Pages

Saturday, September 24, 2011

ASYIK LUPA AJE!

hurmmm.. akhirnya aku terpaksa buat blog baru.. nie semua pasal masalah hilang ingatan aku sejak akhir-akhir ni.. aku pun tak paham la.. kenapa la sekarang nie aku jadi pelupa.. agaknye.. selalu telan encik semut kot...huhuhuh.. boleh tak korang bayangkan.. dah berapa kali aku tukar password blog aku nie.. tapi tetap tak ingat-ingat juga.. lastly, bila aku nak update blog aku.. aku terlupa dengan aku punya username sekali.. adoyaiiii...ape kena la dengan aku sekarang nie.. tengok gaya.. penyakit lupa aku nie dah makin merbahaya..huhuuh.. takkan lah aku nak tampal semua kertas tok remind aku pasal semua benda macam nie..huhuhu..

ishhhh!! tak mau lah aku.. dah macam ape jerk..huhuhu.. and aku da wat sikit research pasal pelupa nie.. and aku nak kongsi serba sedikit cara-cara untuk mengelakkan diri kita dari terjebak dari simptom pelupa nie..ni kirenye petua ulama .. sumber: harian metro 

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

so, dengan adanya petua-petua ni.. dapat lah kita sama-sama mengelakkan diri kita dari terus menjadi pelupa..huhu. especially aku lah..huhuuhu...sama-sama lah kita menjaga kesihatan kita agar minda kita terus cergas dan sihat dan tidak mudah lupa tentang sesuatu perkara..  =)


No comments:

Post a Comment