Pages

Thursday, January 10, 2013

TAKDIR CINTA - BAB 15, 16, 17


TAKDIR CINTA

BAB 15

Balqis seakan tidak percaya tatkala membaca kad jemputan perkahwinan yang baru diberikan oleh ibunya.  Kad perkahwinan itu di baca berkali-kali.  Adakah dia tersilap baca atau matanya yang rabun?  Kad perkahwinan berwarna turquoise yang di sulami ukiran emas di tatapnya untuk entah yang keberapa kalinya.  Di bacanya butiran itu satu persatu.

UTUSAN RAJA SEHARI

Bismillahirrahmanirrahim

Datuk Soffian Bin Haji Awang
&
Datin Maimunah Binti Jusoh

Dengan segala hormanya menjemput
Tan Seri/Puan Seri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

Ke majlis resepsi perkahwinan putera kami

Adam Syafiq Bin DAtuk Soffian
Dengan  pasangannya
Umairah Binti Zulkarnain

Meraikan pertemuan dua hati mendirikan istana kasih
Pada sabtu, 20hb Oktober 2012
Semoga dengan kehadiran dan doa rstu para tetamu akan menyerikan lagi majlis kami sera mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T  Terima kaish dan wasalam.

            Bagai mahu di siat-siat sahaja kad undangan perkahwinan itu.  Balqis terus berlari memasuki kamarnya.  Segala yang ada berhampiran dengannya saat itu semua di lemparkan ke diding.  Tingkah bagai di rasuk syaitan.  Mana mungkin dia menerima kenyataan yang Adam Syafiq akan bernikah seminggu lagi. 


“Macam mana kau boleh nak berkahwin dengan orang lain?  Bukankah kau tu memang untuk aku?  Kenapa mesti kau kahwin dengan orang lain? Kau untuk aku!! Bukan untuk orang lain!!! ”jeritan Balqis bergema di seluruh biliknya.

Di balingnya pula pasu bunga perhiasan yang berada di atas mejanya ke lantai.  Hancur berkecai dan bertaburan serpihaan kaca pasu itu di atas lantai.  Walau seteruk mana pun bertaburnya kaca di atas lantai itu, tetap tidak sama seperti mana berkecai hancur segala impiannya untuk memiliki Adam Syafiq. 

Ya, dari kecil lagi dia sudah menaruh hati terhadap pada itu.  Tidak kah sekali pun Adam dapat melihat rasa cintanya terhadap Adam Syafiq?  Apakah dia buta atau dia memang sengaja tidak mahu tahu tentang perasaan itu?  Mana janji Datin Maimunah yang ingin menjadikan dirinya sebagai menantu?  Mana?!

Balqis menagis teresak-esak di sudut tepi katil.  Tidak sanggup dia menerima kenyataan yang Adam Syafiq akan menjadi milik orang lain.  Siapakah gadis yang bisa menambat hati Adam Syafiq?  Apa hebatkah si perempuan itu sehinggakan Adam Syafiq tidak memandang dan membalas cintanya?

Xxxxxxxxxxxxx

            Umairah sibuk mengubah barang hantaran untuk di berikan kepada pihak lelaki.  Tinggal sedikit sahaja lagi gubahan hantaran itu akan siap.  Bukannya tidak ada yang mahu menolong untuk menyiapkan barang hantaran itu, tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sendiri. 

Adam Syafiq juga ada memberi pendapat agar gubahan hantaran itu di siapkan sendiri oleh wedding planner yang telah di upah, namun Umairah tetap berkeras untuk melakukannya sendiri.  Baginya, dia akan merasa lebih puas jika hantaran-hantaran itu di gubah oleh dirinya sendiri.  Lagipun, Adam Syafiq sudah mengeluarkan duit yang begitu besar jumlahnya untuk membeli segala keperluan hantaran bagi kedua belah pihak lelaki dan perempuan.  Jadi, dia tidak mahu membebankan Adam untuk membayar upah wedding planner untuk menyiapkan barangan hantaran bagi pihaknya pula.

Ketukan dipintu mengejutkan Umairah.  Masakan tidak, jam sudah pun beralih ke angka dua pagi.  Siapa pula yang masih belum tidur lagi?

Setelah kunci dibuka, wajah Haslinda mula tersenggul di muka pintu.  Senyuman manis di lemparkan ke arah Umairah.  Kakinya mula menapak masuk ke bilik Umairah yang sederhana besarnya.  Bilik yang sudah di penuhi dengan barang-barang hantaran.  Cuma biliknya sahaja yang masih belum di gubah seperti bilik pengantin

“Tak tidur lagi ke kak?” Soal Umairah sambil tangannya melilit-lilit reben di atas bakul hantaran.

