Pages

Saturday, April 28, 2012

Hanya Kau Untukku - BAB 6


BAB 6



Hariz Iskandar tidak dapat melelapkan matanya.  Di pusingkan badannya ke kiri dan ke kanan untuk mencari lebih keselesaan agar matanya dapat dipejamkan.  Puas dia memaksa diri untuk tidur tetapi masih sukar untuknya melelapkan mata.  Fikirannya merawang jauh mengingati gadis yang membantunya tempoh hari.  Ingin sekali dirinya bertemu lagi dengan gadis yang dikatakannya tomboy itu.

Siapa sangka perempuan yang sering dijadikan lawan perang mulut itu akan membantunya ketika dia memerlukan pertolongan.  Siapa sangka gadis kasar itu sanggup memberikan pertolongan walaupun setelah disakiti hatinya berkali-kali? Baik sungguh hatinya.  Masih dia ingat bagaimana perempuan kasar itu sanggup terjun ke dalam kolam renang dan membantunya yang ketika itu  sedang kekejangan . Walhal ketika itu Hariz Iskandar baru sahaja ‘mendajalkan’ perempuan yang dikatakannya tomboy itu.

“Aku perlu meminta maaf dengan  apa yang aku dah buat dekat dia.  Aku perlu minta maaf dengan apa yang aku katakan padanya,” bisik hati kecil Hariz Iskandar.

“Arghhhhh!!! Perlu ke  kau minta maaf?? Sedangkan dia juga pernah menyakiti hati kau??  Perlu ke kau minta maaf  sedangkan dia juga pernah menuturkan kata-kata kesat pada kau??? Jangan nak malukan diri sendiri lah Hariz! Kau nak ke si tomboy tu gelakkan kau nanti?? ,” satu suara menghasutnya.  Hariz Iskandar mula berperang dengan hatinya sendiri.  Perlu atau tidak dia meminta maaf pada gadis itu??

Sofie.  Nama itu terkeluar dari bibirnya.  Entah apa yang istimewanya perempuan itu di matanya sejak kali pertama dia berjumpa, dia sendiri tidak pasti.  Hariz Iskandar masih ingat lagi peristiwa pertama yang menemukan dia dengan Sofiya Alia.  Hanya dengan kesilapan kecil, mereka bertegang urat.  Bukannya dia benar-benar bencikan perempuan kasar itu.  Tapi entah apa tarikannya hingga membuatkan Hariz Iskandar sengaja mencari fasal.  Ada sahaja perkara yang tidak puas hati dihatinya dan dia memang  sengaja ingin membuatkan perempuan kasar itu marah padanya.

Baginya, ada satu tarikan yang ada pada gadis tomboy itu.  Ada sesuatu yang membuatkan dirinya kelihatan berbeza berbanding  gadis- gadis yang di kenalinya.  Ingin sekali dia mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.  Apa yang Hariz Iskandar fikirkan, dia sendiri tidak pasti.  Adakah dia mula terpikat dengan gadis kasar itu? Ahhh! Mana mungkin! Tak mungkin cita rasanya seteruk itu.  Gadis kasar dan berambut pendek seperti itu tidak pernah dan tidak akan ada dalam senarai gadis yang diinginkannya.

Mungkin hanya kerana dia perlu memohon maaf dan berterima kasih pada gadis tomboy itu kerana telah membantunya tempoh hari.  Ya! Dia ingin bertemu kerana ingin menebus rasa bersalahnya terhadap gadis tomboy itu dan tidak mungkin ada niat lain selain dari itu!  Tapi, di mana dia harus mencari gadis itu?? Sudah dua tiga hari dia berjogging di taman permainan tempat pertama kali mereka bertemu untuk mencari gadis itu.  Tapi, usahanya sia-sia belaka.  Batang hidup Sofiya Alia pun tidak di lihatnya.  Dimanakah dia harus mencari gadis itu??

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Badrul Zaman melangkah masuk beriringan dengan Nur Batrisya ke dalam Sweetybaby nursery.  Senang hatinya melihat Nur Batrisya sihat seperti sediakala.  Keceriaan jelas terpancar di wajah Badrul Zaman apabila melihat keletah Nur Batrisya yang cergas dan aktif seperti biasa.

“Ummi!! Sya da sampai!,” jerit Nur Batrisya apabila sampai di muka pintu nursery itu.

Puan Hamidah segera menjenguk keluar sambil mendukung bayi asuhannya yang baru berusia dua bulan itu.  Sofiya Alia menuruti ibunya dari belakang menuju ke arah pintu.

“Hai Sya, dah sihat ?,”tanya Puan Hamidah sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Nur Batrisya.  Tangan itu dikucup dan dicapai pula tangan Sofiya Alia dan melakukan perkara yang sama.

“Dah, Sya dah sihat,”jawab Nur Batrisya ringkas.

“Alhamdulillah.  Nasib Sya cepat sembuh puan Hamidah.  Kalau tidak, susah hati saya di buatnya,” sampuk Badrul Zaman.

“Biasalah, budak-budak.  Cepat sangat diserang penyakit.  Mujurlah tak lama dia demam,”balas Puan Hamidah.

“Tu lah, nasib baik tak lama,” balas Badrul Zaman ringkas.

“Encik Badrul, saya masuk ke dalam dulu lah ye.  Saya nak baringkan bayi ni dulu,” Puan Hamidah meminta izin untuk masuk ke dalam nursery dan Badrul Zaman membalasnya dengan anggukan.

“Sofie, ambil beg Sya tu.  Nanti bawa masuk ke dalam ye,” Puan Hamidah mengingatkan anak gadisnya sebelum beredar masuk ke dalam nursery.

Sofiya Alia mengambil beg sandang berjenama barbie yang telah dihulurkan oleh Badrul Zaman.  Perasaan serba salahnya masih ada kerana tertidur ketika menjaga Nur Batriysa.  Sukar untuknya berbalas pandangan dengan Badrul Zaman.  Manakan tidak, jika terjadi apa-apa pada anak kesayangan Badrul Zaman, sudah tentu dia akan diambil tindakan berat.  Mujurlah tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.

“Maafkan saya encik Badrul,” Sofiya Alia memulakan bicara.

“Eh, kenapa nak minta maaf pula ni??,” kata Badrul Zaman sedikit pelik.

“Pasal hari tu, yang saya tertidur  masa jaga Sya.  Saya minta maaf sangat-sangat encik Badrul.  Seriously, saya tak sengaja.  Saya tahu saya cuai.  Saya akan pastikan benda ni tak akan berulang lagi,” kata Sofiya Alia bersungguh-sungguh.

“Oh, pasal hari tu.  Its okay lah Sofie.  Saya tahu awak pun tak sengaja.  Lagipun, tak ada apa-apa yang buruk berlaku kan? so, buat apa awak nak serba –salah? Tak apa, saya faham,” jawab Badrul Zaman untuk mematikan perasaan bersalah yang masih bersarang di dada Sofiya Alia.

“Tapi encik Badrul, saya tak patut tidur masa jaga Sya.  Salah saya sendiri encik Badrul.  Saya betul-betul minta maaf,” rayu Sofiya Alia lagi.

“Kelakar lah awak ni.   Awak janganlah cuak sangat.   Kan saya dah kata, tak apa.  Dah, tak payah nak fikir hal ni lagi.  By the way, saya patut ucap terima kasih dekat awak sebab sudi jaga anak saya,” balas Badrul Zaman dengan terseyum melihat wajah Sofiya Alia yang agak cuak.

“Thanks encik Badrul.  Saya janji perkara ni takkan jadi lagi. Okay?,” kata Sofiya Alia senang.

“Papa, papa kata nak bawa Sya pergi jalan-jalan kan kalau Sya da sembuh?  Bila kita nak pergi jalan papa? Kalau kita pergi jalan-jalan nanti, kita bawa kak Sofie sekali tau.  Kesian kak Sofie.  Dia kata, tak ada orang yang bawak dia jalan-jalan dan makan aiskrim,” mulut kecil milik Nur Batrisya yang petah menuturkan kata mematikan perbualan antara Sofiya Alia dan Badrul Zaman.

