TAKDIR CINTA
BAB 18
WAJAH
Umairah yang masih lena ditatapnya penuh minat.
Sungguh Umairah amat cantik di matanya walaupun tanpa mengenakan tudung
yang selama ini menutupi rambutnya.
Rambut Umairah yang ikal mengurai di usapnya pelahan. Inilah kali pertama dia dapat melihat Umairah
tanpa tudung yang menutupi rambutnya secara terang-terangan. Bukankah satu nikmat baginya mempunyai
seorang isteri yang bisa menjaga auratnya dari tatapan mata para lelaki yang
bukan mahramnya? Masakan tidak, aurat si
isteri hanya dapat di tatapi oleh dirinya sahaja dan tidak berkongsi dengan
mana-mana mata lelaki yang lain. Dia
merasa sangat bertuah memiliki Umairah sebagai seorang isteri.
Tangan
Adam Syafiq mula beralih ke arah bibir mungil yang merah milik Umairah. Di usap-usapnya bibir yang sentiasa terukir
senyuman itu. Bibir yang sentiasa
kelihatan segar dan menggoda. Jarinya mula beralih ke hidung dan mata
Umairah. Kemudian di elusnya pipi
Umairah yang lembut. Sungguh, segala yang
ada pada Umairah amat menarik perhatiannya.
Segala-galanya tentang Umairah amat indah dan cantik di matanya.
“Sayanggg..
bangun sayang.” Bahu isterinya di usap lembut.
Umairah
menggerakkan tubuhnya seketika tetapi masih tidak mahu membuka matanya. Penat barangkali, fikir Adam Syafiq.
“Sayanggg,
bangun. Jam dah dekat pukul enam
setengah ni. Bangun solat subuh.”
Umairah
membuka matanya pelahan-lahan. Tidak
semena-mena matanya membulat pabila melihat Adam Syafiq yang betul-betul
memandang ke arahnya. Senyuman di bibir
Adam Syafiq tampak nakal di penglihatannya.
Segera otaknya ligat mengingati peristiwa malam tadi. Serta merta darah laju menyerbu
wajahnya. Sungguh dia malu bila mengingatinya
semula.
“Morning sayang. Cepat bangun, subuh
dah nak habis waktu dah ni”Kata Adam Syafiq seraya menghulurkan sehelai tuala
kepada Umairah.
Tuala
yang di hulurkan Adam ke arahnya langsung tidak sentuhnya. Tangan Umairah laju mencapai selimut yang
membaluti tubuhnya di paras dada sehingga menutupi seluruh tubuhnya.
Malu rasanya berhadapan dengan Adam Syafiq dengan keadaan begitu. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah dirinya
sendiri. Bagaimanalah dia boleh tidur
senyenyak itu sehinggakan suaminya bangun dahulu darinya? Ah, buat malu sungguh!
“Ai?
Orang kejut suruh bangun, dia nak main sorok-sorok pula? Cepat bangun sayang. Subuh dah nak habis dah ni.”
“Macam mana saya nak bangun?”
“Laaaa, kenapanya?”soal Adam Syafiq sedikit
pelik.
“Saya malu.” Jawapan Umairah membuatkan
Adam Syafiq tertawa kecil.
“Laaaa, buat apa nak malunya? Kita kan dah sah jadi suami isteri?”
“Ya, saya tahu. Tapi saya segan bila abang lihat saya macam
ni.”
“Okay macam ni. Abang tutup mata. Abang tak tengok sayang.”kata Adam Syafiq
sambil menutup kedua belah matanya dengan menggunakan tangannya. Badannya di pusingkan membelakangi Umairah
yang masih berselubung di dalam selimut.
“Abang jangan tipu tau. Jangan curi-curi tengok.” Kata Umairah sambil
mengintai di balik selimutnya. Risau
jika suaminya cuba membohonginya.
“Ye, abang tak tipu.”
Dengan pantas Umairah membaluti tubuhnya
dan segera berlalu ke bilik air. Adam
Syafiq hanya tertawa kecil melihat gelagat isterinya yang kebudak-budakan. Inilah salah satu perwatakan Umairah yang
baru sahaja di ketahuinya. Umairah yang
pemalu dan manja namun tetap senang di penglihatannya.