“Belum lagi.  Tadi akak nak join Umairah, tapi Aliff tu tak mahu tidur lagi.  Puas lah akak nak tidurkan dia.  Tu dia dah tidur, baru lah akak senang sikit. Erm, banyak lagi ke yang tak siap lagi? Meh akak tolong.”

“Dah tak ada apa dah kak.  Tinggal nak hias bakul untuk letak buah-buahan je nanti. Yang lain semua dah siap dah.”

“Oh, yeke?  Kalau macam tu nanti, bilik ni kita hias sama-sama ye?  Umairah dah ada idea ke?” soal Haslinda.

“Tak ada lagi idea nya kak. Umairah ingat nak tiru je dalam majalah pengantin tu.  Asal nampak macam bilik pengantin sudah.” Tawa Umairah.

“Tak apa, nanti akak tolong apa yang patut.  Umairah dah sedia nak kahwin? Tak sampai seminggu lagi Umairah akan jadi isteri orang.  Nanti kalau dah kahwin,  Umairah kena ingat perkahwinan ni ada pasang dan surutnya.  Akak harap Umairah dapatlah kawal keadaan, jangan bagi keadaan tu yang kawal kita. Jaga aib suami.  Ikut kehendak suami selagi kena dengan syariatnya.”

“Ye kak, Umairah akan ingat pesan akak.”
                                                                            
“Haaaa, lagi satu.  Benda ni akak nak sangat kongsi dengan Umairah.  Wasiat Rasullullah SAW kepada Sayidina Alia bin Abi Talib r.a.  Dimana baginda telah bersabada: Dan laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu susu, cuka, ketumbar dan epal masam kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat zuriat.  Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

“Thanks akak.  Ini ilmu baru bagi Umairah tau.  Seriously, Umairah tak pernah dengar fasal hal ni.”

“Itu apa yang akak pernah terbaca.  Tapi rezeki nak dapatkan zuriat semua tu kan dari tangan Allah S.W.T.  Andai kata Allah nak beri kita rezeki anak, kita akan dapat anak.  Andai kata kita tak dapat, itu belum rezeki kita.  InsyaAllah, Allah akan beri juga satu hari nanti.  Kita usaha dan terus usaha sahaja.  Umairah ada plan nak dapatkan anak awal ke?”

“Eh, akak ni.  Kahwin pun belum.  Akak dah tanya fasal tu.”pipi Umairah mula berona merah. 

“Alaaa, kita-kita je pun.  Bukan ada orang lain.  Lagipun awak tu dah nak kahwin dah.  Apa lah yang nak di malukan sangat tu?” tawa Haslinda.

“Ermmm, kalau boleh Umairah tak nak rancang.  Dapat awal lagi bagus.  Kalau kita rancang-rancang nanti, takut lambat pula dapatnya kan?  So, Umairah terima je.  Ada rezeki awal, alhamdulillah.  Kalau lambat pun tak apa.  Umairah redha.” 

“Yang penting kena usaha.  Kalau Umairah nak tips-tips berumah tangga ni.  Tanya je dekat akak.  Anytime akak boleh jadi cikgu Umairah.”

Umairah tertawa kecil melihat keletah kakak iparnya.  Hubungannya dengan Haslinda bukan lagi seperti kakak ipar, bahkan sudah seperti kakak kandungnya sendiri.  Haslinda yang peramah dan ceria sering menjadi tempat dia meluahkan perasaan.  Syukur dia di kurniakan kakak ipar sebaik Haslinda.

“Tips berumah tangga yang mana satu tu kak?”seloroh Umairah.

“Yang mana-mana pun boleh.  Akak memang expert bab berumah tangga ni.  Sebab tu Abang Zafrul tu asyik kena cubit je dengan akak.” Berderai ketawa Haslinda dan Umairah.  Serta-merta kedua-dua mereka menekup mulut.  Takut tawa mereka menganggu tidur penghuni yang lain.

“Akak ni kan, lawak sungguh lah.  Nanti macam mana lah kan kalau Umairah dah kahwin? Mesti rindu dekat akak,”

“Ala, biasa lah tu.  Bila kita dah kahwin , kita ada komitmen lain.  Banyak benda lagi yang kita akan fikirkan.  Tak apa, kalau Umairah rindu akak senang je. Pandang bintang, mesti ingat akak.  Sebab akak ni kan cantik macam bintang.”

“Akak ni perasan betullah.  Kalau abang Zafrul dengar ni.  Mahu dia gelakkan akak.”

“Eleh, abang Zafrul tu mendengki.  Dia tu mana pernah nak puji akak.  Susah sangat nak dengar dia puji.  Yang selalunya dia dok sakat akak.”

