Pages

Monday, April 23, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 3





             “Sofie,  hari ni Sofie tolong mak jaga nursery boleh tak??  Mak ada kerja sikit yang nak diselesaikan. Kak Murni tak dapat datang kerja hari ni, dia MC. Dahlia pula nenek dia meninggal semalam dan terpaksa balik kampung.  Sofie tolong mak ye? Mak pergi pun tak lama, kejap je,” kata Puan Hamidah sambil menyarungkan tudung di kepalanya.

            “Orait! Tak ada masalah lah mak.  Habis kalau kak Murni dengan Dahlia tak ada, siapa je yang ada dekat nursery tu hari ni??,”tanya Sofiya Alia.

            “Yang ada hari ni pun kak Leha je lah.  Jangan risau lah, mak pergi sekejap je. Selesai kerja mak,  mak terus balik nursery. Hurmmm..ok lah Sofie mak pergi dulu.  Kunci nursery ada kat atas kabinet tv tu. Cepat sikit buka nursery tu.  Sekarang dah pukul 7.20 pagi dah ni,” kata Puan Hamidah dan terus berlalu pergi.

             Sudah lama juga Sofiya Alia tidak menjejakkan kakinya ke nursery milik emak.  Dengar cerita ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk dijaga di nursery itu.  Tanpa belengah Sofiya Alia terus menyarung t-shirt dan seluar jeans dan juga topi kesayangannya untuk pergi ke nursery.  Nasiblah dia jenis orang yang lepas subuh terus mandi.  Kalau tidak,  memang lambat lah dia nak ke nursery tu.

            Dengan menaiki scooter ego s miliknya, Sofiya Alia  terus memecut ke nursery yang tidak jauh dari rumahnya.  Lebih kurang 10 minit dia tiba di nursery milik ibunya.  Nasiblah Sofiya Alia sempat sampai sebelum pukul 8 pagi. Setelah membuka pintu pagar dan memastikan semuanya dalam keadaan baik Sofiya Alia terus menunggu ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke nursery itu.

            Ramai kanak-kanak yang telah dihantar di nursery ‘sweetybaby’ milik Puan Hamidah.  Ada kanak-kanak yang baru berusia 2 bulan juga di hantar di sini. Seronok pula dia duduk di nursery ni dengan kanak-kanak dan melihat pelbagai keletah dan ragam mereka.
            “Kakak ni siapa??tak pernah tengok pun sebelum ni?,”sapa seorang kanak-kanak comel yang memakai gown berwarna biru muda dan bertocang dua.
            “Nama akak kak Sofie, akak ni anak ummi. Awak nama apa?? Comel nya awak ni ye!,” kata Sofiya Alia sambil mencubit pipi gebu milik kanak-kanak comel itu.
            Ummi adalah nama panggilan Puan Hamidah sebagai seorang pemilik nursery sweetybaby ini.  Memang semua kanak-kanak yang tinggal di nursery ini memanggilnya dengan gelaran ummi.  Kata Puan Hamidah dengan panggilan ummi kanak-kanak di nursery ini akan lebih mesra dan tiada jurang diantara mereka.

            “Nama saya Nur Batrisya Amira binti Badrul Zaman, umur saya 4 tahun,”jawabnya panjang lebar.  Wahhh!! Bijak betul budak ni. Separuh budak mana nak ingat nama penuh dia sendiri tapi anak kecil  ini siap dengan nama ayah dia sekali pun dia tau.  Bijak betul!

            “Amboi, bijaknya awak.  kak Sofie tanya sikit awak jawab panjang lebar ye?? Kak Sofie panggil awak Batrisya boleh??,”tanya Sofiya Alia sambil memegang kedua lengannya.

            “Papa panggil saya Sya je. kakak pun panggillah saya Sya je lah, kenapa nak panggil panjang-panjang?,”tanya Nur Batriysa.

            Aduhhh! Budak ni banyak mulut sangat. Sama je pun kalau panggil Batrisya dengan Sya tu, kedua-duanya tetap nama dia juga. Bukan ke lagi sedap kalau panggil nama penuh dia? Batrisya.  Hurmm, ikut kan saja lah.

