Pages

Wednesday, February 29, 2012

jom kita kahwin!

Assalammualaikum,

wahhh.. ramai sudah kawan-kawan yang dah berumah tangga.. ada yang da ada anak..ada yang sarat mengandung..ada yang baru berkahwin..and ada jugak yang bakal berkahwin.. btw, cik nad nak ucap tahniah kat semua kawan2 yang baru jadi mak.. yang bakal jadi mak.. yang sudah berkahwin and bakal berkahwin! tahniah3!!

Macam biasalah.. hidup cik nad sejak semester yang lepas..penuh dengan majlis perkahwinan ni.. cik nad bila pula??huhuhu..belajar pun tak abis lagi..sibuk gatal nak kahwin ke?? dushhhh..dushh..dushhh.!! ketuk kepala sendiri..biar tak fikir benda2 ni...hahahaha.. seronok sebenarnye tengok kawan2 lain dah berumah tangga.. tapi nak buat macam mana.. seru cik nad tak sampai lagi..korang doa2kan lah ye?? coform cik nad jemput korang nye..hehehe

ni antara kawan2 cik nad yang da berumah tangga la.. check it out!

masturah and adiknya mardhiah..sonok kan kahwin skali??

ni kenapa? meroyan tak kahwin lagi??hahahhaah


bad wedding..kawan sekolah and kapten psukan bola tampar MUC

abg lan n kak sue wedding.. kawan kat Isetan dulu

kwn kecik2 ,.. fatin.. and now tengah tunggu time nak bersalin =)

rafiq and his wife.. sama cantik sama padan

ni kawan sekolah rendah dulu..dua2 tengah sarat and menunggu masa.. future mummy!! dua2 comel

ogy n faiz .. time nie ogy pregnant..

baby ogy n faiz.. time bru lahir..n now dah 2 minggu 

and 9hb 3 nie.. atikah ismail.. no 2 dari kiri dihadapan.. nk khawin dah.. tahniah!!

PERSOALANNYA..

budak ni bila lagi???

shhhhhhh!! kan jdoh tu di tgn tuhan.. .bila2 pon boleh.. =)

p/s: doa2kan lah tok cik nad yerk..(^__^)


Friday, February 17, 2012

sungai dalam laut



Assalammualaikum,

betul ke dalam sungai dalam laut? macam pelik kan? tapi..dalam bumi Allah ni..tak ada apa yang mustahil.. mungkin sesetengah orang tak pernah dengar tentang perkara ini.. so..ari nie..cik nad nk kongsi2 dengan korang semua tentang kebesaran Allah S.W.T ini .


"Dan dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit , dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi" 
(surah Al-Furqan 53)


Fenomena ni ditemukan oleh seorang penyelam terkemuka dari Perancis , Mr. Jacques Yves Costeau semasa beliau menyelam di bawah laut dan menjumpai beberapa butir mata air tawar segar rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin disekelilingnya dan penemuan ini telah menyebabkan Mr. Jacques memeluk islam setelah mendapati penemuannya itu telah diceritakan awal-awal lagi didalam Al-Quran.  jom kita cuci mata tengok kebesaran Allah S.W.T ni..  




ni lah die.. Mr.Jacques

sangat cantik.. gua dalam laut ni


inilah rupanya sungai dalam laut..Subahanallah




macam tak percaya je ni dalam laut kan??




sungai dalam laut.. sangat cantik 


Wednesday, February 8, 2012

lelaki kuat merajuk??

Assalammualaikum,

segagah-gagah lelaki.. ada juga perasaan manjanya tue.. siapa kata lelaki tak pandai nak merajuk? seriously, kalau kita tengok..kaum adam bila merajuk .. lagi melampau2.. rasa macam kelakar pon ada.. pernah tak korang  berdepan dengan kaum lelaki yang tengah merajuk nie?? macam mana korang handle diorang?? seriously cik nad tak pandai nak pujuk orang.. tak kiralah laki or perempuan.. memang tak pandai.. tapi cik nad selalu berdepan dengan lelaki-lelaki yang kuat merajuk nie..almaklumlah.. adik2 semuanya lelaki kan?? macam-macam perangai kita boleh tengok time tue..hehehe..



biasanya..lelaki kalau diorang merajuk.. diorang lebih suka mendiamkan diri.. duduk depan tv.. konon2 macam fokus jerk.. tapi tak pon.. then..buat muka masam.. kalau tengok muka diorang time merajuk..rasa macam nak tombok laju2 jerk.. rasa macam sakit hati sangat.. dah tue..bila kita tanya.. "ko nie kenapa??".dia just jawab.. "tak ada apalah"..tapi dengan nada kasar and muka macam nak telan orang.. kalau kita buat lawak.. kene sound " tak payah nk buat lawak bodoh la.. aku tak suka!!".. then..dengan muka masam mencuka.. buka pintu rumah and keluar terus.. dasyat2..



