Pages

Sunday, September 25, 2011

Duit hantaran perkahwinan


assalammualaikum, 
hello kengkawan.. hari ni.. aku tetiba jerk nak cerita pasal duit hantaran.. almaklumlah.. sejak dua menjak nie asyik fikir pasal khawin jerk... huhuhhuh..,haaa.. aku nak tanya sikit lah kan.. apa yang korang tahu pasal duit hantaran nie??



untuk pengetahuan korang semua, duit hantaran ni sebenarnye adalah hadiah ikhlas dari pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan..dan ia tak lah wajib macam wang mas khawin yang memang wajib di berikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di sebabkan perkahwinan tu.. tapi, aku tengok zaman sekarang nie.. wang hantaran ni dah jadi macam wajib jerk..ni semua di sebabkan .. masyarakat kita yang melihat jumlah wang hantaran tue sebagai darjat kemampuan si pengantin lelaki nie.. and nak  menunjukkan kehebatan sesebuah majlis perkahwinan tue.. 

lagi membebankan, bila pihak perempuan minta wang hantaran yang beribu riban.. yang kadang-kadang tak masuk dek akal...nak pulak orang sekarang ni punya pemikiran::

. "OWH... AKU KENE MINTAK BANYAK-BANYAK WANG HANTARAN SEBABNYE.. ANAK AKU BELAJAR TINGGI ..".. 

aiayaaa.. macam tue pon boleh ke?? sudah-sudah la.. kita kalau nak mintak pun,, biar la tengok kemampuan pihak lelaki.. kesian kat diaorang.. bersungguh-sungguh dan kerja lintang pukang sebab nak dapatkan duit sebanyak mana yang pihak perempuan nak.. dan ada juge sesetengah lelaki yang sanggup bergolok bergadai harta benda dan ada juga yang sampai wat pinjaman peribadi..semata-mata nak penuhi kehendak pihak perempuan.. kesian .. sepatutnya.. ibu bapa lebih berfikiran jauh..mana satu yang diorang nak?? 


 kenduri yang grand dan glamour di hotel yang hanya untuk sehari dua tue??.. 
OR


melihat .kehidupan anak dan menantu diorang yang menanggung bebanan hutang walaupon dah beranak 10???.

jadi, bagi aku, kita tak perlulah terlalu demand dan terlalu mengikut perasaan tentang duit hantaran tue.. biarlah kita meletakkan jumlah duit hantaran yang sederhana dan mengikut kemampuan pihak lelaki.. jangan lah di sebabkan jumlah wang hantaran yang tinggi.. anak kita tak khawin-khawin.. ingat balik,salah satu  kebaikan sesuatu perkahwinan adalah untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat...takkan kita sanggup tengok anak kita berdua-dua macam ni dari terus membenarkan mereka ada ikatan yang sah...


so, kita seharusnya lebih berfikiran terbuka dan jangan terlalu mengikut hawa nafsu dalam membuat sesuatu keputusan.. biarlah jumlah wang hantaran itu di persetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tidak membebankan pihak lelaki....Jadi, jika semuanya tidak pening kepala.. perkahwinan itu akan menjadi sesuatu yang bahagia dan tidak merungsingkan~~


reaction

No comments:

Post a Comment