Pages

Saturday, December 1, 2012

TAKDIR CINTA BAB 11


TAKDIR CINTA

BAB 11


                Ketukan di pintu yang agak kuat mengejutkan Balqis yang sedang lena di buai mimpi.  Sakit hatinya bila tidurnya di ganggu.  Badannya di pusingkan ke kanan pula.  Bantal di capai dan di pekapkan di telinganya untuk menahan bunyi ketukan pintu yang menggila.  Namun, ketukan di pintu makin bertalu-talu.

                Balqis mendengus geram.  Bantal yang di pegangnya di campakkan ke arah pintu seolah-olah mahu melepaskan geram ke arah orang yang mengetuk pintu biliknya.  Siapakah gerangan orang yang berani mengganggu tidurnya?  Ini mesti kerja pembantu rumahnya.  Bukannya  dia tidak tahu yang Balqis baru sahaja pulang ke rumah jam lima setengah pagi tadi. 

                “Nak apa?” jerkah Balqis setelah membuka pintu.

                “Maaf cik Balqis.  Datuk suruh Mak Leha kejutkan cik Balqis.”

                “Isssshhh! Kau ni tak tahu ke aku ni baru balik pagi tadi?  Kau tak tahu atau buat-buat tak tahu?  Kau tahu kan aku tak suka orang kacau aku tidur!  Berapa kali aku nak cakap kat kau haaa? Apa yang bebal sangat kau ni?” herdik Balqis sambil menunjal-nunjal kepala pembantu rumahnya.

                “Maaf cik Balqis.  Bukan Mak Leha nak ganggu tidur cik Balqis, tapi Datuk yang suruh Mak Leha kejutkan cik Balqis.”

                “Habis?? Kau tak boleh nak bagi tahu bapa aku yang aku ni tengah tidur ke?  Kau tak boleh ke nak cakap apa-apa kat dia?  Kau ni memang cari penyakit kan!”

                “Maafkan Mak Leha.”

                “Maaf maaf!! Itu je lah yang kau tahu!   Kau ni memang nak kena ni!  Bodoh betul lah orang tua ni!!  Kalau tak menyakitkan hati aku sehari memang tak sah kan kau ni!”

                “Apa yang bising-bising ni Qis?” soal Datin Faridah.

                “Mama tengok lah orang gaji kesayangan mama ni.  Dah berkali-kali Qis cakap jangan ganggu Qis time Qis tidur.  Tapi orang tua ni tak faham-faham bahasa.  Bebal agaknya!!”

                Mak Leha hanya mendiamkan diri.  Kepalanya yang di tunjal-tunjal Balqis di biarkan sepi.  Takut dia untuk melawan anak majikannya itu.  Tak mengapalah jika dirinya di buat begitu asalkan dia masih dapat menumpang teduh dan mencari rezeki di rumah ini. Dan di sebabkan itulah,  dia sanggup menerima herdikan dan segala perbuatan kasar Balqis terhadap dirinya. 

                “Dah la tu Qis.  Papa suruh Mak Leha kejut Qis tadi sebab Aunty  Mun nak datang sini kejap lagi.  Diorang satu family dah on the way dah nak datang sini.  Nanti aunty Mun cari Qis, takkan lah mama dan papa nak cakap Qis tidur lagi.  Malu lah mama nanti.  Dah pukul satu setengah petang tapi anak dara mama tak tak bangun-bangun lagi.”

                “Laaaa, diorang nak datang sini nak buat apa pula?  Hisssshh!!! Menyibuk betullah!”

                “Entah lah, mana lah mama tahu.  Entah-entah diorang datang nak merisik anak mama yang cantik ni tak?”



                “Hissh! Merepek je mama ni.”

                “Manalah tahu kan?  Aunty Mun tu kan suka sangat dekat Qis.”

                “Yeke ma?  Adam?  Dia suka dekat Qis tak?” soal Balqis sambil tersenyum malu.  Amarahnya  berlalu pergi bila teringatkan Adam Syafiq.