Xxxxxx
Umairah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Adam Syafiq. Setelah selesai tugasnya, dia mengambil tempat di sebelah suaminya. Matanya masih tidak mampu memandang wajah Adam Syafiq. Malu rasanya untuk bertentang mata bila teringatkan peristiwa malam tadi.
Umairah menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Adam Syafiq. Setelah selesai tugasnya, dia mengambil tempat di sebelah suaminya. Matanya masih tidak mampu memandang wajah Adam Syafiq. Malu rasanya untuk bertentang mata bila teringatkan peristiwa malam tadi.
Seta merta wajahnya membahang.
“Berseri-seri
pengtin baru kita pagi ni. Seronok kak Lin
tengok.” Sakat Haslinda.
“Bukan
hari-hari ke Umairah nampak berseri kak?” kata Umairah menutup malu. Dia tahu kakak iparnya itu sengaja ingin
mengusiknya.
“Eh,
yeke? Kak Lin rasa hari ni lain sikit
kot berserinya.”katanya sambil tertawa.
Seronok agaknya dapat menyakat Umairah yang mula malu-malu.
“Lin,
jangan asyik usik adik tu je. Malu dia.”
Tegah Zainab.
“Haaaa,
kan dah kena marah.” Kata-kata Umairah di balas dengan cebikan Haslinda.
Adam
Syafiq hanya menjadi pemerhati dua beradik ipar itu bergurau senda. Senyuman tidak lekang dari bibirnya melihat
keletah isterinya yang manja dan kakak iparnya yang gemar mengusik. Kalau orang yang tidak mengenali keluarga ini
pasti akan menganggap yang Haslinda merupakan kakak kepada Umairah. Keakraban mereka memang seperti adik beradik
kandung.
“Haaa,
yang ni lagi sorang. Tersenyum-senyum tengok si Umairah tu. Tahu lah pengantin baru.” Sakat Zafrul pula.
Adam
Syafiq segera melarikan matanya dari terus memandang keletah Umairah. Itulah kelemahannya. Jika sibuk memerhatikan Umairah, matanya
bagai melekat untuk terus memerhatikan setiap tindak tanduk si isteri. Sehinggakan lupa orang yang berada di
sekelilingnya.
“Kalau
tengok pun apa salahnya kan Adam?
Umairah tu bukan orang lain, isteri dia juga.” Haslinda mencelah. Adam Syafiq hanya tersenyum membalas
kata-kata kakak dan abang iparnya.
“Kamu
berdua ni lah. Tak habis-habis dengan
nak mengusik. Malu Adam di buatnya.”
Zainab bersuara.
“Alaa
umi, bukan selalu pun. Lagipun usik-usik
ni kan seronok. Boleh merapatkan
silaturrahim.” Zafrul cuba mempertahankan diri.
“Tak
apalah umi. Adam rasa seronok juga macam
ni. Kalau kat KL tu tak ada siapa pun
nak bergurau dengan Adam. Almaklumlah,
Adam kan anak tunggal. Bila tengok
family ni macam ni. Adam rasa seronok
sangat.” Jawab Adam jujur.
“Haaa,
tengok mi. Adam pun suka tau dengan
family kita yang ceria ni.” Haslinda pula menambah.
“Alhamdulillah
lah kalau Adam tak kisah. Umi bukan apa,
takut Adam tak selesa. Keluarga umi ni
walaupun kecil, tapi riuh.”
“Ishh,
tak adalah umi. Adam betul-betul tak kisah.
Adam seronok duduk sini.”
Umairah
tersenyum bahagia. Bersyukur kerana
suaminya selesa berada di rumah ini.
Gembira kerana suaminya betah duduk di rumah kampung
dan menerima mereka sebagai keluarganya.
“Eh, Adam tambahlah lagi. Jangan malu-malu. Kuih bakar ni, Umairah yang
buat tau. Kalau dekat Kl nun, tak dapat
lah nak merasa kuih bakar originial macam ni.”Haslinda menyuakan sepinggan kuih
bakar ke arah Adam Syafiq.
“Ye
ke Umairah? Awak yang buat ni?” soal
Adam Syafiq.
“Kenapa
abang tanya? Abang ingat saya tak pandai
masak ye?” soal Umairah pelahan.