“Itulah yang buat rumah tangga akak manis sentiasa.  Gurau senda.  Kan ke?  Kalau asyik kena puji, takut tak ikhlas pula.  Tapi kalau dapat suami yang macam abang Zafrul tu.  Sekali dia puji, memang betul-betul dia maksudkan tu..”  Kata-kata Umairah di balas dengan cebikkan Haslinda. 

“Eh, dah lah.  Kerja pun dah siapkan?  Dah tak ada apa yang perlu akak tolongkan?  Akak nak masuk bilik dulu lah.  Nak tidur.  Awak tu pun, jangan tidur lambat.  Pengantin kena banyak rehat.  Kalau tidur lambat, nanti mata sembab.  Dah hilang seri pengantin.  Nanti orang tengok pengantin mata dah macam panda.”

“Panda pun comel apa?”

“Comel memang lah comel.  Tapi mata tu dah macam kena tumbuk.”

“Okay juga tu.  Tak payah lah Umairah nak pakai eyeshadow.”

“Amboi dia.  Orang cakap sikit dia berceloteh pula.”

“Siapa yang ajar?  Akak juga kan?” tawa Umairah.

“Eh, dah lah.  Kalau akak dok layan kan Umairah, sampai ke subuh lah tak tidur akak di buatnya.  Dah-dah, pergi tidur cepat.  Anak dara tak elok tidur lewat.  Nanti hilang seri Umairah, pergi dekat akak pulak.  Dah lah akak ni memang berseri-seri.”

“Yelah kak.  Umairah pun dah nak tidur ni. Good nite kak.”

Good nite too.  Sweet dream bakal pengantin.  Jangan mimpi Adam sudah malam ni.” Sempat lagi Haslinda mengusik sebelum melangkah keluar.


BAB 16

            Umairah duduk di birai katil setelah siap disolek oleh mak andam.  Walaupun dia hanya bersolek dengan solekan yang tipis, namun raut wajahnya tetap berseri-seri.  Di pandangnya ke arah jari jemarinya yang merah di inai malam tadi.  Serta merta dadanya berdegup kencang.  Manakan tidak, sebentar sahaja lagi dia akan di ijab kabulkan dengan lelaki yang tidak di kenalinya sebelum ini. 

            Umairah menarik nafas pelahan. Sungguh dia tidak menyangka, Adam Syafiq lelaki yang pernah menjadi pelanggan nasi lemaknya bakal menjadi suami pada bila-bila masa sahaja lagi.  Dia tidak pernah menduga yang dia akan di jodohkan dengan lelaki luar dari Pulau ini.  Apatah lagi lelaki yang datang dari kedudukan yang tinggi dan berharta.  Sungguh dia tidak sangka.

            Nun di ruang tamu dia dapat mendengar hiruk pikuk tetamu dan sedara mara yang hadir.  Betapa meriahnya suasana ketika itu.  Terasa seperti ingin turut serta bergembira bersama yang lain.  Tapi dia masih waras.  Majlis ini untuknya.  Masakan dia ingin keluar bemesra bersama tetamu yang hadir walhal dirinya masih menunggu saat untuk di ijab kabulkan? 

            Pintu bilik di kuak pelahan.  Zainab melangkah masuk ke dalam dengan menghadiahkan senyuman ke arah anak perempuannya.  Terasa berat untuk melepaskan anak sebaik Umairah.  Tetapi dia redha kerana Umairah bukan sahaja untuknya.  Umairah juga akan mempunyai kehidupan sendiri selepas begelar isteri. 

            “Cantiknya anak umi.” Puji Zainab.

            Umairah hanya tersenyum hambar.  Pujian si ibu tidak dapat menapak di hatinya.  Masakan tidak, perasaan sayu lebih dahulu menerjah ke tangkai hatinya bila terlihatkan  wajah ibunya melangkah masuk ke dalam kamarnya.  Berat pula rasa hatinya untuk  meninggalkan si ibu yang selama ini sentiasa berada di sampingnya.

            “Rombongan pihak lelaki dah sampai. Kita dah nak mulakan upacara akad nikah.  Anak umi dah sedia?” soal Zainab.

            Serta merta degupan jantung Umairah berlari kencang.  Perasaan yang bukan di buat-buat.  Dia pasti semua perempuan yang bakal di ijab kabulkan pasti merasai perasaan yang sama dengannya tatkala ini.  Dadanya di urut lembut.  Perasaan takut dan gundah jelas terpancar di wajahnya.

            “Kenapa sayang? Umairah takut ye?”Soal Zainab.

