Pages

Friday, September 30, 2011

HARI JUMAAT

Assalammualaikum,
Memandangkan hari ni hari jumaat, aku nak bercerita sedikit tentang keberkatan dan kelebihan hari jumaat yang indah ini.  Hari jumaat ni adalah penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) dan merupakan hari untuk umat islam di seluruh dunai berkumpul memanjatkan doa dan melakukan amal kebajikan untuk mendapatkan keredhaan  dan rahmat dari Allah S.W.T.  Maka hari ini (jumaat) adalah untuk kita dan besok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum nasrani.

Pada hari jumaat berlakunya 5 peristawa yang penting iaitu:
1. Allah ciptakan Nabi Adam
2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3. Allah mematikan Nabi Adam
4. Allah akan memperkenankan permohonan seorang hambanya selagi mereka tidak meminta sesuatu yang haram.
5. Akan terjadinya hari kiamat.  Tidak ada satu malaikat sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah S.W.T, langit, bumi, gunung, angin juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.(Riwayat Hadis Muslim)

Pada hari jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke bumi.  Ditangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, mereka akan berdiri di pintu-pintu masjid, mencatatkan nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang jumaat. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan didalam buku kehadiran malaikat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata:

"Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat"

Jadi, hari jumaat bukanlah sebarang hari, malah begitu di muliakan.  Pada hari ini, kita perlu memperbannyakkan lagi kebajikan dan berdoalah kepada Allah S.W.T dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.  Semoga pada hari jumaat yang penuh barakah ini, kita diredhai Allah S.W.T. =)






Thursday, September 29, 2011

rahisa kiraan tarikh lahir

Assalammualaikum, 
tetiba plak malam nie aku teringat satu benda yang aku nak kongsi pasal rahsia di sebalik tarikh lahir kita nie..benda nie aku da jadikan aku punye topik tok presetation aku sem lepas. hope you'll akan enjoy =)

CONTOH KIRAAN DARI TARIKH LAHIR: 


Contoh:
14 november 1988
1+4+1+1+1+9+8+8=33
kite akan kecik kan lagi supaya dapat stu no digit sahaja..
so, 3+3= 6.. so, cik nad adalah lucky no 6. 

Keterangan nombor lahir

1. KETULENAN
-hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. golongan ni merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.Perkara yang perlu dipelajari: idea dan pendapat yagn lain mungkin lebih baik.Berfikirlah secara terbuka

2.PENDAMAI

Dilahirkan sebagai diplomat.  Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Sangant analitikal dan suka ikut gerak hati. mereka tidak suka bersendirian tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan terjalin itu tidak serasi. persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya dalam hidup. Golongan ni sangat pemalu. mereka perlu belajar untuk meningkatkan nilai kendiri dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.  

3. CERIA

Merka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah untuk di bawa berunding.  Mereka suka memulakan sesuatu. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ni perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4.KONSERVATIF

Golongan ni sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.  mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang patut mereka lakukan.  Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.  Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya di anggap degil. mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sediri.

5. PERINTIS

Mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangan bersemangat. Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka. Mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang mereka tempuhi. Persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah terhenti. golongan ni di nasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. ROMANTIK

Golongan ni adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.  Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka.Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.  Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.  mereka suka seni muzik dan menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.  Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. INTELEKTUAL

Golongan ini adalah pencari dan selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.  Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka  dan mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalakan.  Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.  Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.  Mereka sangat gemar berahsia.  Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8.PENYELESAIAN

Golongan ini adalah penyelesai masalah.  mereka adalah profesional, berterus terang, penialai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia.  Mereka melihat manusia secara objektif.  Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka sendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9.PELAKON

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa pun yang dianggap asing pada pandangan mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama sesumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan.  Untuk berjaya, golongan ni perlu membina landasan kasih sayang..


Wednesday, September 28, 2011

pembuangan bayi

Assalammualaikum, 
hampir setiap hari mesti ada je kita dengar cerita pasal kes pembuangan bayi nie.. itu pon kalau korang alert la dengan isu nie.. isu ni sangat lah menjadi-jadi sekarang nie.. tah la..aku sendiri pon tak faham lah dengan manusia zaman sekarang nie yang sanggup buang bayi mereka merata-rata macam kat tepi longkang, kawasan pembuangan sampah, sungai. dan macam -macam lagi lah..


