Pages

Wednesday, October 3, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 6


TAKDIR CINTA



BAB 6

                Adam Syafiq melangkah ke ruang makan.  Datin Maimunah dan Datuk Soffian sudah berada di meja makan untuk menikmati sarapan pagi.  Adam Syafiq mengambil tempat duduk berhadap ibunya.  Datin Maimunah merenung tajam ke arah anaknya.  Hatinya sakit dengan kelakuan Adam Syafiq malam tadi. Di sebabkan tingkah Adam Syafiq, rancangan nya tidak menjadi. 

                “Kenapa mama pandang Adam macam tu?” soal Adam Syafiq.

                “Kenapa Adam tanya?  Adam dah buat mama malu tahu?  Adam memang melampau!”

                “Apa yang Adam dah buat?”tanya Adam pelik. 
               
                “Apa yang Adam dah buat, Adam tanya?  Kenapa Adam buat perangai malam tadi?  Tinggalkan meja makan macam tu je?  Apa masalah Adam?  Adam memang nak malukan mama dan papa depan uncle Fuad dan aunty Ida kan?  Bagus lah buat perangai macam tu.  Esok-esok orang dok bercakap pasal kita.  Nanti orang cakap, mama tak pandai jaga anak.  Tak pandai nak hormat tetamu, tak tahu nak hormat orang tua.” Bebel Datin Maimunah.  Geram hati mengenangkan tingkah anaknya malam tadi.

                “Adam tak ada selera nak makan semalam ma.  Lagipun badan Adam letih sangat.  Kalau nak layankan diorang tu, pukul berapa pula diaorang nak balik?” jawab Adam Syafiq bersahaja.  Datuk Soffian hanya memerhati dua beranak itu berbalas kata. 

                “Haaa, bagus sangat lah buat perangai macam tu.  Mama tak pernah  ajar Adam jadi kurang ajar macam tu kan?  Kalau tetamu datang, kita kena utamakan mereka.  Kita kena meraikan tetamu.  Bukannya buat macam Adam buat semalam!”

                “Sudah-sudah lah tu Mun.  Awak ni, cubalah faham sikit keadaan Adam semalam.  Budak tu berjalan jauh semalam.  Tentu lah dia letih.” Datuk Soffian mula bersuara.

                “Haaa, bagus sangatlah.  Yang awak pun satu, sebelah sangatlah anak awak ni.  Sebab tu lah perangai Adam menjadi-jadi sekarang ni.”

                “Eeh ,kita pula yang di marahnya.  Tak betul ke apa yang saya cakapkan tadi Datin Maimunah oi?  Awak ni pagi-pagi dah nak buat orang tak ada mood.  Pagi-pagi lagi dah membebel.  Orang patutnya pagi-pagi macam ni tersenyum sampai ke telinga.  Barulah rezeki tu masuk melimpah ruah.”

                Datin Maimunah menjeling tajam suaminya.  Sakit hatinya bila suaminya asyik mempertahankan anak tunggal mereka.  Semua yang Adam katakan, semuanya betul pada Datuk Soffian.  Kalau dia yang meluahkan kata, semuanya tak di terima pakai. 

                “Dah la ma, tak yah nak gaduh-gaduh dengan papa.  Okay, mama nak tahu kenapa Adam buat perangai macam tu semalam?  Adam tak suka mama sebut pasal kahwin.  Adam tak suka mama nak jodohkan Adam dengan Balqis.  Adam tak suka dia dan tak pernah terlintas pun dalam kepala Adam ni untuk memperisterikan dia.”

                “Kenapa pula?  Balqis tu kan bagus budaknya? Hormat orang tua, manja, lemah lembut,cantik pula tu.  Apa lagi yang Adam nak?  Semua yang ada dekat Balqis mama suka.  Balqis memang layak jadi menantu dalam rumah ini.”

                “Mun, yang nak kahwin tu Adam.  Biarlah dia cari calon isteri dia sendiri.  Awak jangan nak jadi macam ejen pencari  jodoh pula.”  Sampuk Datuk Soffian.

