saya faham,” jawab Badrul Zaman untuk mematikan perasaan bersalah yang masih bersarang di dada Sofiya Alia.

“Tapi encik Badrul, saya tak patut tidur masa jaga Sya.  Salah saya sendiri encik Badrul.  Saya betul-betul minta maaf,” rayu Sofiya Alia lagi.

“Kelakar lah awak ni.   Awak janganlah cuak sangat.   Kan saya dah kata, tak apa.  Dah, tak payah nak fikir hal ni lagi.  By the way, saya patut ucap terima kasih dekat awak sebab sudi jaga anak saya,” balas Badrul Zaman dengan terseyum melihat wajah Sofiya Alia yang agak cuak.

“Thanks encik Badrul.  Saya janji perkara ni takkan jadi lagi. Okay?,” kata Sofiya Alia senang.

“Papa, papa kata nak bawa Sya pergi jalan-jalan kan kalau Sya da sembuh?  Bila kita nak pergi jalan papa? Kalau kita pergi jalan-jalan nanti, kita bawa kak Sofie sekali tau.  Kesian kak Sofie.  Dia kata, tak ada orang yang bawak dia jalan-jalan dan makan aiskrim,” mulut kecil milik Nur Batrisya yang petah menuturkan kata mematikan perbualan antara Sofiya Alia dan Badrul Zaman.

Badrul Zaman terus berpaling ke arah wajah Sofiya Alia.  Pipi Sofiya Alia terasa panas.  Dia mula berasa malu apabila Nur Batrisya menyatakan hasratnya kepada Badrul Zaman.  Dia tidak menyangka anak kecil itu akan berkata begitu kepada bapanya.  Apatah lagi menyatakan hasratnya di hadapan Sofiya Alia sendiri.  Pipi Sofiya Alia mula berona merah.  Tidak sangka, usikannya terhadap Nur Batrisya tempoh hari dianggap benar oleh kanak-kanak itu.

‘Tu lah! Lain kali jangan cakap sembarangan dengan budak-budak.  Kan dah malu sendiri,’ ngomel  Sofiya Alia di dalam hati.

“Boleh tak papa??,” tanya Nur Batrisya meminta kepastian.

“Boleh je.  Nanti kita ajak kak Sofie sekali ye.  Tapi kak Sofie nak ke ikut kita?,” kata-kata Badrul Zaman lebih ditujukan kepada Sofiya Alia.

“Ehhh, kak Sofie main-main je hari tu Sya.  Bukan betul-betul pun,” Sofiya Alia segera menjelaskan perkara sebenar.

“Alaaa, jom lah kak Sofie.  Nanti papa belanja kita makan aiskrim.  Best!!,” pujuk Nur Batrisya lagi.

“Ishhh, tak mahu lah.  Kak Sofie main-main je hari tu,” balas Sofiya Alia jujur.

“Jom lah join sekali Sofie.  Itu pun kalau Sofie sudi lah nak keluar dengan kami berdua.  Sofie jangan risau, saya akan datang jemput dan hantar Sofie balik ke rumah, okay?,” pancing Badrul Zaman lagi.

Sofiya Alia serba  salah.  Perlukah dia mengikut kehendak anak kecil itu? Arghhhh!!

“Hujung minggu ni, hari sabtu atau ahad .  Boleh ke Sofie?,” tanya Badrul Zaman lagi.

“Tak apa ke?? Ishhh, saya rasa macam menyusahkan je.  Tak apa lah encik Badrul.  Lain kali saja lah,” Sofiya Alia cuba mengelak.

“Jom lah kak sofie.  Jom lah pergi sekali.  Kalau kak Sofie tak nak ikut.  Sya tak nak makan nasi kejap lagi,” kata Nur Batrisya.  Amboi! Kecil-kecil lagi sudah pandai nak ugut-ugut orang ye.

“Hurmmm, okay lah kalau macam tu.  Tapi kali ni je tau,” kata Sofiya Alia sambil mencubit pipi gebu milik Nur Batrisya.  Kanak-kanak itu meloncat riang.

“Give me your phone number.  Nanti senang saya nak contact kalau ada apa-apa hal,” pinta Badrul Zaman sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Sofiya Alia.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ira Syarmila  melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Badrul Zaman dan berjalan dengan penuh menggoda.  Sengaja dia mengenakan skirt pendek ketat berwarna hitam separas peha dan dikenakan dengan kemeja ketat lengan pendek berwarna merah terang untuk menonjolkan bentuk tubuhnya yang mengiurkan mana-mana lelaki.  Rambutnya yang panjang berombak ala-ala pelakon baru Malaysia, Tasya Shila dibiarkan terlepas supaya kelihatan lebih seksi.  Butang atas bajunya sengaja dibiarkan tidak terkatup supaya dadanya yang putih itu dapat di saksikan oleh Badrul Zaman.

“Encik Badrul, ini dokumen yang encik Badrul nak tu,” Ira Syarmila menyerahkan beberapa dokumen kepada Badrul Zaman.

“Letak je dekat situ,” arah Badrul Zaman tanpa sedikit pun memandang ke arah Ira Syarmila.

Ira Syarmila geram.  Tidak sedikit pun lelaki itu memandang ke arahnya.  Penat sahaja dia berposing menggoda.  Penat sahaja dia berjalan  catwalk seperti model yang sedang mengayakan baju ketika dia masuk ke dalam bilik ini tadi tetapi sedikit pun tidak dihiraukan oleh Badrul Zaman.  Arghhh! Lelaki ini memang tak ada naluri kelakian agaknya.  Masakan dia yang menggoda dan mempunyai tubuh yang mengiurkan tidak diendahkan Badrul Zaman?? Kalau lelaki lain, tak perlu Ira Syarmila berlebih-lebih untuk menggoda, kenyit sahaja sebelah matanya lelaki-lelaki lain pasti datang menyapa.

“Hurmm encik Badrul, macam mana dengan Sya? Dah sihat ke belum? ,” sengaja Ira Syarmila bertanyakan keadaan Nur Batrisya puteri kesayangan Badrul Zaman untuk memancingnya reaksinya.

“Alhamdulillah, dah sihat dan semakin ceria,” jawab Badrul Zaman .

“Oh, yeke? Alhamdulillah, dah sihat pun Sya.  Saya jadi risau bila fikirkan keadaan Sya hari tu.  Syukur sangat-sangat Sya semakin sihat,” Ira Syarmila memulakan lakonannya.

“Don’t worry Syarmila.  Semuanya dalam keadaan baik.  Sya pun dah aktif macam biasa.  Tak sangka pula saya awak ambil berat pasal Sya ye?,” tanya Badrul Zaman sambil memandang ke arah Ira Syarmila.

“For your information encik Badrul, saya dah lama ambil berat pasal Sya tu.  Saya suka dengan keletah Sya yang riang dan ceria.  Comel pulak tu.  Lagipun, Sya tu sudah saya anggap macam anak saya sendiri.  That’s why hari tu saya jadi geram bila tengok pengasuh tu tak jaga Sya elok-elok.  Saya risau jadi apa-apa dekat Sya but thanks God nothing happened ,” ujar Ira Syarmila dengan gaya  dan wajah yang penuh dengan kasih sayang.  Memang kau pandai berlakon Ira Syarmila!

“Thanks Syarmila.  Terima kasih sudi ambil berat pasal Sya.  I really appreciate it,” balas Badrul Zaman.

“Ishhh, tak perlu ucap terima kasih encik Badrul.  Itu perkara kecil sahaja.  Hurmm, encik Badrul nak apa-apa? Coffee or tea?,” tanya Ira Syarmila.

“Its okay.  Tak perlu susah-susah.  Saya dah minum pagi tadi,” jawab Badrul Zaman sambil bercadang meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

“Orait.  If you need something, let me know ya? Saya keluar dulu encik Badrul,” kata Ira Syarmila sambil melangkah keluar dari bilik pejabat milik Badrul Zaman.  Sengaja di lenggokkan badannya untuk menarik perhatian Badrul Zaman.

Badrul Zaman merasa sangat terharu apabila mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut Ira Syarmila.  Sungguh dia tidak menyangka bahawa Ira Syarmila mengambil berat tentang anaknya, Nur Batrisya.  Sungguh da tidak menyangka yang Ira Syarmila telah menganggap Nur Batrisya seperti anaknya sendiri.  Alhamdulillah, dia berasa syukur kerana ada juga insan yang sudi memberikan kasih sayang kepada anak gadisnya yang lincah itu.

Badrul Zaman tidak mahu Nur Batrisya kekurangan kasih sayang.  Manakan tidak, anak kecil itu hanya dapat merasa sebentar sahaja nikmat kasih sayang dari insan bergelar ibu.  Erina Syakila, nama itu tetap akan berada dihatinya.