                “Mesti lah suka.  Anak mama ni kan cantik.  Dah lah, Qis pergi mandi dan bersiap cepat.  Takut diorang dah sampai pula nanti.  Mama turun dulu ye.  Jangan lama sangat tau sayang.”

                “Okay ma.” Balas Balqis sambil berlalu masuk ke dalam biliknya.

                “Huh!  Perasan sungguh anak beranak ni.  Kalau aku jadi Datin Maimunah tu, tak ingin aku nak bermenantukan perempuan macam kau tu.  Dah lah pemalas, bengis pula tu!  Kalau macam ni lah perangai kau, jangan harap lah nak jadi menantu sesiapa pun.  Jadi hantu boleh lah!” omel Mak Leha sendirian.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                “Dah lama sampai?” Soal Balqis yang baru sahaja turun dari bilik tidurnya.  Tangan Datin Maimunah dan Datuk Suffian di salaminya. 


                “Eh, tak lah.  Baru je lagi.  Qis cantik-cantik ni nak pergi mana?”  soal Datin Maimunah riang.

                “Issshh, tak adalah aunty.  Qis memang dah biasa pakai macam ni dekat rumah.”  Balas Balqis sambil mengerling ke arah Adam Syafiq.  Sengaja ingin melihat pandangan lelaki itu.  Adakah dia juga melihat kecantikannya?

                “Qis memang macam tu Mun.  Dari kecil sampai ke besar, memang nak melawa je kerja dia.”

                “Bagus lah macam tu.  Nanti kalau dah kahwin, tak adalah suami tu naik sebu tengok dia.  Yelah suami dah lah penat-penat balik kerja,  tengok  pula isteri dengan muka selebet dan tak terurus.  Suami elok-elok penat sikit terus jadi lagi rungsing.  Tapi kalau ada isteri macam Qis ni, suami balik kerja penat-penat pun tak terasa penatnya.  Hilang sikit penat suami tu bila tengok isteri cantik dan  tahu urus diri macam Balqis ni.  Ye tak?”

                “Isshh, tak ada lah aunty.  Qis biasa-biasa je.” Balqis mula tersipu-sipu.  Matanya masih lagi melirik ke arah Adam Syafiq. 

                “Ada ke orang yang nak buat Balqis ni jadi isteri agaknya Mun? Anak I ni bukannya cantik pun.”

                “Hisssh, mahunya tak ada.  I ni dah lama berkenan dengan Balqis ni you tahu tak.  Seriously, I suka sangat dengan dia.  Bagi I, Balqis ni dah lah cantik, pandai, sopan pula tu.  Kalau boleh memang I nak jadikan dia menantu I.”

                “Kalau you suka sangat dekat Balqis ni apa tunggu lagi?  Kita nikah kan je Qis dengan Adam.  Lagipun, diorang dah lama kenal.”  Datin Faridah menambah.
 
                “Eh, you pun tak kisah ke kalau diorang ni kahwin?” Air muka Adam Syafiq mula berubah bila mendengar kata-kata ibunya, Datin Maimunah.  Dahinya berkerut seribu.

                “Of course I suka kalau diorang ni kita kahwinkan.  Balqis tu pun mesti suka dengan idea kita ni.”

                “Betul ke Balqis?  Balqis tak kisah kalau aunty jodohkan Qis dengan Adam?”  Waaah, Seronoklah kita kan kalau dapat jadi behsan?  I ni dah lama sangat nak bermenantukan Balqis ni.”

                Datuk Soffian berdehem kecil.  Sengaja ingin mengingatkan Datin Maimunah tentang percakapannya.  Ah, isterinya memang begitu.  Bercakap selalu tidak berfikir dahulu.  Bukannya dia tidak tahu yang anak mereka, Adam tidak suka jika isu ini dibangkitkan semula.  Sudah terang dan nyata yang Adam memang tidak inginkan Balqis menjadi isterinya.  Jadi, buat apa lagi jika topik ini di perkatakan?

                “Mamaaaaa…” Adam Syafiq mula bersuara.



                “Ai, Adam pula yang malu-malu?  Lelaki zaman sekarang ni dah terbalik pula ye Mun?  Dia pula yang dah jadi macam perempuan.  Apa orang kata?  Malu tapi mahu?  Tak gitu Adam?”