                “Ah, awak tu cakap senang lah.  Sampai bila kita nak harapkan Adam cari isteri sendiri?  Sampai bila?? Cuba awak cakap dengan saya.  Lagipun saya berkenan sangat dengan si Balqis tu.  Kita pun dah lama kenal dengan family diaorang.  Kita kenal keturunan dia.  Adam dengan Balqis pun dari kecil lagi dah berkawan.  Jadi, apa salahnya kalau kita jodohkan diorang?”

                “Mama tak faham apa yang Adam rasa.  Adam tak cintakan Balqis dan Adam tak boleh hidup dengan dia.  Macam mana nak hidup dengan orang yang kita tak cinta?”

                “Itu bukan masalahnya.  Cinta tu akan datang bila Adam dengan Balqis dah berkahwin nanti.  Cinta tu boleh di pupuk.”

                “Ma… mama tak boleh paksa Adam macam ni ma.  Adam tak nak kahwin dengan Balqis.  Adam kenal siapa dia.”

                “Apa yang Adam tahu pasal Balqis? Haaa?? Mama kenal Balqis sejak dari dia lahir lagi.  Mama tahu macam mana perangai dia.  Mama tahu semuanya.”

                “Tapi ma, mama tak tahu si Balqis tu macam mana sebenarnya.  Apa yang mama tengok tu tak sama dengan apa yang Adam tahu.  Balqis tu bukan perempuan baik pun.  Tiap-tiap malam dia pergi club.  Adam selalu ternampak dia enjoy dengan lelaki.  Hari ni dengan laki ni, esok dengan lelaki tu.  Macam tu ke nak buat isteri?” luah Adam Syafiq geram.

                “Jangan nak pandai-pandai buat cerita lah Adam.  Adam sengaja nak reka cerita buruk fasal Balqis kan?  Konon-konon Balqis tu budak tak baik kan?  Sudah lah Adam.  Mama kenal sangat siapa Balqis tu.  Budak nya baik dan tak macam yang Adam cakapkan tu.  Kalau ye pun Adam tak nak kahwin dengan dia, jangan sesekali Adam nak burukkan nama dia.” Marah Datin Maimunah.

                Adam Syafiq terdiam.  Dia sudah dapat mengagak jika dia menceritakan perangai buruk Balqis sudah tentu ibunya tidak percaya.  Ibunya betul-betul sudah buta dengan perangai yang penuh kepura-puraan Balqis.  Adam Syafiq memandang Datuk Soffian penuh pengharapan agar ayahnya dapat membantunya. 

                “Mun, saya nak nasihatkan awak sikit.  Awak tak perlu nak paksa-paksa Adam.  Dia bukan budak-budak lagi Mun.  Kalau dah dia tak nak kahwin dengan Balqis, buat apa yang awak nak paksa-paksa?  Awak nak ke rumah tangga dia hanya bertahan setengah jalan?  Nanti awak menyesal Mun.”

                “Saya bukan nak paksa dia.  Tapi cuba awak fikir kalau saya tak buat macam ni, sampai bila Adam nak kahwin?”

                “Jodoh tu kan di tangan tuhan.  Dah belum sampai masanya lagi, memang lah dia tak kahwin lagi.  Yang awak tu kalut sangat kenapa?  Lagipun, Adam tu lelaki.” 

                “Memang lah lelaki.  Saya ni pun bukan muda lagi.  Kalau boleh, sebelum pejam mata nak juga saya menimang cucu.”

                “Okay, macam ni ma.  Biar Adam terus terang dengan mama dan papa.  Adam sebenarnya dah berkenan dengan seorang gadis time Adam bercuti dekat Pangkor hari tu.  Adam nak jadikan dia isteri Adam.” Luah Adam pelahan tapi cukup di dengari Datin Maimunah dan Datuk Soffian.

                “Siapa budak tu?  Anak datuk mana? Anak Tan Sri mana?”
                                                                                                                                                                             
                “Dia bukan anak orang kenamaan.  Dia Cuma budak kampung.”

                “Budak kampung???!!” jerkah Datin Maimunah.  Matanya mencerlung tajam ke arah Adam Syafiq. 