        Besarnya pengorbanan wanita itu padanya.  Sanggup mengadaikan nyawa semata-mata untuk memberikannya seorang zuriat.  Sanggup bertarung dengan penyakit  barah pangkal rahim yang di rahisakannya dari pengetahuan Badrul Zaman  semata-mata untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang wanita iaitu dengan menjadi seorang ibu dan menjadikan Badrul Zaman sebagai seorang bapa.  Erina Syakila, semoga tenang kau disana.  Semoga rohmu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Monday, April 23, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 5




                Ira Syarmila melangkah masuk ke bilik pejabat Badrul Zaman.  Meja yang dipenuhi dengan fail dan dokumen-dokumen penting disusun di almari menyimpan dokumen di dalam bilik itu.  Fail-fail penting yang memerlukan tanda tangan Badrul Zaman diletakkan disudut kiri supaya mudah untuk Badrul Zaman menandatanganinya.  Ira Syarmila ligat menjalankan tugasnya sebagai setiausaha kepada Badrul Zaman.  Komputer dihidupkan agar mudah Badrul Zaman untuk memulakan pekerjaannya selepas masuk ke pejabat.  Di sudut tepi komputer kelihatan beberapa bingkai gambar yang berisi gambar Nur Batrisya, Badrul Zaman dan ada juga gambar perkahwinan Badrul Zaman bersama arwah isterinya, Erina Syakila.

                Ira Syarmila mengambil bingkai gambar yang berisi gambar Badrul Zaman dan mengusap-usap gambar tersebut.  Kekacakan wajah Badrul Zaman telah menarik perhatiannya sejak dia mula-mula bekerja di syarikat ini.  Keperibadian Badrul Zaman telah mengikat hatinya kepada duda beranak satu itu.  Pelbagai cara yang digunakan untuk menarik perhatian Badrul Zaman tetapi tidak pernah diperdulikan oleh Badrul Zaman. 

                “One day, you’ll be mine dear.  Itu memang pasti!” kata Ira Syarmila pelahan sambil mengusap gambar milik Badrul Zaman.  Di tenungnya gambar kacak milik Badrul Zaman sambil tersenyum menggoda seolah-olah Badrul Zaman berada dihadapannya.

                Krinnnnnggg! Kringggg!! Bunyi telefon yang berada di meja Badrul Zaman berdering dan membuatkan Ira Syarmila tersedar dari khayalannya. 

                “Hissshh! siapalah yang nak call pagi-pagi ni?? kacau daun betul! Orang baru nak berangan-angan!,” rungutnya sambil meletakkan kembali bingkai gambar tersebut sebelum mengangkat telefon.

                “Hello Kencana Holding, Ira Syarmila speaking,” Ira Syarmila memulakan perbicaraannya.

                “Hello Syarmila, ni saya Badrul.  I just want to inform you that I come late to the office today.  Saya nak kena hantar Sya pergi klinik dulu.  She’s not feeling well.  Ada apa-apa yang penting pagi ni?,”tanya Badrul Zaman.

                “Owhh.. yeke? Sya tak sihat ke Encik Badrul? Kenapa?? Demam ke?,”soal Ira Syarmila bertalu-talu sambil membuat suara menggoda.

                “Yup, Sya demam. Saya tanya, ada apa-apa yang urgent ke pagi ni Syarmila? Let me know,” balas Badrul Zaman.

                “Hurmm, pagi ni tak ada apa-apa yang urgent pun.  Cuma pukul 2 petang nanti, Encik Badrul ada lunch dengan Dato Rahimi untuk discuss pasal projek di Terengganu tu,” jawab Ira Syarmila.
                “Owhh.. okay-okay.  Lepas saya hantar Sya, saya akan masuk pejabat and you Syarmila, please prepare dokumen yang saya perlukan untuk discussion tu nanti dan letak dalam bilik saya siap-siap ye,” arah Badrul Zaman.

                “Hurmmm.. Encik Badrul, agak-agak..encik Badrul nak masuk office pukul berapa ye?? And one more question, I kena follow sekali ke untuk discussion you dengan Dato Rahimi tu?,” tanya Ira Syarmila lagi.

                “Saya tak tahu lagi pukul berapa saya akan masuk office and awak akan ikut saya untuk disscussion tu.  Okay Syarmila, saya nak cepat ni.. itu sahaja yang saya nak beritahu awak..okay, Bye!,” Badrul Zaman segera menekan punat merah pada telefon bimibitnya.  Malas betul nak melayan kerenah Ira Syarmila yang adakalanya membuatkan dia berasa rimas.

                “Bye sayang,” Kata Ira Syarmila pelahan setelah talian dimatikan.

 Arghhh! Teringin pula dia mengungkapkan perkataan ‘sayang’ itu pada Badrul Zaman dan ingin sekali ucapannya didengari oleh lelaki itu.  Kalau lah Badrul Zaman tahu akan perasaan yang sudah lama dipendamnya terhadap lelaki itu, adakah Badrul Zaman akan membalas cintanya? Entah, dia sendiri tidak pasti.  Tapi apa yang pasti, dia sendiri akan membuatkan  Badrul Zaman jatuh hati padanya.  Hanya dengan satu cara,  dia perlu mengambil hati ‘buah hati pengarang jantung’ Badrul Zaman iaitu Nur Batrisya dan selepas itu, Badrul Zaman pasti akan jatuh ke tangannya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Kereta Honda Civic berwarna putih milik Badrul Zaman berhenti di perkarangan Sweetybaby nursery.  Badrul Zaman segera keluar dari dalam perut kereta dan membuka pintu penumpang dibahagian belakang.  Tangannya pantas mengambil beg barbie milik Batriysa dan menyandang di bahagian tagan kanan.  Nur Batrisya yang berada di dalam dukungan Badrul Zaman  kelihatan lemah dan di bahagian dahinya sudah tertampal ‘cool fever’ untuk mengurangkan suhu panas badannya.

                “Eeh, kenapa Sya ni encik Badrul? Demam ke?,” tanya Puan Hamidah setelah pintu nursery dibuka.

                “Aah Puan Hamidah.  Sya tak sihat sejak malam tadi.  Saya tak dapat nak ambil cuti hari ini untuk jaga dia sebab saya ada appointment penting petang ni.  Nanti, kalau badan Sya makin panas atau ada apa-apa masalah, Puan Hamidah jangan lupa terus call saya ye?,” kata Badrul Zaman sambil membaringkan anaknya di atas katil di dalam bilik sakit yang memang disediakan di dalam nursery itu.

                “Tak apa encik Badrul.  Dah memang tugas saya sebagai pengasuh di nursery ini.  Encik Badrul jangan risau, saya akan jaga Sya elok-elok,” balas Puan Hamidah untuk menenangkan hati Badrul Zaman.

                Puan Hamidah tahu, Badrul Zaman ini amat menyayangi satu-satunya buah hatinya.  Setelah isterinya, Erina Syakila meninggal dunia, Nur Batrisya lah satu-satunya tempat dia mencurah kasih.  NurBatrisya memang seorang anak yang bijak dan amat manja dengan Badrul Zaman dan bila jadi begini, sudah tentu hati Badrul Zaman menjadi tidak tenang.

                “Sya, papa pergi kerja dulu ye sayang.  Sya jangan lupa makan ubat ye sayang?  Papa dah bagi ubat Sya dekat ummi.  Bila kerja papa dah siap, papa terus datang sini ambil Sya, okay sayang?,” kata Badrul Zaman sambil mengusap rambut lembut milik Batrisya dan mencium pipi montel milik anak kecil itu berkali-kali.

                Nur Bartriysa menanggukkan  kepalanya.  Nampak benar badannya lemah dan mukanya sedikit pucat. 

                “Sya tunggu papa. Papa jangan lambat tau!,” mulut comel itu bergerak-gerak menuturkan kata walaupun tidak seceria biasa.

                “Okay sayang, papa promise! Papa pergi dulu ye?,” janji Badrul Zaman sambil mencium pipi gebu itu sekali lagi sebelum berlalu pergi.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
               
                Telefon bimbit milik Sofiya Alia berdering dan memainkan lagu just the way you are nyanyian Bruno Mars.  Tertera nama Emak sayang di skrin telefon dan segera punat hijau ditekan untuk menghubungkan dia dengan ibunya.

                “Assalammualaikum, Puan Hamidah.  Boleh saya bantu??,” usik Sofiya Alia.

                “Waalaikumsalam.  Sofie, emak nak minta tolong ni.  Sofie tolong petikkan bunga raya dan daunnya sekali dekat luar rumah tu, lepas tu tolong hantar dekat nursery ni.  Cepat sikit ye,” arah Puan Hamidah.

                “Emak nak buat apa pula dengan daun bunga raya tu?,”tanya Sofiya Alia pelik.

                “Ni haa, si Sya ni demam.  Panas pula mak rasa badan ni ni, tu yang mak nak suruh Sofie hantarkan daun bunga raya tu,”terang Puan Hamidah.

