Pages

Tuesday, February 26, 2013

TAKDIR CINTA- BAB18, 19, 20


TAKDIR CINTA




BAB 18

            WAJAH Umairah yang masih lena ditatapnya penuh minat.  Sungguh Umairah amat cantik di matanya walaupun tanpa mengenakan tudung yang selama ini menutupi rambutnya.  Rambut Umairah yang ikal mengurai di usapnya pelahan.  Inilah kali pertama dia dapat melihat Umairah tanpa tudung yang menutupi rambutnya secara terang-terangan.  Bukankah satu nikmat baginya mempunyai seorang isteri yang bisa menjaga auratnya dari tatapan mata para lelaki yang bukan mahramnya?  Masakan tidak, aurat si isteri hanya dapat di tatapi oleh dirinya sahaja dan tidak berkongsi dengan mana-mana mata lelaki yang lain.  Dia merasa sangat bertuah memiliki Umairah sebagai seorang isteri.
           
            Tangan Adam Syafiq mula beralih ke arah bibir mungil yang merah milik Umairah.  Di usap-usapnya bibir yang sentiasa terukir senyuman itu.  Bibir yang sentiasa kelihatan segar dan menggoda. Jarinya mula beralih ke hidung dan mata Umairah.  Kemudian di elusnya pipi Umairah yang lembut.  Sungguh, segala yang ada pada Umairah amat menarik perhatiannya.  Segala-galanya tentang Umairah amat indah dan cantik di matanya.

            “Sayanggg.. bangun sayang.” Bahu isterinya di usap lembut.

            Umairah menggerakkan tubuhnya seketika tetapi masih tidak mahu membuka matanya.  Penat barangkali, fikir Adam Syafiq. 

            “Sayanggg, bangun.  Jam dah dekat pukul enam setengah ni.  Bangun solat subuh.”

            Umairah membuka matanya pelahan-lahan.  Tidak semena-mena matanya membulat pabila melihat Adam Syafiq yang betul-betul memandang ke arahnya.  Senyuman di bibir Adam Syafiq tampak nakal di penglihatannya.  Segera otaknya ligat mengingati peristiwa malam tadi.  Serta merta darah laju menyerbu wajahnya.  Sungguh dia malu bila mengingatinya semula. 

Morning sayang. Cepat bangun, subuh dah nak habis waktu dah ni”Kata Adam Syafiq seraya menghulurkan sehelai tuala kepada Umairah. 

            Tuala yang di hulurkan Adam ke arahnya langsung tidak sentuhnya.  Tangan Umairah laju mencapai selimut yang membaluti tubuhnya di paras dada sehingga menutupi seluruh  tubuhnya.  Malu rasanya berhadapan dengan Adam Syafiq dengan keadaan begitu.  Dalam hatinya menyumpah-nyumpah dirinya sendiri.  Bagaimanalah dia boleh tidur senyenyak itu sehinggakan suaminya bangun dahulu darinya?  Ah, buat malu sungguh!

“Ai?  Orang kejut suruh bangun, dia nak main sorok-sorok pula?  Cepat bangun sayang.  Subuh dah nak habis dah ni.”

“Macam mana saya nak bangun?”

“Laaaa, kenapanya?”soal Adam Syafiq sedikit pelik.

“Saya malu.” Jawapan Umairah membuatkan Adam Syafiq tertawa kecil. 

“Laaaa, buat apa nak malunya?  Kita kan dah sah jadi suami isteri?”

“Ya, saya tahu.  Tapi saya segan bila abang lihat saya macam ni.”

“Okay macam ni.  Abang tutup mata.  Abang tak tengok sayang.”kata Adam Syafiq sambil menutup kedua belah matanya dengan menggunakan tangannya.  Badannya di pusingkan membelakangi Umairah yang masih berselubung di dalam selimut.

“Abang jangan tipu tau.  Jangan curi-curi tengok.” Kata Umairah sambil mengintai di balik selimutnya.  Risau jika suaminya cuba membohonginya.

“Ye, abang tak tipu.”

