Pages

Saturday, February 4, 2012

Qarin:: kembar jahat setiap manusia

Assalammualaikum,

tahukah anda.. setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi Allah S.W.T yang luas ini mempunyai kembarnya sendiri?? siapakah kembar yang cik nad maksudkan?? siapa lagi kalau bukan QARIN.. Qarin ialah perkataan arab yang membawa maksud teman atau rakan.. Qarin ini mengikuti manusia sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah datangnya ajal...Al-Quran telah menjelaskan tentang adanya Qarin dalam Surah Az-Zukhruf

“ Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. 
(Az Zukhruf 43:36)


kalau tak silap cik nad.. setiap manusia ada Qarin dia sendiri dan Nabi Muhammad S.A.W juga ada Qarinnya sendiri.. and ada yang kata.. Qarin ini mempunyai rupa yang sama seperti kita...Wallahualam.. cik nad tak pasti sejauh mana kebenaran tentang rupa si Qarin ni tadi.. tapi apa yang pasti.. si Qarin ni adalah roh jahat yang mana dia akan mendorong kita untuk melakukan kejahatan.. dialah yang akan membisikkan kita sifat was-was, melalaikan kita dari melakukan solat.. malas nak baca Al-Quran and segala kerja-kerja yang baik la.. untuk mengimbangi antara si jahat ni tadi..Allah telah mengutuskan Qarin daripada bangsa malaikat untuk membisikkan kebenaran kepada setiap manusia.. thats why, kalau perasan la kan..kadang-kadang kita nak buat satu kerja kejahatan ..contohnya, malas nak solat.. then..kita akan ada rasa satu lagi perasaan berdosa.. and perasaan kita tue berlawan-lawan dengan yang jahat tadi...cik nad rasa, korang pon pernah rasa situasi macam ni kan?? 

di bisikkan dengan kejahatan dan kebenaran

lebih kurang macam nie la bila dia nak menghasut..hehehe

Hadis mengenai Qarin: Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)

Qarin seorang manusia akan terpisah dari kita apabila tibanya ajal kita.. apabila ajal menjemput, kita akan berada di alam barzah manakala Qarin akan berlegar dan akan terus hidup kerana umur jin biasanya panjang.  ada jugak yang cakap.. bila kita nampak roh si mati di majlis tahlil or merayap malam-malam kat rumah tue adalah si Qarin ni tadi..tapi .. sejauh mana kebenarannya..cik nad sendiri tak pasti.. tak berani nak cakap lebih-lebih..tapi itu apa yang cik nad pernah dengar lah.. nak kena tanya pada orang yang lebih berilmu pasnie.

tibanya ajal terpisahlah kita dari si kembar Qarin

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin gemuk and Qarin kurus


Thats why, sebagai seorang muslim..kita di sarankan untuk sentiasa berzikir, selawat dan berdoa dalam setiap apa yang kita lakukan ..contohnya.. masuk toilet baca doa, tengok cermin baca doa, tukar baju baca doa.. and segala apa yang ktia lakukan ..biarlah kita mulakan dengan berdoa dan membaca Bismillah..  semoga selepas ini..kita dapat mengimbangi apa yang terbaik dalam hidup kita dan lawan segala godaan dari si kembar jahat yang sentiasa memesongkan hati dan akidah kita nie.. =)






















6 comments: