“Aduhhhh!! Malas betul rasanya nak
balik rumah. Kalau balik mesti nak mengadap jiran-jiran aku yang kepoh yang
duduk melepak sebelah rumah aku ni. Agaknya diaorang ni dah bosan sangat duduk
rumah kot? Dah gaya macam anak muda pulak aku tengok. Duduk berkumpul beramai-ramai dekat luar rumah
sambil buat ‘ketupat’. Nasiblah mak aku
pun tak join sama geng-geng ‘astro’ ni,”getus hati kecil Sofiya
Alia. Tanpa memperdulikan mereka, Sofiya Alia terus membuka pintu pagar rumahnya
untuk masuk ke dalam.
“Hai Sofie, balik cuti ke?,”tanya
makcik Senah sambil di perhatikan ahli-ahli group ‘astro’nya itu.
“Ai..nak layankan ke pertanyaan
makcik ni? Atau buat muka slumber dan terus masuk ke dalam rumah?? Ni
mesti kes nak menyebuk lah ni,”desis hati kecil Sofiya Alia.
“Aah cik senah, cuti dah mula dah
ni. Tu yang Sofie balik rumah ni,” kata
Sofiya Alia ringkas sambil mengira-ngira untuk masuk ke dalam rumah.
“Kau ni Sofie, aku tengok dah macam
budak jantan pulak. Dengan seluar jeans
nya, dengan gaya kau yang dah macam jantan tu. Cuba-cubalah jadi perempuan
sikit. Ini tidak, kalau ada budak jantan sebelah kau, aku pun tak tau mana satu
engkau dan yang mana satu jantan,” bebel
makcik Senah dan disambut dengan anggukan makcik-makcik yang lain. Hishhh!! Dah
lebih dah makcik ni.
“Suka aku lah nak jadi jantan ke,
pondan ke, bukan aku kacau kau pun! Apa yang kau sakit hati sangat tengok aku
macam ni?? Jagalah anak kau sendiri makcik Senah oiii! ,” jerit Sofiya Alia di
dalam hati. Kalau diikutkan hatinya yang sedang panas membara
ini, mahu sahaja dia melawan balik makcik Senah tu. Mahu sahaja dia lontarkan satu persatu ayat
yang kurang elok macam peluru berpandu biar tertembus ke telinga kiri dan
bergegar otaknya. Tapi niat itu Sofiya
Alia simpankan sahaja dalam hatinya kerana dia masih berfikiran waras dan pesan
ibunya, Puan Hamidah supaya menghormati
orang yang lebih tua masih dia pegang dengan kuat.
“Issshhh!! Apalah makcik Senah
ni. Sofie ni perempuan lah tapi Sofie ni
perempuan jenis rock. Makcik mana tau. Hurmm dah lah makcik, Sofie penat ni, Sofie
masuk dulu lah ya?,” Sofiya mencari alasan untuk bebas dari serangan ‘mulut
laser’ makcik Senah sambil berlalu pergi dan meninggalkan makcik-makcik astro
di luar. Sofiya Alia pasti, setapak sahaja dia melangkah masuk ke
dalam rumah sudah tentu mereka akan sibuk membuat ‘ketupat’ pasal dirinya. Silakan lah makcik oi! buat lah apa yang makcik suka asalkan korang semua
bahagia .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sofiya Alia meletakkan beg galas
dan beg pakaian disudut tepi katil lantas dia terus merebahkan dirinya di atas
katil. Rasa penat duduk di dalam bas
masih belum hilang lagi. Perjalanan
pulang ke rumah yang mengambil masa tiga jam itu amat memenatkan bagi dirinya yang
jarang pulang ke rumah.
Sejak Sofiya Alia menjejakkan kakinya
ke Universiti Teknolgoi Mara (UiTM) di Jengka, Pahang, dia hanya pulang ke
rumah dua kali untuk setiap semester. Sekali pada cuti pertengahan semester dan satu
lagi pada cuti akhir semester. Sofiya
Alia lebih banyak menghabiskan masanya untuk mentelaah pelajaran di Universiti
.
Puan Hamidah tidak pernah merungut kerana setiap hari Sofiya Alia akan menelefon
ibunya dan alasannya jika ditanya mengapa jarang pulang ke rumah, dia hanya
akan menjawab yang dia perlu tumpukan perhatiannya kepada pelajarannya dan
ingin memberikan yang terbaik buat ibunya, Puan Hamidah memandangkan dia adalah anak sulung yang akan
menjadi contoh kepada adiknya nanti.
Bapanya, Roslan sudah lama
meninggalkan mereka sekeluarga. Ketika itu Sofiya Alia baru berusia 15tahun. Ah!!