dari pemerhatian cik nad..lelaki nie sebenarnye manja and sensitif juga orangnya.. kadang2.. tak dapat benda yang dia nak pon dia akan merajuk..sama jer macam perempuan..tapi .. rajuknye lagi melampau kot.. contohnye.. adik cik nad sendiri nak satu kasut..then mak cik nad kata.. "issshhh.. tak cantik lah.. kita jalan tempat lain tengok.." .. then.. mula lah keluar statement merajuk+touching nye.. "tak payah la.." bila di pujuk2 pon.. still degil and cakap.. "tak nak!".. hhahahha.. melampau2 betul.. ada jugak yang merajuk bila dia cuba nak tarik perhatian pasangan dia.. yela..kalau dah besar panjang nie.. dah boleh jadi bapak orang.. nak pulak diorang merajuk dengan mak bapak diorang yer tak? alamatnye kene siku la jawabnye..hehehe..



biasanya kalau lelaki dah merajuk nie.. kita boleh try pujuk diorang dengan kata2 manis.. almaklumlah..jiwa laki pon perlu di belai juga.. bukannya perempuan saja.. gunakanlah "keterroran" korang memujuk tue.. korang kan dah power bab nak pujuk orang ni.? mulut nak kena manis..kalau tak cukup manis..telan gula pasir 1kg tue... bagi yang tak teror memujuk macam cik nad.. try lah guna "keterroran" korang dalam bidang lain..contohnya..buat lawak ke.. itu pon kalau dia nak layan lah..hahahah.. then, korang jangan pujuk diorang terus.. bukan apa.. biasanya ..lelaki nie..bila kita pujuk.. lagi dia nak tunjuk ego diaorang tue...almaklumlah..mereka kan kaum yang gagah perkasa.. takkan lah bila nk merajuk sekejap..then..kena ayat sikit dah cair macam askem kan? and lagi satu bila terus pujuk ni...takut mood diorang tak berapa nak baik.. lagi diorang mengamuk and boleh gaduh besar.. so.. biarkan mereka melayan mood manja mereka sekejap.. 


so, kat sini nak cakap..sebenarnye.. lelaki pon ada perasaan jugak.. bukannya perempuan jerk yang boleh nak merajuk.. tapi pada siapa2 yang ada teknik macam mana nak pujuk lelaki merajuk..boleh lah bagi tau cik nad.. pasni cik nad nak test..hehehe.. almaklumlah.. cik nad ni tak pandai nak memujuk.. baru 2 3 kali pujuk ..tak jalan.. cik nad lak yang merajuk..hahahhah.. tapi sesiapa ada tips2 yang hebat..boleh leave your comment yerk .. for lelaki..x yah merajuk sangat la.. buruk rupanye..heheh =P




Saturday, February 4, 2012

Qarin:: kembar jahat setiap manusia

Assalammualaikum,

tahukah anda.. setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi Allah S.W.T yang luas ini mempunyai kembarnya sendiri?? siapakah kembar yang cik nad maksudkan?? siapa lagi kalau bukan QARIN.. Qarin ialah perkataan arab yang membawa maksud teman atau rakan.. Qarin ini mengikuti manusia sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah datangnya ajal...Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf

“ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. 
(Az Zukhruf 43:36)


kalau tak silap cik nad.. setiap manusia ada Qarin dia sendiri dan Nabi Muhammad S.A.W juga ada Qarinnya sendiri.. and ada yang kata.. Qarin ini mempunyai rupa yang sama seperti kita...Wallahualam.. cik nad tak pasti sejauh mana kebenaran tentang rupa si Qarin ni tadi.. tapi apa yang pasti.. si Qarin ni adalah roh jahat yang mana dia akan mendorong kita untuk melakukan kejahatan.. dialah yang akan membisikkan kita sifat was-was, melalaikan kita dari melakukan solat.. malas nak baca Al-Quran and segala kerja-kerja yang baik la.. untuk mengimbangi antara si jahat ni tadi..Allah telah mengutuskan Qarin daripada bangsa malaikat untuk membisikkan kebenaran kepada setiap manusia.. thats why, kalau perasan la kan..kadang-kadang kita nak buat satu kerja kejahatan ..contohnya, malas nak solat.. then..kita akan ada rasa satu lagi perasaan berdosa.. and perasaan kita tue berlawan-lawan dengan yang jahat tadi...cik nad rasa, korang pon pernah rasa situasi macam ni kan?? 

