Pages

Monday, October 22, 2012

Hanya Kau Untukku- BAB 10


HANYA KAU UNTUKKU

BAB 10



                                                                                                                                                                               
                Badrul Zaman melangkah keluar dari dalam perut kereta.  Tangannya laju membuka pintu di sebelah pemandu untuk memudahkan Nur Batrisya keluar.  Dengan memimpin tangan Nur Batrisya, Badrul Zaman melangkah ke dalam nursery.  Senyuman jelas terpancar di wajah Badrul Zaman bila melihat Sofiya Alia yang sudah berada di muka pintu nursery.

                “Assalammualaikum Sofie,” Sapa Badrul Zaman dengan senyuman manis.

                “Waalaikumsalam.  Awal pula abang Bad datang hari ni?” tanya Sofiya Alia sambil mengambil beg galas milik Nur Batrisya.

                Badrul Zaman mula mencari akal untuk menjawab pertanyaan Sofiya Alia.  Ketara sangatkah perilakunya?  Ah, risau juga jika Sofiya Alia dapat mebaca perubahan dirinya.  Memang dia sengaja untuk datang awal ke nursery kerana ingin bertemu dengan Sofiya Alia lebih lama.

                “Ermmmm, hari ni abang Bad ada meeting awal. Sebab tu lah abang datang hantar Sya awal.”jawab Badrul Zaman tergagap-gagap.  Kenapa jawapan itu pula yang muncul dibibirnya?  Ah! Kacau sungguh!

                “Oh, patutlah awal semacam.”

                “Hurmm, Sofie.  Abang nak jemput Sofie datang ke birthday party Sya sabtu ni.”

                “Birthday Sya?  Sabtu ni ke?  Abang buat kat mana?  Kat rumah abang ke?”soal Sofiya Alia bertubi-tubi.

                “Yup, abang buat kat rumah.  Tapi tak de lah buat besar-besaran sangat.  Sofie ajak lah adik dan mak Sofie sekali.  Nanti abang bagi alamat rumah.”

                “InsyaAllah.  Kalau tak ada apa-apa hal kami datang.”

                “Ala, jangan lah macam tu. Datang lah, kejap pun tak pe.  Atleast, Sya seronok bila tengok Sofie datang.  Kalau Sofie risau fasal transport, don’t worry.  Abang akan datang jemput Sofie.”

                “Eh, tak yah susah-susah bang.  Sofie boleh datang sendiri tapi Sofie tak janji tau.”

                “Kenapa pula?”

                “Sebab, ahad tu Sofie dah nak kena balik kampus.  Isnin depan Sofie dah start kelas.  Barang-barang pun Sofie tak siapkan lagi.  Tapi, don’t worry okay.  Kalau Sofie ada masa, Sofie akan datang.”

                “Dah nak masuk semester baru dah?  Cepatnya.” Badrul Zaman sedikit kecewa. 

                “Laa, kan hari tu Sofie dah bagi tau abang Bad yang Sofie lagi dua minggu nak balik kampus?  Abang Bad lupa ke?”
               
                “Cepatnya masa berjalan.  Rasa macam baru je lagi kita pergi Genting Highland hari tu.  Kalau macam tu, abang nak sangat Sofie datang birthday Sya.  Yelah, lepas ni belum tentu kita boleh jumpa kan?”

                “Sofie tak janji tau, tapi Sofie akan usahakan.”
               
                Badrul Zaman sedikit kecewa.  Senyumannya hilang bila mendengar Sofiya Alia akan menyambung pelajarannya tidak sampai seminggu lagi.  Ah, cepatnya masa berjalan.  Baru sahaja dia ingin mendekati gadis ini tetapi gadis ini seolah-olah melangkah jauh daripadanya.

