Pages

Friday, August 24, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 4


TAKDIR CINTA



BAB 4

                Adam Syafiq bercadang untuk menikmati nasi lemak yang sering menjadi santapan paginya selama dia berada di Pulau Pangkor ini sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur pada tengahari nanti.  Bukan mudah untuk dia merasai nasi lemak yang beralaskan daun pisang dan sangat enak.  Segera kakinya di atur untuk menuju ke gerai nasi lemak di simpang jalan. 

                Nun di kejauhan dia dapat melihat Umairah yang sedang menjaga gerai nasi lemak milik keluarganya.  Hati Adam Syafiq mula berdetak hebat.  Perasaan malu juga mula menyelubungi dirinya.  Manakan tidak, peristiwa semalam masih tersemat hebat di kotak fikirannya.  Bagaimana dia terpaksa menanggung malu apabila tertangkap menghendap Umairah yang sedang membaca Al-Quran di sebalik tirai surau. 

                “Assalammualaikum.” Adam Syafiq memulakan ayat.

          “Waalaikumsalam.  Encik, nak nasi lemak biasa atau berlauk?” tanya Umairah lembut sambil melemparkan senyuman manis.  Adam Syafiq mula tidak keruan. 

                “Bagi saya nasi lemak bungkus lauk..”

           “Lauk sambal paru dan ayam goreng?” potong Umairah sebelum Adam syafiq menghabiskan ayatnya.  Adam Syafiq tertawa.

                “Eh, mana awak tau?”tanya Adam Syafiq hairan.

                “Sebab kalau encik datang beli nasi lemak dekat sini, encik selalu minta lauk yang sama.  Eh, tapi betul ke encik nak sambal paru dan ayam goreng?” tanya Umairah meminta kepastian.

Adam Syafiq hanya membalas dengan anggukan dan senyuman. 

“Pandai awak ye?  Nampak sangat saya tak ada menu lain bila datang beli nasi lemak dekat sini.”

“Bukan pandai.  Itu maknanya saya peka dengan apa yang pelanggan saya suka.” Jelas Umairah ramah.

 Adam Syafiq tersenyum mendengar kata-kata Umairah.  Hatinya mula terpaut dengan keramahan yang di tunjukkan Umairah padanya. 

“Empat ringgit encik,” kata Umairah sambil menghulukran plastik bungkusan nasi lemak kepada Adam Syafiq. 

Adam Syafiq terpana apabila melihat tahi lalat di jari manis di tangan kanan Umairah.  Walaupun tahi lalat itu hanya kecil tetapi jelas kelihatan di jari Umairah yang memiliki kulit putih kemerahan.

“Ya Allah, tahi lalat itu.” Bisik hati Adam Syafiq.

“Encik?” sapaan Umairah mengejutkan Adam Syafiq yang kebinggungan.

Adam Syafiq yang masih terpinga-pinga segera mengambil bungkusan yang di hulurkan kepadanya.  Setelah membuat pembayaran, Adam Syafiq  segera melangkah pulang ke bilik hotelnya.  Otaknya ligat berfikir segala kemungkinan yang ada.

Tahi lalat di jari manis, bacaan ayat suci Al-Quran yang dia dengari, dan degupan jantung yang menggila ini apakah tandanya?  Apakah semua ini sebenarnya? Adakah ini hanya kebetulan semata-mata atau memang ada sesuatu  antara semua ini? Ya Allah, apakah yang Kau cuba sampaikan padaku? Sesungguhnya aku masih tidak mengerti dengan semua ini.

*******

                Datin Maimunah membelek-belek majalah pengantin edisi terbaru yang baru dibelinya.  Puas di selak ke depan dan ke belakang untuk melihat gaya terbaju baju pengantin.  Baju gaya terbaru yang berada di dalam majalah itu amat menarik perhatiannya.  Dia mula membayangkan jika busana pengantin  itu di pakai oleh Adam Syafiq dan Balqis.  Pasti mereka cantik mengayakan busana itu pada majlis perkahwinan mereka.

