Pages

Monday, April 23, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 5




                Ira Syarmila melangkah masuk ke bilik pejabat Badrul Zaman.  Meja yang dipenuhi dengan fail dan dokumen-dokumen penting disusun di almari menyimpan dokumen di dalam bilik itu.  Fail-fail penting yang memerlukan tanda tangan Badrul Zaman diletakkan disudut kiri supaya mudah untuk Badrul Zaman menandatanganinya.  Ira Syarmila ligat menjalankan tugasnya sebagai setiausaha kepada Badrul Zaman.  Komputer dihidupkan agar mudah Badrul Zaman untuk memulakan pekerjaannya selepas masuk ke pejabat.  Di sudut tepi komputer kelihatan beberapa bingkai gambar yang berisi gambar Nur Batrisya, Badrul Zaman dan ada juga gambar perkahwinan Badrul Zaman bersama arwah isterinya, Erina Syakila.

                Ira Syarmila mengambil bingkai gambar yang berisi gambar Badrul Zaman dan mengusap-usap gambar tersebut.  Kekacakan wajah Badrul Zaman telah menarik perhatiannya sejak dia mula-mula bekerja di syarikat ini.  Keperibadian Badrul Zaman telah mengikat hatinya kepada duda beranak satu itu.  Pelbagai cara yang digunakan untuk menarik perhatian Badrul Zaman tetapi tidak pernah diperdulikan oleh Badrul Zaman. 

                “One day, you’ll be mine dear.  Itu memang pasti!” kata Ira Syarmila pelahan sambil mengusap gambar milik Badrul Zaman.  Di tenungnya gambar kacak milik Badrul Zaman sambil tersenyum menggoda seolah-olah Badrul Zaman berada dihadapannya.

                Krinnnnnggg! Kringggg!! Bunyi telefon yang berada di meja Badrul Zaman berdering dan membuatkan Ira Syarmila tersedar dari khayalannya. 

                “Hissshh! siapalah yang nak call pagi-pagi ni?? kacau daun betul! Orang baru nak berangan-angan!,” rungutnya sambil meletakkan kembali bingkai gambar tersebut sebelum mengangkat telefon.

                “Hello Kencana Holding, Ira Syarmila speaking,” Ira Syarmila memulakan perbicaraannya.

                “Hello Syarmila, ni saya Badrul.  I just want to inform you that I come late to the office today.  Saya nak kena hantar Sya pergi klinik dulu.  She’s not feeling well.  Ada apa-apa yang penting pagi ni?,”tanya Badrul Zaman.

                “Owhh.. yeke? Sya tak sihat ke Encik Badrul? Kenapa?? Demam ke?,”soal Ira Syarmila bertalu-talu sambil membuat suara menggoda.

                “Yup, Sya demam. Saya tanya, ada apa-apa yang urgent ke pagi ni Syarmila? Let me know,” balas Badrul Zaman.

                “Hurmm, pagi ni tak ada apa-apa yang urgent pun.  Cuma pukul 2 petang nanti, Encik Badrul ada lunch dengan Dato Rahimi untuk discuss pasal projek di Terengganu tu,” jawab Ira Syarmila.
                “Owhh.. okay-okay.  Lepas saya hantar Sya, saya akan masuk pejabat and you Syarmila, please prepare dokumen yang saya perlukan untuk discussion tu nanti dan letak dalam bilik saya siap-siap ye,” arah Badrul Zaman.

                “Hurmmm.. Encik Badrul, agak-agak..encik Badrul nak masuk office pukul berapa ye?? And one more question, I kena follow sekali ke untuk discussion you dengan Dato Rahimi tu?,” tanya Ira Syarmila lagi.

                “Saya tak tahu lagi pukul berapa saya akan masuk office and awak akan ikut saya untuk disscussion tu.  Okay Syarmila, saya nak cepat ni.. itu sahaja yang saya nak beritahu awak..okay, Bye!,” Badrul Zaman segera menekan punat merah pada telefon bimibitnya.  Malas betul nak melayan kerenah Ira Syarmila yang adakalanya membuatkan dia berasa rimas.

                “Bye sayang,” Kata Ira Syarmila pelahan setelah talian dimatikan.

 Arghhh! Teringin pula dia mengungkapkan perkataan ‘sayang’ itu pada Badrul Zaman dan ingin sekali ucapannya didengari oleh lelaki itu.  Kalau lah Badrul Zaman tahu akan perasaan yang sudah lama dipendamnya terhadap lelaki itu, adakah Badrul Zaman akan membalas cintanya? Entah, dia sendiri tidak pasti.  Tapi apa yang pasti, dia sendiri akan membuatkan  Badrul Zaman jatuh hati padanya.  Hanya dengan satu cara,  dia perlu mengambil hati ‘buah hati pengarang jantung’ Badrul Zaman iaitu Nur Batrisya dan selepas itu, Badrul Zaman pasti akan jatuh ke tangannya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Kereta Honda Civic berwarna putih milik Badrul Zaman berhenti di perkarangan Sweetybaby nursery.  Badrul Zaman segera keluar dari dalam perut kereta dan membuka pintu penumpang dibahagian belakang.  Tangannya pantas mengambil beg barbie milik Batriysa dan menyandang di bahagian tagan kanan.  Nur Batrisya yang berada di dalam dukungan Badrul Zaman  kelihatan lemah dan di bahagian dahinya sudah tertampal ‘cool fever’ untuk mengurangkan suhu panas badannya.

                “Eeh, kenapa Sya ni encik Badrul? Demam ke?,” tanya Puan Hamidah setelah pintu nursery dibuka.

                “Aah Puan Hamidah.  Sya tak sihat sejak malam tadi.  Saya tak dapat nak ambil cuti hari ini untuk jaga dia sebab saya ada appointment penting petang ni.  Nanti, kalau badan Sya makin panas atau ada apa-apa masalah, Puan Hamidah jangan lupa terus call saya ye?,” kata Badrul Zaman sambil membaringkan anaknya di atas katil di dalam bilik sakit yang memang disediakan di dalam nursery itu.

                “Tak apa encik Badrul.  Dah memang tugas saya sebagai pengasuh di nursery ini.  Encik Badrul jangan risau, saya akan jaga Sya elok-elok,” balas Puan Hamidah untuk menenangkan hati Badrul Zaman.

                Puan Hamidah tahu, Badrul Zaman ini amat menyayangi satu-satunya buah hatinya.  Setelah isterinya, Erina Syakila meninggal dunia, Nur Batrisya lah satu-satunya tempat dia mencurah kasih.  NurBatrisya memang seorang anak yang bijak dan amat manja dengan Badrul Zaman dan bila jadi begini, sudah tentu hati Badrul Zaman menjadi tidak tenang.

                “Sya, papa pergi kerja dulu ye sayang.  Sya jangan lupa makan ubat ye sayang?  Papa dah bagi ubat Sya dekat ummi.  Bila kerja papa dah siap, papa terus datang sini ambil Sya, okay sayang?,” kata Badrul Zaman sambil mengusap rambut lembut milik Batrisya dan mencium pipi montel milik anak kecil itu berkali-kali.

                Nur Bartriysa menanggukkan  kepalanya.  Nampak benar badannya lemah dan mukanya sedikit pucat. 

                “Sya tunggu papa. Papa jangan lambat tau!,” mulut comel itu bergerak-gerak menuturkan kata walaupun tidak seceria biasa.

                “Okay sayang, papa promise! Papa pergi dulu ye?,” janji Badrul Zaman sambil mencium pipi gebu itu sekali lagi sebelum berlalu pergi.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
               
                Telefon bimbit milik Sofiya Alia berdering dan memainkan lagu just the way you are nyanyian Bruno Mars.  Tertera nama Emak sayang di skrin telefon dan segera punat hijau ditekan untuk menghubungkan dia dengan ibunya.

                “Assalammualaikum, Puan Hamidah.  Boleh saya bantu??,” usik Sofiya Alia.

                “Waalaikumsalam.  Sofie, emak nak minta tolong ni.  Sofie tolong petikkan bunga raya dan daunnya sekali dekat luar rumah tu, lepas tu tolong hantar dekat nursery ni.  Cepat sikit ye,” arah Puan Hamidah.

                “Emak nak buat apa pula dengan daun bunga raya tu?,”tanya Sofiya Alia pelik.

                “Ni haa, si Sya ni demam.  Panas pula mak rasa badan ni ni, tu yang mak nak suruh Sofie hantarkan daun bunga raya tu,”terang Puan Hamidah.

                “Boleh ke daun bunga raya jadi ubat mak?? Mana mak tau ni? ,”tanya Sofiya Alia lagi.  Terasa pelik pula dengan kenyataan emak.

                “Ai Sofie ni, dah belajar dekat Universiti pun tak tahu lagi pasal khasiat pokok bunga raya ni? Ishhh! Itu pun tak tahu.  Dah-dah, jangan banyak soal lagi.  Pergi cepat petik daun pokok bunga raya tu, lepas tu hantar dekat nursery ni.  Cepat sikit ye? Jangan nak melengah-lengah pula, kesian mak tengok si Sya ni,” balas Puan Hamidah panjang lebar sebelum meletakkan gagang telefon.


Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Kasihan sungguh Sofiya Alia melihat Nur Batrisya yang kelihatan lemah dan tidak bermaya terbaring di atas katil.  Panas suhu badannya masih terasa apabila Sofiya Alia meletakkan tangannya di dahi dan di leher Nur Batrisya. Anak kecil yang sentiasa lincah dan ceria kini tidak lagi seceria hari-hari sebelumnya.  Tiada lagi mulut yang petah berbicara dan menuturkan kata.  Tiada lagi gelak tawanya kedengaran di dalam nursery ini. 

Arghh! Tiba-tiba terasa satu perasaan kasihnya terhadap anak kecil ini.  Sofiya Alia dapat merasakan yang dirinya amat menyayangi kanak-kanak itu.  Ya! Sayang.  Dia memnag sudah mula  menyayangi Nur Batrisya melebihi kanak-kanak lain yang ada di dalam nursery ini.  Entah mengapa, dia sendiri tidak pasti.

                “Mak dah lulurkan daun bunga raya kat Sya.  InsyaAllah, tak lama lagi surutlah panas badannya,” suara Puan Hamidah memecah kesunyian.

                “Berhasil ke mak kalau letak daun bunga raya je mak?,”tanya Sofiya Alia meminta kepastian.

                “InsyaAllah.  Itu pertua orang dulu-dulu.  Masa mak kecil-kecil dulu, arwah nenek Sofie selalu lulurkan kat badan mak bila mak demam.  InsyaAllah, kalau Allah izinkan.. kebahlah demam si sya ni nanti,” terang Puan Hamidah.

                Sofiya Alia hanya mengangguk faham dengan penjelasan emak.  Betul kata emak, jika Allah izinkan apa pun yang kita lakukan dan inginkan pasti akan terjadi.  Sofiya Alia  mengusap lembut umbun-umbun milik Nur Batrisya.  Kanak-kanak kecil itu membuka matanya dan memandang ke arah Sofiya Alia.

                “Kak Sofie..,” panggilnya.

                “Ye sayang.  Sya nak apa? Sya nak minum? Kak Sofie ambilkan.,” tanya Sofiya Alia sambil terus mengelus rambut lembut itu.

                Nur Batrisya hanya menggelengkan kepalanya.  Bukan itu yang dia inginkan.  Matanya sayu memandang ke arah Sofiya Alia.  Ada sesuatu yang diinginkannya.

                “Kak Sofie, Sya nak papa,” pintanya.

                Sofiya Alia  jadi semakin kasihan terhadapnya.  Saat-saat begini sudah tentu seorang anak inginkan belaian dari kedua ibu bapanya.  Kasihan Batrisya.  Adakah dia merindukan bapanya??

                “Sya,  papa Sya kerja.  Sekejap lagi papa Sya datang ambil Sya.  Sya rehat dulu ye sayang?,” pujuk Sofiya Alia.

                Anak kecil itu hanya mengangguk kecil sebelum matanya kembali tertutup.  Sofiya Alia terus mencapai  kain selimut dan menyelimuti separuh badan milik Nur Batrisya.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

                Badrul Zaman memecut  laju keretanya ke Sweetybaby nursery setelah selesai berjumpa dengan Dato Rahimi.  Ira Syarmila yang menumpang keretanya untuk pertemuannya dengan Dato Rahimi tadi dibawanya bersama untuk mengambil Nur Batrisya.  Hatinya masih risau akan keadaan anak kesayangannya itu.  Selepas mengambil Nur Batrisya barulah dia akan menghantar Ira Syarmila kembali ke pejabat untuk mengambil keretanya.