Ayah!!Dia jadi begini semuanya salah ayahnya!! Sofiya Alia amat membenci insan yang di panggilnya dengan
panggilan ayah itu. Siapa sangka dalam
usia yang baru mengenal erti dunia, mahkota kesuciannya telah diragut oleh ayah
kandungnya sendiri. Ah!! berat sungguh dugaan untuknya pada waktu itu. Serta merta ingatan Sofiya Alia terhadapnya
bapanya mula menerjah ke setiap ruang genap fikirannya. Satu persatu kenangan pahit dan hitam itu
seolah-olah ditayangkan semula didepan matanya.
Pada malam kejadian , Puan Hamidah tiada
di rumah kerana terpaksa pulang ke kampung untuk mejaga ibunya yang sakit
tenat. Sofiya Alia yang ketika itu
sedang dalam minggu Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) ditinggalkan dirumah untuk
mengulangkaji pelajaran bersama bapanya, Encik Roslan. Pada malam itu, Encik Roslan pulang ke rumah
dalam keadaan mabuk. Sofiya Alia tidak
pernah melihat bapanya menjadi sebegitu rupa sebelum ini dan inilah kali
pertama dia melihat bapanya berperwatakan begitu.
“Sofie!!!! Sofie!!,”jerit Roslan
sambil mengetuk pintu bilik Sofiya Alia dengan kuat.
“Sofie!! Kau pekak ke apa haa??
Bukak pintu ni aku cakap!! Buka pintu ni!!”Suara Roslan tenggelam timbul dan diselangi dengan jeritan yang kuat. Sofiya Alia yang berasa takut terus membuka pintu biliknya
dengan cepat dan tanpa disangka, bapanya terus menerkam ke arahnya dengan pandangan yang sangat menakutkan.
“Ayah, jangan macam ni ayah!! Ni
Sofie, anak ayah”kata Sofiya Alia untuk menyedarkan bapanya, Roslan sambil
mencuba untuk menolak badan Roslan ke tepi.
Puas dia menjerit meminta agar
Roslan melepaskan dirinya, namun tiada sedikit pun rasa ehsan dari Roslan. Roslan bagai dirasuk syaitan! Baju Sofiya
Alia dibuka dan dikoyak-koyakkan dengan rakus.
Sofiya Alia hanya mampu menangis dan cuba meminta belas ehsan dari
Roslan untuk melepaskannya dan terus mencuba untuk melepaskan diri. Tapi apalah sangat kudrat perempuannya jika
ingin di bandingkan dengan kudrat lelaki.
Tambahan pula kudrat Roslan yang sudah dirasuk syaitan.
Hujan lebat pada malam itu telah menjadi saksi
kesucian Sofiya Alia telah diragut oleh bapa kandungya sendiri! Selebat hujan di luar, begitulah lebatnya air
mata yang mengalir di pipi halus Sofiya Alia.
Siapa sangka dia akan kehilangan kehormatan dirinya pada insan yang dia
sangat hormati dan kasihi?? Siapa sangka dia akan dirogol ayahnya sendiri!! Setelah menempiaskan nafsu binatangnya, Roslan
terus keluar dari rumah dengan menaiki kereta
miliknya dan telah mendapat kecelakaan jalan raya. Roslan yang kehilangan banyak darah meninggal
dunia ditempat kemalangan
Puan Hamidah tidak pernah tahu apa
yang telah terjadi pada anak gadisnya pada malam sebelum Roslan mengehembuskan
nafasnya yang terakhir. Sofiya Alia
tidak ingin menceritakan kisah ini pada ibunya kerana Puan Hamidah menganggap Roslan seorang yang baik dan
bertanggungjawab. Sofiya Alia tidak
sampai hati membiarkan ibunya bersedih dan dia tidak sanggup membiarkan
kematian bapanya disambut dengan caci maki dan kejian dari semua orang. Biarlah apa yang telah dilakukan oleh bapanya,
dia simpan rapat-rapat di lubuk hatinya.
Kisah silam yang hitam itu sering menghantui kotak fikiran Sofiya Alia. Bermula dari saat itu, dia terus mengubah
diri menjadi keras. Perwatakannya juga seakan lelaki. Sofiya Alia tidak mahu membiarkan semua
lelaki mengambil kesempatan terhadap perempuan sepertinya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh
makcik Senah. Dia adalah seorang perempuan dan
harus berperwatakan seperti perempuan tetapi kisah silamnya yang
telah menjadikan dia keras seperti ini. Biarlah apa orang nak kata. Apa yang penting
hanya dia yang tahu kenapa dirinya jadi begini.