                “Boleh ke daun bunga raya jadi ubat mak?? Mana mak tau ni? ,”tanya Sofiya Alia lagi.  Terasa pelik pula dengan kenyataan emak.

                “Ai Sofie ni, dah belajar dekat Universiti pun tak tahu lagi pasal khasiat pokok bunga raya ni? Ishhh! Itu pun tak tahu.  Dah-dah, jangan banyak soal lagi.  Pergi cepat petik daun pokok bunga raya tu, lepas tu hantar dekat nursery ni.  Cepat sikit ye? Jangan nak melengah-lengah pula, kesian mak tengok si Sya ni,” balas Puan Hamidah panjang lebar sebelum meletakkan gagang telefon.


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Kasihan sungguh Sofiya Alia melihat Nur Batrisya yang kelihatan lemah dan tidak bermaya terbaring di atas katil.  Panas suhu badannya masih terasa apabila Sofiya Alia meletakkan tangannya di dahi dan di leher Nur Batrisya. Anak kecil yang sentiasa lincah dan ceria kini tidak lagi seceria hari-hari sebelumnya.  Tiada lagi mulut yang petah berbicara dan menuturkan kata.  Tiada lagi gelak tawanya kedengaran di dalam nursery ini. 

Arghh! Tiba-tiba terasa satu perasaan kasihnya terhadap anak kecil ini.  Sofiya Alia dapat merasakan yang dirinya amat menyayangi kanak-kanak itu.  Ya! Sayang.  Dia memnag sudah mula  menyayangi Nur Batrisya melebihi kanak-kanak lain yang ada di dalam nursery ini.  Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti.

                “Mak dah lulurkan daun bunga raya kat Sya.  InsyaAllah, tak lama lagi surutlah panas badannya,” suara Puan Hamidah memecah kesunyian.

                “Berhasil ke mak kalau letak daun bunga raya je mak?,”tanya Sofiya Alia meminta kepastian.

                “InsyaAllah.  Itu pertua orang dulu-dulu.  Masa mak kecil-kecil dulu, arwah nenek Sofie selalu lulurkan kat badan mak bila mak demam.  InsyaAllah, kalau Allah izinkan.. kebahlah demam si sya ni nanti,” terang Puan Hamidah.

                Sofiya Alia hanya mengangguk faham dengan penjelasan emak.  Betul kata emak, jika Allah izinkan apa pun yang kita lakukan dan inginkan pasti akan terjadi.  Sofiya Alia  mengusap lembut umbun-umbun milik Nur Batrisya.  Kanak-kanak kecil itu membuka matanya dan memandang ke arah Sofiya Alia.

                “Kak Sofie..,” panggilnya.

                “Ye sayang.  Sya nak apa? Sya nak minum? Kak Sofie ambilkan.,” tanya Sofiya Alia sambil terus mengelus rambut lembut itu.

                Nur Batrisya hanya menggelengkan kepalanya.  Bukan itu yang dia inginkan.  Matanya sayu memandang ke arah Sofiya Alia.  Ada sesuatu yang diinginkannya.

                “Kak Sofie, Sya nak papa,” pintanya.

                Sofiya Alia  jadi semakin kasihan terhadapnya.  Saat-saat begini sudah tentu seorang anak inginkan belaian dari kedua ibu bapanya.  Kasihan Batrisya.  Adakah dia merindukan bapanya??

                “Sya,  papa Sya kerja.  Sekejap lagi papa Sya datang ambil Sya.  Sya rehat dulu ye sayang?,” pujuk Sofiya Alia.

                Anak kecil itu hanya mengangguk kecil sebelum matanya kembali tertutup.  Sofiya Alia terus mencapai  kain selimut dan menyelimuti separuh badan milik Nur Batrisya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Badrul Zaman memecut  laju keretanya ke Sweetybaby nursery setelah selesai berjumpa dengan Dato Rahimi.  Ira Syarmila yang menumpang keretanya untuk pertemuannya dengan Dato Rahimi tadi dibawanya bersama untuk mengambil Nur Batrisya.  Hatinya masih risau akan keadaan anak kesayangannya itu.  Selepas mengambil Nur Batrisya barulah dia akan menghantar Ira Syarmila kembali ke pejabat untuk mengambil keretanya.

                Tibanya di Sweetybaby nursery, Badrul Zaman terus melangkah laju ke dalam nursery untuk ke bilik sakit.  Tombol pintu bilik sakit di pulas pelahan.  Badrul Zaman masuk ke bilik dengan langkah yang berhati-hati agar tidur Nur Batrisya tidak terganggu dan diikuti oleh Ira Syarmila dari belakang.   Badrul Zaman merlihat satu tubuh yang sedang menemani tidur anaknya di tepi sudut katil dan orang itu juga turut lena bersama-sama Nur Batrisya.

                “Assalammualaikum,” kata Badrul Zaman untuk mengejutkan lena orang yang menemani anaknya itu.

                Sofiya Alia tersentak bila terdengar suara lelaki di bahagian belakangnya.  Segera dia menoleh ke arah suara tersebut. Oh, encik Badrul Zaman rupanya.

                “Maaf encik Badrul.  Saya terlena sekali time jaga Sya,” kata Sofiya Alia.

                “Its okay, saya datang ni nak ambil Sya,” balas Badrul Zaman ringkas sambil duduk di sisi katil.
                “Encik Badrul, mana boleh encik Badrul cakap okay je.  Cuba encik Badrul bayangkan kalau jadi apa-apa dekat Sya tadi macam mana? Yang budak pengasuh ni sedap dia je pergi tidur dekat sini.  Hey budak, awak ni nak kerja atau nak tidur haa?,”jerkah Ira Syarmila.

                “Sorry puan.  Saya mintak maaf.  Saya terlelap tadi, lagipun rasanya tak sampi 15 minit,” jawab Sofiya Alia .
                “I don’t care berapa lama awak terlelap.  Kau ni, orang dah bayar mahal-mahal yang kau pula jaga cincai boncai je kan?? Kalau jadi apa-apa dekat anak orang  kau nak tanggung ke? Otak kau ni letak dekat mana?” marah Ira Syarmila lagi dengan muka yang bengis.

                “Dah lah tu Syarmila.  Benda tak ada apa-apa pun.  Awak tak payah lah marah dia lagi.,”kata Badrul Zaman sambil mendukung Nur Batrisya untuk keluar dari bilik sakit itu.  Ira Syarmila mendengus geram apabila Badrul Zaman menyebelahi Sofiya Alia.

                “Tapi encik Badrul..,” Ira Syarmila masih tidak puas hati.

                “Saya cakap sudah tu sudah lah,” tegas Badrul Zaman. “Thanks Sofie tolong jaga Sya.   Saya balik dulu, Assalammualaikum,” sambungnya sambil melangkah keluar dari bilik sakit itu.   

Ira Syarmila hanya menjeling ke arah Sofiya Alia.  Hatinya mendengus geram.  Nampaknya lakonannya tidak menjadi. Dia hanya berpura-pura memarahi budak pengasuh itu kerana ingin berlakon di hadapan Badrul Zaman yang kononnya dia mengambil berat akan Nur Batrisya yang sedang sakit. Sebenarnya dia sedikit pun dia tidak kisah akan budak yang sakit itu.  Apa yang penting, dia perlu menunjukkan kasih sayangnya terhadap Nur Batrisya di hadapan Badrul Zaman.  Dia harus berpura-pura menyayangi anak kesayangan Badrul Zaman itu. Untuk memiliki hati Badrul Zaman, dia harus menyayangi dan mengumpan hati anaknya. 

                

Hanya Kau Untukku - BAB 4




            Perjalanan dari kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa dalam 3 jam setengah perjalanan.  Setibanya di jeti Lumut, Sofiya Alia dan rakan-rakannya menaiki feri untuk ke pulau pangkor dengan harga RM10 seorang untuk tiket pergi dan balik.  Perjalanan yang mengambil sama 30 minit itu membolehkan mereka menikmati pemandangan laut yang amat menenangkan.

 Feri kami mengambil masa beberapa minit untuk berhenti di jeti Sungai Pinang Kecil sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi untuk menurunkan penduduk pangkor yang tinggal di situ dan kami juga berkesempatan untuk melihat nelayan memunggah tangkapannya ke darat di jeti itu.  Perjalanan mereka diteruskan dan mereka mengambil keputusan untuk menginap di Pangkor Bayview Beach Resort, teluk nipah sebagai destinasi percutian.

            “Oh my God!! Seriously cantik tempat ni. Tak sabarnya aku nak habiskan masa aku dekat sini,” teriak Syuhada sambil menghempaskan beg pakaiannya ke lantai.

            “Memanglah tempat ni cantik.  Bukan takat cantik je, anggun, menawan, dan terbaik! Kau nak tau, aku paling suka kalau nak pergi snorkeling kat sini. Air pantai dia biru, lepas tu kita siap boleh tengok ikan berenang-renang kat sebelah kita.,”tambah Sofiya Alia.

