Pages

Thursday, July 19, 2012

TAKDIR CINTA PROLOG


TAKDIR CINTA


PROLOG

                Adam Syafiq menarik nafas panjang.  Peristiwa semalam telah menyebabkan dia membawa diri ke Pulau Pangkor ini.  Entah mengapa dia memilih tempat ini untuk menenangkan hatinya, dia sendiri tidak mengerti. Seperti ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk menjejakkan kakinya di sini.   Selalunya jika dia dalam keadaan tertekan, dia lebih gemar membawa diri ke luar negara.  

Adam Syafiq melontarkan pandangannya jauh ke arah persisiran pantai.  Kedinginan angin malam yang menyapa tubuhnya terasa hingga ke tulang hitam.  Bunyi deburan ombak yang menghempas pantai diselangi dengan angin yang bertiup sayup bagai menjadi melodi yang dapat mententeramkan jiwanya yang sedang di asak tekanan.  Serta merta wajah serius Datin Maimunah dan kejadian semalam bermain di minda Adam Syafiq.

                “Adam, mama nak Adam tengok gambar-gambar ni dan pilih salah seorang dari mereka untuk jadi calon isteri Adam.” Tegas Datin Maimunah ketika Adam baru melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Datuk Soffian.

                “Apa ni ma? Adam tak sedia lagi nak kahwin lah ma.  Tak nak lah.” Tolak Adam Syafiq sambil berkira-kira untuk melangkah naik ke biliknya.

                “Mama tak kira!  Adam kena juga buat pilihan.  Dah lama mama kasi tempoh dekat Adam.  Tapi tak ada seorang pun yang Adam bawa balik  ke rumah sebagai calon menantu mama?  Sekarang, mama nak Adam pilih salah seorang dari mereka.” Arah Datin Maminunah.

                “Mama, jangan buat Adam macam ni ma.  Adam bukan budak kecil lagi.  Adam tak sedia lagi mama.  Lagipun, biar lah Adam cari calon isteri Adam sendiri.” Balas Adam Syafiq tidak puas hati.

                “Sampai bila lagi nak sedianya? Adam sibuk mengadap kerja, bila masa Adam nak cari isteri? Adam jangan nak melawan cakap mama.  Adam tu bukannya 25 tahun.  Adam dah nak masuk 30 tahun.  Sampai bila Adam nak bawa calon isteri balik kalau dah sibuk mengadap kerja di pejabat tu?  Adam nak tunggu umur Adam 40 tahun nanti baru bagi mama menantu? Atau Adam nak tunggu mama dan papa dah tak ada? Macam tu?” Marah Datin Maimunah. 

                “Bukanlah macam tu.  Adam tak sedia lagi nak bagi komitmen untuk berumah tangga.  Lagipun, calon isteri yang Adam nak kan tu, Adam tak jumpa lagi.  Please lah mama,  bagi Adam masa.” Rayu Adam.

                “Mama tak kira, kalau Adam tak nak pilih salah seorang dari mereka, mama akan pinangkan si Balqis tu untuk Adam.  Balqish anak Datin Faridah tu, dah lah cantik, pandai bergaya, pandai hormat orang tua, lemah lembut.  Dari dulu mama sibuk nak pinangkan Balqis, tapi Adam asyik menolak.   Apa lagi yang Adam nak? ” tanya Datin Maimunah.

                “Balqis tu mama kata lembut?  Dia tu bukan lembut ma, tapi mengada.  Adam tak suka lah dia tu.  Please lah mama, biarlah Adam cari calon isteri Adam sendiri.  Bagi Adam masa untuk Adam bawa balik menantu untuk mama.  Please ma” Pujuk Adam Syafiq.

                “No way! Dah berapa kali dah Adam cakap macam ni?  Bukan sekali dua Adam janji dengan mama.  Sekarang mama dah buat keputusan.  Mama akan pinangkan Balqis untuk Adam.  Sama ada Adam suka atau tidak, mama akan kahwinkan Adam dengan Balqis.  Muktamad!” Marah Datin Maimunah sambil melangkah menuju ke kamarnya. 

Adam Syafiq mendengus geram. Nampaknya kali ini ibunya betul-betul berkeras ingin menjodohkannya dengan Balqis.  Ah, Balqis! Bukannya dia tidak tahu siapa gadis itu.  Gadis yang suka bersosial di kelab malam, berpeleseran bersama kawan-kawannya, bukan seorang dua lelaki yang sering keluar dengan Balqis.  Itukah perempuan yang layak dijadikan menantu? Itukah perempuan yang bagus dijadikan isteri? Begitu?  Ah, kalau pun dia menceritakan tentang keburukan Balqis kepada ibunya, sudah tentu ibunya tidak akan percaya pada kata-katanya.  Manakan tidak, setiap kali wanita itu datang ke rumah mereka, bukan main sopan lagi tindak tanduknya.  Pijak semut pun tak mati! 

                Bunyi deburan ombak yang sedikit mengganas mengejutkan Adam Syafiq dari lamunannya.  Hilang terus wajah amarah Datin Maimunah.  Terbang sudah kejadian semalam dari tubir matanya.  Adam mengusap mukanya dengan perlahan.  Ingin mengingkari perintah ibunya, dia takut derhaka.  Ingin di ikuti pula, takut dirinya yang akan merana.  Ya Allah, bantulah hambamu ini.  Sesungguhnya aku tidak tahu yang mana satu yang terbaik untuk diriku.
reaction

No comments:

Post a Comment