Pages

Thursday, February 2, 2012

valentine day

Assalammualaikum,

Today, 2 february 2012, mesti ramai anak-anak muda yang tak sabar nak menunggu tarikh keramat 14 february kan? cik nad pasti..ramai yang sedang kalut dok memikirkan ..tempat and hadiah yang perlu di sediakan untuk sambutan tarikh keramat ini.. tapi.. sebelum itu.. cik nad nak tanya.. awak yang sibuk kalut nak sambut valentine nie..beragama ape yerk?? kalau yang beragama selain dari agama islam.. cik nad tak mau nak campur..but.. for MUSLIM.. please.. stop think about it..and jangan la pulak korang kalut nak meraikan hari ini.. 




rasanya..ramai yang dah tau.. sebagai seorang yang beragama islam..kita dilarang sama sekali dari menyambut hari kekasih a.k.a valentine day nie..sejarah hari valentine tidak ada di dalam islam...amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur kristian yang bercanggah dengan islam...islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam valentine kerana agama yang diamalkannya boleh menggugat akidah islam.,,hukum islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah saw:

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut." 
(Riwayat Abu Daud)



Cik nad nak kongsikan sikit pasal sejarah valentine day nie bagi mereka yang belum tahu tentang sejarah 14 february nie.. sebenarnye perkataan valentine diambil semperna nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine.. jasa paderi ini yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 February 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri..So, 14 February disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.



selain dari itu, sejarah valentine juga ada menceritakan tentangseorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

.

Sebagai seorang muslim.. takkan lah kita nak sambut..hari kemenangan mereka yang telah menumpaskan kerajaan islam kita?? fikirlah baik-baik.. kalau nak tahu lebih banyak pasal sejarah valentine nie.. cik nad rasa..boleh lah search kat internet kan?so.. bila dah tau nie.. fikir lah baik2.. perlukah kita sambut valentine day nie? takyah nak cakap pasal kuno or tak open minded lah.. jangan nak terlalu open minded sampai boleh mengugat agama sendiri.. tunggu ape lagi?? SAY NO TO VALENTINE DAY!!



No comments:

Post a Comment