            “Sofie, abis apa perancangan kita petang ni??,”tanya Anum pula.

            “Haaa.. apa kata petang ni kita pergi mandi pool ke, takpun kita main bola tampar pantai?? Korang nak tak??,”cadang Sofiya Alia.

            “Okay juga. Aku pun dah lama tak main bola tampar ni.  Malam pula kita pergi mandi pool. Macam mana??,”Rohani mula mengatur acara.

            “Mana-mana pun boleh. Aku pun tak kisah as long as semuanya seronok.  Apa yang penting kita enjoy!!,” jerit Syuhada sambil mengikut gaya Nora Danish dalam sitkom Puteri di Tv3 dan terlompat-lompat. Kami hanya tertawa melihat keletah Syuhada yang adakalanya kebudak-budakan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Setelah selesai solat asar Sofiya Alia dan rakan-rakannya pergi ke tepi pantai untuk bermain bola tampar.  Seronok bukan kepalang bila sudah lama tidak menampar bola.   Rohani yang tidak berapa pandai bermain asyik menjadi ‘lubuk’ ketika bermain bola tampar.

            “korang ni jahatlah!! Mentang-mentang aku tak pandai main.. korang asyik nak attact aku je kan?,”rajuk Rohani.

            “Hey kawan. Chill lah, nama pun nak seronok-seronok je kan?,”pujuk Anum.  Sofiya Alia dan Syuhada hanya tertawa melihat Rohani merajuk.

 Zila pula hanya menjadi pemerhati dari tepi pantai. Awal-awal lagi dia memang dah surrender untuk bermain bola tampar dengan kami.  Katanya, takut tangan tercabutlah, luka-lukalah, badan sakit-sakitlah dan macam-macam alasan lagi yang diberinya walaupun aku cuba meyakinkan Zila bahawa permainan ini bukan seteruk yang dia sangkakan. Tapi apa nak buat, sudah memang zila tu seorang yang berperwatakan lembut dan ayu.

            Bola tampar itu melantun dari satu tangan ke tangan yang lain.  Seronok yang teramat sangat apabila dapat bermain dengan kawan-kawan yang sporting dan penuh dengan gelak tawa yang tidak henti-henti.  Tambah lagi apabila dapat bermain di tepi pantai dengan pasir yang halus begini. Tanpa Sofiya Alia sedari, tamparannya yang sedikit kuat menyebabkan bola itu terkeluar dari gelanggang dan terkena kepala seorang lelaki yang sedang berehat di tepi pantai. 

            “Opssss! Sorry-sorry!!  Saya tak sengaja,” kata Sofiya Alia sambil mengambil bola di tepi lelaki itu.

            “Its okay. Tak apa, sikit je ni,”kata lelaki terbabit yang hanya menundukkan mukanya sambil mengusap kepalanya yang sakit.  Sofiya Alia terasa amat bersalah dan asyik meminta maaf kepadanya.

            “Sorry bang, saya betul-betul tak sengaja. Maaf ye,”pinta Sofiya Alia lagi.
            “Tak apa. No hal lah, sikit je ni,”jawabnya sambil memalingkan mukanya ke arah Sofiya Alia. Sofiya Alia terkesima melihat raut wajah lelaki berkenaan.

            “Kau???,” kata Sofiya Alia sedikit menjerit akibat terkejut.  Sungguh dia tidak mengerti, ke mana sahaja dia pergi kenapalah dia asyik ditemukan dengan lelaki ini?? Mata lelaki itu juga membulat melihat Sofiya Alia.  Sofiya Alia dapat meneka yang lelaki itu juga turut sama terkejut melihat dirinya di sini.

            “Sofie!!!! Cepatlah bawa bola tu ke sini. Kau buat apa lama-lama kat situ?,” jerit Syuhada dari jauh.  Sofiya Alia hanya memberi isyarat supaya Syuhada menunggu.

            “Eh tomboy! Kau ni kenapa lah asyik nak cari masalah dengan aku?? Hari tu kau buat hal kat taman. Kau baling batu kat badan aku..hari ni, kau baling bola pula kat kepala aku?? Kau ni betul-betul nak mati ye??,”jerkah lelaki berbasikal itu sambil berdiri.

            “Aku pun tak ingin lah nak cari pasal dengan kau. Aku tak sengaja kan?? Lagipun tadi kau kata tak ada apa-apa kan?? sekarang ni yang kau nak mengamuk tak tentu pasal ni kenapa?? Tadi aku dah mintak maaf dan kau pun kata sikit je kan?? Jadi sekarang ni, apa masalah kau lagi??hurmmm? Sudahlah, dari aku layan orang gila yang tak abis-abis nak mengamuk dan meroyan macam kau  ni..lebih baik aku pergi sambung main,” balas Sofiya Alia geram.

            “Pelik betullah dengan mamat ni. Tadi dia dah kata okay kan? Jadi apa masalahnya dia nak marah-marah lagi?hurmm??kenapa?? sebab dia tengok muka aku jadi dia nak bertukar jadi marah pulak?? tak perlu kot!! Memang salah aku tetapi aku tak sengaja.  Kalau aku memang sengaja nak tampar bola tu dekat kepala dia, aku tak akan tampar pelahan macam tu sahaja. Memang aku spike bola tampar tu kuat-kuat. Biar tercabut terus kepala dia dari badan. Tak pun, biar dia strok dan hilang ingatan sampai bila-bila. Huh! Sakit hati betul dengan mamat ni!!!,” getus hati Sofiya Alia.

            “Hey tomboy!!!! Kau tengok lah hari ni hari kau, esok lusa hari aku!! Jagalah kau!!! Aku balas balik! Kau dengar tak ni?? Aku akan balas balik!,” jerit lelaki itu dari jauh.

            “What ever!!!,” balas Sofiya Alia ringkas sambil merapati kawan-kawannnya yang lain.  Mereka semua memandang ke arah Sofiya Alia dengan wajah yang pelik.

            “Siapa dia tu Sofie?? Kau macam dah lama kenal je??,”tanya Syuhada.

            “Mahunya tak kenal.  Kalau korang nak tau, mamat tue..mamat psycho!! Mana aku pergi ada je dia menyemak. Serabut betullah aku di buatnya,”jawab Sofiya Alia.

            “Fuyoooo!!! Mana kau pergi asyik dia ada je?? Macam berjodoh jer??,” usikan Syuhada di balas dengan jelingan tajam oleh Sofiya Alia.

            “Ahhh! Malas lah aku nak layan korang ni. Nak main pun mood dah tak ada.  Aku nak balik bilik dulu. Chowww!,”kata Sofiya Alia sambil berlalu pergi dan bola tampar yang berada di dalam pegangannya dicampak ke arah Rohani.

            “Wahhhh!! Dah pandai nak marah sekarang ni,” Anum pula menambah sambil diikuti hilai tawa dari mereka berempat.

 Sofiya Alia hanya membiarkan mereka mentertawakan dirinya.  Biarlah apa yang mereka ingin fikirkan kerana apa yang dia tahu dia memang sudah lama sakit hati dengan mamat Psyhco itu. 

“Ya Allah, kau jauhkan lelaki bongkak ni dari hidupku.  Tak sanggup rasanya nak berdepan dengan mamat poyo macam dia tu,” doa Sofiya Alia di dalam hati.


            “Sofie..aku dah tak lalu nak bekubang lagi..aku naik bilik dulu lah erk?? ,” kata Syuhada.

            “Aah la.. Aku pun nak naik bilik juga. Haa, yang kau ni nak swimming berapa lama lagi ni Sofie?? Tak tahu sejuk ke berendam malam-malam ni?? ,”tanya Rohani yang memang terkenal dengan mulut kepohnya.

            “Tak apa lah. Kalau korang semua nak naik dulu, korang naik lah. Lagipun, kesian dekat Anum sorang-sorang dalam bilik. Pergilah teman dia, lagipun aku tak puas lagi ni. Nanti bila aku dah bosan, aku naik ye,” balas Sofiya Alia.

            “Okay.  Kitaorang chow dulu ye?? Jangan lama-lama sangat tau boleh sakit dada kau tu nanti,” pesan Rohani sebelum dia, Zila dan Syuhada berlalu pergi untuk ke bilik.

            “Bye Sofie,” kata Zila sambil melambaikan tangan ke arah Sofiya Alia.

            Seronok sangat rasanya bila dapat berenang kat kolam ni. Almaklumlah dia sudah lama tidak berenang dekat swimming pool. Lagipun, berenang malam-malam begini tidak ramai orang yang ada jika nak dibandingkan pada waktu petang yang kebiasaannya kolam renang ini akan di penuhi dengan orang sampaikan nak berenang pun tidak selesa.

            Macam-macam gaya Sofiya Alia berenang.  Ada kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak dada, gaya bebas, semuanya ada. Dah macam atlet sukan renang dah aku rasa. Punyalah dah lama tak berenang sampaikan dia rasa macam nak habiskan sepanjang malamnya di dalam kolam renang ni.

            “Weiii tomboyyyyyy!!!,” satu suara yang Sofiya Alia amat kenali memecahkan keheningan malam. Arggghhh!! Lelaki berbasikal tu lagi!!

‘Mak oi!! Bila lah dia ni boleh berambus dari hidup aku haaa?? Letih nya melayan perangai gila dia ni. Haaa, kejap lagi nak cari gaduh dengan aku lah tu! Bencinya!!’rungut Sofiya Alia didalam hati.

            Sofiya Alia hanya buat-buat tidak nampak dengan kelibat lelaki berbasikal itu.  Dia meneruskan renangannya ke tengah kolam.  Baju lelaki itu dibuka dan dicampakkan ke tepi.  Serta merta lelaki itu sudah berada di dalam kolam dan berenang di belakang Sofiya Alia.  Sofiya Alia yang sedang berenang tiba-tiba terhenti apabila kakinya ditarik dari arah belakang. Terkapai-kapai dia di buatnya di dalam kolam itu.

            “Hey!!! Apa ni! Gila ke? Aku tak kacau kau pun kan.  Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku walaupun seminit?,” jerit Sofiya Alia.
            “Kalau aku nak kacau juga?? Apa kau nak kata??,”jawab lelaki itu sambil tergelak bila melihat Sofiya Alia meronta-ronta.

            Rasa benci Sofiya Alia terhadap lelaki ini makin bertambah!! Kalau lah dia lemas ke tadi, lelaki itu nak kata apa?? Tak ke dia mati katak je nanti?? Dasar mamat psycho!!! Sofiya Alia  terus berenang apabila kakinya di lepaskan.  Tiba-tiba kaki Sofiya Alia ditarik sekali lagi  dan kali ini dari arah dalam air dan menyebabkannya tenggelam ke dalam kolam.  Kaki Sofiya Alia masih lagi didalam genggaman lelaki itu.  Puas dia meronta-ronta minta di lepaskan dari dalam air dan menggunakan kaki kanannya yang masih bebas untuk menendang lelaki itu tetapi tangan lelaki itu lebih pantas menangkap dan mengenggam kedua belah kakinya.

            Hampir 10 minit Sofiya Alia berjuang untuk melepaskan kakinya dan akhirnya kakinya di lepaskan.  Sofiya Alia segera ke permukaan air dan hampir lemas dirinya di buat oleh lelaki itu.

            “Hoiii bodoh! Kau ni kenapa haaa?? Dah gila ke? Kau nak suruh aku mati ke??!,” marah Sofiya Alia dengan nafas yang naik turun sambil menolak dada bidang  lelaki itu dengan kasar.

            “Itu baru sikit! Katanya dengan senyuman yang sinis sambil mengambil langkah untuk meneruskan renangannya.  Sofiya Alia memang tidak boleh tahan dengan perangai gila lelaki ni  Tak lalu lagi dia nak berhadapan dengan lelaki sewel itu lagi.

“Aku benci kau la monyet!!! Dasar psycho!! Bodoh!! Kau memang tak ada otak!! Aku benci kau sangat-sangat!”! Jerit Sofiya Alia dengan suara yang masih tercungap-cungap.  Dia mula meneruskan renangannya ke tepi kolam untuk segera naik ke bilik.  Tak sanggup dia nak berhadapan dengan lelaki gila dan meroyan ni lagi.

“Aduhhh!! Tomboyyy! Tolong aku.. Kaki aku cramp!,” jerit lelaki berbasikal itu.  Sofiya Alia tidak menoleh ke arah lelaki itu dan segera mengatur langkah untuk ke bilik.

“Arghhh! Tu mesti nak kena kan aku lagi tu kan?? malas aku nak layan,”desis hati kecil Sofiya Alia.

“Please! Tolong aku wei! kaki aku cramp..aku tak boleh nak gerak ni,”rayu lelaki itu sambil terkapai-kapai di dalam air. 
Sofiya Alia terus terjun ke dalam kolam dan segera menariknya ke tepi kolam.  Tangan lelaki itu di tarik dari atas kolam untuk membolehkan lelaki itu naik ke atas lantai. Tanpa Sofiya Alia sedari tangannya terus mengurut kaki lelaki berbasikal itu dan hanya tersedar apabila tangannya digenggam lelaki itu.

Thanks sangat-sangat!,” kata lelaki itu sambil memandang ke arah Sofiya Alia.  Sofiya Alia yang baru tersedar akan perbuatannya mengurut kaki lelaki tersebut terus menarik tangannya.

Its okay and its not a big deal!  Dah la, aku nak balik bilik dulu,” Sofiya Alia cuba melarikan diri daripada pandangan lelaki itu.  Terasa malu pula dirinya apbila tanpa dia sedari tangannya mengurut kaki lelaki berbasikal tersebut.  Sofiya Alia mula berpaling dan mengatur langkah untuk naik ke bilik.

“Weyhhh..siapa nama kau??,” tanya lelaki tu.

“Sofie..,” balas Sofiya Alia dalam sedikit menjerit agar dia boleh mendengarnya.

“Aku Hariz..Hariz Iskandar. Thanks Sofie!,”balasnya pula.

“Owhhh..hariz ,”bisik Sofiya Alia didalam hati. 

Langkahnya diteruskan supaya dia lebih  cepat tiba dibilik dan Hariz Iskandar pula masih duduk di atas lantai di tepi kolam sambil memandang ke arahnya.

Hanya Kau Untukku - BAB 3





             “Sofie,  hari ni Sofie tolong mak jaga nursery boleh tak??  Mak ada kerja sikit yang nak diselesaikan. Kak Murni tak dapat datang kerja hari ni, dia MC. Dahlia pula nenek dia meninggal semalam dan terpaksa balik kampung.  Sofie tolong mak ye? Mak pergi pun tak lama, kejap je,” kata Puan Hamidah sambil menyarungkan tudung di kepalanya.

            “Orait! Tak ada masalah lah mak.  Habis kalau kak Murni dengan Dahlia tak ada, siapa je yang ada dekat nursery tu hari ni??,”tanya Sofiya Alia.

            “Yang ada hari ni pun kak Leha je lah.  Jangan risau lah, mak pergi sekejap je. Selesai kerja mak,  mak terus balik nursery. Hurmmm..ok lah Sofie mak pergi dulu.  Kunci nursery ada kat atas kabinet tv tu. Cepat sikit buka nursery tu.  Sekarang dah pukul 7.20 pagi dah ni,” kata Puan Hamidah dan terus berlalu pergi.

             Sudah lama juga Sofiya Alia tidak menjejakkan kakinya ke nursery milik emak.  Dengar cerita ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk dijaga di nursery itu.  Tanpa belengah Sofiya Alia terus menyarung t-shirt dan seluar jeans dan juga topi kesayangannya untuk pergi ke nursery.  Nasiblah dia jenis orang yang lepas subuh terus mandi.  Kalau tidak,  memang lambat lah dia nak ke nursery tu.

            Dengan menaiki scooter ego s miliknya, Sofiya Alia  terus memecut ke nursery yang tidak jauh dari rumahnya.  Lebih kurang 10 minit dia tiba di nursery milik ibunya.  Nasiblah Sofiya Alia sempat sampai sebelum pukul 8 pagi. Setelah membuka pintu pagar dan memastikan semuanya dalam keadaan baik Sofiya Alia terus menunggu ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke nursery itu.

            Ramai kanak-kanak yang telah dihantar di nursery ‘sweetybaby’ milik Puan Hamidah.  Ada kanak-kanak yang baru berusia 2 bulan juga di hantar di sini. Seronok pula dia duduk di nursery ni dengan kanak-kanak dan melihat pelbagai keletah dan ragam mereka.
            “Kakak ni siapa??tak pernah tengok pun sebelum ni?,”sapa seorang kanak-kanak comel yang memakai gown berwarna biru muda dan bertocang dua.
            “Nama akak kak Sofie, akak ni anak ummi. Awak nama apa?? Comel nya awak ni ye!,” kata Sofiya Alia sambil mencubit pipi gebu milik kanak-kanak comel itu.
            Ummi adalah nama panggilan Puan Hamidah sebagai seorang pemilik nursery sweetybaby ini.  Memang semua kanak-kanak yang tinggal di nursery ini memanggilnya dengan gelaran ummi.  Kata Puan Hamidah dengan panggilan ummi kanak-kanak di nursery ini akan lebih mesra dan tiada jurang diantara mereka.

            “Nama saya Nur Batrisya Amira binti Badrul Zaman, umur saya 4 tahun,”jawabnya panjang lebar.  Wahhh!! Bijak betul budak ni. Separuh budak mana nak ingat nama penuh dia sendiri tapi anak kecil  ini siap dengan nama ayah dia sekali pun dia tau.  Bijak betul!

