TAKDIR CINTA
BAB 3
Adam Syafiq berjalan ke arah masjid
tempat dia di ijab kabulkan. Dari jauh
dia dapat melihat isterinya sedang membaca Al-Quran di sudut tepi masjid. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran amat
menenangkan jiwanya. Dengan perlahan dia
merapati gadis yang sudah dinikahinya itu.
Alangkah merdunya alunan suara gadis yang bergelar isterinya itu.
Si
isteri yang telah menghabiskan bacaan Al-Quran tersedar akan kehadiran suaminya
disisi. Segera tangan si suami di capai
lalu dikucup lembut. Adam Syafiq masih
dapat melihat, tahi lalat di jari manis isterinya. Ya, dia masih ingat. Tahi lalat itulah yang dia perhatikan ketika
dia menyarungkan cincin ke jari manis si isteri. Adam tersenyum bahagia.
Dia
cuba menarik dagu si isteri untuk melihat wajahnya. Tetapi si isteri tetap tertunduk malu. Sekali lagi Adam Syafiq mencuba untuk melihat
wajah si isteri dan untuk sekian kalinya Adam Syafiq tersedar dari tidurnya. Adam beristighfar dan terus ke bilik air
untuk mengambil wudhuk. Seperti semalam,
Adam terus melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran.
Usai
solat dan membaca Al-Quran, Adam tidak boleh menyambung tidurnya.
Otaknya ligat berfikir tentang mimpinya sejak dua hari ini. Apakah mimpi ini pertunjuk dari Allah? Atau
ini semua mainan Syaitan? Ya, dia pernah
terbaca satu artikel dahulu tentang solat istikharah. Jika istikharah untuk mencari teman hidup dan
di datangi mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi
kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada
malamnya. Mungkinkah dia terlalu
memikirkan tentang jodohnya?
Adam
Syafiq masih memikirkan tentang mimpinya itu.
Di dalam mimpinya, dia tidak dapat melihat wajah isteri yang
dikahwininya itu. Cuma dia sering kali
terlihat akan tahi lalat di jari manis gadis itu. Adakah itu membawa petanda? Adakah itu calon isterinya? Ya Allah, Engkau maha mengetahui
segala-galanya. Sesungguhnya pada
Engkau, hambamu ini berserah.
********
Ketukan kuat di pintu mengganggu tidur Datuk Fuad. Segera kakinya di atur menapak ke ruang tamu
untuk membuka pintu. Belum pun sempat dia membuka pintu, pembantu
rumahnya Mak Leha mendahuluinya.
“Hissshhh! Kenapa lambat sangat
buka pintu ni orang tua?” marah Balqis sambil melangkah masuk ke dalam rumah
dengan jalan yang terhuyung-hayang.
“Maaf cik Balqis. Mak Leha tak dengar tadi. Mak Leha tidur.” Jawab Mak Leha sedikit
takut.
“Hisssh! Kau ni dah lah tua!
Pekak! Kau jaga ye, lagi sekali kau buat
macam ni. Kau boleh berambus dari rumah
aku!” marah Balqis sambil menunjal kepala Mak Leha beberapa kali.
“Balqis!” jerit Datuk Fuad dari
atas tangga. Sakit hatinya melihat
perilaku anaknya yang biadap terhadap orang tua.
“Hai papa. Papa tak tidur lagi ke?”soal Balqis tanpa
rasa bersalah.
“Apa yang Qis bising-bising
tengah pagi buta ni?”jerkah Datuk Fuad.
“Orang
tua ni cari fasal dengan Qis. Papa
tengok lah orang tua ni.” rengek Balqis dengan suara yang tenggelam timbul.
Mak Leha mula cuak. Takut-takut dirinya dimarahi Datuk Fuad. Risau dirinya di usir dari rumah tempat dia
mencari rezeki. Datuk Fuad mencerlung ke
arah Balqis. Sakit hatinya melihat anak
gadisnya pulang dalam keadaan mabuk dan bersikap biadap.
“Mak Leha pergi masuk tidur.”
Arah Datuk Fuad sambil menapak ke arah anaknya yang masih
terhuyung-hayang. Mak Leha hanya
menuruti perintah majikannya.