Ketukan di pintu bilik membuatkan Sofiya
Alia tersentak dari lamunan. Mukanya
diraup beberapa kali dan terus bangun membuka pintu bilik. Puan Hamidah sudah terpacul di depan pintu
bilik anak kesayangannya.
“Dah lama sampai?,” tanya Puan
Hamidah.
“Tak ada lah lama sangat pun. Ada lah dalam setengah jam,”jawab Sofiya Alia
sambil menyalami tangan Puan Hamidah.
Pipi ibunya dikucup lembut sambil memeluk tubuh berisi itu untuk
melepaskan rindu.
“Mak pergi mana tadi? Sofie tengok,
emak tak ada pun kat rumah tadi,”tambah Sofiya Alia.
“Oh, emak tadi pergi pasar tani
sekejap nak cari barang untuk memasak. Almaklumlah, anak kesayangan emak yang
seorang ni kan dah balik. Jadi, mak nak masakkanlah lauk kegemaran dia,”kata Puan
Hamidah sambil menuju ke dapur dan diekori oleh Sofiya Alia dari arah belakang sambil terseyum mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut Puan Hamidah.
“Yeke mak?? Macam tak percaya pula.
Kalau macam tu, Sofie sayang mak lebih
lah macam ni,”gurau Sofiya Alia.
“Ai..masak makanan kegemaran, baru
Sofie nak sayang emak lebih?? Kalau tak? Tak sayanglah ye?,”perli Puan Hamidah.
“Alaaa.. Puan Hamidah kita sorang
ni nak merajuk pula. Sofie sayang sangat
dekat emak tau. Kalau mak tak masakkan
lauk kegemaran Sofie pun, Sofie tetap
sayang kat emak! Mak lah satu-satunya ibu Sofie dunia dan akhirat tau,”kata
Sofiya Alia sambil memeluk Puan Hamidah dari belakang.
“Ehemmm..ehemmmm!!! Aiii..
peluk-peluk emak ni nak bodek ke apa? Sampaikan orang yang berdiri tercegat kat
sini dari tadi sikit pun dia tak nampk pun!,” ngomel Natasya Farhana.
“Hei budak ni! Patutnya, Ana yang datang kat kakak tau..bukan
kakak yang datang dekat Ana,” kata Sofiya Alia.
“Eehhh! Kenapa pula macam tu??,”
tanya Natasya Farhana.
“Sebab kakak ni kan kakak Ana. Ana tu adik. Takkan lah kakak yang datang
dekat adik,” balas Sofiya Alia.
Farhana hanya mencebik mendengar
jawapan kakaknya. Tengahari itu Sofiya
Alia, Puan Hamidah dan Natasya Farhana sibuk bersembang sambil membantu memasak
di dapur. Hilai tawa mula memenuhi
setiap genap ruang dirumah ini. Mulut
Farhana pula tidak berhenti-henti berceloteh menceritakan aktivitinya ketika ketiadaan Sofiya Alia dirumah. Puan Hamidah hanya tersenyum bahagia melihat
kedua anak gadisnya berperang mulut dan bergurau senda.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Usai solat subuh, Sofiya Alia
mengajak adiknya Natasya Farhana untuk menemaninya berjogging disekitar taman
permainan di kawasan perumahan mereka tetapi ditolak oleh Natasya Farhana dengan
alasan untuk menyambung kembali yang tidak cukup pada malam tadi.
“Ana malaslah kak. kakak pergi
jelah sorang-sorang. Lagipun, Ana
bukannya minat nak berjogging-jogging ni,” Natasya Farhana memberikan alasan.
“Alaaa.. jom lah Ana. Bukan selalu pun Ana teman akak pergi
jogging. Haaa, macam ni. Hari ni je Ana teman akak, esok-esok akak pergilah
sendiri. Lagipun, akak takut tersesat
pulak. Almaklumlah, dah lama tak baik
rumah,”Sofiya Alia cuba mencari alasan.
Maskan dia boleh tersesat di kawasan perumahannya sendiri? Akhirnya Farhana mengalah dan Sofiya Alia
bersorak riang di dalam hati.
Dengan lengkap berpakaian sukan dan
topi yang dipakai secara terbalik, Sofiya Alia dan Natasya Farhana memulakan
langkah ke taman permainan. Di sana
mereka berjogging dan menggunakan alat senaman yang terdapat di situ. Sofiya Alia mengambil masa selama stu jam
untuk mengeluarkan peluh dengan bersenam menggunakan alat senaman yang di
sediakan di taman, manakala Natasya Farhana hanya duduk dibuaian menunggu
kakaknya. Ketika Sofiya Alia sedang
berjogging, entah dari mana datangnya lelaki yang sedang menaiki basikal telah
melanggar Sofiya Alia dan dia terjatuh
ke tepi.