 Tarikan pada Sofiya Alia amat menarik hatinya.  Sifatnya yang ceria dan peramah membuatkan dia tampak menarik di mata Badrul Zaman.  Mungkin perwatakannya nampak kasar di mata lelaki lain, tetapi ada sesuatu yang indah dan menarik untuk Sofiya Alia di dekati.  Luarannya tampak kasar, tapi kelembutannya tetap terserlah. 

                “Eh, abang Bad kata tadi ada meeting kan?  Dah pukul berapa dah ni.  Sofie takut abang lewat je.  Lebih baik abang Bad gerak sekarang.  Ni nak kena tempuh jalan jem  lagi ni.  Karang tak fasal-fasal  lewat pula pergi meeting.”

                “Haaa? Meeting?”

                “Yelah, tadi kan abang Bad kata nak pergi meeting?”

                “Aah, lupa pula.  Tadi abang yang kata abang ada meeting erk?  Abang lupa lah pula. Jangan lupa datang Sabtu ni okay?  Nanti abang sms alamat rumah.  Abang Bad pergi dulu ya.  Assalammualaikum.”

                “Waalaikumsalam.” Balas Sofiya Alia.

****************     

                Telefon bimbit milik Ira Syarmila berdering.  Matanya di kerling ke arah nama pemanggil.   Dato’ Rauf.  Arggghh! Mesti lelaki tua itu mahu minta di layan sebab itu dia sibuk menelefonnya.  Panggilan Dato’ Rauf dibiarkan sepi.  Matanya sibuk mencuri pandang ke arah Badrul Zaman yang berada di dalam biliknya.  Tiada pula senyuman manis di bibir lelaki itu hari ini. Wajahnya tampak tidak ceria.  Tapi mengapa?  Apa yang membuatkan dia tidak seceria semalam?  Ligat otak Ira Syarmila memikirkan tentang Badrul Zaman.

 Telefon bimbitnya masih lagi berdering.  Rungsing pula bila tidak menjawab panggilan lelaki tua ini.  Dia sudah dapat mengagak, jika dia tidak menjawab panggilan Dato’ Rauf pasti lelaki itu akan terus mencari dan menghubunginya.  Dengan malas tangannya menekan butang hijau untuk menjawab panggilan.

neelofa sebagai IRA SYARMILA



“Kenapa you tak angkat call I sayang?” tanya Dato’ Rauf.

“I tak perasan you call tadi.  Lagipun I baru keluar dari bilik encik Badrul.” Jawab Ira Syarmila dengan suara yang sengaja di buat-buat manja.

“Oh, you busy ke sayang?  I miss you darling. I dah ada kat KL hari ni.  Malam ni kita jumpa ye sayang.”

Terasa hendak muntah pula dibuatnya bila Dato’ Rauf mengungkapkan perkataan rindu dengan suara yang manja.  Sudah lah tua, ada hati nak bersayang-sayang, berdarling-darling!  Sudah tu, suara manja yang dibuat Dato’ Rauf kedengaran sungguh menggelikan di cuping telinga Ira Syarmila.  Suara gatal!  Dasar orang tua tak sedar diri.  Sudah lah tua, gatal makin menjadi-jadi!

“Sayangggg, are you there?” Dato’ Rauf bersuara lagi.

“Yes, im here.  Sorry, apa you cakap tadi sayang?  I tak dengar lah tadi.” Soal Ira Syarmila.

“I cakap, I miss you.  Malam ni you free tak?  I nak datang apartment you.  You jangan pergi mana-mana ye sayang.  I ada something for you from Paris.”

“Something for me?  Apa tu sayang?” soal Ira Syarmila manja.  Bibirnya mula terukir senyuman.  Manakan tidak, Dato’ Rauf bukannya datang dengan tangan kosong bahkan datang dengan ole-ole dari Paris.  Dia dapat mengagak hadiah dari jauh itu sudah tentu hadiah yang mahal dan berjenama.

“Ada lah.  Mana boleh I nak bagitahu you.  Tak surprise lah.  Malam ni I datang okay?  Tunggu I tau darling.”