Paling aku nak salahkan dalam hal nie adalah perempuan.. bukan ke seorang wanita itu di kurniakan oleh Allah S.W.T dengan perasaan kasih sayang dan penuh dengan naluri keibuan??kenapa korang sendiri sanggup buang bayi korang merata-rata??mana perginye perasaan kasih dan sayang korang tu erk??

mana perginye naluri keibuan korang yer?? korang sanggup jerk usung perut ke hulu ke hilir selama 9 bulan..takkan lah dalalm tempoh 9 bulan tue.. tak timbul perasaan kasihan korang dengan bayi yang tak bersalah tu?? kenapa korang sanggup wat macam tu? jangan nak cakap pasal malu dengan masyarakat setempat lah.. patutnye kite lebih rasa malu dan takut dengan Allah.. buat maksiat tue dah satu hal.. nak buang bayi dan sanggup jadi pembunuh tue masalah lain pulak...

ingat lah, anak itu adalah pemberian Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya.. dan dia adalah amanah dari Allah S.W.T untuk kita menjaganya.. jadi..mereka-mereka yang sudah terlanjur nie.. patutnya..lebih menginsafi diri dan tak perlulah berbuat dosa lagi.. jaga dan peliharalah anak yang tidak berdosa itu daripada terus membuang mereka merata-rata dan terus menjadikan mereka mangsa kezaliman duniawi ini..





Sunday, September 25, 2011

Duit hantaran perkahwinan


assalammualaikum, 
hello kengkawan.. hari ni.. aku tetiba jerk nak cerita pasal duit hantaran.. almaklumlah.. sejak dua menjak nie asyik fikir pasal khawin jerk... huhuhhuh..,haaa.. aku nak tanya sikit lah kan.. apa yang korang tahu pasal duit hantaran nie??



untuk pengetahuan korang semua, duit hantaran ni sebenarnye adalah hadiah ikhlas dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan..dan ia tak lah wajib macam wang mas khawin yang memang wajib di berikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di sebabkan perkahwinan tu.. tapi, aku tengok zaman sekarang nie.. wang hantaran ni dah jadi macam wajib jerk..ni semua di sebabkan .. masyarakat kita yang melihat jumlah wang hantaran tue sebagai darjat kemampuan si pengantin lelaki nie.. and nak  menunjukkan kehebatan sesebuah majlis perkahwinan tue.. 

lagi membebankan, bila pihak perempuan minta wang hantaran yang beribu riban.. yang kadang-kadang tak masuk dek akal...nak pulak orang sekarang ni punya pemikiran::

. "OWH... AKU KENE MINTAK BANYAK-BANYAK WANG HANTARAN SEBABNYE.. ANAK AKU BELAJAR TINGGI ..".. 

aiayaaa.. macam tue pon boleh ke?? sudah-sudah la.. kita kalau nak mintak pun,, biar la tengok kemampuan pihak lelaki.. kesian kat diaorang.. bersungguh-sungguh dan kerja lintang pukang sebab nak dapatkan duit sebanyak mana yang pihak perempuan nak.. dan ada juge sesetengah lelaki yang sanggup bergolok bergadai harta benda dan ada juga yang sampai wat pinjaman peribadi..semata-mata nak penuhi kehendak pihak perempuan.. kesian .. sepatutnya.. ibu bapa lebih berfikiran jauh..mana satu yang diorang nak?? 


 kenduri yang grand dan glamour di hotel yang hanya untuk sehari dua tue??.. 
OR


melihat .kehidupan anak dan menantu diorang yang menanggung bebanan hutang walaupon dah beranak 10???.

jadi, bagi aku, kita tak perlulah terlalu demand dan terlalu mengikut perasaan tentang duit hantaran tue.. biarlah kita meletakkan jumlah duit hantaran yang sederhana dan mengikut kemampuan pihak lelaki.. jangan lah di sebabkan jumlah wang hantaran yang tinggi.. anak kita tak khawin-khawin.. ingat balik,salah satu  kebaikan sesuatu perkahwinan adalah untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat...takkan kita sanggup tengok anak kita berdua-dua macam ni dari terus membenarkan mereka ada ikatan yang sah...


so, kita seharusnya lebih berfikiran terbuka dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu dalam membuat sesuatu keputusan.. biarlah jumlah wang hantaran itu di persetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki....Jadi, jika semuanya tidak pening kepala.. perkahwinan itu akan menjadi sesuatu yang bahagia dan tidak merungsingkan~~


Saturday, September 24, 2011

CIK NAD GATAI NAK KHAWIN...~~

kuang3x~~  duit tak ada.. tapi hati mau khawin.. apa dayaku .. ohoooo kawan... .. hurmm.. sejak dua menjak nie.. aku pon tak tahu lah kenapa la dengan aku nie.. otak aku nie fikir nak khawin jerk..huhuuh.. dah kene sampuk dek setan tak??hahahahah... tapi apakan daye.. itu semua hanyalah khayalan belaka.. dan mimpi itu tak mungkin jadi kenyataan.. bukan lah maksud aku tak kan jadi langsung.. tapi.. maksud aku.. untuk masa terdekat ini lah.. conform la tak mungkin kan.??huhuhu...