“Hoi!!! Buta ke?? Kau ni nak mati
ke berjogging sampai ke tengah-tengah track ni? Kau tengok, tak
pasal-pasal aku dah terjatuh! Nak mati betul lah budak ni!,”jerkah lelaki yang
menaiki basikal itu.
“Hello saudara. Cakap baik-baik sikit boleh tak? Tak ada budi
bahasa langsung! Sekarang ni, siapa yang buta sebenarnya??,”tanya Sofiya Alia
dengan nada yang sedikit meninggi.
“ Engkaulah yang buta! Track ni
bukan track engkau seorang saja tau sampaikan kau nak conquer semua jalan dekat
sini! Agak-agaklah kalau kau nak berjogging pun! Orang lain pun nak guna track
ni juga. Bodoh punya tomboy!!,” balas
lelaki itu.
“Ewah-ewahh!! Kau ni dah lebih-lebih
lah ni! Siapa yang tomboy??Haaa??? Cakap tu jangan main ikut sedap mulut kau sahaja!
Engkau tu yang buta! Sekarang ni siapa yang langgar siapa?? Haaa?? Lain kali
kalau nak bercakap tu guna otak la bro, jangan guna kepala lutut!,”teriak Sofiya Alia. Suaranya yang meninggi membuatkan orang di
sekeliling memerhatikan mereka. Natasya Farhana
terus berlari mendapatkan kakaknya yang sedang betengang urat.
“Kak.. dah la tu kak. Jom lah kita
balik. Tak mahu lah gaduh-gaduh dekat sini, malu lah kak orang semua dok tengok
ni,” kata Farhana sambil menarik tangan Sofiya Alia.
“Ohhhh.. ni kakak kau lah ye??
Haaa.. bagus-bagus! Sekarang, kau pergi bawak si tomboy ni balik dan jangan
bagi dia datang taman ni lagi. Dia fikir
taman ni bapak dia yang punya ke apa? Sampaikan satu track ni habis dia nak conquer??
Haaa?? Boleh blah la weyh!!,” jerit lelaki berbasikal itu.
“Woiii! Kau jangan nak
tomboy-tomboykan aku lah! Sekarang ni, aku nak kau minta maaf kat aku balik!
Cepat! Mulut kau tu kurang ajar sangat! Tak ada insurans langsung! Dah lah
langgar aku, lepas tu kau berani nak maki-maki aku lagi! Banyak cantik perangai
kau ye??? Aku nak kau minta maaf kat aku sekarang! Cepat! Sekarang aku kata!!,”
marah Sofiya Alia.
“Hello!!! Aku nak minta maaf dekat
engkau?? Sorry sikit lah weyh! Seumur hidup aku, aku tak pernah nak mintak maaf
dekat orang. Kau fikir diri kau tu siapa?? Haaaa?? Dah lah, baik kau blah dari
sini lah tomboy sebelum aku langgar kau
lagi sekali. Meluat betul aku tengok kau
ni. Dari aku layan kau, lebih baik aku
yang blah. Dah tepi sikit!!” Kata lelaki
tersebut sambil mengayuh basikalnya dan meninggalkan Sofiya Alia dan Natasya
Farhana yang masih tercegat di situ.
“Melampau sungguh lelaki ni. Aku cukup pantang bila orang dah pandai buat salah tapi tak pandai nak minta maaf . Dah tu, nak maki-maki orang balik! Memang dasar
kurang ajar. Agaknya mamat ni spesis beruk kat hutan kot. Budi bahasa pun tak
ada ,memang tak guna langsung jadi manusia,”marah Sofiya Alia di dalam hati dan
terus mencapai seketul batu sebesar penumbuk dan membalingkannya ke arah lelaki
berbasikal tersebut di atas kebiadapannya.
Balingannya tepat mengenai badan lelaki itu dan menyebabkan dia berhenti
dari kayuhannya.
“Padan muka kau!! Lain kali jangan
nak kurang ajar dengan aku.! Haaa…kan dah kena sebiji!,” Sofiya Alia menjerit
ke arah lelaki berbasikal itu dan terus mencapai tangan Farhana untuk berlari meninggalkan
taman permainan itu. Risau juga dia jika
lelaki berbasikal itu akan membalasnya dengan lebih teruk lagi.
wah, bestnya.. satu penulisan yang cukup baik! tahniah!
ReplyDeletethnks hamid addin =)
ReplyDeletebest ...
ReplyDeletethnks bby mio.. =)
Delete