“Orait sayang.  I tak sabar nak jumpa you malam ni.”

“Tapi jangan lupa, ‘dinner’ I malam ni. Dah seminggu I tak jumpa you, I jadi makin rindu.”

‘Dinner’?? Ira Syarmila sudah tahu dengan kemahuan Dato’ Rauf.  Apa lagi yang dia inginkan bila bertemu dengan Ira Syarmila kalau bukan untuk mendapatkan layanannya?  Dasar tua gatal tak sedar diri!  Tapi tak mengapa, dia hanya perlu melayan nafsu miang Dato’ Rauf dan dia pula diberi ganjaran yang mewah.  Siapa yang tidak mahu? 

“Okay sayang.  I takkan lupa.  Okay darling, I nak buat kerja ni.  Nanti malam kita jumpa okay?  Bye sayang.”

“Bye.” Dato’ Rauf mematikan perbualan.

Ira Syarmila tersenyum sendirian.  Otaknya mula memikirkan hadiah yang bakal diterimanya malam nanti.  Apa agaknya ya?  Handbang mahal? Kasut?  Baju?  Atau apa?? Arghh, tak sabar sungguh dia menanti malam. 

“Ai Syarmila.  Apa yang awak tersengih-sengih kan tu?” tanya Badrul Zaman.

Ira Syarmila tersentak bila di tegur begitu.  Sungguh dia tidak sedar dengan kehadiran Badrul Zaman di mejanya.  Risau juga jika Badrul Zaman terdengar percakapannya di telefon bimbit sebentar tadi.
“ Argggh! Tu lah kau Ira Syarmila.  Kau layankan orang tua gatal tu sampaikan Badrul Zaman di hadapan kau pun tak sedar!  Kalau dia dengar percapakan kau dengan si tua tu, tak ke dah terlepas peluang kau nak pikat Badrul Zaman??” omelnya di dalam hati.

“Tak ada apa encik Badrul.  Hurm, encik Badrul nak apa-apa ke?” soal Ira Syarmila gugup.

“Sebenarnya this Saturday saya nak buat birthday party untuk Sya.  If awak ada masa lapang, datang lah rumah saya.  I nak celebrate birthday girl.”

“Sabtu ni saya free.  Don’t worry encik Badrul, saya pasti akan datang.  Mana boleh saya tak datang raikan birthday girl yang comel tu.”

“Tu lah, kalau boleh datang lah.  Nanti jangan lupa pesan kat staff lain ye. Lagi ramai lagi seronok”

“Okay encik Badrul.  Nanti I inform yang lain and thanks for the invitation.  Oh ye, kalau encik Badrul nak minta tolong apa-apa bagitahu je dekat saya.  Saya ada 24 hours untuk encik Badrul.” Balas Ira Syarmila dengan senyuman menggoda. 

“Thanks Syarmila. Kalau  saya perlukan bantuan awak, saya akan inform awak. Saya just nak inform tu je dekat awak.  Okaylah, saya masuk dulu.  Banyak kerja lagi yang saya nak kena buat.”

“Encik Badrul nak saya buatkan coffee or tea?”

“Its okay, thanks Syarmila.” Kata Badrul Zaman sambil melangkah masuk ke biliknya.

                Ira Syarmila hanya memerhati susuk Badrul Zaman meninggalkannya.  Hatinya mula berlagu riang.  Masakan tidak, malam ini dia akan mendapat ganjaran hebat dari Dato’ Rauf dan sebentar tadi Badrul Zaman pula menjemputnya ke majlis harijadi anaknya.  Sudah pasti dia akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin.  Peluang untuk memikat hati si kecil Nur Batrisya dan menggoda Badrul Zaman. 
               
                “Badrul Zaman, kau pasti akan jadi milik aku satu hari nanti.” Bisik hati kecil Ira Syarmila.


No comments:

Post a Comment