            “Oh, yeke?? Sorry-sorry. Akak panggil awak Sya la ye. Sya dah breakfast belum?? Kalau Sya nak makan, kak Sofie boleh pergi ambilkan makanan dekat dapur,”tanya Sofiya Alia lagi. Nur Bastrisya hanya menggeleng dan terus berlari ke arah rakan-rakannya yang lain dan meninggalkan dia di situ.  Sofiya Alia hanya tersenyum melihat keletah comelnya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Aktiviti pada hari ini diselitkan dengan mengajar kanak-kanak di nursery ini dengan beberapa buah lagu kanak-kanak seperti labah-labah, papaku pulang dan beberapa lagu yang lain.  Nampaknya kanak-kanak di sini memang suka menyanyi.  Sofiya Alia pula siap mengajar lagu ini dengan gayanya sekali. Sekejap sahaja mereka sudah dapat menangkap gaya yang ditunjukkan oleh Sofiya Alia dan mereka juga ikut menyanyi bersama.  Seronok Sofiya Alia melihat keletah kanak-kanak di sini yang sangat aggresif dan menyanyi bersama-sama.

                        “papaku pulang dari kota..papaku belikan kereta..
kereta kecil warna merah..boleh ku bawa ke sekolah..
pon pon pon pon pon pon pon pon pon..
kereta kecil ku berbunyi..
marilah adik mari naik..
bolehku bawa jumpa nenek!”

            Selepas menyanyikan lagu ,Sofiya Alia mengisi masa petang mereka dengan membacakan buku cerita tentang Nujum Pak Belalang kepada kanak-kanak di situ.  Mereka mendengar dengan penuh minat. Antonasi suara Sofiya Alia juga bertukar-tukar mengikut watak di dalam cerita itu.  Ada ketika mereka tergelak mendengar celotehnya dan gaya penyampaiannya.

            “Kak Sofie, kenapa Pak Belalang tu menipu? Bukan ke kita tak boleh menipu??,” tanya Nur Batrisya.

            “Haaa..memang lah kita tak boleh menipu. Jangan jadi macam pak belalang tau adik-adik, Pak Belalang tu menipu jadi ahli nujum sedangkan dia bukannya tau apa-apa tentang ahli nujum pun, korang semua jangan sesekali nak ikut cara Pak Belalang tau , Pak Belalang tu malas bekerja dan  tahu nak tidur sahaja. Adik-adik semua kene contohi  anak dia ,si Belalang  yang rajin bekerja,”jelas Sofiya Alia panjang lebar.

            “Kalau dah tau tak boleh menipu, kenapa pak belalang menipu juga? Kenapa ada cerita menipu-nipu ni??,”tanya kanak-kanak kecil itu lagi.

            Adoiiii! Banyak pula soalan budak ni, malas pula rasanya nak terangkan banyak-banyak. Untuk mengelakkan diri di soal lagi, Sofiya Alia terus menukar topik.

            “Haaaa…apa kata kita main nyorok-nyorok nak tak??,”Usul Sofiya Alia

 Semua kanak-kanak bersorak riang. Sofiya Alia mengajak mereka bermain di taman permainan di perkarangan nursery.  Seteleh menutup mata dan mengira sehingga sepuluh, Sofiya Alia mula mencari kanak-kanak tadi.  Ramai kanak-kanak yang telah dapat  di cari dan kini hanya tinggal Nur Batrisya seorang sahaja.

            Manalah budak ni nyorok ye??  Sofiya Alia pun terus merangkak-rangkak untuk mencari Nur Batrisya yang masih belum dapat dicari.  Tiba-tiba dia dapat menangkap satu susuk dihadapannya.

            “Yeahhhhh!!! Kak Sofie dapat cari!!,” jerit Sofiya Alia sambil memeluk kakinya kuat-kuat.  Tiba-tiba dia terdengar suara Nur Batrisya tergelak besar dari arah belakang.

            “kak Sofie tak dapat tangkap Sya.. kak Sofie salah orang!!,” jerit Nur Batrisya sambil terkekek-kekek ketawa.

            Sofiya Alia yang pelik terus membuka kain penutup mata.  Alangkah terkejutnya dia bila melihat kaki yang dipeluk tadi bukan lah milik Nur Batrisya tapi milik seorang lelaki yang tidak dia kenali.  Rasa seperti hendak meloncat pun ada, merah pipinya menahan malu.

            “Sorry encik, saya ingatkan  budak-budak ni tadi..,”kata Sofiya Alia sambil terus berdiri.

            Lelaki itu hanya memandang tepat ke arahnya.  Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya dan hanya senyuman yang di lemparkan kepada Sofiya Alia. Aduhhh! Tak keruan dia dibuatnya. Sofiya Alia terus membelakangkan lelaki itu  dan berkira-kira untuk masuk ke dalam nursery bersama kanak-kanak yang lain.

            “Its okay. Saya datang ni nak ambil Batrisya. Saya ni ayah dia,” lelaki itu bersuara.
            “Ohhhh..ayah Nur Batrisya rupanya.Malunya aku!!! Manalah aku  nak letak muka ni? kalaulah bini dia nampak yang aku pergi peluk kaki suami dia tadi mampus aku kena penampar sulung!,”kata Sofiya Alia di dalam hati.

            “Encik Badrul, awal datang hari ni. Nak ambil Sya ke?,”Suara Puan Hamidah memecahkan kesunyian.

            “Aah Puan Hamidah, hari ni saya balik awal sikit, itu yang saya terus datang nak ambil Sya.,”jawab Badrul Zaman sambil melangkah ke depan untuk mendapatkan anaknya.

            “Oh macam tu.  Sekejap ye encik Badrul, saya suruh anak saya ambilkan beg Sya..,”kata Puan Hamidah.

 “Sofie..tolong ambilkan beg Sya kat dalam..bagi dekat encik Badrul ni..,”arah Puan Hamidah kepada Sofiya Alia.

Sofiya Alia terus mencapai beg milik Batrisya dan menyerahkannya kepada Badrul Zaman.  Perasan malu masih terasa untuk berhadapan dengan  Badrul Zaman setelah insiden tadi dan dia pula hanya tersenyum melihat tingkah Sofiya Alia yang tidak tentu arah. Lelaki itu masih terus tersenyum sehinggalah kereta Honda Civic bewarna putih miliknya hilang dari pandangan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
            Telefon bimbit Sofiya Alia memainkan lagu just the way you are nyanyian bruno mars tanpa henti. Sudah dua kali telefonnya berdering. Pantas tangannya mencapai telefon bimbit yang masih berdering setelah keluar dari bilik air.  Tertera nama syuhada di skrin telefon bimbit.

            “Hello Sofie! Kenapa lambat sangat angkat call aku ni?? Penat tau asyik dail nombor kau,” jerit Syuhada rakan sebilik Sofiya Alia di Uitm jengka, pahang.

            “Uit!! Jangan jerit-jeritlah sakit telinga aku .  Sorry, aku baru lepas mandi ni.  Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?,”tanya Sofiya Alia.
            “Haaaa..aku ada plan baik punya ni. Aku sebenarnya nak ajak kau pergi bercuti dekat pangkor weekend ni. Jom lah wei!  Bosan lah cuti semester kali ni.  Aku tak tau nak buat apa kat rumah,” jelas Syuhada .

            “Hurmmm.. cantik juga plan kau tu. Aku pun bosan juga duduk rumah sorang-sorang.. siapa lagi yang follow??,”tanya Sofiya Alia lagi.

            “Aku dah ajak Zila, Anum dengan si Rohani tu. Diaorang pun okay je.  So, sekarang ni aku nak tau lah kau pulak macam mana?? kita pergi jumaat ni ,ahad kita balik lah. Macam mana?? Okay tak??,”Cadang Syuhada.

            “Beres! Tapi make sure before khamis ni kau kena inform balik tau. Aku nak pastikan korang conform pergi ke tidak.  Mana lah tau bila aku dah excited, last minute pulak korang cancel,”pesan Sofiya Alia kepada Syuhada.

            “Baik boss!!,nanti aku inform kau balik orait?? Hurmm..oklah bye. Night!,”kata Syuhada mengakhiri perbualan kami. 

            Seronok juga pergi bercuti dengan kawan-kawan ni. Dah lama juga Sofiya Alia tidak bercuti di pangkor.  Di dalam otaknya sudah terbayang bermacam-macam aktiviti yang ingin di lakukannya ketika di sana nanti. Yang paling Sofiya Alia rindui adalah untuk pergi snorkeling, melihat ikan-ikan di pulau yang bewarna biru dan bermain banana boat dengan kawan-kawan.  Tidak sabar rasanya nak buat bbq dan  duduk bersantai-santai di tepi pantai bersama rakan-rakan yang lain. Wahhhh.. seronoknya!!! Tidak sabar rasanya hendak menunggu jumaat ni. Hey pangkor!! Here we come !!!

No comments:

Post a Comment