Pages

Saturday, April 27, 2013

TAKDIR CINTA- BAB 21 DAN BAB 22


BAB 21


            “Kenapa abang tengok sayang macam tak happy je?  Dari tadi abang perasan.  Ada apa-apa yang tak kena ke?”Soal Adam Syafiq sambil merapati Umairah yang berdiri di luar beranda biliknya.

            Umairah yang sedang termenung tersedar dari lamunan apabila pinggangnya dipeluk pelahan oleh Adam Syafiq.  Cepat-cepat wajahnya berubah memberikan senyuman menutupi segala perasaan jahat yang sedang bermain di fikirannya.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Adam Syafiq tahu yang dia mula merasa tenang setelah bertemu dengan Datin Faridah dan Balqis pada petang tadi.

            “Abang tanya kenapa sayang tak jawab?”

            “Abang tanya apa tadi?

            “Laaaa, jauh betul sayang mengelamun tadi ye?  Abang tanya, kenapa sayang macam tak happy je?  Ada apa-apa yang tak kena ke?  Ke sayang tak sihat?”

Laju sahaja tangan Adam Syafiq meraba dahi Umairah.  Risau pula jika isterinya jatuh sakit. 

            “Eh, tak lah bang.  Saya sihat.  Abang jangan lah risau.  Maybe penat sikit je ni.  Almaklumlah, tetamu tadi ramai sangat kan.  Saya rasa mau tiga empat kali ganda tetamu yang datang masa kenduri kat kampung dulu.”

            “Betul ni?  Betul sayang tak apa-apa? “

            “Betulabang jangan risau okay?  Saya sihat.  Cuma letih sikit je.”

            “Kalau sayang dah kata macam tu tak apa lah.  Sayang pergi lah tidur.  Abang takut kalau sayang sakit pula nanti.” 

            “Tak apalah bang, saya penat je bukan mengantuk pun.”

            “Kalau tak mengantuk pun tak apa.  Sayang pergi baring dekat katil tu, pejam mata.  Nanti akan tertidur sendiri.”

            “Tak apalah bang.  Kejap lagi kalau saya mengantuk, saya tidur ye?  Seronok kan tadi?  Ramai betul kawan-kawan papa dan mama ye?” Umairah cuba mencari topik perbualan.

            “Agak lah.  Kebanyakannya rakan niaga papa.”

            “Oh, ramai juga ye?  Uncle Fuad dengan aunty Faridah tu pun rakan niaga papa ke?”

            “Aunty Faridah tu sebenarnya kawan mama dari sekolah lagi.  Diorang memang kawan rapat.  Bila mama dengan papa dah berkahwin.  Papa ada buat bisness dengan uncle Fuad.”

            “Patutlah family abang rapat dengan diaorang.  Kawan dari kecil rupanya.  Abang dengan Balqis tu pun kawan dari kecil juga lah kan?  Balqis tu sebaya abang ke?”soal Umairah.  Perasaan ingin tahu berkobar-kobar dalam hatinya. 

            “Aah, abang dengan Balqis pun kenal dari kecil lagi.  Balqis muda tiga tahun dari abang.”

            “Maknanya abang dengan Balqis memang rapatlah dari dulu ye?”

            “Nak kata rapat tu tak lah.  Tapi abang dengan dia kawan sepermainan dari kecil dulu.  Kadang-kadang, mama bawa abang pergi bermain dekat rumah Balqis.  Kadang-kadang aunty Ida yang akan datang ke rumah kami.”

            “Abang kenal dengan Balqis dah lama kan?  Saya tengok Balqis tu cantik orangnya.  Pandai bergaya pula tu.  Sepanjang abang kenal dengan dia tak kan tak ada apa-apa perasaan dekat dia?

            Entah kenapa satu perasaan tidak enak menyapa tangkai hati Umairah.  Kata-kata Datin Faridah petang tadi kembali menerpa ke cuping telinganya.  Ada apa-apakah di antara Balqis dan Adam Syafiq?  Cepat-cepat Umairah beristighfar di dalam hatinya.  Syaitan sedang cuba membuatnya ragu terhadap suaminya.

Kenapa sayang tanya?  Sayang cemburu erk??”

            Wajah Umairah di pusing menghadapnya.  Tiba-tiba hatinya bagai di geletek.  Hidung Umairah di cuitnya beberapa kali.  Terus wajah itu merona merah.  Malu barangkali di serkap begitu.

            “Eh, mana adalah.  Buat apa nak cemburu?”