                Adam Syafiq membalas dengan anggukan.  Datuk Soffian tersenyum memandang reaksi isterinya.  Dia sudah dapat mengagak isterinya pasti marah.  Isterinya terlalu memandang darjat dan disebabkan itu juga dia ingin mengatur jodoh anaknya sendiri.

                “Adam jangan nak buat malu mama ye!  Budak kampung yang Adam nak jadikan isteri?  Dah tak ada anak-anak orang kenamaan lain ke? Haaa? Mama tak suka!”

                “Tapi ma, budaknya baik.  Adam berkenan dengan dia.  Tak pernah Adam rasa macam ni sebelum ni.  Adam betul-betul nakkan dia.”

                “Kalau mama kata tak suka tu maksudnya tak suka! Faham??!” marah Datin Maimunah.

                “Apa lagi yang penting dari darjat ma?  Budak tu dah cukup baik di mata Adam.  Akhlaknya, agamanya, semuanya baik pada Adam.  Darjat dan keturunan tak menjamin kebahagian ma.”

                “Berapa lama sangat yang Adam kenal dia sampai Adam boleh jatuh cinta dekat dia?  Sampaikan Adam nak jadikan dia isteri?  Adam boleh fikir betul-betul tak?  Baru kenal  dua tiga hari dah berani nak jadikan bini.  Kenal pun tidak, apa pun tidak.  Tup-tup dah nak kahwin.”

                “Cinta pandang petama lah tu.  Siapa nama budak tu Adam?” sampuk Datuk Soffian.   Datin Maimunah menjeling tajam ke arah suaminya.

                “Umairah.”ujar Adam Syafiq pelahan.  Serta merta wajah gadis itu menapak ke tubir matanya.



                “Sedap nama tu.  Adam dah fikir masak-masak dah? Adam rasa betul ke pilihan Adam ni?” tanya Datuk Soffian penuh berminat.

                “Ye pa.  Adam da tekad dan Adam yakin dia jodoh Adam.  Adam dapat rasakan Allah memang nak pertemukan Adam dengan Umairah.  Sebab tu Allah gerakkan hati Adam untuk bercuti di Pangkor.”

                “Ah! Gerakkan hati konon!  Kenal baru berapa hari dah sibuk nak cakap pasal gerak hati lah, jodoh lah.  Budak kampung pula tu.  Entah-entah, dia dah hembus-hembus anak kita ni bang.”

                “Apa yang mama merepek ni?”

                “Apa pula yang merepek nye? Tak betul ke apa yang mama cakapkan ni?  Kenal nya baru berapa hari, tiba-tiba dah jatuh cinta pula.  Tak ke dah macam kena hembus tu?  Dah pula, budak tu asal pun dari kampung.  Orang kampung kan pandai bab-bab nak bomohkan orang ni.” Kata Datin Maimunah sinis.

                “Ma, Umairah tu sebaik-baik manusia Adam pernah kenal.  Mama tak baik tuduh macam tu.  Mama tahu kan  fitnah tu berdosa besar?  Dosa orang memfitnah ni lebih besar dari membunuh? Umairah tu baik orangnya.  Solat tak tinggal, pandai mengaji, lemah lembut dan pandai hormatkan orang.  Mama tak kenal dia lagi dan mama tak layak nak tuduh dia macam tu.”

                Datin Maimunah panas hati.  Anaknya betul-betul mempertahankan gadis kampung itu.  Ah, apa lah sangat dengan gadis kampung seperti budak itu?  Asal pun dari kampung.  Sudah tentu dia hanya inginkan harta Adam Syafiq.  Sungguh dia tidak dapat menerima perempuan itu apatah lagi untuk dijadikan menantu rumahnya.  Malulah dia jika bermenantukan gadis kampung seperti Umairah.  Dia tak ingin kan gadis lain.  Dia hanya ingin kan Balqis! Balqis yang layak untuk di jadikan menantunya.

                “Jadi Adam betul-betul nak kan budak tu?” tanya Datuk Soffian.

                “Ye pa.  Adam kalau boleh nak jadikan dia isteri Adam.  Adam inginkan dia pa.”