“Bukan
tak percaya tapi teruja. Sedap sangat!”
bisik Adam Syafiq.
Umairah
terdiam malu. Dalam hatinya berbunga
riang bila dipuji suami sendiri. Sungguh
dia tidak menyangka yang Adam Syafiq juga meminiati kuih tradisional. Almaklumlah, suaminya kan orang bandar.
“Kalau
Adam nak tahu, Umairah ni pandai masak tau.
Tapi tak boleh kalah kan kak Lin lah.” Haslinda berseloroh.
“Amboi
akak, tak nak kalah tu.”
Haslinda
tertawa riang. Seronok dapat menyakat
adik iparnya. “Tapi betul tak?”soal
Haslinda sambil mengangkat-angkat kedua belah keningnya.
“Ye
lah. Kak Lin kita ni memang pandai masak
pun. Sebab tu abang Zafrul jadi gemuk
macam tu.” Ketawa Umairah.
“Eeh, tolong sikit ye. Abang bukan gemuk, tapi taff.” Zafrul mula
mengangkat tangan kirinya sambil menunjukkan otot tangannya.
“Taff
lah sangat! Itu bukan taff bang, itu
lemak.” Terhambur ketawa Haslinda mendengar kata-kata Umairah.
“Ini
bukan lemak, ini otot.”Zafrul mempertahankan dirinya.
“Isssshh!
Sudah-sudah lah tu mengusik. Haaa, Adam,
jemput makan. Jangan malu-malu.”Zainab
mula bersuara.
“Aah
Adam, jemput makan. Kalau dok dengar
diorang ni berceloteh, alamatnya sampai esok pun tak habis.”Zafrul menambah.
Adam
Syafia mengangguk pelahan. Bibirnya tidak lekang dari tersenyum melihat keletah
kakak dan abang iparnya. Terasa dirinya
bahagia kerana mempunyai keluarga yang ceria dan penyayang.
Pagi itu mereka bersarapan dengan penuh
meriah. Banyak juga tentang Umairah yang
dapat diketahuinya menerusi Zafrul dan Zainab.
Kisah dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah dia remaja. Dan pada waktu ini juga baru Adam Syafiq tahu
yang isterinya pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Utara
Malaysia.
BAB 19
Perlahan-lahan
kaki Umairah dan Adam Syafiq berjalan beriringan di tepian Pantai. Tangan Umairah sedari tadi tidak lepas dari
genggaman tangan Adam Syafiq. Tak puas
lagi rasanya mengenggam jemari gadis yang sudah sah bergelar isteri. Tambahan pula, berjalan diwaktu petang sambil
disapa angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Setelah
penat berjalan, mereka melabuhkan punggung di atas batu besar di persisiran
pantai. Ombak yang menyapa pantai
seolah-olah memberikan irama yang indah untuk mereka berulam cinta.
“Seronok
kan duduk tepi pantai petang-petang macam ni.
Nyaman je. Tak macam kat Kl.”Adam
Syafiq memulakan bicara.
“Abang
memang suka sangat ye dengan tempat ni?”
Soalan
Umairah di balas dengan anggukan Adam Syafiq.
Matanya masih setia memandang ke wajah si isteri. Senyuman juga tidak lekang dari bibirnya.
“Kenapa?”tambah
Umairah.
“Entah
lah. Abang pun tak pasti. Tapi kali pertama abang melangkahkan kaki kat
sini, abang rasa damai. Hati abang rasa
tenang sangat. Dan bila pertama kali
abang nampak Umairah, abang terus tak berhenti-henti dari memikirkan sayang.”
“Pandai
abang susun ayat ye?”
“Eh,
tak lah. Seriously, abang tak tipu.
Abang cakap apa yang abang rasa.
Masa first time abang nampak awak, abang dah rasa jatuh
hati. Kiranya macam cinta pandang
pertama. Cuba sayang bayangkan, abang
tak pernah ada rasa cinta dan sukakan mana-mana perempuan sebelum ni. Tiba-tiba bila abang nampak awak, jantung
abang masa tu macam nak tercabut.”Adam tertawa sendiri pabila mengingati saat
pertama dia berjumpa Umairah.
“Iye?? Apa agaknya yang buat abang suka dekat saya
ye? Yelah, abang kan orang bandar. Mesti selalu jumpa perempuan bandar yang
cantik-cantik, pandai bergaya. Saya ni
budak kampung je.”
“Entahlah. Abang pun tak pasti fasal apa. Tapi apa yang abang tau, abang memang asyik
teringat awak je lepas pertama kali kita jumpa.
Lepas tu bila abang buat solat istikarah, macam-macam hint yang
abang dapat. Tapi time tu abang
takut juga. Yelah, mana lah tau tu semua
mainan syaitan. Abang selalu mimpi abang
kahwin dengan seorang perempuan ni tapi abang tak nampak pun muka dia.”
“Jadi,
kalau abang tak pernah nampak muka dia.
Macam mana abang boleh terfikir yang itu Umairah?”
“Haaa,
nak tau macam mana abang boleh rasa perempuan tu sayang? First sekali, dalam mimpi tu, abang
ada nampak tahi lalat kt jari manis pengantin perempuan. Haaa, macam ni lah.” Adam Syafiq menunjukkan
tahi lalat di jari manis Umairah.
“Lepas
tu, suara perempuan mengaji dalam surau. Memang sama dengan suara awak. Dan yang paling penting, abang rasa yakin
sangat-sangat yang Umairah ni jodoh abang.
Dan di sebabkan itu, abang berani jumpa umi dan luahkan perasaan
abang. Tak sangka juga, sayang sudi
terima abang jadi suami sayang.”tambah Adam Syafiq sambil menggenggam erat
tangan Umairah.
“Ini
semua dah takdir untuk kita bang. Saya
sendiri pun tak pernah terfikir yang saya akan berkahwin dengan orang luar dari
Pulau ni. Dan tak pernah terlintas
langsung di fikiran saya yang saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat
macam ni. Ini semua dah di tetapkan
untuk kita, takdir yang menemukan dan menyatukan kita.”
“Umairah
menyesal kahwin dengan lelaki luar macam abang?
Lelaki yang awak tak kenal?” Adam Syafiq mencari kepastian. Wajah Umairah di pandangnya penuh minat.
“Tak. Saya tak pernah menyesal berkahwin dengan
abang. Kan itu semua dah di
tetapkan. Abang jodoh saya dan saya
untuk abang. Siapa kita nak menghalang
ketentuan-Nya? Lagipun, kan indah bercinta selepas nikah?”
“Maksudnya?”
“Bagi
saya, cinta selepas nikah lebih indah. Dua
hati dan dua jasad yang saling tidak mengenali bersatu. Kita sama-sama baru nak mengenali antara satu sama lain. Banyak perkara yang kita boleh kongsikan
bersama. Macam cerita tentang siapa abang sebelum ini, apa yang abang buat, apa
yang abang suka, macam –macam boleh kita sembangkan. Kan seronok macam tu.”
Adam
Syafiq hanya tersenyum mendengar pendapat Umairah. Mungkin ada benarnya, fikir Adam Syafiq.
“Contohnya
macam awak pelajar lulusan Ijazah Sarjana Muda?”
“Haaa,
lebih kurang macam tu lah. Kan dah jadi interesting
hubungan kita ni. Banyak benda yang baru
kita nak kongsi kan berasama.” Tawa Umairah.
“Kenapa
sayang tak pernah beritahu abang sebelum ni?”
“Dah
abang yang tak tanya. Takkan lah saya
nak cerita pula.”
“Kalau
cerita pun apa salahnya. Umairah patut
berbangga tau.”
Umairah
tersenyum meleret.”Takkan lah saya nak cakap macam ni. Assalammualaikum, nama saya Umairah. Saya seorang graduan dari Universiti Utara
Malaysia. Pemegang Ijazah Sarjana Muda
Perakaunan. Salam perkenalan. Apa lah abang ni.” Seloroh Umairah.
Adam
Syafiq tertawa geli hati melihat lakonan Umairah yang menyuakan tangannya untuk
berjabat salam dengan Adam Syafiq. Isterinya
itu memang pandai bergurau. Umairah
memang seorang yang ceria dan pandai menghiburkan hatinya. Walaupun masih malu-malu, Umairah sudah mula
selesa bersama dengannya.lembut ke telinga Umairah.
“Lusa
kita dah nak balik KL. Abang harap
Umairah suka tinggal kat sana nanti.”
“Tak
kisah lah bang. Sekarang saya dah jadi
isteri abang. Ke mana pun abang bawa
saya pergi saya tetap kena ikut.
Bukankah tempat isteri tu di sisi suami?”
“Itu
abang tau, cuma abang takut sayang tak selesa dengan suasana kat sana. Abang risau sayang tak suka tinggal kat
KL. KL tak macam kat sini. Sini tenang je.”
“Tak
kisah lah bang. Mana-mana pun saya tak
kisah. Asalkan abang ada sama, dekat
mana-mana pun tak jadi masalah.”
“Tenang
sikit abang degar awak cakap macam tu.
Eh sayang, jom lah kita balik.
Hari dah nak senja ni.”
“Tak
nak tengok matahari jatuh?”
“Kenapa? Sayang nak tengok ke?” soal Adam Syafiq.
“Eh,
tak adalah. Saya tanya abang je. Kan kalau masa matahari nak terbenam tu,
pemandangan dia cantik sangat. Kalau
abang nak tengok saya boleh temankan.”
“Tak
apalah sayang. Abang baru je nampak
matahari terbenam tadi.”
“Eh,
bila masa pula? Matahari belum terbenam
lagi lah. Abang nak tipu ye?”
“Laaaa,
bila masa pula abang tipu? Betul, abang
nampak tadi.”
“Yeke? Dekat mana?”soal Umairah sambil tercari-cari
“Ni…”
“Mana?? Tak ada pun.” Kata Umairah sambil
memanjangkan lehernya memerhatikan sekelilingnya.
“Ni,
yang kat depan abang ni. Matahari abang
yang menyinari hidup abang. Matahari
yang menghangatkan jiwa abang dan matahari ini lebih cantik dari matahari yang
sayang cari tu. Jauh lebih cantik dari
pemandangan matahari terbenam yang sayang cakapkan tu.” Adam bersuara sambil memandang tepat ke arah
Umairah.
Umairah
tertunduk malu. Segan untuk membalas
panahan mata Adam Syafiq. Tangannya di
genggam dan di kucup Adam pelahan.
“Abang,
jom lah balik.”Umairah bersuara menutup malu.
Tangannya di paut dan kaki mereka melangkah meninggalkan pantai yang
menjadi saksi cinta yang mula mekar di dalam hatinya.
BAB20
Umairah
tergamam melihat dirinya. Dia sendiri
bagaikan tidak percaya gadis yang kelihatan cantik dan moden di dalam cermin
ketika itu adalah dirinya. Masakan
tidak, sebelum ini wajahnya hanya di alas dengan bedak compact sahaja. Ah, cantik sungguh hasil kerja Sue Hashim
hinggakan wajahnya boleh berubah sebegitu rupa.
Baju
yang tersarung di badannya di teleknya beberapa kali. Busana pengantin hasil tangan pereka fashion
muda, Hatta Dolmat tampak sangat eksklusif.
Busana yang di hiasi dengan sulaman dan manik yang bertaburan di
atasnya. Walaupun tidak sarat tetapi
tetap memukau orang yang melihatnya.
“Cantiknya
isteri abang.” Adam Syafiq yang sedari tadi memerhati datang menyapa.
“Oh,
dah makeup baru cantik? Kalau
tak, tak cantik lah ye?” rajuk Umairah.
“Kalau
tak makeup pun cantik. Sebab apa
yang ada dekat sayang semua abang suka.
Semua cantik di mata abang.”bisik Adam Syafiq sambil memeluk Umairah
dari belakang.
“Yelah
tu. Umairah ni budak kampung. Budak kampung mana lah cantik macam budak
bandar.”
\
“Cantik
sayang cantik yang lain.”
“Hurmm,
yelah tu. Abang nak ambil hati saya ke?”
soal Umairah.
“Sayang
tengok abang macam nak ambil hati ke?
Tak payah susah-susah nak ambil hati awak pun sayang. Awak tu dah tentu milik abang seorang. Abang nak awak tahu yang abang sayangkan awak
sangat-sangat. Tak kira macam mana pun
awak, abang tetap akan terima dan akan selalu ada dengan awak.”Luah Adam Syafiq.
Pelahan-lahan pipi si isteri dikucup lembut.
“Eheemmm..eheeemm..maaf
lah ganggu pengantin baru nak berdrama.
Majlis dah nak mula dah. Boleh
tak nak minta stay dekat hujung sana?” Mustafa yang lebih di kenali sebagai Efa
bersuara. Kalau di lihat dari luaran,
pasti ramai lelaki akan jatuh hati padanya.
Tapi bila dengar sahaja suara kepitnya, pasti pengsan mereka seketika.
“You
ni kacau betul lah. Orang baru nak
beromantik.” Seloroh Adam syafiq
“Alaaa
you Adam. Kalau nak beromantik, bukan
kat sini tempatnya. Nun dalam bilik
hotel tu. Haaaa, lepas habis majlis you
beromantik lah puas-puas ye? I
cuma jalankan tugas I je.”Ujar Mustafa dengan tangan yang di lentuk ke
kanan dan ke kiri.
Adam
Syafiq tertawa geli hati melihat tingkah dan percakapan Mustafa. Umairah tertunduk malu bila di tegur
begitu. Dia sudah arif dengan orang
seperti Mustafa yang terlalu terbuka dan out spoken.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Umairah
hanya menuruti langkah Adam Syafiq.
Sejak dia berarak masuk ke dalam dewan yang gah ini, tangannya tidak
lepas dari memaut lengan suaminya. Sesekali
pautannya di lpeaskan untuk bersalaman dengan para tetamu yang hadir.
Pandangannya dilemparkan di sekitar ballroom
memerhatikan tetamu yang hadir. Dirinya
terasa kerdil berada di tempat yang mewah dan di hadiri tetamu yang nyata
mempuyai pengaruh yang besar dalam dunia koprat dan politik. Pakaian dan cara mereka bergaul juga amat
berbeza dengan dirinya yang berasal dari kawasan perkampungan.
“Umairah,
abang kenalkan ini Datin Faridah dan Datuk Fuad.”Adam Syafiq memperkenalkan
Umairah apabila tiba di meja yang di duduki Datin Faridah dan Datuk Fuad.
Tangan
yang di sua Umairah di sambut Datin Faridah.
Senyuman yang di lemparkannya di balas dengan senyuman sinis Datin
Faridah. Matanya sibuk memandang Umairah
dari atas ke bawah.
“Tahniah
Adam. Akhirnya jadi suami juga ye.”
“Alhamdulillah.
Semua ni tak dijangka uncle.”
“Yelah,
selama ni Adam kan dok sibuk kerja kat pejabat tu. Perempuan datang lalu lalang depan mata pun
Adam tak hairan. Tak sangka rupanya
inilah gadis yang berjaya merebut hati adam.
Apa-apa pun tahniah. Uncle doakan perkahwinan ni akan kekal sampai
bila-bila.” Bahu Adam Syafiq di raih dan di tepuk-tepuk pelahan.
“Adam,
sini jap!”panggil Datin Maimunah.
“Aunty,
uncle kejap ye. Umairah, abang pergi jumpa mama jap. Wait for a minute.” Ujar Adam Syafiq
dan berlalu ke arah Datin Maimunah.
“Cantik
isteri Adam. Pandai Adam pilih.”
Kata-kata Datuk Fuad di balas cebikkan Datin Faridah.
“Alaaa
bang, kalau dah letak makeup sepuluh inci memang lah lawa. Ye tak Umairah?”
“Awak
ni. Ada ke cakap macam tu.”tegur Datuk
Fuad.
“Eh,
betullah apa yang Datin cakap. Dah makeup
tebal-tebal memanglah nampak cantik Datuk.”Umairah cuba menutup rasa. Terasa dirinya kerdil ketika itu.
“Awak
memang cantik. Untung Adam dapat isteri
macam awak, Umairah. Lemah lembut, sejuk
je mata tengok.”
“Balqis
pun cantik juga. Bergaya pula tu. Tapi aunty pun tak faham macam mana
Adam boleh berkenan dengan awak. Teruk
juga taste si Adam.”