            “Amboi, bijaknya awak.  kak Sofie tanya sikit awak jawab panjang lebar ye?? Kak Sofie panggil awak Batrisya boleh??,”tanya Sofiya Alia sambil memegang kedua lengannya.

            “Papa panggil saya Sya je. kakak pun panggillah saya Sya je lah, kenapa nak panggil panjang-panjang?,”tanya Nur Batriysa.

            Aduhhh! Budak ni banyak mulut sangat. Sama je pun kalau panggil Batrisya dengan Sya tu, kedua-duanya tetap nama dia juga. Bukan ke lagi sedap kalau panggil nama penuh dia? Batrisya.  Hurmm, ikut kan saja lah.

            “Oh, yeke?? Sorry-sorry. Akak panggil awak Sya la ye. Sya dah breakfast belum?? Kalau Sya nak makan, kak Sofie boleh pergi ambilkan makanan dekat dapur,”tanya Sofiya Alia lagi. Nur Bastrisya hanya menggeleng dan terus berlari ke arah rakan-rakannya yang lain dan meninggalkan dia di situ.  Sofiya Alia hanya tersenyum melihat keletah comelnya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Aktiviti pada hari ini diselitkan dengan mengajar kanak-kanak di nursery ini dengan beberapa buah lagu kanak-kanak seperti labah-labah, papaku pulang dan beberapa lagu yang lain.  Nampaknya kanak-kanak di sini memang suka menyanyi.  Sofiya Alia pula siap mengajar lagu ini dengan gayanya sekali. Sekejap sahaja mereka sudah dapat menangkap gaya yang ditunjukkan oleh Sofiya Alia dan mereka juga ikut menyanyi bersama.  Seronok Sofiya Alia melihat keletah kanak-kanak di sini yang sangat aggresif dan menyanyi bersama-sama.

                        “papaku pulang dari kota..papaku belikan kereta..
kereta kecil warna merah..boleh ku bawa ke sekolah..
pon pon pon pon pon pon pon pon pon..
kereta kecil ku berbunyi..
marilah adik mari naik..
bolehku bawa jumpa nenek!”

            Selepas menyanyikan lagu ,Sofiya Alia mengisi masa petang mereka dengan membacakan buku cerita tentang Nujum Pak Belalang kepada kanak-kanak di situ.  Mereka mendengar dengan penuh minat. Antonasi suara Sofiya Alia juga bertukar-tukar mengikut watak di dalam cerita itu.  Ada ketika mereka tergelak mendengar celotehnya dan gaya penyampaiannya.

            “Kak Sofie, kenapa Pak Belalang tu menipu? Bukan ke kita tak boleh menipu??,” tanya Nur Batrisya.

            “Haaa..memang lah kita tak boleh menipu. Jangan jadi macam pak belalang tau adik-adik, Pak Belalang tu menipu jadi ahli nujum sedangkan dia bukannya tau apa-apa tentang ahli nujum pun, korang semua jangan sesekali nak ikut cara Pak Belalang tau , Pak Belalang tu malas bekerja dan  tahu nak tidur sahaja. Adik-adik semua kene contohi  anak dia ,si Belalang  yang rajin bekerja,”jelas Sofiya Alia panjang lebar.

            “Kalau dah tau tak boleh menipu, kenapa pak belalang menipu juga? Kenapa ada cerita menipu-nipu ni??,”tanya kanak-kanak kecil itu lagi.

            Adoiiii! Banyak pula soalan budak ni, malas pula rasanya nak terangkan banyak-banyak. Untuk mengelakkan diri di soal lagi, Sofiya Alia terus menukar topik.

            “Haaaa…apa kata kita main nyorok-nyorok nak tak??,”Usul Sofiya Alia

 Semua kanak-kanak bersorak riang. Sofiya Alia mengajak mereka bermain di taman permainan di perkarangan nursery.  Seteleh menutup mata dan mengira sehingga sepuluh, Sofiya Alia mula mencari kanak-kanak tadi.  Ramai kanak-kanak yang telah dapat  di cari dan kini hanya tinggal Nur Batrisya seorang sahaja.

            Manalah budak ni nyorok ye??  Sofiya Alia pun terus merangkak-rangkak untuk mencari Nur Batrisya yang masih belum dapat dicari.  Tiba-tiba dia dapat menangkap satu susuk dihadapannya.

            “Yeahhhhh!!! Kak Sofie dapat cari!!,” jerit Sofiya Alia sambil memeluk kakinya kuat-kuat.  Tiba-tiba dia terdengar suara Nur Batrisya tergelak besar dari arah belakang.

            “kak Sofie tak dapat tangkap Sya.. kak Sofie salah orang!!,” jerit Nur Batrisya sambil terkekek-kekek ketawa.

            Sofiya Alia yang pelik terus membuka kain penutup mata.  Alangkah terkejutnya dia bila melihat kaki yang dipeluk tadi bukan lah milik Nur Batrisya tapi milik seorang lelaki yang tidak dia kenali.  Rasa seperti hendak meloncat pun ada, merah pipinya menahan malu.

            “Sorry encik, saya ingatkan  budak-budak ni tadi..,”kata Sofiya Alia sambil terus berdiri.

            Lelaki itu hanya memandang tepat ke arahnya.  Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya dan hanya senyuman yang di lemparkan kepada Sofiya Alia. Aduhhh! Tak keruan dia dibuatnya. Sofiya Alia terus membelakangkan lelaki itu  dan berkira-kira untuk masuk ke dalam nursery bersama kanak-kanak yang lain.

            “Its okay. Saya datang ni nak ambil Batrisya. Saya ni ayah dia,” lelaki itu bersuara.
            “Ohhhh..ayah Nur Batrisya rupanya.Malunya aku!!! Manalah aku  nak letak muka ni? kalaulah bini dia nampak yang aku pergi peluk kaki suami dia tadi mampus aku kena penampar sulung!,”kata Sofiya Alia di dalam hati.

            “Encik Badrul, awal datang hari ni. Nak ambil Sya ke?,”Suara Puan Hamidah memecahkan kesunyian.

            “Aah Puan Hamidah, hari ni saya balik awal sikit, itu yang saya terus datang nak ambil Sya.,”jawab Badrul Zaman sambil melangkah ke depan untuk mendapatkan anaknya.

            “Oh macam tu.  Sekejap ye encik Badrul, saya suruh anak saya ambilkan beg Sya..,”kata Puan Hamidah.

 “Sofie..tolong ambilkan beg Sya kat dalam..bagi dekat encik Badrul ni..,”arah Puan Hamidah kepada Sofiya Alia.

Sofiya Alia terus mencapai beg milik Batrisya dan menyerahkannya kepada Badrul Zaman.  Perasan malu masih terasa untuk berhadapan dengan  Badrul Zaman setelah insiden tadi dan dia pula hanya tersenyum melihat tingkah Sofiya Alia yang tidak tentu arah. Lelaki itu masih terus tersenyum sehinggalah kereta Honda Civic bewarna putih miliknya hilang dari pandangan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
            Telefon bimbit Sofiya Alia memainkan lagu just the way you are nyanyian bruno mars tanpa henti. Sudah dua kali telefonnya berdering. Pantas tangannya mencapai telefon bimbit yang masih berdering setelah keluar dari bilik air.  Tertera nama syuhada di skrin telefon bimbit.

            “Hello Sofie! Kenapa lambat sangat angkat call aku ni?? Penat tau asyik dail nombor kau,” jerit Syuhada rakan sebilik Sofiya Alia di Uitm jengka, pahang.

            “Uit!! Jangan jerit-jeritlah sakit telinga aku .  Sorry, aku baru lepas mandi ni.  Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?,”tanya Sofiya Alia.
            “Haaaa..aku ada plan baik punya ni. Aku sebenarnya nak ajak kau pergi bercuti dekat pangkor weekend ni. Jom lah wei!  Bosan lah cuti semester kali ni.  Aku tak tau nak buat apa kat rumah,” jelas Syuhada .

            “Hurmmm.. cantik juga plan kau tu. Aku pun bosan juga duduk rumah sorang-sorang.. siapa lagi yang follow??,”tanya Sofiya Alia lagi.

            “Aku dah ajak Zila, Anum dengan si Rohani tu. Diaorang pun okay je.  So, sekarang ni aku nak tau lah kau pulak macam mana?? kita pergi jumaat ni ,ahad kita balik lah. Macam mana?? Okay tak??,”Cadang Syuhada.

            “Beres! Tapi make sure before khamis ni kau kena inform balik tau. Aku nak pastikan korang conform pergi ke tidak.  Mana lah tau bila aku dah excited, last minute pulak korang cancel,”pesan Sofiya Alia kepada Syuhada.

            “Baik boss!!,nanti aku inform kau balik orait?? Hurmm..oklah bye. Night!,”kata Syuhada mengakhiri perbualan kami. 

            Seronok juga pergi bercuti dengan kawan-kawan ni. Dah lama juga Sofiya Alia tidak bercuti di pangkor.  Di dalam otaknya sudah terbayang bermacam-macam aktiviti yang ingin di lakukannya ketika di sana nanti. Yang paling Sofiya Alia rindui adalah untuk pergi snorkeling, melihat ikan-ikan di pulau yang bewarna biru dan bermain banana boat dengan kawan-kawan.  Tidak sabar rasanya nak buat bbq dan  duduk bersantai-santai di tepi pantai bersama rakan-rakan yang lain. Wahhhh.. seronoknya!!! Tidak sabar rasanya hendak menunggu jumaat ni. Hey pangkor!! Here we come !!!

Hanya Kau Untukku - BAB 2




Pagi itu selepas berjogging, Sofiya Alia tidak terus pulang ke rumah.  Kakinya terus melangkah masuk ke Restoran Ar-Rahmania berdekatan rumahnya untuk bersarapan pagi.  Sofiya Alia memilih untuk menikmati nescafe ‘o’ panas dan maggie goreng mamak.  Sengaja dia memilih meja makan yang terletak disudut tepi dan kedudukannya yang agak tersorok dri meja-meja lain kerana dia lebih selesa menikmati makanan dalam keadaan yang jauh dari orang dan agak privacy.

Baru dua sudu maggie goreng mamak menerjah masuk ke dalam mulut Sofiya Alia, dia terasa seperti ada seseorang yang sedang berdiri di belakangnya.  Belum pun sempat dia hendak menoleh kebelakang, kerusi disebelahnya ditarik kasar dan seorang lelaki duduk disebelahnya.  Terasa bagai nak tercabut biji mata Sofiya Alia apabila melihat lelaki yang duduk disebelahnya adalah lelaki yang berbasikal itu.

Good morning, sedap makan nampak??,”bisik lelaki itu betul-betul ditelinga Sofiya Alia.  Sofiya Alia cuba mengelak apabila lelaki itu cuba merapatkan tubuhnya.

“Heyyy! Apa ni? Boleh tak kau duduk jauh sikit? Dah lah datang duduk dekat meja orang, salam pun tak bagi.. lepas tu nak rapat-rapat dengan orang.  Kau ni gila ke apa haa??,” marah Sofiya Alia.

“Assalammualaikum! Puas hati kau?? Hurmm, kau mesti terkejut kan bila tiba-tiba saja aku ada dekat sini,”katanya sinis.

“Waalaikumsalam! Haaa, pandai pun kau bagi salam ye? Aku ingatkan dah tak padai nak bagi salam tadi,”perli Sofiya Alia.

“Terkejut? For what aku nak terkejut? Perlu ke aku nak terkejut tengok kau ada kat sini? Sorry lah bro, kau silap orang lah.  Inikan tempat awam, sesiapa pun boleh datang dekat sini dan kau pun boleh datang sini bila-bila masa yang kau suka,”tambah Sofiya Alia lagi.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis memandang Sofiya Alia.  Sofiya Alia cuba mengelak dari memandang ke arah lelaki berbasikal itu dengan meneguk air nescafe ‘o’ yang dipesan tadi.  Terasa pahit pula air nescafe’o’ ini apabila berhadapan dengan lelaki ini.

“Kenapa kau kerek sangat hari tu sampai baling-baling batu dekat aku?? Kau tahu tak, sampai lebam belakang badan aku.  Nasib lebam je..kalau patah , kau nak tanggung ke semua tu?,”tanya lelaki itu lagi.

“Kau nak tau kenapa aku buat macam tu?? Sebabnya, mulut kau tu macam longkang! Kurang ajar sangat! Padanlah dengan muka kau,”jawab Sofiya Alia sambil mengerling kearah lelaki terbabit dengan  menggunakan ekor mata.

“Ohh.. sebab tu ye?,”katanya sambil mengubah posisi topi Sofiya Alia ke tepi dengan kasar.

“Heyyy! Apa ni? Tak payah lah nak usik-usik aku boleh tak? Behave your self lah saudara!,”marah Sofiya Alia sambil mengambil kasar topi yang berada di atas kepala dan meletakkanya di atas meja makan.

“Apa gila lah mamat ni sampai nak usik-usik aku tak tentu pasal? Dia fikir aku ni perempuan yang macam mana agaknya sampaikan dia suka-suka hati je nak sentuh-sentuh aku macam tu??  Dia fikir aku ni perempuan touch and go ke apa?? Memang kurang ajar betul lah dia ni!”Desis hati kecil Sofiya Alia.

“Oppsss! Sorry. Aku lupa pula yang kau ni perempuan.  Aku fikirkan kau ni lelaki tadi.  Haaa..tu lah, lain kali kalau dah perempuan tu, buat lah cara perempuan, jangan lah nak belagak macam jantan pula, faham??,”katanya dengan ketawa sinisnya.  Lelaki ni memang sengaja nak menyakitkan hatiku.

“Kalau perangai aku macam jantan pun, apa kena mengena dengan engkau?? Yang kau sakit hati sangat kenapa??,” Sofiya Alia ku mula meninggikan suara.  Dia benar-benar tidak boleh bersabar dengan lelaki macam ni.

“Tak adalah aku nak sakit hati tapi aku ni sakit mata tengok perempuan yang berlagak jantan macam kau ni!,”tambah lelaki itu sambil memandang ke arah Sofiya Alia dari atas ke bawah.

“Ya Allah! Bila masa pula aku berlagak macam jantan? Mungkin pakaian aku dari luaran nampak macam lelaki.  Takkan lah dengan hanya berseluar tracksuit, baju t-shirt longgar dan topi, aku sudah di label seperti lelaki?? Mungkin perwatakan aku nampak kasar, tapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi seperti lelaki.  Kalau seorang perempuan yang berambut pendek, tiada secalit makeup di muka dan berpakaian seperti aku ini sudah di kira tomboy ke?? Lagak aku yang kasar sudah di anggap seperti lelaki? Arghhhh!! Mulut orang, mereka boleh kata apa yang mereka suka tapi mereka tidak tahu kenapa aku jadi begini,”Sofiya Alia bermonolog di dalam hati.

“Suka hati kau lah nak cakap macam mana pun.  Apa yang penting, aku tahu siapa diri aku yang sebenarnya dan kau tak perlu nak sibuk hal aku sebab kau tak ada kena mengena dalam hidup aku! So, please berambus dari meja aku ni sebab aku jadi tak ada selera nak makan bila tengok muka kau tau tak?,”balasku.

“Ohhh, nak halau aku lah ni? Okay! Aku pun memang nak blah dari sini sebab aku meluat tengok ‘lelaki celup’ macam kau ni.   Haaa, tadi kau kata kau dah tak ada selera nak makan kan?,” tanya lelaki itu sambil berdiri.

Yes! Memang aku tak ada selera nak makan bila tengok muka kau ni. Lagi loya tekak aku bila dengar suara kau dan aku rasa  macam nak muntah hijau bila kau duduk sebelah aku ni!!  Faham?? So, apa yang kau tunggu lagi? Get out! shuhhhh..shuhhhh..shuhhh!! Kau  boleh pergi main jauh-jauh cepat sikit tak?? Aku dah mula rasa nak muntah dah ni.  Shuhhh!,” Arah Sofiya Alia dengan memberi isyarat tangan dan membuat memek muka seperti orang yang ingin muntah tanpa sedikit pun memadang ke arah lelaki itu.

Fine! Aku blah dari sni.  Tapi sebelum aku blah, aku nak bagi kau something special yang akan buat kau sentiasa ingatkan aku.  Haaaa.. ini sebagai balasan kau halau aku,” katanya sambil mencurahkan air nescafe ‘o’ milik Sofiya Alia di atas kepala gadis itu. “Dan ini, hadiah sebab kau baling aku dengan batu hari tu! Padan muka kau!,” kata lelaki itu dengan tawa yang sangat menyakitkan hati sambil mencurahkan maggie goreng mamak yang masih berbaki didalam pinggan Sofiya Alia diatas kepala gadis itu juga.  Tanpa rasa bersalah lelaki itu berlalu pergi meninggalkan Sofiya Alia yang masih terkejut dengan perbuatan gilanya.

“Bodoh!!! Tak guna punya jantan!! Kau memang sewel!!,” jerit Sofiya Alia di dalam hati sambil menghentak-hentakkan tangan di atas meja makan.

‘Kurang ajar betullah mamat ni.  Aku tak kacau dia pun, kenapa dia suka sangat nak cari pasal dengan akuu?? Tengok! Tak pasal-pasal aku dah kena mandi dengan manggie goreng mamak dan nescafe’o’ pagi ni.  Dia fikir diri dia tu siapa nak buat aku macam ni? Memang tak guna!!  Aku benci kau setan!!,’ Jerit Sofiya Alia dalam hati.