            “Kalau sayang cemburu, cakap je lah.  Abang tak kisah.  Sekurang-kurangnya abang tahu yang isteri abang ni dah mula takut kehilangan abang.”

            “Abang ni merepek je lah.” Ujar Umairah sambil berlalu meninggalkan Adam Syafiq yang masih berdiri di balkoni.  Kakinya segera melangkah ke birai katil.

            “Kalau tak cemburu buat apa sayang asyik tanya fasal Balqis?  Sayang cemburulah tu kan?”

            “TakTak langsung.  Saya cuma tanya je.  Yelah, kan abang dengan dia kawan dari kecil.  Saya sahaja je lah nak tau.  Kalau sebab tu abang kata saya cemburu, abang silap.  Umairah bukan perempuan yang kuat cemburu tau.”

            “Yelah sayang.  Bagus lah kalau sayang bukan jenis yang kuat cemburu.  Abang pun takut kalau isteri abang ni kuat cemburu.  Nanti tak fasal-fasal, abang juga yang susah nanti.  Nak pergi kerja susah, nak outstation susah.  Kan?”

            “Tak apa, abang jangan risau.  Saya bukan jenis perempuan yang kuat cemburu dan saya akan elakkan diri saya untuk cemburukan abang.”

“Tapi tak apa sayang.  Kalau sayang cemburu pun abang tak kisah.  Kan cemburu tu tandanya sayang?  Maknanya awak dah makin sayangkan abang lah tu.”Adam Syafiq masih terus mengusik Umairah.

“Memang lah cemburu tu tandanya sayang.  Tapi kalau terlalu cemburu, boleh datang masalah pula nanti.  Tak begitu encik Adam Syafiq?”

Adam Syafiq hanya membalas dengan senyuman meleret.  Suka pula dia melihat Umairah begitu.  Entah kenapa dia merasakan yang Umairah takut kehilangannya.  Walaupun Umaiah masih menafikan kenyataan itu, tetapi sebagai lelaki dan suami dia dapat membacanya.

“Abang, saya nak tidur dulu boleh ye?  Badan ni dah terasa sengal pula.” Pinta Umairah sopan.

“Tak apalah, sayang pergi lah tidur dulu.  Abang nak solat kejap.  Selamat malam sayang.” 

            “Terima kasih abang.  Saya tidur dulu, Assalammualaikum.”

Tangan Adam Syafiq di raih dan dikucupnya lembut sementara Adam Syafiq membalasnya dengan kucupan hangat di dahi isterinya.

BAB 22

             Datin Maimunah melangkah menuruni tangga.  Kakinya di atur ke meja makan untuk sarapan pagi.  Datuk Soffian dan Adam Syafiq sudah pun menunggunya di meja makan.  Kepalanya di panjangkan mencari-cari kelibat menantunya yang tidak kelihatan di meja makan.

            “Adam, mana Umairah?  Hai, takkan tak bangun lagi?  Dah pukul berapa dah ni?  Apa nak jadi lah dengan budak perempuan zaman sekarang ni?  Matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun tidur.  Macam ni nak jadi isteri?  Tak faham betullah.”Bebel Datin Maimunah tanpa menunggu jawapan anak tunggalnya.

            “Apa yang awak merepek ni Mun?  Pagi-pagi dah nak membebel.” Datuk Soffian pula bersuara. 

            “Ai, menantu awak tu lah.  Tak bangun-bangun lagi ke?  Tu lah saya cakap kat awak hari tu.  Tak semestinya Umairah tu budak kampung, dia tu bagus.  Haaa, sekarang awak pun nampak kan?  Bangun pun lambat.  Sepatutnya, dia yang jaga makan minum suami dia.  Ini tak, serupa je macam Adam ni bujang dulu.  Makan minum dia pun tak ada orang nak jaga.”

            Datin Maimunah mengerling ke arah Umairah yang sedang berjalan pelahan-lahan ke arah ruang makan.  Jelingan tajam di hadiahkan ke arah menantunya. 

            “Haaa, tengok.  Baru terhegeh-hegeh nak turun.  Macam ni ke isteri?  Suami bangun dulu dari dia?  Sakit pula hati ni tengok perempuan yang macam ni.  Kalau Adam kahwin dengan Balqis dulu, tak adanya jadi macam ni.  Si Balqis tu bagus budaknya.  Tapi Adam degil, nak sangat kahwin dengan budak kampung ni.  Tengok sekarang apa dah jadi?  Baru hari pertama di rumah mertua dah buat hal.  Mana lah mata ni tak sakit tengok dia?”  Datin Maimunah masih meneruskan bebelannya tanpa dapat di potong oleh Adam Syafiq dan Datuk Soffian. 

            “Hisssh awak ni.  Sudah-sudah lah.  Kang terdengar pula Umairah.” Datuk Soffian mengingatkan Datin Maimunah. 

            “Assalammualaikum mama, papa.”  Umairah memulakan bicara sebelum mengambil tempat di sebelah suaminya.

            “Waalaikumsalam.  Haaa apa lagi, jom kita makan.  Umairah pun dah turun dah.” Kata Datuk Soffian dengan ceria.

            “Maaf lambat ma, pa.  Saya baru lepas mandi.” Jawab Umairah sopan.  Panahan mata Datin Maimunah membuatkan Umairah tertunduk. 

            “Ai, dah pukul lapan baru nak mandi?  Baru bangun ke apa??” soal Datin Maimunah tidak puas hati.  

            Umairah yang sedang menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan suaminya hanya mendiamkan diri apabila di jegil ibu mertuanya. 

            “Kita ni perempuan Umairah.  Nak pula perempuan yang dah bersuami.  Penat macam mana pun, perut suami perlu di jaga.  Kalau setakat makan suami pun orang lain yang buatkan, tak perlulah awak berkahwin.  Awak kena ingat sikit, awak tu perempuan.  Orang perempuan ni tak elok bangun lewat.  Kalau takat matahari dah terpacak atas kepala baru nak bangun, tak usah jadi perempuan.”

            “Apa ni ma?” Adam Syafiq yang mendiamkan diri sedari tadi mula bersuara. 

            “Adam, mama ni perempuan.  Dah tua pula tu.  Sebagai orang tua salah ke kalau mama nak menegur yang mana salah?  Takkan mama nak biarkan apa yang tak betul tu berlaku depan mata mama tiap-tiap hari?” 

            “Memang lah.  Adam tak kata salah kalau mama nak tegur Umairah.  Tapi, Umairah bukan perempuan yang bangun lewat ma.”

            “Kalau tak bangun lewat, yang dia baru turun tu apa kejadahnya?  Baru mandi pula tu?  Bukan mama yang kata dia baru mandi tapi dia sendiri.” 

            “Sudah-sudah lah tu. Apa lagi yang nak bertekak depan rezeki ni?  Korang berdua ni buat malu je depan Umairah.  Sudah lah ini kali pertama dia bersarapan dengan kita semua.  Awak boleh pula nak tunjuk perangai depan dia.  Hisssh! Buat malu je!”

            “Saya cuma nak nasihat je.  Takkan itu pun tak boleh?” Datin Maimunah masih tidak puas hati.  Nasi goreng di dalam pinggannya masih tidak berusik.

            “Saya kata sudah tu sudahlah.  Jangan nak panjang cerita lagi.  Dah, makan.  Umairah, jangan malu-malu, jemput makan.”

            Datin Maimunah mendengus geram.  Sakit hatinya melihat suaminya yang sibuk menjamah makanan tanpa menghiraukan perasaannya yang sedikit terguris.  Masakan tidak, Datuk Soffian menegur sikapnya di hadapan menantu bukan pilihannya.  Jatuhlah air mukanya bila di tegur begitu di hadapan budak kampung itu!

            Datin Maimunah menolak tepi pinggan yang sudah berisi nasi goreng dihadapannya.  Tangannya segera mencapai kuih bakar yang sudah siap di potong di dalam pinggan yang lain.  Selepas menjamah satu potong kuih bakar, tangannya mencapai sepotong lagi kuih yang sama dan di suakan ke mulutnya.  Kuih bakar yang di jamahnya terasa sungguh sedap sehinggakan hilang perasaan aramahnya sebentar tadi.

            “Bang, cuba awak rasa kuih bakar niSedap pula rasanya.  Si Temah ni beli ke buat agaknya?” Datin Maimunah menyuakan sepotong kuih bakar ke dalam pinggan Datuk Soffian.

            “Aahlah, sedap betul.  Susah nak dapat kuih bakar yang sedap macam ni. Ini betul-betul perfect!” Kata Datuk Soffian sambil menaikkan ibu jarinya.  “Cuba Umairah rasa kuih ni.  Sedap betul rasa dia.  Kat KL ni susah betul nak jumpa kuih bakar yang sesedap ini. Cuba lah rasa.”  Datuk Soffian menambah.

            Umairah hanya membalas dengan senyuman nipis. Kuih yang di suakan oleh bapa mertuanya di ambil dan di jamahnya pelahan.

            “Temah oh Temah! Meh sini kejap.” Datin Maimunah melaung memanggil orang gajinya yang masih di dapur.

            Cepat-cepat Mak Temah meninggalkan kerjanya di dapur dan segera menemui majikannya.  “Ada apa Datin?”

            “Eh, mana kamu dapat kuih bakar ni?  Kamu beli ke buat sendiri?  Sedap betullah rasanya.” Datin Maimunah masih lagi memuji kuih bakar yang di makannya.

            “Oh, kuih bakar ni bukan saya yang buat Datin.”

            “Jadi kamu beli dekat mana? Esok boleh lah pergi beli lagi.”

            “Eh, tak datin.  Kuih bakar ni bukan saya yang beli.”

            “Habis tu.  Kalau dah bukan kamu buat, bukan kamu beli.  Mana kamu dapat kuih ni?  Kamu kutip tepi jalan ke?” Perli Datin Maimunah.

            “Kuih bakar ni kan cik Umairah yang buat pagi tadi?  Puan tak tahu ke?”

            Datin Maimunah terdiam sebentar.  Otaknya ligat berfikir.  Biar betul budak mentah ini yang buat kuih bakar sesedap ini? Macam tak percaya je.

            “Bila masa pula dia buat kuih ni? Dia pun baru je bangun.  Dah pukul lapan baru terkedek-kedek nak mandi apa semua. Kamu ni temah kalau nak menipu saya pun cari lah jawapan yang bernas sikit.”

            “Ya Allah datin.  Takkan lah saya nak menipu pula. Lepas subuh tadi,  cik Umairah sibuk buat adunan semua.  Saya masa tu baru je bangun tidur datin.  Saya manalah pandai nak buat kuih bakar ni datin.  Dah penat mencuba tapi selalu tak menjadi je.”

            “Habis yang dia baru terhegeh-hegeh turun tadi tu apa kejadahnya Temah oi?  Tak ke dia baru bangun tu?”

            “Lepas dah siapkan sarapan tadi, cik Umairah kata nak naik mandi.  Badan berlengas katanya.  Datin ada apa-apa lagi nak tanya?  Saya nak ke dapur sekejap.  Gulai saya kat atas api tu. Takut pecah minyak pula.” 

            Mak Temah berlalu ke dapur selepas mendapat keizinan majikannya. Datin Maimunah pula malu sendiri dengan tuduhannya yang tanpa usul periksa.  Malu pula hendak mengangkat muka memandang Umairah, Datuk Soffian dan juga Adam Syafiq. Itulah dia kalau cakap tak selidik dahulu. 

            Tapi mengapa Umairah tidak pula mempertahankan dirinya yang sedari tadi dituduh begitu? Sikap Umairah yang bersahaja dan hanya diam membisu itulah yang membuatkan Datin Maimunah tertampar dengan sikap dan kata-katanya sebentar tadi.  Terasa seperti ingin menyorokkan wajahnya di bawah alas meja.

            “Kenapa terdiam cik Mun oi?” sakat Datuk Soffian. Datin Maimunah hanya membalas kata-kata suaminya dengan jelingan tajam. Terasa dirinya seperti di tertawakan.

            “Tak ada apa-apa. Saja saya nak  diam tak boleh ke? Ai, tadi awak juga yang kata jangan nak bercakap time makan kan?”  Ni awak pula yang nak cari fasal ni kenapa?”

            “Eh, tak lah. Mana ada saya nak cari fasal dengan awak datin oi. Eh, awak nak ke mana tu Mun?” soal Datuk Soffian apabila melihat isterinya mula mengangkat punggungnya.

            “Mun, awak nak saya simpankan kuih bakar ni ke tak? Kalau awak dah tak mahu saya nak ngap semua ni.” Sakat Datuk Soffian lagi.

            “Suka hati awak lah . Nak makan semua pun tak apa. Saya dah tak ada selera dah. Tekak ni dah macam kena simbah pasir.” 

            Kata-kata Datin Maimunah di balas dengan gelak ketawa Datuk Soffian. Bertambah-tambahlah rasa sakit di hati Datin Maimunah apabila dia di tertawakan.  Wajah menantunya di pandang sekilas. Senyuman Umairah di rasakannya seperti mengejek. Dendamnya terhadap gadis itu mula membara.

            “Tak apa Umairah, ini hari engkau. Esok-esok hari aku pula.  Kau tengoklah macam mana aku nak kenakan kau pula.” Kata Datin Maimunah sambil melangkah menaiki tangga.


2 comments:

  1. best2.. konflik jgan teruk2 ya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks runa qizbal.. huhuh.. try tak wat konflik sangat.. ;)

      Delete