Dengan pantas Umairah membaluti tubuhnya dan segera berlalu ke bilik air.  Adam Syafiq hanya tertawa kecil melihat gelagat isterinya yang kebudak-budakan.  Inilah salah satu perwatakan Umairah yang baru sahaja di ketahuinya.  Umairah yang pemalu dan manja namun tetap senang di penglihatannya.

Xxxxxx

            Umairah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Adam Syafiq.  Setelah selesai tugasnya, dia mengambil tempat di sebelah suaminya.  Matanya masih tidak mampu memandang wajah Adam Syafiq.  Malu rasanya untuk bertentang mata bila teringatkan peristiwa malam tadi. 
Seta merta wajahnya membahang.

            “Berseri-seri pengtin baru kita pagi ni.  Seronok kak Lin tengok.” Sakat Haslinda.

            “Bukan hari-hari ke Umairah nampak berseri kak?” kata Umairah menutup malu.  Dia tahu kakak iparnya itu sengaja ingin mengusiknya.

            “Eh, yeke?  Kak Lin rasa hari ni lain sikit kot berserinya.”katanya sambil tertawa.  Seronok agaknya dapat menyakat Umairah yang mula malu-malu.

            “Lin, jangan asyik usik adik tu je.  Malu dia.” Tegah Zainab.
           
            “Haaaa, kan dah kena marah.” Kata-kata Umairah di balas dengan cebikan Haslinda. 

            Adam Syafiq hanya menjadi pemerhati dua beradik ipar itu bergurau senda.  Senyuman tidak lekang dari bibirnya melihat keletah isterinya yang manja dan kakak iparnya yang gemar mengusik.  Kalau orang yang tidak mengenali keluarga ini pasti akan menganggap yang Haslinda merupakan kakak kepada Umairah.  Keakraban mereka memang seperti adik beradik kandung. 

            “Haaa, yang ni lagi sorang. Tersenyum-senyum tengok si Umairah tu.  Tahu lah pengantin baru.” Sakat Zafrul pula.

            Adam Syafiq segera melarikan matanya dari terus memandang keletah Umairah.  Itulah kelemahannya.  Jika sibuk memerhatikan Umairah, matanya bagai melekat untuk terus memerhatikan setiap tindak tanduk si isteri.  Sehinggakan lupa orang yang berada di sekelilingnya.

            “Kalau tengok pun apa salahnya kan Adam?  Umairah tu bukan orang lain, isteri dia juga.” Haslinda mencelah.  Adam Syafiq hanya tersenyum membalas kata-kata kakak dan abang iparnya.

            “Kamu berdua ni lah.  Tak habis-habis dengan nak mengusik.  Malu Adam di buatnya.” Zainab bersuara.

            “Alaa umi, bukan selalu pun.  Lagipun usik-usik ni kan seronok.  Boleh merapatkan silaturrahim.” Zafrul cuba mempertahankan diri.

            “Tak apalah umi.  Adam rasa seronok juga macam ni.  Kalau kat KL tu tak ada siapa pun nak bergurau dengan Adam.  Almaklumlah, Adam kan anak tunggal.  Bila tengok family ni macam ni.  Adam rasa seronok sangat.” Jawab Adam jujur.

            “Haaa, tengok mi.  Adam pun suka tau dengan family kita yang ceria ni.” Haslinda pula menambah.

            “Alhamdulillah lah kalau Adam tak kisah.  Umi bukan apa, takut Adam tak selesa.  Keluarga umi ni walaupun kecil, tapi riuh.”

            “Ishh, tak adalah umi. Adam betul-betul tak kisah.  Adam seronok duduk sini.”

            Umairah tersenyum bahagia.  Bersyukur kerana suaminya selesa berada di rumah ini.  Gembira  kerana suaminya  betah duduk di rumah kampung dan menerima mereka sebagai keluarganya.

“Eh, Adam tambahlah lagi.  Jangan malu-malu. Kuih bakar ni, Umairah yang buat tau.  Kalau dekat Kl nun, tak dapat lah nak merasa kuih bakar originial macam ni.”Haslinda menyuakan sepinggan kuih bakar ke arah Adam Syafiq.

            “Ye ke Umairah?  Awak yang buat ni?” soal Adam Syafiq.

            “Kenapa abang tanya?  Abang ingat saya tak pandai masak ye?” soal Umairah pelahan.

