Pages

Friday, September 30, 2011

HARI JUMAAT

Assalammualaikum,
Memandangkan hari ni hari jumaat, aku nak bercerita sedikit tentang keberkatan dan kelebihan hari jumaat yang indah ini.  Hari jumaat ni adalah penghulu segala hari (hari yang sebaik hari) dan merupakan hari untuk umat islam di seluruh dunai berkumpul memanjatkan doa dan melakukan amal kebajikan untuk mendapatkan keredhaan  dan rahmat dari Allah S.W.T.  Maka hari ini (jumaat) adalah untuk kita dan besok (sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (ahad) untuk kaum nasrani.

Pada hari jumaat berlakunya 5 peristawa yang penting iaitu:
1. Allah ciptakan Nabi Adam
2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3. Allah mematikan Nabi Adam
4. Allah akan memperkenankan permohonan seorang hambanya selagi mereka tidak meminta sesuatu yang haram.
5. Akan terjadinya hari kiamat.  Tidak ada satu malaikat sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah S.W.T, langit, bumi, gunung, angin juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.(Riwayat Hadis Muslim)

Pada hari jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke bumi.  Ditangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, mereka akan berdiri di pintu-pintu masjid, mencatatkan nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang jumaat. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan didalam buku kehadiran malaikat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata:

"Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat"

Jadi, hari jumaat bukanlah sebarang hari, malah begitu di muliakan.  Pada hari ini, kita perlu memperbannyakkan lagi kebajikan dan berdoalah kepada Allah S.W.T dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh.  Semoga pada hari jumaat yang penuh barakah ini, kita diredhai Allah S.W.T. =)






No comments:

Post a Comment