                “Eh, mana Fuad tadi? Tak nampak-nampak pun dari tadi?” Datuk Soffian mencelah.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kedua rakan baik ini meneruskan percakapan mereka. 

                “Oh, lupa pula.  Fuad tadi ada.  Then Tan Sri Othman ajak dia jumpa sekejap.  Nak tak nak terpaksa lah keluar.  Urusan bisness katanya.”

                Datuk Soffian hanya mengangguk pelahan.  Faham dengan keadaan seorang ahli koprat seperti Datuk Fuad.  Terpaksa berlari ke sini dan ke sana semata-mata untuk memanjukan perniagaan sendiri.  Ya, dia juga begitu sebelum ini.  Mujur Adam ada dan dialah yang selalu membantu dirinya untuk menguruskan syarikatnya.

                “Datin, makanan dah sedia.”  Mak Leha datang merapati Datin Faridah.

                “Sorry lah Mak Leha,  Qis tak tolong Mak Leha siapkan table.  Mesti Mak Leha penatkan.  Tak apa, Mak Leha pergilah berehat.  Biar Qis yang sattle kan semuanya.”  Ujar Balqis sambil mengurut lembut bahu pembantu rumahnya. 

                “Bagusnya lah Balqis ni ye bang.  Dah lah cantik, rajin pula tu.  Untungnya lah siapa yang dapat Balqis ni.”

                “Rajin?? Ini semua lakonan Balqis!! Jangan tertipu dengan luarannya.  Pandai sungguh kau belakon ye Balqis!  Perangai kau memang macam hantu!” jerit Mak Leha di dalam hati.  Sakit hatinya bila melihat sikap kepura-puraan yang di tunjukkan Balqis.

                “Tak apa lah cik Balqis, Mak Leha dah biasa dah buat semua kerja.”

                “Jangan macam tu Mak Leha.  Nanti kalau Mak Leha sakit siapa yang susah?  Qis juga yang susah tau.  Dah lah Mak Leha, pergi rehat ye.”

                “Betul kata Balqis tu Mak Leha.  Pergi lah rehat dulu.  Nanti kalau nak apa-apa saya panggil kemudian.”  Datin Faridah pula menambah.

                “Tapi…”

                “Tak ada tapi-tapi lagi.  Now, Mak Leha pergi rehat dulu ye.”

                “Eh, apa tunggu lagi? Jom kita ke ruang makan.” Pelawa Datin Faridah.

                Datin Maimunah, Datuk Soffian dan Adam Syafiq mula bergerak membontoti Datin Faridah ke ruang makan.  Balqis masih lagi memeluk dan mengurut-urut lembut bahu pembantu rumahnya.  Senyuman manis di lemparkan ke arah Mak Leha yang masih berdiri membatu.

                “Oi orang tua, kau ni memang sengaja nak cari fasal kan?” Marah Balqis apabila yang  lain sudah meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. 

                “Maaf cik Balqis.  Mak Leha tak ada niat pun nak buat cik Balqis marah.”

                “Tak ada niat kepala otak kau!  Kalau aku dah suruh pergi rehat tu, kau pergi je lah.  Tak payah nak melawan pula.  Sibuk pula nak tunjuk rajin depan orang lain.  Kau dengar sini baik-baik ye.  Kalau kau berani nak melawan cakap aku lagi lepas ni, nahas aku kerjakan kau.  Faham?!”

                Mak Leha hanya menganggukkan kepalanya.  Perasaan takut dengan ugutan Balqis jelas terpancar di wajahnya.  Walaupun Balqis tidak meninggikan suara kepadanya, tetapi nada suara amarah Balqis jelas di telinganya.  Balqis memang benar-benar marah kepadanya.

                “Balqis! Buat apa lagi kat depan tu? Cepatlah datang sini, orang dah nak makan dah.” Laung Datin Faridah dari arah ruang makan.

                “Ya maaa! I’m coming!”jerit Balqis dan meningglkan pembantu rumahnya sendirian.
reaction

No comments:

Post a Comment