                “Tak apa lah kalau dah Adam betul-betul yakin dengan keputusan Adam.  Bukan apa, bab kahwin ni bukan mudah.  Perkahwinan ni bukan untuk sementara.  Tapi kalau dah Adam yakin, papa setuju dengan Adam.  Rasa-rasa bila kita boleh hantar rombongan meminang?”

                Hati Adam Syafiq bersorak riang.  Bapanya menyebelahinya.  Datin Maimunah memandang tajam ke arah Datuk Soffian.  Masakan sesenang itu suaminya boleh bersetuju?  Ni semua kerja gila!

                “Kalau boleh secepat mungkin.  Adam takut kalau lambat nanti Adam melepas pula.”

                “Budak tu tahu ke Adam nak masuk meminang dia?” tanya Datuk Soffian lagi.

                “Tak tahu dan Adam tak pernah pun luahkan perasaan Adam dekat dia lagi pa.  Cuma Adam yakin dia tak akan tolak pinangan kita.  Adam yakin dia jodoh Adam.  Kita terus hantar rombongan meminang dan Adam akan berserah pada takdir Adam.”

                “Tengok! Budak tu pun tak tahu perasaan Adam dekat dia kan?  Adam jangan nak buat kerja gila ye!  Entah-entah budak tu sikit pun tak ada hati dengan Adam.  Silap hari bulan, budak tu tunangan orang ke, isteri orang ke, apa ke.  Nanti kita datang-datang terus kena reject!  Jangan nak buat malu ye Adam!” marah Datin Maimunah.

                “InsyaAllah, jika dia jodoh Adam.  Kita buat macam mana pun dia tetap untuk Adam.  Adam yakin dia untuk Adam.”

                “Apa lah yang ada sangat dengan budak macam tu?  Si Balqis tu kan dah cukup sempurna?  Mama tak kira.  Mama nak Adam kahwin dengan Balqis!” tegas Datin Maimunah.

                “Ini soal hidup Adam ma.  Adam yang nak hidup dengan bakal isteri Adam.  Adam tak nak kahwin dengan Balqis.”

                “No excuses Adam!”

                “Ma, kalau mama nak Adam teruskan niat mama untuk kahwin dengan Balqis, mama jangan menyesal kalau Adam ceraikan Balqis keesokkan harinya.  Atau mama tak akan jumpa lagi Adam lepas ni.”

                “Jangan nak kurang ajar ye Adam! Owh, dah pandai nak ugut. Ni mesti budak kampung tu yang ajar Adam jadi kurang ajar macam ni kan?”

                “Adam bukan nak ugut. Tapi Adam harap mama hormat keputusan Adam.  Adam harap mama terima apa yang Adam inginkan dalam hidup Adam.  Selama ni Adam tak pernah nak lawan apa yang mama inginkan.  Cuma Adam mohon sangat kat mama untuk kali ni, mama tolong lah terima keputusan Adam.  Tapi kalau mama tak boleh nak terima keputusan Adam, Adam minta maaf jika Adam tak balik lagi ke rumah ni lepas ni.” Jawab Adam Syafiq tenang dan melangkah keluar meninggalkan perkarangan ruang makan rumahnya.

                “Adam!!!!” jerit Datin Maimunah geram. Dadanya berombak menahan amarah yang teramat.  Adam Syafiq sudah pandai mengugutnya.  Masakan hatinya tidak sakit dengan ugutan anak tunggalnya?

                “Dah, tak payah awak nak jerit-jerit panggila nama dia.  Tak adanya dia nak patah balik ke belakang.Awak fikirlah baik-baik Mun.  Awak nak ikutkan sangat kemahuan awak atau awak nak kehilangan anak awak sampai bila-bila.  Awak jangan fikir perasaan awak seorang sahaja Mun.  Awak kena fikir perasaan orang lain sama.  Entahlah, saya pun tak faham dengan perangai awak ni.  Semua nya nak ikut kata awak.  Awak fikir baik-baik Mun.  Saya takut awak menyesal kemudian hari.”  Nasihat Datuk Soffian dan juga melangkah meninggalkan Datin Maimunah termanggu-manggu sendirian.



                
reaction

No comments:

Post a Comment