Pages

Tuesday, January 8, 2013

TAKDIR CINTA - BAB 14


TAKDIR CINTA 


BAB 14

            Kedatangan Adam Syafiq dan ahli rombongannya di Pulau Pangkor di sambut dengan bunyi deburan ombak dan terik mentari.  Sesekali Datin Maimunah mengelap dahinya yang sudah di titis peluh.  Mulutnya sibuk mengomel apabila tidak selesa dengan keadaan dirinya ketika itu.

            “Hisssh! Panas betul lah.  Tu lah Adam, kalau kahwin dengan Balqis hari tu kan dah senang.  Tak payah nak bersusah payah macam ni.” Bebel Datin Maimunah.

            “Awak ni Mun, tak baik cakap macam tu.”tegur Datuk Soffian.

            “Apa yang tak baiknya?  Awak ni apa yang saya cakap semuanya tak baik.  Menyampah betullah dengan awak ni.”

            “Awak tu dok cakap panas-panas.  Awak sedar tak, yang bagi panas tu siapa?  Jangan nak merungut sangat.  Dekat neraka tu lagi panas.”

            “Bukan lah saya nak merungut.  Tapi cuba awak fiir, kalau Balqis tu jadi menantu kita kan dah senang.  Boleh pergi naik kereta je.  Ni tak, tak cukup dengan kereta nak naik feri bagai lah pulak.  Rimas tau tak?”

            “Malas saya nak melayan awak ni Mun.  Sibuk sangat dengan si Balqis.  Awak tak payah lah nak mengharap lagi.  Anggap je tak ada jodoh Adam dengan dia.  Habis cerita.

            “Saya tengah cuba lah ni.  Kalau saya berkeras nak kan Balqis tu jadi menantu saya, tak ada nya saya nak ikut datang tempat ni.  Buang masa je.”

            “Habis, kalau dah tak berharap buat apa yang awak dok sibuk nak sebut-sebut lagi hal tu?  Sekarang ni kita dah sampai sini.  Awak matikan je angan-angan awak nak bermenantukan Balqis.  Buka hati tu terima Umairah.” Bebel Datuk Soffian.

            “Yelah-yelah.  Orang tengah-tengah panas ni dia nak bising-bising pula.  Haaaa, Adam.  Jauh lagi ke nak ke rumah budak perempuan tu?”

            Datuk Soffian menggeleng-gelengkan kepalanya pelahan.  Pening kepalanya melayan tingkah Datin Maimunah.  Sepatah dia cuba menasihat, sepuluh patah Datin Maimunah menjawab.  Sudahnya dia pula yang sering di persalahkan.

            “Sabar lah ma.  Dah tak jauh dah rumahnya.  Kejap lagi kita sampai.” Pujuk Adam Syafiq.
xxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Setelah tiba di perkarangan rumah Zainab, mereka di sambut oleh Zafrul di muka tangga.  Senyuman manis di hadiahkan kepada rombongan pihak lelaki seramai lima orang.  Wakil bagi keluarga Adam barangkali.

            “Ai, bakal pengantin pun ada datang juga?” soal Zafrul sambil tertawa kecil. 


            “Terpaksa datang bang.  Kalau tak, takut diorang tak tahu jalan pula.” Balas Adam Syafiq dengan senyuman meleret.

            “Eh, jemputlah masuk. Apa tunggu lagi?” pelawa Zainab dari pintu rumah.

            Datin Maimunah hanya membototi Datuk Soffian dari arah belakang.  Kakinya terjengket-jengket memasuki rumah kampung milik keluarga Umairah.  Geli pula rasanya untuk memijak rumah yang hanya di perbuat daripada papan ini.  Rumah yang sangat jauh bezanya jika di bandingkan dengan rumahnya yang tersenggam indah di Kuala Lumpur.

Entah apa lah yang Adam sukakan sangat dengan perempuan kampung seperti Umairah itu dia sendiri tidak pasti.  Tak sabar pula rasa di hatinya untuk melihat sendiri paras si gadis yang berjaya menambat hati anak tunggalnya.  Apa hebat sangatkah dia jika di bandingkan dengan Balqis?  Sehinggakan Adam menolak Balqis sebagai menantu pilihannya?

            “Assalammualaikum, saya ni wakil bagi keluarga Datuk Soffian.  Nak berpantun-pantun ni saya tak pandai, jadi saya straight to the point je lah ye?  Boleh ye?”
           
“Hishhh.. tak apa.  Tak payah lah nak berpantun-pantun bagai.  Cakap terus lagi senang.  Mudah kita nak faham butir bicaranya.”

“Sebenarnya hajat kami datang ke sini nak menyunting bunga di taman rumah puan Zainab.  Siapa namanya Adam?” soal Halim sebagai wakil keluarga Datuk Soffian.

“Umairah.” Balas Adam Syafiq.