di bisikkan dengan kejahatan dan kebenaran

lebih kurang macam nie la bila dia nak menghasut..hehehe

Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)

Qarin seorang manusia akan terpisah dari kita apabila tibanya ajal kita.. apabila ajal menjemput, kita akan berada di alam barzah manakala Qarin akan berlegar dan akan terus hidup kerana umur jin biasanya panjang.  ada jugak yang cakap.. bila kita nampak roh si mati di majlis tahlil or merayap malam-malam kat rumah tue adalah si Qarin ni tadi..tapi .. sejauh mana kebenarannya..cik nad sendiri tak pasti.. tak berani nak cakap lebih-lebih..tapi itu apa yang cik nad pernah dengar lah.. nak kena tanya pada orang yang lebih berilmu pasnie.

tibanya ajal terpisahlah kita dari si kembar Qarin

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin gemuk and Qarin kurus


Thats why, sebagai seorang muslim..kita di sarankan untuk sentiasa berzikir, selawat dan berdoa dalam setiap apa yang kita lakukan ..contohnya.. masuk toilet baca doa, tengok cermin baca doa, tukar baju baca doa.. and segala apa yang ktia lakukan ..biarlah kita mulakan dengan berdoa dan membaca Bismillah..  semoga selepas ini..kita dapat mengimbangi apa yang terbaik dalam hidup kita dan lawan segala godaan dari si kembar jahat yang sentiasa memesongkan hati dan akidah kita nie.. =)






















Thursday, February 2, 2012

perempuan kasar:: lelaki suke ke??

Assalammualaikum,

topik aku ari nie pasal perempuan kasar:: lelaki suke ke??hehehe.. actually, sesiapa yang mengenali diri aku mesti tau perangai dan perwatakan aku yang sangat sopan santun dan lemah lembut ni kan?? (ye ke jah oi?? abis lembut dah ke kau tue??) .. aku nie mempunyai perwatakan yang agak kasar sebenarnye.. almaklumlah. aku dilahirkan di dalam dunia yang penuh dengan lelaki,membesar dan bermain juga bersama kaum adam dan kawan perempuan yang sama lagaknye dengan aku..agak nye sebab tue lah aku nie agak kasar yerk??siapa agaknye kawan perempuan sepermainan aku time kecik2 dulu  yang aku maksudkan yerk??

perempuan kasar vs perempuan lembut

haa..yang nie..dahlia a.k.a anje... paling ganas.. tapi tengok..dah pandai nak makeup skang nie..eehehehe


nie izzatty.. tengok muke cam lembut an? tapi.. tuhan je la yang tau..huhuuhuh


lastly..aleez.. nie paling ayu la.. siapa sangka..dah besar jadi cmnie kan??heheheh

orang kate..perempuan kasar nie..mungkin dididik untuk menjadi seorang yang berdikari dan tidak mudah ditindas, perempuan yang kasar sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja dan pantang dianggap lemah. Kasar dari segi tindak-tanduknya, kasar dari segi percakapannya..selalunya disertai pakej suara yang kuat macam aku and rakan-rakan yang seangkatan dengan aku dan kadang-kadang kasar dan ‘keras’ dari segi pemikirannya...


aku yang dikelilingi jejaka pujaan

agak-agak korang lah kan.. lelaki ni suke ke dengan perempuan yang berpewatakan kasar nie?? aku nie perempuan..so, aku tak boleh nak ulas sangat pasal nie..kalau kita nak tau..mesti kene tanya lelaki kan?? tapi ini bagi pendapat aku lah kan.. kasar nye seorang perempuan itu tak bermakna..dia tak boleh nak cari teman hidup dia.. lagipon jodoh and pertemuan semuanya terletak di tangan Allah S.W.T kan?? kalau korang perasan..perempuan kasar nie.. sebenarnya..hati dia sama je macam perempuan lain.. ingin dibelai, disayang, cepat terusik and sama jelah macam perempuan-perempuan yang lemah lembut and manja2 tue..hehehe..cumanya.. perempuan kasar nie.. dia tak suka tunjuk sangat perasaan dia nie.. almaklumlah.. perempuan kasar nie kebanyakkannya ego and keras kepala sikit..tapi..bagi aku..lebih baik macam tue.. atleast.. manjanya sorang perempuan kasar..tak semua orang boleh tengok and biasanya diorang akan jadi manja nie bila dengan pasangan mereka.. 

suke ke laki kat perempuan kasar??