            “Bukan tak percaya tapi teruja.  Sedap sangat!” bisik Adam Syafiq.
           
            Umairah terdiam malu.  Dalam hatinya berbunga riang bila dipuji suami sendiri.  Sungguh dia tidak menyangka yang Adam Syafiq juga meminiati kuih tradisional.  Almaklumlah, suaminya kan orang bandar. 

            “Kalau Adam nak tahu, Umairah ni pandai masak tau.  Tapi tak boleh kalah kan kak Lin lah.” Haslinda berseloroh.

            “Amboi akak, tak nak kalah tu.”

            Haslinda tertawa riang.  Seronok dapat menyakat adik iparnya.  “Tapi betul tak?”soal Haslinda sambil mengangkat-angkat kedua belah keningnya.

            “Ye lah.  Kak Lin kita ni memang pandai masak pun.  Sebab tu abang Zafrul jadi gemuk macam tu.” Ketawa Umairah.

            “Eeh,  tolong sikit ye.  Abang bukan gemuk, tapi taff.” Zafrul mula mengangkat tangan kirinya sambil menunjukkan otot tangannya.

            “Taff lah sangat!  Itu bukan taff bang, itu lemak.” Terhambur ketawa Haslinda mendengar kata-kata Umairah.



            “Ini bukan lemak, ini otot.”Zafrul mempertahankan dirinya.

            “Isssshh! Sudah-sudah lah tu mengusik.  Haaa, Adam, jemput makan.  Jangan malu-malu.”Zainab mula bersuara.

            “Aah Adam, jemput makan.  Kalau dok dengar diorang ni berceloteh, alamatnya sampai esok pun tak habis.”Zafrul menambah.

            Adam Syafia mengangguk pelahan. Bibirnya tidak lekang dari tersenyum melihat keletah kakak dan abang iparnya.  Terasa dirinya bahagia kerana mempunyai keluarga yang ceria dan penyayang. 

Pagi itu mereka bersarapan dengan penuh meriah.  Banyak juga tentang Umairah yang dapat diketahuinya menerusi Zafrul dan Zainab.  Kisah dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah dia remaja.  Dan pada waktu ini juga baru Adam Syafiq tahu yang isterinya pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara Malaysia.

BAB 19

            Perlahan-lahan kaki Umairah dan Adam Syafiq berjalan beriringan di tepian Pantai.  Tangan Umairah sedari tadi tidak lepas dari genggaman tangan Adam Syafiq.  Tak puas lagi rasanya mengenggam jemari gadis yang sudah sah bergelar isteri.  Tambahan pula, berjalan diwaktu petang sambil disapa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.  

            Setelah penat berjalan, mereka melabuhkan punggung di atas batu besar di persisiran pantai.  Ombak yang menyapa pantai seolah-olah memberikan irama yang indah untuk mereka berulam cinta.

            “Seronok kan duduk tepi pantai petang-petang macam ni.  Nyaman je.  Tak macam kat Kl.”Adam Syafiq memulakan bicara.

            “Abang memang suka sangat ye dengan tempat ni?”

            Soalan Umairah di balas dengan anggukan Adam Syafiq.  Matanya masih setia memandang ke wajah si isteri.  Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya.

            “Kenapa?”tambah Umairah.

            “Entah lah.  Abang pun tak pasti.  Tapi kali pertama abang melangkahkan kaki kat sini, abang rasa damai.  Hati abang rasa tenang sangat.  Dan bila pertama kali abang nampak Umairah, abang terus tak berhenti-henti dari memikirkan sayang.”

            “Pandai abang susun ayat ye?”

            “Eh, tak lah. Seriously, abang tak tipu.  Abang cakap apa yang abang rasa.  Masa first time abang nampak awak, abang dah rasa jatuh hati.  Kiranya macam cinta pandang pertama.  Cuba sayang bayangkan, abang tak pernah ada rasa cinta dan sukakan mana-mana perempuan sebelum ni.  Tiba-tiba bila abang nampak awak, jantung abang masa tu macam nak tercabut.”Adam tertawa sendiri pabila mengingati saat pertama dia berjumpa Umairah.