Badrul Zaman terus berpaling ke arah wajah Sofiya Alia.  Pipi Sofiya Alia terasa panas.  Dia mula berasa malu apabila Nur Batrisya menyatakan hasratnya kepada Badrul Zaman.  Dia tidak menyangka anak kecil itu akan berkata begitu kepada bapanya.  Apatah lagi menyatakan hasratnya di hadapan Sofiya Alia sendiri.  Pipi Sofiya Alia mula berona merah.  Tidak sangka, usikannya terhadap Nur Batrisya tempoh hari dianggap benar oleh kanak-kanak itu.

‘Tu lah! Lain kali jangan cakap sembarangan dengan budak-budak.  Kan dah malu sendiri,’ ngomel  Sofiya Alia di dalam hati.

“Boleh tak papa??,” tanya Nur Batrisya meminta kepastian.

“Boleh je.  Nanti kita ajak kak Sofie sekali ye.  Tapi kak Sofie nak ke ikut kita?,” kata-kata Badrul Zaman lebih ditujukan kepada Sofiya Alia.

“Ehhh, kak Sofie main-main je hari tu Sya.  Bukan betul-betul pun,” Sofiya Alia segera menjelaskan perkara sebenar.

“Alaaa, jom lah kak Sofie.  Nanti papa belanja kita makan aiskrim.  Best!!,” pujuk Nur Batrisya lagi.

“Ishhh, tak mahu lah.  Kak Sofie main-main je hari tu,” balas Sofiya Alia jujur.

“Jom lah join sekali Sofie.  Itu pun kalau Sofie sudi lah nak keluar dengan kami berdua.  Sofie jangan risau, saya akan datang jemput dan hantar Sofie balik ke rumah, okay?,” pancing Badrul Zaman lagi.

Sofiya Alia serba  salah.  Perlukah dia mengikut kehendak anak kecil itu? Arghhhh!!

“Hujung minggu ni, hari sabtu atau ahad .  Boleh ke Sofie?,” tanya Badrul Zaman lagi.

“Tak apa ke?? Ishhh, saya rasa macam menyusahkan je.  Tak apa lah encik Badrul.  Lain kali saja lah,” Sofiya Alia cuba mengelak.

“Jom lah kak sofie.  Jom lah pergi sekali.  Kalau kak Sofie tak nak ikut.  Sya tak nak makan nasi kejap lagi,” kata Nur Batrisya.  Amboi! Kecil-kecil lagi sudah pandai nak ugut-ugut orang ye.

“Hurmmm, okay lah kalau macam tu.  Tapi kali ni je tau,” kata Sofiya Alia sambil mencubit pipi gebu milik Nur Batrisya.  Kanak-kanak itu meloncat riang.

“Give me your phone number.  Nanti senang saya nak contact kalau ada apa-apa hal,” pinta Badrul Zaman sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Sofiya Alia.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ira Syarmila  melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Badrul Zaman dan berjalan dengan penuh menggoda.  Sengaja dia mengenakan skirt pendek ketat berwarna hitam separas peha dan dikenakan dengan kemeja ketat lengan pendek berwarna merah terang untuk menonjolkan bentuk tubuhnya yang mengiurkan mana-mana lelaki.  Rambutnya yang panjang berombak ala-ala pelakon baru Malaysia, Tasya Shila dibiarkan terlepas supaya kelihatan lebih seksi.  Butang atas bajunya sengaja dibiarkan tidak terkatup supaya dadanya yang putih itu dapat di saksikan oleh Badrul Zaman.

“Encik Badrul, ini dokumen yang encik Badrul nak tu,” Ira Syarmila menyerahkan beberapa dokumen kepada Badrul Zaman.

“Letak je dekat situ,” arah Badrul Zaman tanpa sedikit pun memandang ke arah Ira Syarmila.