ni semua mesti sebab aku seronok tengok orang sekeliling aku.. kawan-kawan seangkatan dengan aku ..kebanyakannya dah berkhawin dan di kurniakan anak-anak yang comel.. tue la sebabnye datang gatal aku nak khawin jugak..huhu..

sedar lah diri ko tue nad.. kau tau kan study lagi. belaja pon tak abis-abis. dah sibuk nak fikir pasal khawin.. dah tue tak nak kalah.. siap dah fikir tue nak wat weeding bertemakan ala-ala arab gitu..huhuhu.. terok betul lah mak joyah nie melalut and berangan.. haaa...kalau boleh..aku nye weeding nak wat ala-ala cam nie..:

kononnye nak khwn t nak pakai ala-ala arab la kan.. konon..huhuhu

and tok laki pon juz pakai simple jerk.. x de la nak pakai tanjak bagai..huhu..kononnnnn..kalau nak pakai cmtu. kita pakai kat rumah pengantin lelaki pulak..

then makanan pon tentu la ala-ala arab gak kan..


tapi .. kalau weeding aku ..conform lah tak ada nak bersanding-sanding nie.. sebabkan family aku agak hormat dengan family die.. jadi.. kami tidak akan bersanding.. kalau nak bersanding juga.. kate si dia " sanding depan family saje"..huhuhu.. tak ape lah .. janji dapat gak merasa bersanding and bergambar atas pelamin..huhuhuu.. 

so,kalau aku berangan nak khawin ala-ala gini.. aku kene lah kumpul duit bebanyak..kalau khawin awal.. alamatnye.. nikah kat surau je lah..hahahhaa.. apa-apa pon.. i hope...my dreams come true la..aminnnnn~~



kucing oh kucing

sejak dua menjak nie kan.. aku pun peliklah.. bayak pulak kucing yang tak bertuan datang rumah aku..then nak bermanja-manja.. pelik bin ajaib sungguh... dia bukan takat datang umah ajerk.. siap bawak member-member dia lagi tue..huhu..apa maknanye kalau haiwan nie suka datang rumah kita erk?? siap datang and tinggal terus kat rumah aku.

.aku ni kan suka fikir negative.. so.. aku dok fikir.. aku nie dah nak mati ke?? kenapa kucing-kucing nie suka datang rumah and nak bermanja-manja dengan aku?? baik semacam je kucing-kucing nie.. huhuuu.. tapi aku layan kan aje kucing-kucing tue.. sampai kan adik aku si kenit tue sound aku " kakak nie layan kucing tue macam adik akak pulak.." huhuhu..kan dah kene setepek..

aku da juga try cari jawapannye..ada juga yang kata.. kita akan di datangi rezeki la... tapi aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.. biarlah ia menjadi rahsia..huhuu.. itu semua Allah S.W.T yang punya kerja.. yang penting.. kita terima kucing itu seadanya dan beri layanan dan makanan yang baik kepada mereka..kalau kita buat baik.. tuhan akan beri balasan yang baik kat kita pula..~


ASYIK LUPA AJE!

hurmmm.. akhirnya aku terpaksa buat blog baru.. nie semua pasal masalah hilang ingatan aku sejak akhir-akhir ni.. aku pun tak paham la.. kenapa la sekarang nie aku jadi pelupa.. agaknye.. selalu telan encik semut kot...huhuhuh.. boleh tak korang bayangkan.. dah berapa kali aku tukar password blog aku nie.. tapi tetap tak ingat-ingat juga.. lastly, bila aku nak update blog aku.. aku terlupa dengan aku punya username sekali.. adoyaiiii...ape kena la dengan aku sekarang nie.. tengok gaya.. penyakit lupa aku nie dah makin merbahaya..huhuuh.. takkan lah aku nak tampal semua kertas tok remind aku pasal semua benda macam nie..huhuhu..

ishhhh!! tak mau lah aku.. dah macam ape jerk..huhuhu.. and aku da wat sikit research pasal pelupa nie.. and aku nak kongsi serba sedikit cara-cara untuk mengelakkan diri kita dari terjebak dari simptom pelupa nie..ni kirenye petua ulama .. sumber: harian metro 

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

so, dengan adanya petua-petua ni.. dapat lah kita sama-sama mengelakkan diri kita dari terus menjadi pelupa..huhu. especially aku lah..huhuuhu...sama-sama lah kita menjaga kesihatan kita agar minda kita terus cergas dan sihat dan tidak mudah lupa tentang sesuatu perkara..  =)