            Umairah hanya mengangguk pelahan menjawab pertanyaan Zainab.  Tangannya di capai Zainab.  Sejuk.  Jelas sekali Umairah sedang takut dan gementar. Tubuhnya di raih ke dalam dakapan ibu.

            “Umairah jangan takut.  Kalau takut, banyakkan zikir dan doa kepada Allah.  Baca doa penenang hati.  Allah S.W.T  pernah berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan.  Maka doa penenang hati adalah pemohonan kepada Allah SWT agar menenangkan hati kamu yang sedang gundah gulana.  Jadi, Umairah baca doa penang hati supaya hati tu tenang dan perasaan takut tu hilang.”Pesan Zainab.

            Seta merta Umairah membaca doa di dalam hatinya.  Semoga dengan doa ini, Allah akan menenangkan jiwanya dan menghilangkan perasaan takutnya ketika ini.

Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
Di tempat kedukaan dengan kegembiraan
Dan di tempat ketakutan dengan keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan
Dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan
Dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini dengan kedamaian
Dan berilah balasan baginya dengan kejayaan yang sudah hampir

Ya Allah, halalkanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu
Dan tindakan-tindakan ku yang kelur kepada jalan Mu yang lurus
Dan palingkanlah orang-orang yang menyimpang
dari jalan Mu kepada hidayah-Mu

Ya Allah, lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran
Dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran,
Dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-Mu
Dalam keadaan terhina

Ya Allah, lenyapkanlah dukacitaku, hilangkanlah kesedihananku
Sembuhkanlah kesakitanku, dah halaulah keresahan dari jiwaku

Ya Rabb, Ya tuhanku, Daku berlindung kepada_mu
Dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada-Mu
Daku tidak meminta tolong melainkan kepada-Mu
Engkaulah pemelihara ku
Sebaik-baik pelindung dan penolong.

Tangannya di raup ke muka.  Di biarkan tangan itu meraup wajahnya beberapa kali.  Kemudian tangan itu beralih ke dadanya.  Di pegangnya dada yang berdetak hebat.  Semoga hatinya itu tenang dan pergi segala gundah gulananya.

            Pintu biliknya di ketuk dari luar.  Haslinda pula datang masuk ke dalam bilik untuk memanggil Umairah keluar.  Upacara akad nikah ingin di adakan sebentar sahaja lagi.  Tangan Umairah di pimpin melangkah keluar dari kamarnya.  Mukanya di tundukkan.  Tidak mampu rasanya memandang tetamu yang hadir saat ini.

            Umairah duduk bersimpuh di atas bantal bulat yang menjadi alas duduknya.  Tangan Haslinda masih lagi di genggam erat seolah-olah ingin mendapatkan semangat Haslinda sambil mendengar tazkirah yang di berikan oleh tok kadi denga teliti. 

            Usai tok kadi membacakan tazkirah kepada kedua pasang mempelai, Adam Syafiq di minta untuk melafazkan kalimah dua syahadah dan beberapa rukun nikah.  Semuanya dapat dijawab dengan baik dan mendapat pujian dari tok kadi.

            Usai sesi soal jawab.  Tok kadi mula dengan tugasnya untuk melakukan upacara ijab dan kabul.  Zafrul yang merupakan satu-satunya abang kandung Umairah megambil tempat sebagai wali bagi menggantikan bapanya yang sudah lama meninggal dunia.  Suasana yang riuh tadi menjadi sepi.  Semua mata memandang ke arah Adam Syafiq.

            “Bismillahirrahmanirrahim.  Aku Mohammad Zafrul Bin Zulkarnain menikahkan di kau, Adam Syafiq Bin Datuk Soffian dengan adik perempuanku, Umairah Binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran.”

            “Aku terima nikahnya Umairah Binti Zulkarnain dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran.”  Dengan tenang Adam Syafiq mengucapkan kalimah ijab dan kabul.



            “Sah.”kata Zafrul dan dituruti oleh tetamu dan saksi yang hadir. 

            Dengan sekali nafas Umairah sudah bergelar isteri kepada Adam Syafiq. Tidak semena-mena air mata membasahi pipi Umairah.  Air mata kebahagiaan dan penuh kesyukuran. Sungguh dia tidak menyangka, perjalanan nikahnya berlangsung dengan mudah dan cepat.  Segala pujian di panjatkan pada yang Esa.  Kini dia sudah sah menjadi isteri kepada Adam Syafiq.  Lelaki asing yang telah pun menjadi suaminya.  Adam Syafiq yang kini menjadi imamnya. 

            Doa di bacakan oleh tok kadi dengan suara yang sangat lunak dan bergemersik.  Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sebaknya hati Umairah ketika mengaminkan setiap lafaz doa itu.  Adam Syafiq juga khusyuk mengaminkan doa begitu juga dengan tetamu yang lain.  Moga rumah tangga mereka sentiasa dalam keadaan bahagia dan di rahmati Allah SWT. 

            Usai doa, Adam berjalan merapati Umairah yang masih tertunduk malu.  Dengan pelahan tangan Umairah di raih untuk di sarungkan sebutir cincin berlian ke jari manisnya dan memaikaikan seutas gelang tangan emas.  Kemudian dia memegang ubun-ubun Umairah dengan tangan kanan dan melafazkan doa di dalam hatinya.

            “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau  ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”
           
            Selepas itu, tangan Adam Syafiq di raih dan di kucup lembut.  Perasaan bahagia mula menyelinap di segala sudut kamar hati Adam Syafiq.  Tidak semena-mena terus dia teringatkan akan mimpinya sebelum ini.  Ya, keadaannya sekarang saling tak tumpah seperti dalam mimpinya.  Cuma yang berbeza, mereka di nikahkan di rumah milik keluarga Umairah sendiri dan bukannya di masjid seperti di dalam mimpinya.
           
            Dagu Umairah di tarik ke atas.  Satu kucupan hinggap di dahi si isteri.  Seketika mata mereka bertentangan.  Jantung Adam Syafiq terus berdetak hebat.  Makin menggila rasanya. 

“Eheeemm.. eheeemmm!” Haslinda berdeham kecil.  Cepat-cepat Umairah melarikan anak matanya.  Pipinya mula berona merah.  Malu barangkali.

“Sabar ye pengantin.  Dah nikah dah pun.  Lepas ni dah boleh main mata puas-puas.” Seloroh Haslinda

Adam Syafiq hanya tersenyum.  Matanya masih melirik ke arah Umairah.  Cantik sungguh Umairah ketika ini.  Umairah, memang kena dengan namanya.  Pabila malu, wajahnya mula berona merah.  Di dalam hati Adam Syafiq tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana akhirnya dapat juga dia memilik gadis yang bernama Umairah.  Ya tuhan, terima kasih atas kurniaan yang tidak terhingga ini. 


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Kenduri majlis perkahwinan mereka juga berlangsung selepas majlis akad nikah di adakan.  Sengaja Umairah ingin melakukan kedua-dua upacara pada hari yang sama.  Baginya lebih mudah dan tidak banyak kerja. 

Majlis perkahwinan bagi pihak perempuan hanya berlangsung secara sederhana.  Tiada pelamin untuk bersanding, tiada upacara menepung tawar dan tiada sesi berkaraoke.  Walaupun begitu, majlis mereka tetap berjalan dengan lancar dan sangat meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir. 

 Bukannya Umairah katakan tidak boleh bersanding di atas pelamin.  Di dalam islam juga tidak melarang bersanding selagi majlis persandingan tersebut di buat secara tertutup iaitu di hadapan keluarga terdekat dan mahram.  Namun, masyarakat melayu masih mahu berpegang kepada adat dengan melakukan majlis persandingan di hadapan orang ramai yang mana adat itu asalnya datang dari masyarakat india. 
           
            “Saya nak minta diri dulu.” Bisik Umairah setelah ramai tetamu yang beransur pulang. Dia masih belum melakukan solat zohor sedangkan waktu asar bakal menjelang tiba.

            “Nak pergi mana?” soal Adam Syafiq.
           
            “Saya tak solat zohor lagi.  Waktu asar pun dah nak masuk ni.  Takut tak sempat pula.”

            “Kalau macam tu, kita solat sama-sama. Saya pun tak solat lagi.  Biar saya yang imamkan.”  Tangan Umairah di genggam dan di raihnya pelahan masuk ke dalam rumah.

            Adam Syafiq tersenyum tatkala memegang tangan isterinya.  Sejuk.  Mungkin Umairah masih tidak biasa atau mungkin Umairah masih belum bersedia untuk berkongsi hidup dengannya atau mungkin Umairah masih malu dengannya?  Tak mengapa, lebih baik begitu dari wanita yang sudah biasa di pegang oleh mana-mana lelaki.  Terasa dirinya sungguh bertuah kerana dapat memiliki gadis itu.

BAB 17

            Usai melakukan solat sunat, Umairah duduk di meja solek.  Rambutnya yang panjang mengurai di sikat dengan rapi.  Matanya masih leka melihat wajah dan penampilannya pada saat ini.  Takut jika penampilannya yang hanya berbaju t-shirt dan berkain batik tampak buruk di mata suaminya.  Almaklumlah, suaminya bukan calang-calang orang.  Orang bandar dan orang kampung tidak sama cita rasanya.  Tambahan pula suaminya anak orang berada.  Entah dia suka atau tidak dengan penampilan kampungnya. 