                Tema perkahwinan mereka juga sudah pun Datin Maimunah fikirkan.  Pasti tetamu yang hadir tidak akan hampa dengan konsep perkahwinan yang di pilih oleh Datin Maimunah.  Dia mula tersenyum sendiri.  Ah, betapa indahnya jika perkahwinan ini benar-benar terjadi.  Sudah tentu majlis itu akan menjadi satu majlis yang gilang-gemilang.  Pasti perkahwinan anaknya akan di katakan Wedding of the year.  Betapa besarnya impian dan angan-angannya.




                Tangannya segera mencapai telefon bimbitnya.  Segera nombor Adam Syafiq di dail. 

                “Assaammualaikum ma.” Suara Adam Syafiq kendengaran di talian.

                “Waalaikumsalam Adam.  Bila Adam nak balik sini?”

                “InsyaAllah petang nanti Adam balik. Kenapa ma?”

                “Haaa, bagus lah macam tu.  Tak payah nak lama-lama sangat holiday dekat Pangkor tu.  Lagipun bukan ada apa pun dekat sana.  Lain lah Adam bercuti dekat oversea.” Bebel Datin Maimunah.

                “Yelah ma.  Mama don’t worry lah.  Adam balik hari ni.”

                “Agak-agak Adam sampai dalam pukul berapa?  Mama ingat nak makan malam sama-sama.”

                “InsyaAllah.  Mama tunggu je lah.  Petang-petang sikit Adam sampai. Lagipun bukan jauh sangat pun dari Pangkor ke KL”

                “Tak pe lah kalau dah Adam cakap macam tu.  Tapi jangan tak jadi balik pula. Mama tunggu Adam balik okay.  Mama nak tanya tu je.  Assalammualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Adam Syafiq mematikan talian.

                Datin Maimunah tersenyum sendiri.  Dia mula mendapat idea.  Laju tangannya menghantar pesanan ringkas SMS kepada Datin Faridah.

Ida, malam ni I nak buat makan-makan sikit.  Datanglah tau.
 Jangan lupa bawa Balqis sekali. 

Tidak sampai lima minit, Datin Faridah membalas pesanan ringkas SMS nya.

Ok darling.  Just wait for us.  We’ll datang malam ni.
See you tonight
.
               
                Datin Maimunah mula merancang untuk menemukan Balqis dan Adam Syafiq.  Malam ini dia ingin menyuarakan cadangannya untuk menjodohkan mereka di hadapan Datin Faridah dan Datuk Fuad.  Dia pasti Datin Faridah akan setuju dengan hasratnya itu.  Semoga dengan cadangan dan hasratnya itu dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatannya dengan Datin Faridah.
 
                Majalah pengantin di letakkan di atas meja.  Kakinya mula melangkah ke dapur untuk memikirkan menu  malam ini.  Dia akan meminta pembantu rumahnya menyediakan makan malam yang istimewa untuk tetamu yang amat dinanti-nantikannya.  Tetamu yang bakal memberi sinar di dalam rumahnya tidak lama lagi. 

“Balqis, hanya kau yang layak bergandingan dengan Adam Syafiq dan aku akan pastikan kau akan menjadi menantu dalam rumah ini” detik hati kecil Datin Maimunah sambil tersenyum bahagia.



P/S: SORRY..BAB 4 NI PENDEK RASANYE.. TAPI MEMANG BUAT PENDEK JERK.. THEN AKAN SAMBUNG DENGAN ENTRY SETERUSNYA.. NOW NAK TUMPU PADA HKU DULU..  DAH RAMAI MENUNGGU HKU RUPANYA…SORRY YE.. THANKS SUDI BACA HASIL KARYA SAYA YANG BANYAK KEKURANGAN.. =)
reaction

4 comments:

  1. best..
    takpe cik writer update citer hku dulu asalkan x lupe update citer tc di masa akan datang nanti..
    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nur iman.. tu la..dah lama tak update hku.. dah da tulis sikit.. tapi still tangguh2 lagi.. btw, thanks support cik nad =)

      Delete
  2. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete