Pages

Thursday, September 29, 2011

rahisa kiraan tarikh lahir

Assalammualaikum, 
tetiba plak malam nie aku teringat satu benda yang aku nak kongsi pasal rahsia di sebalik tarikh lahir kita nie..benda nie aku da jadikan aku punye topik tok presetation aku sem lepas. hope you'll akan enjoy =)

CONTOH KIRAAN DARI TARIKH LAHIR: 


Contoh:
14 november 1988
1+4+1+1+1+9+8+8=33
kite akan kecik kan lagi supaya dapat stu no digit sahaja..
so, 3+3= 6.. so, cik nad adalah lucky no 6. 

Keterangan nombor lahir

1. KETULENAN
-hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. golongan ni merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.Perkara yang perlu dipelajari: idea dan pendapat yagn lain mungkin lebih baik.Berfikirlah secara terbuka

2.PENDAMAI

Dilahirkan sebagai diplomat.  Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Sangant analitikal dan suka ikut gerak hati. mereka tidak suka bersendirian tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan terjalin itu tidak serasi. persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya dalam hidup. Golongan ni sangat pemalu. mereka perlu belajar untuk meningkatkan nilai kendiri dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.  

3. CERIA

Merka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah untuk di bawa berunding.  Mereka suka memulakan sesuatu. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ni perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4.KONSERVATIF

Golongan ni sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.  mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang patut mereka lakukan.  Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.  Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakalanya di anggap degil. mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sediri.

5. PERINTIS

Mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangan bersemangat. Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka. Mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang mereka tempuhi. Persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah terhenti. golongan ni di nasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. ROMANTIK

Golongan ni adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.  Hubungan kekeluargaan yang kuat adalah penting buat mereka.Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.  Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.  mereka suka seni muzik dan menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.  Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. INTELEKTUAL

Golongan ini adalah pencari dan selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.  Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka  dan mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalakan.  Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.  Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.  Mereka sangat gemar berahsia.  Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8.PENYELESAIAN

Golongan ini adalah penyelesai masalah.  mereka adalah profesional, berterus terang, penialai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia.  Mereka melihat manusia secara objektif.  Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka sendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9.PELAKON

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapa pun yang dianggap asing pada pandangan mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama sesumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan.  Untuk berjaya, golongan ni perlu membina landasan kasih sayang..


No comments:

Post a Comment