“Haaa, si Umairah.  Kena sebut nama.  Kalau tak sebut, takut tersalah sunting pula nanti.” Gurau Halim.

“Jangan risau, takkan tersalah sunting punya.  Sebab dalam rumah ini ada satu je bunganya.” Balas Kamaruddin abang sulung Zainab.

“Haaa, kalau macam tu elok sangat lah.  Yang nak di sunting dalam rumah ni pun ada satu sahaja.  Jadi, hari ni kami datang nak merisik Umairah sebagai isteri kepada Adam.  Bak kata orang muda, cop dulu? Tak gitu Datuk Soffian?”

“Haaa, betullah tu.  Jadi kami datang ni kiranya nak menghantar tanda Umairah dulu untuk di jadikan sebagai suri kepada anak tunggal kami. Ini cincin sebagai tanda” Datuk Soffian menghulurkan kotak cincin kepada Zainab.

“Jadi macam mana? Apa kata si tuan puan badan?” soal Halim lagi.

“Alhamdulillah, kami anak beranak pun dah berbincang dan Umairah sendiri setuju untuk menerima lamaran ini.” Balas Zainab.

“Alhamdulillah.” Halim pula bersuara. “kalau macam tu, boleh lah kita bincang untuk langkah yang seterusnya.  Seperti yang kami dapat tahu, pihak perempuan tak mahu bertunang.  Jadi, kita terus bincangkan dengan soal perkahwinan dan wang hantaran.”

Adam Syafiq hanya mendengar perbualan mereka dengan teliti.  Segala perkara harus di ketahuinya.  Dari wang hantaran, tempoh ikatan dan sebagainya.  Dia tahu kata sepakat harus di capai dalam perbincangan ini.  Datin Maimunah pula hanya mendiamkan diri sejak masuk ke dalam rumah ini.  Hanya sesekali dia mengangguk dan sesekali melemparkan senyuman yang di buat-buat.

“Berkenaan dengan wang hantaran, pihak kami sedikit pun tidak kisah dengan jumlah yang bakal diberikan kepada kami.  Semua itu terserah kepada pihak lelaki.  Kami tak mahu membebankan mana-mana pihak.”

“Bagaimana pula dengan mas kahwin?  Pihak perempuan ada nak menetapkan harga atau kita nak ikut negeri?”

“Anak perempuan saya ada sebut.  Dia tak inginkan mas kahwin yang berupa wang ringgit.” Zainab menjawab dengan sopan.

“Habis, kalau tak nak dengan wang ringgit dia nak dengan apa pula?  Emas?”soal Datin Maimunah tiba-tiba.

Lengan Datin Maimunah di cuit Datuk Soffian.  Adam Syafiq hanya memandang lantai menahan malu dengan tindakan Datin Maimunah yang tiba-tiba sahaja mencelah perbualan mereka.  Masakan dia tidak malu, pertanyaan Datin Maimunah seolah-olah tidak berpuas hati dengan kata-kata Zainab.  Sedangkan Zainab masih belum menghabiskan butir bicaranya.

“Bagilah puan Zainab ni habiskan cakap dulu.  Awak jangan nak buat malu lah Mun oi.”bisik Datuk Soffian betul-betul di cuping telinga Datin Maimunah.

“Tak.  Umairah hanya inginkan senaskah Al-Quran sebagai mas kahwinnya nanti.” Kata-kata Zainab membuatkan Datin Maimunah malu sendiri.  Masakan tidak, dia memikirkan yang Umairah akan meminta macam-macam untuk dijadikan mas kahwin untuknya nanti.

“Tak kan dia nak senaskah Al-Quran je?  Kalau dia nak minta emas sekali pun, kami tak kisah.  Anak kami mampu untuk beri dia apa sahaja.” Datin Maimunah menjawab bagi menutup malunya. 

“Datin jangan salah faham pula.  Bukankah dalam islam ada menyebut, sebaik-baik mahar adalah mahar yang rendah dan ringan harganya.  Jadi, Umairah tak mahu membebankan bakal suaminya.  Dia minta senaskah Al-Quran sebab katanya boleh di gunakan untuk masa yang lama.  Lagipun, setiap kali dia membacanya.  Suaminya pasti akan dapat pahala.  Jadi, itukan lebih baik?”

Datuk Soffian mengangguk pelahan.  Dia mengakui kebenaran kata-kata Umairah itu.  Gembira rasa di hatinya bakal mempunyai menantu yang sebaik Umairah.  Tidak berkira dengan mas kahwin dan wang hantaran yang lain.  Bukan mudah untuk mendapatkan gadis seperti itu zaman sekarang.  Kalau perempuan yang lain pasti sudah di ‘ketuk-ketuknya’ Adam Syafiq.  Ya lah, dia akan anak orang berada.  Sudah tentu duitnya menjadi idaman perempuan-perempuan yang menginginkannya.