                Tibanya di Sweetybaby nursery, Badrul Zaman terus melangkah laju ke dalam nursery untuk ke bilik sakit.  Tombol pintu bilik sakit di pulas pelahan.  Badrul Zaman masuk ke bilik dengan langkah yang berhati-hati agar tidur Nur Batrisya tidak terganggu dan diikuti oleh Ira Syarmila dari belakang.   Badrul Zaman merlihat satu tubuh yang sedang menemani tidur anaknya di tepi sudut katil dan orang itu juga turut lena bersama-sama Nur Batrisya.

                “Assalammualaikum,” kata Badrul Zaman untuk mengejutkan lena orang yang menemani anaknya itu.

                Sofiya Alia tersentak bila terdengar suara lelaki di bahagian belakangnya.  Segera dia menoleh ke arah suara tersebut. Oh, encik Badrul Zaman rupanya.

                “Maaf encik Badrul.  Saya terlena sekali time jaga Sya,” kata Sofiya Alia.

                “Its okay, saya datang ni nak ambil Sya,” balas Badrul Zaman ringkas sambil duduk di sisi katil.
                “Encik Badrul, mana boleh encik Badrul cakap okay je.  Cuba encik Badrul bayangkan kalau jadi apa-apa dekat Sya tadi macam mana? Yang budak pengasuh ni sedap dia je pergi tidur dekat sini.  Hey budak, awak ni nak kerja atau nak tidur haa?,”jerkah Ira Syarmila.

                “Sorry puan.  Saya mintak maaf.  Saya terlelap tadi, lagipun rasanya tak sampi 15 minit,” jawab Sofiya Alia .
                “I don’t care berapa lama awak terlelap.  Kau ni, orang dah bayar mahal-mahal yang kau pula jaga cincai boncai je kan?? Kalau jadi apa-apa dekat anak orang  kau nak tanggung ke? Otak kau ni letak dekat mana?” marah Ira Syarmila lagi dengan muka yang bengis.

                “Dah lah tu Syarmila.  Benda tak ada apa-apa pun.  Awak tak payah lah marah dia lagi.,”kata Badrul Zaman sambil mendukung Nur Batrisya untuk keluar dari bilik sakit itu.  Ira Syarmila mendengus geram apabila Badrul Zaman menyebelahi Sofiya Alia.

                “Tapi encik Badrul..,” Ira Syarmila masih tidak puas hati.

                “Saya cakap sudah tu sudah lah,” tegas Badrul Zaman. “Thanks Sofie tolong jaga Sya.   Saya balik dulu, Assalammualaikum,” sambungnya sambil melangkah keluar dari bilik sakit itu.   

Ira Syarmila hanya menjeling ke arah Sofiya Alia.  Hatinya mendengus geram.  Nampaknya lakonannya tidak menjadi. Dia hanya berpura-pura memarahi budak pengasuh itu kerana ingin berlakon di hadapan Badrul Zaman yang kononnya dia mengambil berat akan Nur Batrisya yang sedang sakit. Sebenarnya dia sedikit pun dia tidak kisah akan budak yang sakit itu.  Apa yang penting, dia perlu menunjukkan kasih sayangnya terhadap Nur Batrisya di hadapan Badrul Zaman.  Dia harus berpura-pura menyayangi anak kesayangan Badrul Zaman itu. Untuk memiliki hati Badrul Zaman, dia harus menyayangi dan mengumpan hati anaknya. 

                
reaction

4 comments:

  1. Replies
    1. yup athifah.. akk yg tulis.. cite ni da dlm penulisan 2u.. tp dlm penulisan 2u tu.. tak sempat nak edit tol2.. so.. ayat byk tunggang langgang n typo.. hehehe... sje nk kongsi e-novel ni kat sini.. jemput la bce =)

      Delete
  2. busuknya hati si Ira Syarmila tu..... kalau nak bapak kenalah terima anknya sekali... bukan hanya berpura2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tu la pasal.. busuk ati gler die.. die nak bpknye aje.. bukan nak anaknye.. hehehe.. so..nk bpk.. try amik ati anak dulu..blakon je sume tue.. =)

      Delete