Perlahan-lahan Mak Leha meninggalkan dua beranak di perkarangan ruang
tamu.
“Qis
ni apa nak jadi? Sekarang ni dah pukul
berapa ni? Apa nak jadi dengan Qis
ni? Pukul tiga empat pagi baru nak
balik? Dah tu mabuk-mabuk pulak?” marah
Datuk Fuad.
Suara Datuk Fuad yang sedikit
meninggi mengejutkan Datin Faridah dari tidurnya. Segera dia menuju ke tingkat bawah untuk
melihat apa yang sedang berlaku.
“Apa yang bising-bising ni
bang?”
“Awak tengok lah anak kesayangan
awak ni. Sekarang ni dah pukul empat pagi. Anak kesayangan awak ni baru nak balik.
Dah tu, mabuk pulak.”
“Alah,
biasa lah sayang. Hari ni kan malam
minggu? Qis kan muda lagi. Dia keluar enjoy dengan kawan-kawan dia lah
tu. Tu yang dia balik lewat tu” Balas Datin Faridah sambil merapati anak
gadisnya.
“Oh, kalau malam minggu je,
memang kena keluar enjoy lah? Malam
minggu je kena mabuk-mabuk? Macam tu?”
Soal Datuk Fuad.
“Ai, yang awak nak marah-marah
ni kenapa? Biar lah dia nak keluar
dengan kawan-kawan dia. Takkan lah itu
pun tak boleh?” Bidas Datin Faridah.
“Senang je awak cakap macam
tu? Awak bagi muka sangat lah dekat anak
kesayangan awak ni. Esok lusa, dia dah
makin teruk. Awak jangan nak salahkan
saya.” Marah Datuk Fuad.
“Tak ada siapa nak salahkan awak
lah Datuk Fuad oi. Awak nak halang Qis
buat semua ni, macam lah awak tak pernah muda.
Awak dulu pun sama juga.” Bidas
Datin Faridah.
Datuk Fuad terpempam. Semua kata-katanya langsung tidak di endahkan
oleh Datin Faridah. Sakit hatinya melihat
si isteri yang masih mempertahankan anaknya yang sudah melampaui batas.
“Dah lah bang. Kalau awak nak bising-bising, awak nak buat
ceramah, awak tunggu lah esok siang.
Saya ni mengantuk. Si Balqis ni pun dah makin tak larat saya
tengok. Esok-esok je awak sambung
ceramah awak tu ye.” Perli Datin Faridah sambil memimpin Balqis menuju ke
biliknya dan meninggalkan Datuk Fuad keseorangan.
Datuk
Fuad menarik nafas panjang. Sakit
hatinya melihat anak dan isterinya yang tidak mendengar kata. Ah, mungkin silapnya juga. Dia yang mendidik keluarganya dengan cara
hidup yang serba-serbi mengikut barat.
Kalau nak di didik waktu sekarang, rasanya sudah terlalu lambat.
Bukankah
pepatah juga ada menyatakan, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, sudah keras, sukar lagi
untuk di lentur. Ya, sama seperti
situasinya sekarang ini. Balqis semakin
menjadi-jadi. Perangainya sukar lagi
untuk di kawal. Ah, semuanya salah dia. Dia gagal menjalankan tugas sebagai ketua
keluarga dan pemimpin untuk rumah tangganya dan memang dia lah yang selayaknya
di salahkan.
*********
Usai berdoa, Adam Syafiq masih
tidak mahu berganjak dari masjid di perkampungan Pulau Pangkor tempat dia
menginap. Tubuhnya dirapatkan ke dinding.
Dia ingin menghabiskan masanya untuk mencari ketenangan di rumah yang barakah
ini.
Tidak
semena-mena wajah Datin Maimunah kembali menapak ke tubir mata Adam Syafiq. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Rungsing Adam Syafiq di buatnya bila banyak
perkara yang berlegar di minda. Ingin menuruti
perintah ibunya atau menjaga hatinya sendiri?
Banyak perkara yang perlu di timbang tara. Kalau ingin mengikut kemahuan Datin Maimunah,
maknanya dia yang terpaksa makan hati dengan memperisterikan Balqis. Tapi jika dia tidak mahu menuruti arahan
ibunya, takut si ibu terasa hati. Adam
Syafiq tersepit di antara kehendak si ibu dan kemahuan dirinya sendiri.
