Pages

Monday, November 7, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalammualaikum,

selamat hari raya aidiladha semua.. kepada yang sedang menunaikan haji.. semoga anda dapat haji yang mabrur! InsyaAllah.. macam yang kita semua tau .. hari raya aidiladha nie juga di kenali sebagai hari raya haji dan juga hari raya korban.. ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia dan ia adalah raya terbesar di dlm islam selain dari hari raya Aidilfitri .



Raya Aidiladha ni adalah perayaan yang istiemewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T.

Hari raya korban ini telah jatuh pada hari kesepuluh zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar hijrah islam.  10 zulhijjrah merupakan tarikh penting dlm sejarah islam di mana Nabi Adam dan isterinye Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa semula di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya Aidiladha nie.. solat sunat biasanya dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.  Hikmahnye dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.  Ibadat korban ini hanya boleh di lakukan dalam empat hari iaitu bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 zulhijjah.  Jadi.. jangan pelik jika sesetengah masjid or surau yang melakukan penyembeihan haiwan korban pada keesokkan harinya ye kawan2..huhuh =)



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA =)





No comments:

Post a Comment