            “Iye??  Apa agaknya yang buat abang suka dekat saya ye?  Yelah, abang kan orang bandar.  Mesti selalu jumpa perempuan bandar yang cantik-cantik, pandai bergaya.  Saya ni budak kampung je.”

            “Entahlah.  Abang pun tak pasti fasal apa.  Tapi apa yang abang tau, abang memang asyik teringat awak je lepas pertama kali kita jumpa.  Lepas tu bila abang buat solat istikarah, macam-macam hint yang abang dapat.  Tapi time tu abang takut juga.  Yelah, mana lah tau tu semua mainan syaitan.  Abang selalu mimpi abang kahwin dengan seorang perempuan ni tapi abang tak nampak pun muka dia.”

            “Jadi, kalau abang tak pernah nampak muka dia.  Macam mana abang boleh terfikir yang itu Umairah?”

            “Haaa, nak tau macam mana abang boleh rasa perempuan tu sayang?  First sekali, dalam mimpi tu, abang ada nampak tahi lalat kt jari manis pengantin perempuan.  Haaa, macam ni lah.” Adam Syafiq menunjukkan tahi lalat di jari manis Umairah.

            “Lepas tu, suara perempuan mengaji dalam surau. Memang sama dengan suara awak.  Dan yang paling penting, abang rasa yakin sangat-sangat yang Umairah ni jodoh abang.  Dan di sebabkan itu, abang berani jumpa umi dan luahkan perasaan abang.  Tak sangka juga, sayang sudi terima abang jadi suami sayang.”tambah Adam Syafiq sambil menggenggam erat tangan Umairah.

            “Ini semua dah takdir untuk kita bang.  Saya sendiri pun tak pernah terfikir yang saya akan berkahwin dengan orang luar dari Pulau ni.  Dan tak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat macam ni.  Ini semua dah di tetapkan untuk kita, takdir yang menemukan dan menyatukan kita.”

            “Umairah menyesal kahwin dengan lelaki luar macam abang?  Lelaki yang awak tak kenal?” Adam Syafiq mencari kepastian.  Wajah Umairah di pandangnya penuh minat.

            “Tak.  Saya tak pernah menyesal berkahwin dengan abang.  Kan itu semua dah di tetapkan.  Abang jodoh saya dan saya untuk abang.  Siapa kita nak menghalang ketentuan-Nya? Lagipun, kan indah bercinta selepas  nikah?”

            “Maksudnya?”

            “Bagi saya, cinta selepas nikah lebih indah.  Dua hati dan dua jasad yang saling tidak mengenali bersatu.  Kita sama-sama baru  nak mengenali antara satu sama lain.  Banyak perkara yang kita boleh kongsikan bersama. Macam cerita tentang siapa abang sebelum ini, apa yang abang buat, apa yang abang suka, macam –macam boleh kita sembangkan.  Kan seronok macam tu.”

            Adam Syafiq hanya tersenyum mendengar pendapat Umairah.  Mungkin ada benarnya, fikir Adam Syafiq.

            “Contohnya macam awak pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda?”

            “Haaa, lebih kurang macam tu lah.  Kan dah jadi interesting hubungan kita ni.  Banyak benda yang baru kita nak kongsi kan berasama.” Tawa Umairah.

            “Kenapa sayang tak pernah beritahu abang sebelum ni?”

            “Dah abang yang tak tanya.  Takkan lah saya nak  cerita pula.”

            “Kalau cerita pun apa salahnya.  Umairah patut berbangga tau.”

            Umairah tersenyum meleret.”Takkan lah saya nak cakap macam ni.  Assalammualaikum, nama saya Umairah.  Saya seorang graduan dari Universiti Utara Malaysia.  Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.  Salam perkenalan.  Apa lah abang ni.” Seloroh Umairah.

            Adam Syafiq tertawa geli hati melihat lakonan Umairah yang menyuakan tangannya untuk berjabat salam dengan Adam Syafiq.  Isterinya itu memang pandai bergurau.  Umairah memang seorang yang ceria dan pandai menghiburkan hatinya.  Walaupun masih malu-malu, Umairah sudah mula selesa bersama dengannya.lembut ke telinga Umairah.

