Pages

Wednesday, October 3, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 5


TAKDIR CINTA



BAB 5

                Kereta BMW 7 series milik Adam Syafiq mula memasuki perkarangan rumah.  Setelah memakir kereta di garaj, Adam Syafiq mengambil beg pakaiannya yang terletak di tempat duduk belakang.  Dengan Langkah bersahaja, Adam Syafiq mula menapak ke dalam rumahnya.

                “Haaa, Adam.  Dah balik pun anak mamal ni. Jom kita makan.  Kami semua tengah tunggu Adam.” Sapa Datin Maimunah sebaik sahaja Adam Syafiq melangkah masuk ke kediaman milik keluarganya.

                “Kami semua?” tanya Adam Syafiq sambil menyalami tangan ibunya. Sedikit pelik dengan pekataan ‘Kami semua’.  Siapa lagi?  Bukankah mereka hanya tinggal tiga beranak?

                “Oh, mama lupa nak bagitahu Adam.  Malam ni mama ajak Datin Faridah sekeluarga dinner dengan family kita.  Diaorang semua tengah tunggu Adam dekat ruang tamu sana.”

                Adam Syafiq hanya membontoti ibunya ke ruang tamu.  Tangan Datin Faridah, Datuk Fuad dan juga bapanya, Datuk Soffian di salaminya.  Balqis yang duduk di sebelah ibunya tersenyum-senyum memandang ke arah Adam Syafiq.

                “Hye handsome.  Baru balik dari holiday ye?  Holiday di mana?” tanya Datin Faridah.

                “Holiday kat Pangkor je aunty.  Saja nak rest kan badan, nak release tension.”
               
                “Laa, kat Pangkor je? Bukan ada apa pun dekat sana tu.  Next time, kalau you nak pergi release tension, atleast you pergi lah Bali ke, Phuket ke.  Baru lah interesting sikit.  Ini tak, pergi Pangkor.  Pangkor is nothing la.” Sampuk Balqis sambil mencebikkan bibirnya.

                “Aah.  Betul kata Qis tu Adam.  Kat pangkor tu apa lah yang ada pun.  Atleast ke bali. Dalam Malaysia ni bukannya seronok sangat pun nak berjalan.” Tambah Datin Faridah.

                Adam Syafiq berlagak tenang.  Walhal di dalam hatinya mula berasa geram dengan kehadiran dua beranak ini.  Apa lah yang mereka kalutkan jika dia sendiri yang ingin bercuti di Pangkor?  Bukannya dia meminta wang dari mereka untuk menginap di sana.

                “Holiday mana-mana pun sama je aunty.  Tak ada beza pun.  Yang penting kawasan tu boleh menenangkan hati dan fikiran.”

                “Ishhh! Mana ada sama.  Tak sama langsung okay!  Atau you tu kedekut sangat nak keluar duit nak pergi bercuti? “ soal Balqis sinis.

                “Balqis!” tegur Datuk Fuad sambil menjeggilkan matanya.  Risau anaknya berkelakuan biadap.

                “Eh, Dah lah.  Kejap lagi kita sambung sembang ye.  Jom kita makan dulu.  Lauk pun dah naik sejuk dah.” Pelawa Datin Maimunah menyekat Adam Syafiq untuk berbalas kata.

                “Betul tu.  Jom kita makan dulu.  Lagipun kalau nak bersembang alamatnya sampai esok pun belum tentu habis.” Datuk Soffian pula mencelah.

                Adam Syafiq masih tidak berganjak dari tempat duduknya.  Rasa meluatnya terhadap Balqis makin menjadi-jadi.  Masakan dia mampu menahan rasa jengkelnya terhadap gadis itu.  Dengan lambat-lambat Adam Syafiq bangun dan berkira-kira untuk melangkah ke biliknya di tingkat atas.

                “Adam, nak pergi mana tu? Jom lah makan sekali.” Soal Datim Maimunah sambil  merapati anaknya.

                “Adam nak mandi dulu lah ma.  Letih rasanya.  Lagipun Adam dah makan sebelum balik ke sini tadi.”

                “Jangan macam tu.  Nanti apa pula diorang cakap? Makan dulu, then Adam nak rehat, Adam rehat lah.”

                “Ma, Adam dah kenyang lah.”

                “Adam jangan nak melampau ye.  Makan lah walaupun sikit.  Mama tak suka Adam buat perangai macam ni.  Please behave okay.  Hormat sikit tetamu yang datang.”

 “Tapi ma…”

                “NO excuses! Jangan nak malukan mama ye Adam.  Dah, jom kita pergi makan dulu.  Diorang semua pun dari tadi tunggu Adam.  Adam jangan nak buat perangai pula ye.”