Umairah
menarik nafas pelahan-pelahan. Hatinya
mula merasa tidak enak. Perasaannya
bercampur baur ketika itu. Namun,
senyuman manis tetap di lemparkan ke arah Datuk Fuad dan Datin Maimunah.
“Hye
sayang. Sorry late.”Kehadiran
Adam Syafiq ketika itu sedikit memberi ketenangan kepada Umairah.
“Tak
apa bang. Saya baru je nak
sembang-sembang dengan Datin dan Datuk.”
“Oh,
yeke? Uncle Fuad dan aunty
Ida ni kawan baik papa dan mama.”
“Ohh.”Itu
sahaja yang terkeluar di bibir mungil Umairah.
“Eh,
Balqis mana aunty? Dari tadi tak
nampak pun?” Soal Adam Syafiq.
“Qis
pergi toilet tadi. Ai Adam, dah
kahwin pun cari Balqis lagi ke?” soal Datin Faridah. Sengaja dia ingin membakar perasaan Umairah
yang berada di sisi Adam Syafiq sedari tadi.
“Hisssh,
awak ni. Ada ke cakap macam tu.”
“Laaaa,
kenapanya? Takkan lah Umairah nak
cemburu pulak kan? Tak begitu Umairah?”
Umairah
hanya membalas dengan senyuman. Dalam
hatinya pelbagai perasaan yang sudah bersarang.
“Haaaaa,
itu pun Balqis dah sampai.” Kata Datin Faridah apabila melihat kelibat Balqis
yang sedang jalan berlenggang ke meja mereka.
“Umairah,
kenalkan ini Balqis anak uncle Fuad dan aunty Ida.”
“Hye
Balqis. Terima kasih datang ke majlis
kami.” Umairah menyapa lembut pabila
tangan yang di suanya untuk berjabat salam langsung tidak di endahkan oleh
Balqis.
“Not
a big deal” jawab Balqis ringkas.
Senyuman yang di lemparkan kepadanya juga tidak di balas.
“Oh
ye, Balqis dengan Adam ni dah kawan lama.
Dari kecil lagi. Kemana-mana pun
diaorang selalu berdua. Nanti Umairah
jangan pelik pula kalau tengok diorang selalu bersama ye. Aunty tak nak lah Umairah salah faham
pula nanti.”
“InsyaAllah
aunty. Saya faham.”
“Bagus
lah kalau macam tu. Adam ni bertuah lah
dapat isteri macam Umairah. Faham suami,
tak mudah cemburu. Bagus lah macam tu.”kata
Datin Faridah sinis.
Umairah
hanya melemparkan senyuman tipis. Matanya di lirikkan ke arah Balqis yang
sedikit pun tidak memandang ke arahnya sejak dari tadi. Wajah Balqis yang kelat di pandangnya sepi.
“Adam,
nanti jemputlah datang ke rumah. Uncle
nak buat makan-makan. Saja nak raikan
pengantin baru.”
“InsyaAllah
uncle. Ada masa nanti kami
pergi.”
“Papa,
jom balik. Qis dah rimas lah duduk
sini.” Balqis mula bersuara.
“Alaaa,
kejap lah. Papa nak sembang dengan Adam
sekejap.”
“Kalau
papa nak bersembang sangat, tak pe. Qis
balik naik cab.” Kata Balqis
sambil berlalu meninggalkan yang lain.
“Awak
ni, tengok Qis dah merajuk.” Marah Datin Faridah.
“Adam,
Umairah. Uncle dan aunty
balik dulu ye. Balqis tu dah penat
agaknya. Tu yang dia buat perangai tu.
Haaa, nanti jemput-jemputlah ke rumah.
Boleh kita sambung sembang.”
/
“InsyaAllah
uncle.”
“Okay
lah. Selamat pengantin baru. Uncle
balik dulu. Assalammualaikum.”Datuk Fuad
menghulurkan tangannya ke arah Adam Syafiq sebelum melangkah keluar dari ballroom
Hotel Mandarin Oriental.
ada jugak smbungan nya.. Best2
ReplyDeletesmbng lgi♥
Thanks ruun Qizbal yang slalu support cik nad.. thanks for reading cerita mengarut ni =)
Delete