            “Lusa kita dah nak balik KL.  Abang harap Umairah suka tinggal kat sana nanti.”

            “Tak kisah lah bang.  Sekarang saya dah jadi isteri abang.  Ke mana pun abang bawa saya pergi saya tetap kena ikut.  Bukankah tempat isteri tu di sisi suami?”

            “Itu abang tau, cuma abang takut sayang tak selesa dengan suasana kat sana.  Abang risau sayang tak suka tinggal kat KL.  KL tak macam kat sini.  Sini tenang je.”

            “Tak kisah lah bang.  Mana-mana pun saya tak kisah.  Asalkan abang ada sama, dekat mana-mana pun tak jadi masalah.”

            “Tenang sikit abang degar awak cakap macam tu.  Eh sayang, jom lah kita balik.  Hari dah nak senja ni.”

            “Tak nak tengok matahari jatuh?”

            “Kenapa?  Sayang nak tengok ke?” soal Adam Syafiq.

            “Eh, tak adalah.  Saya tanya abang je.  Kan kalau masa matahari nak terbenam tu, pemandangan dia cantik sangat.  Kalau abang nak tengok saya boleh temankan.”

            “Tak apalah sayang.  Abang baru je nampak matahari terbenam tadi.”

            “Eh, bila masa pula?  Matahari belum terbenam lagi lah.  Abang nak tipu ye?”

            “Laaaa, bila masa pula abang tipu?  Betul, abang nampak tadi.”

            “Yeke?  Dekat mana?”soal Umairah sambil tercari-cari

            “Ni…”

            “Mana??  Tak ada pun.” Kata Umairah sambil memanjangkan lehernya memerhatikan sekelilingnya.

            “Ni, yang kat depan abang ni.  Matahari abang yang menyinari hidup abang.  Matahari yang menghangatkan jiwa abang dan matahari ini lebih cantik dari matahari yang sayang cari tu.  Jauh lebih cantik dari pemandangan matahari terbenam yang sayang cakapkan tu.”  Adam bersuara sambil memandang tepat ke arah Umairah. 

            Umairah tertunduk malu.  Segan untuk membalas panahan mata Adam Syafiq.  Tangannya di genggam dan di kucup Adam pelahan. 

            “Abang, jom lah balik.”Umairah bersuara menutup malu.  Tangannya di paut dan kaki mereka melangkah meninggalkan pantai yang menjadi saksi cinta yang mula mekar di dalam hatinya.

BAB20

            Umairah tergamam melihat dirinya.  Dia sendiri bagaikan tidak percaya gadis yang kelihatan cantik dan moden di dalam cermin ketika itu adalah dirinya.  Masakan tidak, sebelum ini wajahnya hanya di alas dengan bedak compact sahaja.  Ah, cantik sungguh hasil kerja Sue Hashim hinggakan wajahnya boleh berubah sebegitu rupa.

            Baju yang tersarung di badannya di teleknya beberapa kali.  Busana pengantin hasil tangan pereka fashion muda, Hatta Dolmat tampak sangat eksklusif.  Busana yang di hiasi dengan sulaman dan manik yang bertaburan di atasnya.  Walaupun tidak sarat tetapi tetap memukau orang yang melihatnya. 

            “Cantiknya isteri abang.” Adam Syafiq yang sedari tadi memerhati datang menyapa.

            “Oh, dah makeup baru cantik?  Kalau tak, tak cantik lah ye?” rajuk Umairah.

            “Kalau tak makeup pun cantik.  Sebab apa yang ada dekat sayang semua abang suka.  Semua cantik di mata abang.”bisik Adam Syafiq sambil memeluk Umairah dari belakang.

            “Yelah tu.  Umairah ni budak kampung.  Budak kampung mana lah cantik macam budak bandar.”
\
            “Cantik sayang cantik yang lain.”

            “Hurmm, yelah tu.  Abang nak ambil hati saya ke?” soal Umairah.

            “Sayang tengok abang macam nak ambil hati ke?  Tak payah susah-susah nak ambil hati awak pun sayang.  Awak tu dah tentu milik abang seorang.  Abang nak awak tahu yang abang sayangkan awak sangat-sangat.  Tak kira macam mana pun awak, abang tetap akan terima dan akan selalu ada dengan awak.”Luah  Adam Syafiq.  Pelahan-lahan pipi si isteri dikucup lembut. 

            “Eheemmm..eheeemm..maaf lah ganggu pengantin baru nak berdrama.  Majlis dah nak mula dah.  Boleh tak nak minta stay dekat hujung sana?” Mustafa yang lebih di kenali sebagai Efa bersuara.  Kalau di lihat dari luaran, pasti ramai lelaki akan jatuh hati padanya.  Tapi bila dengar sahaja suara kepitnya, pasti pengsan mereka seketika.
             
            “You ni kacau betul lah.  Orang baru nak beromantik.” Seloroh Adam syafiq

            “Alaaa you Adam.  Kalau nak beromantik, bukan kat sini tempatnya.  Nun dalam bilik hotel tu.  Haaaa, lepas habis majlis you beromantik lah puas-puas ye?  I cuma jalankan tugas I je.”Ujar Mustafa dengan tangan yang di lentuk ke kanan dan ke kiri.

            Adam Syafiq tertawa geli hati melihat tingkah dan percakapan Mustafa.  Umairah tertunduk malu bila di tegur begitu.  Dia sudah arif dengan orang seperti Mustafa yang terlalu terbuka dan out spoken.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

           
            Umairah hanya menuruti langkah Adam Syafiq.  Sejak dia berarak masuk ke dalam dewan yang gah ini, tangannya tidak lepas dari memaut lengan suaminya.  Sesekali pautannya di lpeaskan untuk bersalaman dengan para tetamu yang hadir. 

Pandangannya dilemparkan di sekitar ballroom memerhatikan tetamu yang hadir.  Dirinya terasa kerdil berada di tempat yang mewah dan di hadiri tetamu yang nyata mempuyai pengaruh yang besar dalam dunia koprat dan politik.  Pakaian dan cara mereka bergaul juga amat berbeza dengan dirinya yang berasal dari kawasan perkampungan.

            “Umairah, abang kenalkan ini Datin Faridah dan Datuk Fuad.”Adam Syafiq memperkenalkan Umairah apabila tiba di meja yang di duduki Datin Faridah dan Datuk Fuad.
                       
            Tangan yang di sua Umairah di sambut Datin Faridah.  Senyuman yang di lemparkannya di balas dengan senyuman sinis Datin Faridah.  Matanya sibuk memandang Umairah dari atas ke bawah. 

            “Tahniah Adam.  Akhirnya jadi suami juga ye.”

            “Alhamdulillah. Semua ni tak dijangka uncle.”

            “Yelah, selama ni Adam kan dok sibuk kerja kat pejabat tu.  Perempuan datang lalu lalang depan mata pun Adam tak hairan.  Tak sangka rupanya inilah gadis yang berjaya merebut hati adam.  Apa-apa pun tahniah. Uncle doakan perkahwinan ni akan kekal sampai bila-bila.” Bahu Adam Syafiq di raih dan di tepuk-tepuk pelahan. 

            “Adam, sini jap!”panggil Datin Maimunah.

            “Aunty, uncle kejap ye. Umairah, abang pergi jumpa mama jap.  Wait for a minute.” Ujar Adam Syafiq dan berlalu ke arah Datin Maimunah.

            “Cantik isteri Adam.  Pandai Adam pilih.” Kata-kata Datuk Fuad di balas cebikkan Datin Faridah.

            “Alaaa bang, kalau dah letak makeup sepuluh inci memang lah lawa.  Ye tak Umairah?”

            “Awak ni.  Ada ke cakap macam tu.”tegur Datuk Fuad.

            “Eh, betullah apa yang Datin cakap.  Dah makeup tebal-tebal memanglah nampak cantik Datuk.”Umairah cuba menutup rasa.  Terasa dirinya kerdil ketika itu.

            “Awak memang cantik.  Untung Adam dapat isteri macam awak, Umairah.  Lemah lembut, sejuk je mata tengok.”

            “Balqis pun cantik juga.  Bergaya pula tu.  Tapi aunty pun tak faham macam mana Adam boleh berkenan dengan awak.  Teruk juga taste si Adam.”