“Buat apa nak pening kepala Umairah?  Baju yang kau pakai pun bukannya baju buruk.  T-shirt baru pula tu.” Bisik hatinya.

            Ketukan di pintu membuatkan Umairah tidak keruan.  Sudah pulangkah suaminya?  Selepas solat isyak tadi Adam Syafiq memberitahunya untuk pergi ke rumah pak long Kamaruddin bersama Zafrul.  Katanya ingin berkenal-kenalan dengan saudara mara yang berada di sana. 

Segera matanya melirik ke arah jam di dinding biliknya.  Sudah hampir dua belas setengah malam. Kenapa masa di rasakan sungguh cepat berlalu? Rasanya baru sahaja dia solat isyak berjemaah bersama.  Tangannya segera mencapai tudung sarung di ampaian pakaian sebelum berlalu membuka pintu bilik yang berkunci.



Tangan Umairah membuka kunci di bahagian atas pintu dan kemudian memulas tombol pintu dengan penuh hati-hati.  Hatinya mula berdebar-debar.  Tidak sanggup rasanya berhadapan dengan Adam Syafiq ketika ini.  Terasa ngilu pula ingin berkongsi tempat tidur dengan lelaki di hadapannya kini.

“Assalammualaikum.” Sapa Adam Syafiq sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya.  Jantung Umairah berdetak bagai nak gila. 

“Waalaikumussalam.” Balas Umairah sambil menyalami tangan suaminya.

“Umairah tak tidur lagi?” Soal Adam Syafiq setelah melabuhkan punggungnya di atas katil.

“Belum lagi.  Saya baru lepas solat sunat tadi.  Encik Adam nak air?  Kalau nak, saya boleh buatkan.”  Balas Umairah gugup. 

“Tak apa.  Saya dah minum tadi kat rumah pak long.  Umairah, duduk sini kejap.” Kata Adam Syafiq sambil menepuk tilam di sebelahnya. 

Pelahan-lahan Umairah merapati Adam syafiq. Wajahnya di tundukkan.  Tidak mampu pula dia menatap mata Adam Syafiq yang sedang leka memandangnya.  Ya tuhan, panahan mata itu buatkan Umairah tidak senang duduk.  Rasa menggeletar seluruh tubuhnya.

“Kita dah kahwin.  Dah sah jadi suami isteri.  Kalau boleh, abang tak nak dengar Umairah panggil abang dengan panggilan encik Adam.” Nasihat Adam Syafiq yang sudah pun menukar gelaran saya yang sering di gunakannya kepada abang.

“Boleh Umairah panggil abang dengan gelaran abang?  Abang rasa panggilan tu lebih manis untuk pasangan suami isteri.”tambah Adam Syafiq.

Umairah mengangguk pelahan.  Segan pula bila di tegur begitu. Sungguh dia malu untuk memulakan panggilan keramat itu.  Adam Syafiq tersenyum melihat keletah isterinya yang masih malu-malu dengannya.  Wajah Umairah sudah berona merah.  Segera tangan Umairah diraih dalam genggamannya.

“Sayang, abang nak ucapkan terima kasih sangat sebab sudi jadi isteri abang.  Alhamdulillah, abang bersyukur sangat sebab akhirnya kita dapat bersatu. Percayalah, abang tak akan mensia-siakan Umairah.  Walau apa pun terjadi, walau apa pun badai yang mendatang abang akan cuba mengatasinya.”

“Abang tak perlu ucapkan terima kasih pada saya.  Ini semua kerja Allah SWT.  Dia yang satukan kita, dan Dia jugalah yang buka hati saya untuk terima abang.  Bukankah ajal maut, jodoh dan pertemuan  itu semua di tangan Allah?”

“Itu abang tahu.  Tapi abang tetap nak berterima kasih sebab awak sudi terima abang walaupun awak masih tak kenal siapa abang.  Terima kasih sayang.”

“Itu semua tak penting.  Apa yang saya tahu, Allah dah tetapkan jodoh saya dengan abang.  Saya tak kisah siapa pun abang.  Bila Allah dah gerakkan hati saya untuk terima abang, Saya tahu ada kebahagiaan di situ.  Terima kasih juga sebab sudi jadikansaya sebagai isteri abang walaupun saya hanya budak kampung dan tak layak bergandingan dengan abang.”

“Umairah jangan cakap macam tu. Abang tak pernah kisah pun Umairah datang dari kampung atau bandar.  Sebab abang percaya, kebahagiaan bukan terletak pada kedudukan dan pangkat seseorang.  Bukan juga dari mana orang itu datang.  Rasullullah SAW pun pernah bersabda: Nikahilah wanita dalam empat kategori iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya.  Pilihlah wanita yang mempunyai agama kerana dia akan menjagamu.  Dan kerana itu jugalah hati abang terpaut pada awak, Umairah.”

Umairah hanya mengangguk pelahan.  Memang benar apa yang di sabdakan oleh Rasullullah SAW.  Tapi siapakah dia untuk meletakkan dirinya di antara keempat-empat kategori itu? Dia bukanlah gadis yang mempunyai harta.  Dia juga bukan lah gadis cantik dan ilmu agamanya juga bukan lah terlalu bagus.  Dia juga masih mencari ilmu dan memerlukan seorang lelaki yang dapat membantunya dalam agamanya. 

            Adam Syafiq menarik dagu Umairah untuk melihatnya.  Rasa sayangnya pada gadis itu makin menjadi-jadi.  Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika ini.  Tangan Umairah yang lembut di usap pelahan dan ubun-ubunnya dikucup lembut. Matanya memandang tepat ke dalam mata Umairah.  Sugguh, sinar matanya lah yang sering membuat hatinya bergelora.  Senyuman di bibirnya jugalah yang membuatkan tidur malamnya tak lena.

            Tubuh Umairah di raih pelahan ke dalam pelukannya. Perasaan ingin memiliki Umairah sepenuhnya datang dengan tiba-tiba.  Siapa lah dia untuk menghalang perasaan yang hadir begitu?  Dia adalah lelaki normal yang mempunyai perasaan ingin memiliki dan nafsunya juga cuma satu iaitu  perempuan.  Tidak ada salah dan dosanya ingin memiliki gadis yang sudah bergelar isteri.  Bahkan perbuatan itu merupakan satu ibadah di sisi Allah SWT.

Umairah menanti tindakan suaminya dengan penuh debaran. Dalam takut dia cuba memberikan hak yang satu itu kepada suaminya kerana suamiya memang berhak mendapatkannya.  Siapalah dia untuk menidakkan hak itu? Tetapi perasaan takut dan tidak bersedia masih menguasai dirinya.  Tubuhnya kaku tidak memberi reaksi.  Tangannya sejuk bila di sentuh suaminya.  Sungguh perasaan yang hadir itu tidak di paksa dan bukan di buat-buat. 

Tangan Umairah masih lagi sejuk.  Sejuk seperti ais batu.  Mungkin gementar dengan tindakan Adam Syafiq.  Adam Syafiq mengucup lembut tangan Umairah.  Dia cuba mengalirkan haba bagi menghangatkan tubuh si isteri yang sejuk seperti di seliputi salji. Umairah masih seperti tadi.  Matanya di pejamkan.  Tubuhnya kaku tidak bereaksi. Mungkin, Umairah masih takut dan tidak bersedia.

            “Kenapa tangan sayang sejuk?  Sejuk macam ais batu.  Umairah takut dengan abang ke?” soal Adam Syafiq dalam tawa.

            “Eh, tak lah.  Mana ada takut.  Buat apa nak takut?”

            “Yeke tak takut?  Kalau tak takut, kenapa tangan sayang sejuk semacam je?”

            “Eh, mana ada.  Abang ni pandai-pandai je.”

            “Tak apalah.  Awak jangan risau.  Abang tak akan paksa awak kalau awak belum bersedia. Umairah tidurlah.  Abang nak solat dulu.”

            Umairah mula dipaut rasa bersalah.  Ketara sangatkah perilakunya?  Adam Syafiq yang berlalu menuju ke bilik air dipandangnya sayu.  Ya tuhan, seboleh-bolehnya dia tidak mahu dilaknat sepanjang malam.  Dia tidak mahu mengecewakan suaminya.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tiak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga ke subuh. 

Umairah masih menanti Adam Syafiq menghabiskan solat sunatnya.  Perasaan bersalah masih bersarang di hatinya.  Dia tidak mahu mengecewakan Adam.  Bukankah dia harus bersikap lebih matang. 

“Kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa dah ni sayang.” soal Adam Syafiq

“Maafkan Umairah bang.”

“Laaa, kenapa pula?  Tak ada apa lah.  Abang tak kisah pun.  Banyak lagi masa yang kita boleh habiskan bersama selepas ini.  Bukannya malam ni je.” Pujuk Adam Syafiq.

            “Tapi…”

            “Shhh!  Tak ada tapi-tapinya.  Nafsu bukan sebab utama untuk abang mengahwini Umairah.  Abang sayang kan Umairah. Dah lah.  Jom kita tidur.  Esok nak bangun pagi.” Ujar Adam Syafiq sambil melangkah menutup lampu di kamarnya.

            Belum sempat Adam Syafiq melabuhkan tubuhnya di atas katil, tubuhnya di peluk dari arah belakang.  Terkejut Adam Syafiq seketika.  Dari hujung mataya dia dapat melihat Umairah memeluknya erat.  Di leraikan rangkulan si isteri dan terus berpaling mengahadapnya. Wajah Umairah di tarik menghadapnya.  Walaupun dalam gelap, dia masih dapat melihat gadis itu menangis.  Tapi mengapa?  Adakah dia telah melukakan hati isterinya?

            “Kenapa ni sayang?”soal Adam Syafiq sambil menyeka air mata si isteri.

            “Maafkan saya bang.  saya menidakkan hak abang.  Saya tak nak dilaknat.  Saya takut.  Maafkan saya.”

            Luluh hati Adam mendengar pengakuan si isteri. Tangisannya jelas kedengaran dan benar-benar menyesakkan hatinya.  Mana mungkin dia membiarkan air mata si isteri jatuh di malam perkahwinan mereka. Tubuh Umairah di rangkulnya kemas.  Dibiarkan Umairah melepaskan tangisannya didada bidangnya.  Sungguh dia tidak marahkan Umairah semata-mata untuk mendapatkan haknya.  Dia faham sekali perasaan gadis seperti Umairah.

            “Tak apa lah sayang.  Abang sikit pun tak marah.  Demi Allah, abang tak ambil hati pun,”

            Lambat-lambat Umairah mengangkat wajahnya.  Segera Adam Syafiq menyeka air mata isterinya dengan kedua belah tangan.
           
            “Maafkan Umairah bang.” Ujar Umairah lembut.

            Adam Syafiq meletakkan jari telunjuk di atas bibir mungil milik Umairah.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu isterinya meneruskan kata-katanya. 

            “Abang sayangkan Umairah.  Jangan menangis lagi ye sayang.  Abang tak boleh tengok awak macam ni.”  Lembut suara Adam Syafiq menyapa. 

Tangan kanannya mula membelai dan megusap pipi Umairah.  Kemudian tubuh genit isterinya di tarik ke dalam rangkulannya.  Umairah membalas dengan erat.  Entah mengapa dia merasa tenang di dalam rangkulan suaminya. 

“Lepas ni, kalau boleh abang tak nak tengok Umairah menangis.  Abang tak sanggup nak tengok perempuan yang abang sayang menitiskan air mata.  Abang betul-betul sayangkan awak.  Dari saat pertama abang jumpa Umairah sampai lah ke hari ini.  Perasaan tu makin menjadi-jadi.”

Umairah yang masih di dalam dakapan Adam Syafiq hanya mendengar luahan hati suaminya itu.  Sungguh perakuan Adam Syafiq itu kedengaran sungguh ikhlas di cuping telinganya. 

“Abang nak Umairah tahu yang abang takkan tinggalkan awak sampai bila-bila. Percayalah, perasaan yang abang rasa sekarang ni tak pernah abang rasa sebelum ini.  Dan perasaan ini memang wujud setelah abang jumpa Umairah.  Abang cintakan Umairah.”

Umairah memandang anak mata Adam Syafiq untuk mencari kebenaran kata-kata suaminya.  Sungguh Adam Syafiq ikhlas memaksudkan apa yang di perkatakannya.  Satu perasaan menyelinap di seluruh ruang hatinya. 

Tudung yang masih membaluti rambut Umairah di tarik  Adam pelahan.  Walaupun dalam gelap dia dapat melihat Umairah kelihatan cantik walaupun tanpa tudung menutupi rambutnya.  Adam Syafiq mencium ubun-ubun milik Umairah.  Kucupan yang sungguh lembut dan sangat menusuk jiwa mana-mana wanita. 

            Umairah menarik nafas dalam-dalam.  Kucupan hangat di hadiahkan pula di dahinya.  Wajah mereka semakin dekat sehinggakan desahan nafas Adam Syafiq dapat di rasainya.  Untuk seketika bibir mungil milik Umairah dibasahi Adam Syafiq.  Umairah hanya membiarkan perlakuan suaminya.  Pelukan Adam Syafiq di balasnya erat.  Sungguh dia mula merasa tenang dengan kehadiran dan tindakan Adam Syafiq.  Malam ini biarlah dia menunjukkan rasa cintanya terhadap lelaki yang bergelar suaminya itu.  Sungguh dia mula menyayangi lelaki yang bernama Adam Syafiq itu.

4 comments:

  1. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete
  2. best2... smbng lgi ♥
    konflik xnak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq2 ruunna for reading.... nanti nad update lagi ye..
      konflik?? hahah.. nak tak nak kene buat.. kalau tak tak jadi cerita..huhuhu

      Delete