Nak kejar pun dah tak sempat, lelaki itu telah pergi dengan menaiki kereta.  Nombor pendaftaran kereta dia pun Sofiya Alia tidak sempat hendak tengok.  Kalau tidak, memang dia cari sampai ke lubang cacing mamat sewel tu! Kalau dia jumpa lelaki itu lagi selepas ni,  memang  dia nak tumbuk-tumbuk muka lelaki itu sampai berdarah-darah.  Kalau perlu masuk ICU, biarkan dia masuk ICU! Sekurang-kurangnya Sofiya Alia puas hati!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Ya Allah, kenapa dengan Sofie ni?? Macam mana boleh jadi macam ni??,”tanya Puan Hamidah sebaik Sofiya Alia melangkah masuk ke rumah.

“Kenapa mak? Sofie okay je. Ada apa-apa yang tak kena ke mak??,”Sofiya Alia pula mengajukan soalan kepada ibunya.  Bukannya dia tidak faham apa yang ibunya maksudkan, cuma dia tidak mahu memanjangkan cerita yang berlaku tadi.

“Betuah punya budak! Orang tanya dia, dia pula tanya orang balik.  Yang Sofie balik comot-comot macam ni kenapa?  Siap ada bau air nescafe segala. Kenapanya ni? Haaa, maggie goreng pun ada atas kepala tu kenapa? Takkan lah Sofie makan sampai ke kepala pula?” tanya Puan Hamidah bertalu-talu sambil mengambil beberapa helai maggie goreng  yang masih ada diatas rambut halus milik Sofiya Alia dan dibuangnya ke tepi. 

“Tak ada apalah mak.  Sofie terjatuh dekat kedai tadi masa bawak makanan.  Habis makanan jatuh kat atas kepala dan badan Sofie.  Nasib baik tak panas, kalau tak dah cacat dah anak mak yang comel ni,”seloroh Sofiya Alia untuk menutup cerita yang sebenarnya.

“Hurmm, Sofie masuk dulu lah ye? Nak mandi.  Dah bau masam dah anak mak ni.  Nanti kalau Sofie duduk lama kat sini, ada orang nampak Sofie comot-comot macam ni, habislah.  Tak ada pula orang nak masuk meminang anak mak yang comel ni,” gurau Sofiya Alia  lagi cuba berselindung dari perkara sebenar.  Puan Hamidah tidak perlu tahu pasal lelaki itu.  Lagipun, jika dia menceritakan apa yang telah terjadi antara dirinya dan lelaki berbasikal itu pada Puan Hamidah, silap haribulan dia juga yang akan dipersalahkan.  Puan Hamidah hanya menggelengkan kepalanya  melihat keletah anak sulungnya itu.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sofiya Alia says:  I believed wih KARMA.. “what you give, you get back!!,”

Itulah status yang di post di laman sosial facebook miliknya.  Sofiya Alia betul-betul geram dengan perangai lelaki yang budget bagus itu.  Kenapa lah lelaki itu sering muncul dalam hidupnya dan membuatkan hari-harinya tidak setenang cuti-cuti semester sebelum ini?? Anak siapalah agaknya budak tu? Memang perangai macam hantu betul.  Kalau lah mak bapak dia tahu perangai dia macam tu, mesti mak bapak dia malu. 

Lelaki  itu memang tidak layak langsung duduk dekat bumi Malaysia yang aman dan makmur ni.  Kalau Sofiya Alia lah yang menjadi Raja pemerintah negara ni, lelaki macam dia tu dah lama dibuang negeri.  Biar dia duduk dekat Afrika dan berkawan dengan binatang kat sana.  Itu pun kalau binatang kat Afrika tu nak berkawan dengan dia.  Silap haribulan, binatang-binantag dekat Afirka sana tu pun tak mau berkawan dengan lelaki yang perangai mengalahkan orang hutan tu.

“Amboi kak, jauhnya mengelamun? Teringat sesiapa ke?,”usik Natasya Farhana.  Entah bila Natasya Farhana masuk ke dalam bilik Sofiya Alia, dia sendiri tidak sedar.

“Ishhhh! Bila pula akak mengelamun? Tak nampak ke ni, kan akak tengah baca status kawan-kawan akak dekat facebook ni,”dalih Sofiya Alia

“Yeke?? Ana tengok akak tu macam tengah mengelamun je.  Tak nak mengaku pula.  Hurmm, akak..Ana ni kan tiba-tiba je teringat dekat abang yang gaduh dengan akak dekat taman hari tu.  Akak ingat lagi tak kat abang tu? Eiii..handsome kan dia kak??,”kata Natasya Farhana sambil memeluk kuat patung monyet kesayangannya yang diberi nama Bobo.

 Secara tidak langsung, kata-kata Natasya Farhana tadi telah menarik perhatian Sofiya Alia dan membuatkan dirinya terus menoleh ke arah Natasya Farhana. Handsome?? Tanya Sofiya Alia di dalam hati. Choiiiiii!

“Badan dah la taff! Dada bidang, muka handsome, siap ada lesung pipit tau kak.  Sekali pandang dah macam Aaron Aziz dah kak, tapi Aaron tak ada lesung pipit macam abang tu,”tambah Natasya Farhana lagi yang cuba memancing reaksi Sofiya Alia.

  Entah macam mana Natasya Farhana ni boleh perasan yang lelaki tu ada lesung pipit dan segala-gala yang macam dia katakan tadi. Nampak sangat si Natasya Farhana ni jenis memerhati orang.  Masakan cuma sebentar sahaja, dia mampu menghuraikan segala-gala yang ada pada lelaki itu??

“Huhh! Handsome ke? Kalau akak lah kan, muka handsome pun tak guna lah kalau perangai tu boleh kalahkan hantu raya,” bidas Sofiya Alia.

“Alaa kak, tak kenal maka tak cinta.  Manalah tau  kan, akak tengok perangai dia macam hantu hari tu tapi sebenarnya perangai dia baik ke, apa ke.  Don’t judge a book by its cover lah kak,”tambah Natasya Farhana

What do you mean by don’t judge a book by its cover?? Itu bukan cover lagi tu, tu dah memang dah terang lagi bersuluh yang perangai mamat tu macam hantu! mulut macam puaka.  Kalau akak lah kan Ana, bagi free lelaki macam tu pun, sikit pun akak tak pandang.  Apatah lagi nak jadi kan dia pasangan hidup. Eeeeiii minta simpang malaikat 44 lah,”Kata-kata Sofiya Alia di balas dengan cebikan dari Natasya Farhana.

“Jangan cakap besar lah kak.  Nanti silap hari bulan, akak yang dapat dia tau.  Time tu nanti, Ana gelakkan akak je dari jauh,”Farhana cuba mengingatkan aku. 

Bukannya Sofiya Alia nak cakap besar, dia cuma ingin memberikan pendapatnya tentang lelaki itu.  Memang benar apa yang dia katakan.  Lelaki seperti itu memang tidak layak untuk dijadikan kekasih, apatah lagi nak buat jadi suami. 

“Ahhh.. takkan punya lah! Akak ni masih waras lagi Ana.  Kalau dia datang melutut kat kaki ‘cekam’ akak ni pun, belum tentu akak nak kat dia.  Rasa nak sepak-sepak dia lagi adalah.  Kalau akak hilang ingatan dan jadi gila pun, tak ingin akak nak kat orang yang tak ada manners macam dia tu,”kataku lagi.

“Okay cik Sofiya Alia.   Kita tunggu dan lihat sajalah.  Orang tua-tua ada kata, jangan benci sangat sebab takut apa yang kita benci dan benda yang kita tak nakkan sangat tu lah yang akan kita dapat,” Natasya Farhana cuba mengingatkan Sofiya Alia dengan kata-kata orang-orang tua.
 “ Tapi kan kak, walaupun akak kata perangai dia macam hantu, dia tetap handsome di hati Ana,”tambah Natasya Farhana sambil memintal-mintal rambutnya dan tersenyum.  Entah apa yang dia tengah fikirkan , Sofiya Alia sendiri pun tidak pasti.  Budak ni bukan boleh nak dilayan sangat., nanti gatalnya semakin menjadi-jadi.

“Dahhh..dahhh! tak payah nak menggedik dalam bilik akak lah. Sekarang Ana pergi balik bilik Ana balik.  Lagipun esok sekolah kan?? Jangan nk berangan sangatlah! Pergi tidur,”arah Sofiya Alia sambil membaling sebiji bantal ke arah Natasya Farhana yang sedang tergolek-golek diatas katilnya.

“Ouchhh! Sakit lah kak! Ishhhh!  Akak ni tak sporting langsung tau.  Orang baru nak berangan-angan dengan abang handsome tu. Potong stim betul lah akak ni! Yelah-yelah., Ana tidurlah ni.  Bye kak. Good night and sweet dream,”kata Farhana dan berlalu pergi.