Pages

Thursday, July 19, 2012

TAKDIR CINTA BAB 1


TAKDIR CINTA


BAB  1
               
                Usai solat istikharah, Adam Syafiq menadah tangan ke langit memohon petunjuk dari Allah S.W.T.  Hanya itu sahaja jalan yang terbaik buat masa ini.  Mendekatkan diri dengan yang Esa, memohon pertolongan dari-Nya.  Semoga dengan melakukan solat istikharah ini, Allah akan memberikan petunjuk padanya.  Adakah keputusan yang Datin Maimunah ambil adalah keputusan yang terbaik untuk Adam Syafiq.

                “ Ya Allah! Aku mohon pemilihanMu menerusi pengetahuanMu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudratMu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.”

“Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

                Usai berdoa, Adam Syafiq terus melangkah untuk tidur.  Semoga Allah S.W.T memberikan petunjuk kepadanya.  Ya Allah, gerakkan lah hatiku, yang mana sebaiknya untukku. 
**********

                Pagi-pagi lagi Adam Syafiq bercadang untuk berjalan-jalan di perkampungan sekitar Pulau Pangkor berdekatan  tempat dia menginap.  Suasana di perkampungan agak berbeza dengan suasana di bandar Kuala Lumpur.  Kalau di sini, Adam Syafiq merasa sangat tenang melihat langit yang membiru, gunung ganang dan pohon yang menghijau dan juga lautan yang terbentang luas.  Sangat berbeza jika di bandar metropolitan Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dan bingit dengan bunyi kenderaan yang bersimpang siur di jalanan.

                Sedang  Adam Syafiq mengamati keindahan ciptaan tuhan, perutnya mula menjerit minta diisi.  Bau nasi lemak yang harum di hujung jalan membangkitkan seleranya.  Sudah lama rasanya tidak menjamah nasi lemak dialas daun pisang.  Segera dia menapak laju menuju ke gerai di tepi jalan yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.  Moga-moga masih ada saki baki makanan untuk dijamahnya. 

                “Ya encik, nak nasi lemak ke?,” Tanya gadis yang sedang membungkus nasi lemak itu tanpa menoleh ke arahnya.

                “Ya, bagi saya nasi lemak bungkus satu.”

                “Encik nak tambah lauk atau biasa sahaja?,” tanya gadis itu sambil menoleh ke arah Adam Syafiq. 
   
Adam Syafiq tergamam.  Paras gadis ini sangat menarik perhatiannya.  Dengan tudung litup melepasi dada.  Dengan senyuman yang terukir di bibirnya yang mungil.  Ya Allah, cantik sungguh gadis di hadapannya ini. 

“Encik?,” sapaan gadis itu membuatkan Adam Syafiq tersedar dari lekanya.  Termanggu-manggu dia dibuatnya.

“Haaa? Apa?,” soal Adam Syafiq.

Gadis itu tersenyum manis. “Saya tanya, encik nak nasi lemak biasa atau tambah lauk?,” tanyanya lagi.

“Oh, sorry.  Saya tak dengar tadi.  Bagi saya nasi lemak lauk sambal paru dan ayam goreng.” Balas Adam Syafiq.  Ah, malu sungguh.  Macam mana dia boleh terleka tadi?  Nasib gadis itu tidak perasan. 

Setelah membayar , Adam Syafiq segera berlalu meninggalkan gerai tersebut.  Tangannya menggosok dadanya pelahan.  Ya Allah, kenapa hati ini berdetak kencang?  Tidak pernah dia merasakan seperti ini.  Apakah ini Ya Allah?

********

                Bunyi getaran telefon bimbit di sisi katil mengejutkan Adam Syafiq dari lamunannya.  Segera tangannya menjawab panggilan itu. 

                “Adam.  Mama ni.  Adam dekat mana ni?  Seharian Adam tak balik rumah, ke mana Adam pergi?” tanya Datin Maimunah.

                “Adam kat Pangkor ni ma.  Ada apa mama call Adam ni?” balas Adam sambil menuju ke anjung bilik hotelnya. 

                “Ai, nak call anak sendiri pun tak boleh ke?  Adam tu satu-satunya anak mama.  Takkan lah mama nak call pun tak boleh?”.  Pertanyaan Datin Maimunah di jawab sepi.

                “Adam buat apa kat Pangkor tu?  Baru suruh kahwin, dah sampai bawa diri ke Pangkor?” Perli Datin Maimunah.

                “Bukanlah macam tu.  Ma, I need a break.  Adam perlukan masa untuk hilangkan tekanan Adam.  Adam perlukan ketenangan ma.  Please ma.  I hope you understand.”

                “Tekanan apa? Pasal kahwin tu?  Adam, mama bukan nak bagi adam tertekan.  Tapi Adam kena faham.  Adamlah satu-satunya anak yang mama ada.  Adam lah madu, Adam lah racun.  Mama kalau boleh nak sangat tengok Adam ada keluarga sendiri.  Mama harap Adam faham apa yang mama cakap ni.”

                “Ya ma.  Adam faham.  But im not ready ma.  Kalau boleh, biar lah Adam yang cari calon isteri Adam sendiri.  Please ma.” Rayu Adam Syafiq.

                “Sudah lah Adam.  Mama nak keluar dengan papa ni.  Adam jaga diri baik-baik.  Assalammualaikum.”  Datin Maimunah mematikan talian.  Rayuan Adam Syafiq langsung tidak di endahkannya.  Hatinya memang sudah lama terpaut pada Balqis anak rakan baiknya itu.  Baginya, gadis itu memang layak bergandingan dengan anaknya, Adam Syafiq.

                Adam Syafiq melepaskan keluhannya.  Kerasnya hati ibunya.  Apalah salahnya jika dia diberi peluang untuk memilih calon isterinya sendiri? Bukankah dia yang ingin hidup bersama dengan wanita yang menjadi isterinya nanti?  Kenapa mesti si ibu yang ingin mengatur semuanya? Lain lah jika wanita pilihan ibunya seorang gadis yang baik dan memang layak untuk di jadikan isteri.  Balqis? Ya Allah, bagaimana lah hidupnya jika dia terpaksa di ijab kabulkan dengan wanita seperti Balqis? 

                Adam Syafiq kembali mengempaskan tubuhnya di atas katil.  Tiba-tiba dia terus teringat akan gadis yang menjual nasi lemak di simpang jalan tadi.  Entah apa yang membuatkan dia terus memikirkan tentang gadis itu, dia sendiri tidak pasti.  Apakah yang sudah terjadi pada dirinya?  Kenapa tiap kali memikirkan tentang gadis itu, hatinya berdetak hebat?

“ Ya Allah, sesungguhnya hanya Kau yang lebih mengetahui apa yang sedang aku rasakan ketika ini.” Kata hati kecil Adam Syafiq sambil mengurut lembut dadanya.

No comments:

Post a Comment