Ira Syarmila geram.  Tidak sedikit pun lelaki itu memandang ke arahnya.  Penat sahaja dia berposing menggoda.  Penat sahaja dia berjalan  catwalk seperti model yang sedang mengayakan baju ketika dia masuk ke dalam bilik ini tadi tetapi sedikit pun tidak dihiraukan oleh Badrul Zaman.  Arghhh! Lelaki ini memang tak ada naluri kelakian agaknya.  Masakan dia yang menggoda dan mempunyai tubuh yang mengiurkan tidak diendahkan Badrul Zaman?? Kalau lelaki lain, tak perlu Ira Syarmila berlebih-lebih untuk menggoda, kenyit sahaja sebelah matanya lelaki-lelaki lain pasti datang menyapa.

“Hurmm encik Badrul, macam mana dengan Sya? Dah sihat ke belum? ,” sengaja Ira Syarmila bertanyakan keadaan Nur Batrisya puteri kesayangan Badrul Zaman untuk memancingnya reaksinya.

“Alhamdulillah, dah sihat dan semakin ceria,” jawab Badrul Zaman .

“Oh, yeke? Alhamdulillah, dah sihat pun Sya.  Saya jadi risau bila fikirkan keadaan Sya hari tu.  Syukur sangat-sangat Sya semakin sihat,” Ira Syarmila memulakan lakonannya.

“Don’t worry Syarmila.  Semuanya dalam keadaan baik.  Sya pun dah aktif macam biasa.  Tak sangka pula saya awak ambil berat pasal Sya ye?,” tanya Badrul Zaman sambil memandang ke arah Ira Syarmila.

“For your information encik Badrul, saya dah lama ambil berat pasal Sya tu.  Saya suka dengan keletah Sya yang riang dan ceria.  Comel pulak tu.  Lagipun, Sya tu sudah saya anggap macam anak saya sendiri.  That’s why hari tu saya jadi geram bila tengok pengasuh tu tak jaga Sya elok-elok.  Saya risau jadi apa-apa dekat Sya but thanks God nothing happened ,” ujar Ira Syarmila dengan gaya  dan wajah yang penuh dengan kasih sayang.  Memang kau pandai berlakon Ira Syarmila!

“Thanks Syarmila.  Terima kasih sudi ambil berat pasal Sya.  I really appreciate it,” balas Badrul Zaman.

“Ishhh, tak perlu ucap terima kasih encik Badrul.  Itu perkara kecil sahaja.  Hurmm, encik Badrul nak apa-apa? Coffee or tea?,” tanya Ira Syarmila.

“Its okay.  Tak perlu susah-susah.  Saya dah minum pagi tadi,” jawab Badrul Zaman sambil bercadang meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

“Orait.  If you need something, let me know ya? Saya keluar dulu encik Badrul,” kata Ira Syarmila sambil melangkah keluar dari bilik pejabat milik Badrul Zaman.  Sengaja di lenggokkan badannya untuk menarik perhatian Badrul Zaman.

Badrul Zaman merasa sangat terharu apabila mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut Ira Syarmila.  Sungguh dia tidak menyangka bahawa Ira Syarmila mengambil berat tentang anaknya, Nur Batrisya.  Sungguh da tidak menyangka yang Ira Syarmila telah menganggap Nur Batrisya seperti anaknya sendiri.  Alhamdulillah, dia berasa syukur kerana ada juga insan yang sudi memberikan kasih sayang kepada anak gadisnya yang lincah itu.

Badrul Zaman tidak mahu Nur Batrisya kekurangan kasih sayang.  Manakan tidak, anak kecil itu hanya dapat merasa sebentar sahaja nikmat kasih sayang dari insan bergelar ibu.  Erina Syakila, nama itu tetap akan berada dihatinya.

        Besarnya pengorbanan wanita itu padanya.  Sanggup mengadaikan nyawa semata-mata untuk memberikannya seorang zuriat.  Sanggup bertarung dengan penyakit  barah pangkal rahim yang di rahisakannya dari pengetahuan Badrul Zaman  semata-mata untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang wanita iaitu dengan menjadi seorang ibu dan menjadikan Badrul Zaman sebagai seorang bapa.  Erina Syakila, semoga tenang kau disana.  Semoga rohmu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


No comments:

Post a Comment