            Umairah menarik nafas pelahan-pelahan.  Hatinya mula merasa tidak enak.  Perasaannya bercampur baur ketika itu.  Namun, senyuman manis tetap di lemparkan ke arah Datuk Fuad dan Datin Maimunah.

            “Hye sayang.  Sorry late.”Kehadiran Adam Syafiq ketika itu sedikit memberi ketenangan kepada Umairah.

            “Tak apa bang.  Saya baru je nak sembang-sembang dengan Datin dan Datuk.”

            “Oh, yeke?  Uncle Fuad dan aunty Ida ni kawan baik papa dan mama.”

            “Ohh.”Itu sahaja yang terkeluar di bibir mungil Umairah.

            “Eh, Balqis mana aunty?  Dari tadi tak nampak pun?” Soal Adam Syafiq.

            “Qis pergi toilet tadi.  Ai Adam, dah kahwin pun cari Balqis lagi ke?” soal Datin Faridah.  Sengaja dia ingin membakar perasaan Umairah yang berada di sisi Adam Syafiq sedari tadi.

            “Hisssh, awak ni.  Ada ke cakap macam tu.”

            “Laaaa, kenapanya?  Takkan lah Umairah nak cemburu pulak kan? Tak begitu Umairah?”

            Umairah hanya membalas dengan senyuman.  Dalam hatinya pelbagai perasaan yang sudah bersarang.

            “Haaaaa, itu pun Balqis dah sampai.” Kata Datin Faridah apabila melihat kelibat Balqis yang sedang jalan berlenggang ke meja mereka.


            “Umairah, kenalkan ini Balqis anak uncle Fuad dan aunty Ida.”

            “Hye Balqis.  Terima kasih datang ke majlis kami.”  Umairah menyapa lembut pabila tangan yang di suanya untuk berjabat salam langsung tidak di endahkan oleh Balqis.

            “Not a big deal” jawab Balqis ringkas.  Senyuman yang di lemparkan kepadanya juga tidak di balas.

            “Oh ye, Balqis dengan Adam ni dah kawan lama.  Dari kecil lagi.  Kemana-mana pun diaorang selalu berdua.  Nanti Umairah jangan pelik pula kalau tengok diorang selalu bersama ye.  Aunty tak nak lah Umairah salah faham pula nanti.”

            “InsyaAllah aunty.  Saya faham.”

            “Bagus lah kalau macam tu.  Adam ni bertuah lah dapat isteri macam Umairah.  Faham suami, tak mudah cemburu.  Bagus lah macam tu.”kata Datin Faridah sinis.

            Umairah hanya melemparkan senyuman tipis. Matanya di lirikkan ke arah Balqis yang sedikit pun tidak memandang ke arahnya sejak dari tadi.  Wajah Balqis yang kelat di pandangnya sepi.

            “Adam, nanti jemputlah datang ke rumah.  Uncle nak buat makan-makan.  Saja nak raikan pengantin baru.”

            “InsyaAllah uncle.  Ada masa nanti kami pergi.”

            “Papa, jom balik.  Qis dah rimas lah duduk sini.” Balqis mula bersuara.

            “Alaaa, kejap lah.  Papa nak sembang dengan Adam sekejap.”
           
            “Kalau papa nak bersembang sangat, tak pe.  Qis balik naik cab.”  Kata Balqis sambil berlalu meninggalkan yang lain.

            “Awak ni, tengok Qis dah merajuk.” Marah Datin Faridah.

            “Adam, Umairah.  Uncle dan aunty balik dulu ye.  Balqis tu dah penat agaknya.  Tu yang dia buat perangai tu. Haaa, nanti jemput-jemputlah ke rumah.  Boleh kita sambung sembang.”
/
            “InsyaAllah uncle.”

            “Okay lah.  Selamat pengantin baru. Uncle balik dulu.  Assalammualaikum.”Datuk Fuad menghulurkan tangannya ke arah Adam Syafiq sebelum melangkah keluar dari ballroom Hotel Mandarin Oriental.

2 comments:

  1. ada jugak smbungan nya.. Best2
    smbng lgi♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ruun Qizbal yang slalu support cik nad.. thanks for reading cerita mengarut ni =)

      Delete