Aluanan
ayat suci Al-Quran di sebalik tirai masjid mengejutkan Adam Syafiq. Tidak pula
dia menyangka ada orang lain yang turut sama ada di dalam masjid di ketika
ini. Bacaan ayat suci yang di alunkan
amat menenangkan hati Adam Syafiq yang sendang gundah gulana. Alangkah indahnya bacaan ayat suci Al-Quran
yang di alunkan oleh si pembaca. Terasa sayu
hatinya seketika.
Adam
Syafiq memejamkan matanya untuk menghayati setiap bait bacaan ayat suci
Al-Quran itu. Suara ini seakan pernah
dia dengar sebelum ini tapi dimana? Adam
Syafiq ligat memerah otak dan cuba mengingati kembali di mana suara ini di dengarinya.
“Ya
Allah, suara ini saling tak tumpah macam suara yang aku dengar dalam mimpi aku
semalam.”Adam Syafiq bermonolog sendiri.
Dia cuba mengamati suara itu sekali lagi. Ya! Memang tak salah lagi. Suara ini lah yang dia dengari di dalam
mimpinya semalam ketika dia masuk ke dalam masjid. Suara ini lah yang dia dengari sewaktu dia
bertemu isterinya yang sedang membaca Al-Quran di dalam mimpinya semalam.
“Ya
Allah, memang suara ini lah yang aku dengar semalam.” Bisik hati kecil Adam
Syafiq.
Hati
Adam Syafiq tercuit. Siapakah pemilik
suara merdu ini? Segera tangan Adam Syafiq
menyelak sedikit tirai yang memisahkan antara makmum lelaki dan perempuan untuk
melihat si pemilik suara merdu itu. Nun di
tepi sudut, dia dapat melihat seorang gadis yang lengkap bertelekung sedang
membaca Al-Quran.
Adam
Syafiq cuba mencuri-curi pandang si gadis yang sedang khusyuk membaca Al-Quran.
Di perhatikan gadis itu dari jauh untuk melihat wajah si gadis. Bulat matanya bila dapat melihat wajah si
gadis walau dari jauh. Paras gadis itu
amat di kenalinya. Ya, gadis itu lah
yang membuatkan jantungnya sering berdetak hebat. Gadis itulah yang membuatnya Adam Syafiq tidak keruan
setiap kali Adam memikirkan tentang diri si gadis.
“Umairah.”
Tak semena-mena nama itu terpacul dari mulut Adam Syafiq. Suaranya yang sedikit kuat membuatkan si
gadis memandang ke arahnya. Adam Syafiq
gugup.
“Opsss!
Maaf. Saya tak sengaja” hanya itu yang mampu di ucapkan Adam Syafiq apabila
dirinya sudah tertangkap.
Adam
Syafiq segera menutup kembali tirai yang di selaknya tadi. Dia malu sendiri. Di dalam hati, dia menyumpah-nyumpah tindakan
bodohnya itu. Segera kakinya melangkah laju untuk meninggalkan kawasan masjid dan
menuju ke bilik hotelnya.
Adam
Syafiq mengurut lembut dadanya. Ya Allah, perasaan ini lagi. Kenapa setiap
kali bila dia memikirkan tentang Umairah atau melihatnya, hati ini bagai
berlari pecut tanpa henti? Apa
sebenarnya erti semua ini? Kenapa
jantung ini berdegup kencang?
Otak
Adam Syafiq ligat memikirkan kejadian tadi dan suara yang hadir dalam mimpinya. Adakah semua ini hanya kebetulan? Atau ini
memang petunjuk dari yang Esa?Ya Allah, adakah Engkau cuba mengatur sesuatu
untukku? Ya Allah, sesungguhnya aku
tidak pasti apa yang sedang berlaku.
Bantulah aku Ya Allah. Hanya Kau
lah yang maha mengetahui apa yang terjadi dan apa yang terbaik untukku.
CEPATLAH SAMBUNG LAGI YA,HANYA KAU UNTUKKU BILA NAK UPDATE LAMA,
ReplyDeleteinsyaAllah.. da masa saya akan update.. sebab sekarang dok busy sikit.. pape pon.. thanks sudi baca =)
Delete