Usai kata sepakat dicapai, bacaan doa di bacakan oleh Kamaruddin.  Masing-masing khusyuk mengaminkan doa.  Adam Syafiq orang yang paling bahagia saat itu.  Hanya beberapa langkah sahaja lagi impiannya untuk mengahwini Umairah akan termakbul.  Kata-kata syukur di panjatkan kepada yang Esa.  Sungguh, dia sendiri tidak menyangka semua ini akan terjadi.  Itulah yang di katakan jodoh. 

“Alhamdulillah, sekarang kita dah capai kata sepakat.  Jadi, macam yang kita persetujui tadi, majlis akan berlangsung  dalam masa tiga bulan lagi.  Kalau tak keberatan, kami rombongan pihak lelaki teringin pula nak bersua dengan gadis yang dilamar.  Nak juga berkenal-kenalan.  Tak gitu Datuk?” Hamid memulakan bicara.

“Aah, betul tu.  Saya sendiri pun tak pernah jumpa Umairah.  Nak juga tengok bagaimana rupa bakal menantu saya tu.”Datin Maimunah menambah.

            Zinab membalas dengan senyuman.  Faham dengan kehendak pihak lelaki.  Lagipun, tiada salahnya jika bakal keluarga mertua ingin bersua muka dengan gadis yang bakal di kahwini anak mereka.  Sedangkan dalam islam juga memperbolehkan lelaki melihat wajah perempuan yang ingin dikhitbahnya. 

            “Lin, panggilkan Umairah datang sini.” Arah Zainab.

            Mata Adam Syafiq tidak lepas dari memandang ke arah Umairah tatkala dia melangkah masuk ke perkarangan ruang tamu rumah itu.  Senyuman Umairah tidak lekang dari bibirnya yang merah bak delima.  Senyuman itulah yang memukau Adam Syafiq dari awal perkenalan mereka. 



            “Adam, jaga sikit mata tu.”  Bisik Datuk Soffian. 

            Adam mula tersenyum malu.  Tidak sangka tindak tanduknya di perhatikan orang lain.  Entahlah, dia sendiri tidak tahu mengapa.  Setiap kali matanya melihat Umairah, matanya itu bagai melekat.  Tidak mahu berganjak langsung dari memandang paras Umairah.

            “Assalammualaikum makcik, pakcik.” Ujar Umairah sambil menghulurkan tangan dengan sopan untuk bersalaman dengan Datin Maimunah.

            “Waalaikumsalam.” Balas Datin Maimunah pelahan. 

            Cantik! Itulah ayat pertama yang terdetik di hati Datin Umairah saat Umairah melangkah ke arahnya.  Ya, dia memang tidak dapat menafikan yang Umairah sangat cantik walaupun hanya berbaju kurung dan wajah yang hanya di alas bedak compact.  Patutlah pun Adam terpikat padanya.  Memang Umairah sempurna pada matanya kini.

            Umairah yang di hadapannya memang jauh dengan apa yang dia fikirkan selama ini.  Memang gadis di hadapannya kini sangat sopan.  Perilakunya memang terjaga.  Hormatnya pada orang tua memang jelas kelihatan.  Ya, gadis ini memang layak jadi isteri Adam.  Dia memang layak jadi menantunya.

            “Hey! Balqis tu kau nak letak mana?  Dia tu jauh lagi cantik dari budak ni!” satu suara mula berbisik menghasutnya.

            “Alaaaa, tak apa.  Umairah ni pun dah cukup terbaik kan?  Buat apa kau nak Balqis lagi jadi menantu kau? Umairah dah cukup sempurna.” bisik suara yang satu lagi.

            “Terbaik memang terbaik.  Tapi dia tak sama taraf dengan kau Maimunah.  Kau tak malu ke dengan kawan-kawan kau?  Kau nak ke kawan-kawan kau tu hina kau?  Kau fikir lah baik-baik Maimunah.” Suara jahat itu terus menghasut.

            Serta merta perasaan indah saat pertama kali melihat Umairah terbang begitu sahaja.  Hilang sudah kebaikan dan kecantikan Umairah di hadapan matanya tadi.  Perasaan kagum dengan pilihan Adam Syafiq tadi juga sudah terkubur dengan tiba-tiba.

            “Sehebat mana pun dia, tetap tak setaraf dengan aku!  Balqis je yang layak jadi menantu aku.” Desis hati kecil Datin Maimunah.

2 comments:

  1. rajin betul ko buat novel..nanti kalau da dibukukan, ko bagi free kat aku 1 ek..hehehe...mane watak aku??? ceittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.rajin kan?? baca buku nak pekse aku malas.. buat novel aku rajin.. huhu.. kalau di bukukan.. kalau tak.. tak de lah.. hahahaha =P

      Delete