Hurmmm...agak-agak lah..lelaki boleh terima ke perempuan kasar dalam hidup diorang? adakah diorang rasa tercabar?? atau mereka rasa meluat dengan perangai perempuan kasar nie?? hurmm..entah la..aku sendiri tak ada jawapan.. tapi.. bagi kami yang natural kasar nie.. bukan nye kami suka-suka nak perangai cmnie.. maybe..suasana and keadaan sekeliling yang buat kami berpewatakan macam nie.. tapi takkan lah tiba-tiba aku nak berubah jadi lembut pulak kan? mau orang yang rapat dengan aku terjun lombong, terpengsan and mati tekejut nanti bila tengok aku jadi lemah lembut..hehehhe.. apa-apa pon, selagi tak melampaui batas..tak apa kot kan??and PLEASE DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.. KENALI AND SELAMI HATI MEREKA JIKA INGIN MENGENALI MEREKA  =)


valentine day

Assalammualaikum,

Today, 2 february 2012, mesti ramai anak-anak muda yang tak sabar nak menunggu tarikh keramat 14 february kan? cik nad pasti..ramai yang sedang kalut dok memikirkan ..tempat and hadiah yang perlu di sediakan untuk sambutan tarikh keramat ini.. tapi.. sebelum itu.. cik nad nak tanya.. awak yang sibuk kalut nak sambut valentine nie..beragama ape yerk?? kalau yang beragama selain dari agama islam.. cik nad tak mau nak campur..but.. for MUSLIM.. please.. stop think about it..and jangan la pulak korang kalut nak meraikan hari ini.. 




rasanya..ramai yang dah tau.. sebagai seorang yang beragama islam..kita dilarang sama sekali dari menyambut hari kekasih a.k.a valentine day nie..sejarah hari valentine tidak ada di dalam islam...amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian yang bercanggah dengan islam...islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam valentine kerana agama yang diamalkannya boleh menggugat akidah islam.,,hukum islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah saw:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut." 
(Riwayat Abu Daud)



Cik nad nak kongsikan sikit pasal sejarah valentine day nie bagi mereka yang belum tahu tentang sejarah 14 february nie.. sebenarnye perkataan valentine diambil semperna nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine.. jasa paderi ini yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 February 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri..So, 14 February disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.



selain dari itu, sejarah valentine juga ada menceritakan tentangseorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

.

Sebagai seorang muslim.. takkan lah kita nak sambut..hari kemenangan mereka yang telah menumpaskan kerajaan islam kita?? fikirlah baik-baik.. kalau nak tahu lebih banyak pasal sejarah valentine nie.. cik nad rasa..boleh lah search kat internet kan?so.. bila dah tau nie.. fikir lah baik2.. perlukah kita sambut valentine day nie? takyah nak cakap pasal kuno or tak open minded lah.. jangan nak terlalu open minded sampai boleh mengugat agama sendiri.. tunggu ape lagi?? SAY NO TO VALENTINE DAY!!



underwold awakening memang best!!

Assalammualaikum,

dah lama rasanye aku tak update blog..almaklumlah..sekarang nie dok busy je memanjang.. duduk rumah pon cuti2 nie..sibuk jadi surirumah tangga.. huhuhuhu...dah lama rasanya tak berpotpet2 kat sini kan? so.. cik nad nak cerita sikit la pasal movie yang cik nad baru pergi tengok last week dengan teman2 lama di times square .



underwold? pernah tak korang tengok movie ni b4 ni ?? kalau tak pernah..seriously rugi.. sebab..cerita die memang tip top!! di sebabkan cik nad minat sangat dengan cerita underworld nie.. cik nad terus ajak kawan2 tengok movie nie.. siap amik tiket 3D lgi tau..hehehe.. 




ceritanye mengisahkan tentang vampire and lycan .. lycan tue serigala jadian la tue..dlu vampire selene. dok bercinta dengan lycan and dapat tentangan dari kaum2 vampire..then, manusia nk hapuskan 2 kaum nie..and diorang ada wat sikit kajian la.. vampire selene nie di penjara beberapa puluh tahun ke ratus..cmtue lah.. then.. bila die terlepas dari penjara..dia tengok..dunia nie da berubah.. and die tak sangka.. dia ada anak hasil dari dia n lycan kekasih tercitanye tue.. and banyak pergolakan berlaku bila kaum lycan nak amik anak dia.. 

ni pulak anak hasil dari vampire+lycan

seriously.. bagi cik nad yang minat dengan cerita underworld nie.. memang best la.. tapi menyesal sikit la tengok guna 3D sebab..tak banyak pon aksi yg mengguanakan 3D nie.. tunggu pe lagi? g tengok.. siyes best!!