                Adam Syafiq terpaksa akur dengan keputusan ibunya.  Kakinya mula melangkah ke ruang makan.  Balqis betul-betul duduk dihadapannya.  Gadis itu tersenyum-senyum ke arah Adam Syafiq.  Selera Adam mati.  Perlu ke perempuan ini berada di hadapannya? Tengok tingkahnya sahaja Adam Syafiq sudah meluat.


               
                “Ida, si Qis ni dah ada yang punya ke?” tanya Datin Maimunah.  Adam Syafiq yang sedang meneguk air tersedak kecil.  Arghhh! Mamanya dah mula buat perangai!

                “Entah lah Mun, you kena tanya dia sendiri lah.  Kenapa?  You nak buat Qis jadi menantu ke?”  Gurau Datin Faridah.  Balqis hanya tersimpul malu  bila dirinya di jadikan topik perbualan.

                “Kalau tak ada lagi, I fikir nak kenenkan dengan si Adam.  Adam ni dah nak masuk 30 tahun dah.  Tak pernah pun nak bawak calon isteri ke rumah ni.  Kalau nak harapkan Adam, alamatnya I dah pejam mata pun tak merasa nak tengok dia berumah tangga.” 

                “Mun, tak baik cakap macam tu.” Tegur Datuk Soffian.

                “Ai, tak betul ke apa yang Mun cakap?” bidas Datin Maimunah.

                Adam Syafiq tidak jadi menyuap nasi ke mulutnya.  Seleranya mati.  Perlukah ibunya membincangkan soal jodohnya ketika makan?  Di hadapan dirinya sendiri?  Seleranya tambah mati bila melihat tingkah Balqis yang tersengih-sengih sendirian sambil memandang ke arahnya.  Apa yang ibunya suka sangat dengan si Balqis dia sendiri tidak tahu.  Baginya Balqis tidak cukup matang dan tidak layak menjadi isterinya. 


                Sudu dan garfu di letakkan pelahan ke pinggan. Adam Syafiq meneguk air pula.  Terasa tawar pula.  Arghh! Seleranya benar-benar sudah mati. 

                “Ai Adam, kenapa tak habiskan makanan dalam pinggan tu?” tanya Datin Maimunah.

                “Adam dah kenyang dah ma.  Maaf ye uncle Fuad, aunty Ida.  Adam nak naik atas dulu.  Nak mandi.  Badan ni dah rasa melekit sangat.” Ujar Adam Syafiq sopan sebelum meninggalkan mereka yang masih sedang menikmati makan malam.

                “Adam ni pemalu sikit.  Baru cakap pasal kahwin, dia mula lah nak angkat kaki.”

                “Yeke? Tak sangka pula I yang Adam tu pemalu sampai macam tu sekali.”

                “Makan lah dulu.  Kejap lagi dah habis makan kita sembang lah balik.  Tak elok makan sambil bercakap macam ni.”tegur Datuk Fuad.

                “Aah, betul apa yang Fuad cakap tu.  Lepas makan ni, awak berdua nak bersembang.  Awak sembang lah puas-puas.” Tambah Datuk Soffian.

                “yelah.  Kejap lagi kita sambung ye Ida.  Haaaa balqis, tambah lagi. Jangan malu-malu.” 

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


                Adam Syafiq menyandarkan tubuhnya di kepala katil.  Serabut otaknya.  Kepalanya rungsing.  Baru sahaja pulang dari bercuti, ibunya mula menambah masalah lagi.  Arghhh!  Kenapa ibunya berkenan sangat dengan si Balqis itu?  Tak ada perempuan lainkah yang patut di jodohkan dengannya?  Melihat tingkah si Balqis sahaja hatinya mula merasa jelek.  Mendengar kata-katanya sahaja hati Adam mula menjadi panas. 

                Adam Syafiq memejamkan matanya.  Jarinya mula memicit-micit kepalanya.  Terasa beban otak dan fikirannya ketika ini.  Tiba-tiba wajah Umairah muncul di hadapan matanya.  Wajah yang putih bersi kemerah-merahan itu tersenyum manis ke arahnya.  Memikirkan gadis itu, serta- merta dadanya berkocak hebat. 

                “Umairah.” Nama itu terpacul di bibir Adam Syafiq.  Hatinya mula terikat dengan gadis itu.  Gadis yang lemah lembut dan sopan tingkahnya dan sangat berbeza dengan Balqis yang liar dan tak tahu malu.  Senyuman Umairah yang bisa menggugat jantung mana-mana lelaki.  Senyuman yang bisa menenangkan hati.  Ya, dia sangat berbeza dengan mana-mana gadis.  Dan jauh berbeza jika di bandingkan dengan Balqis yang sangat menjengkelkan. 

                Adam membuka matanya.  Mukanya di raup pelahan.  Entah mengapa dia merasa begitu dekat dengan gadis itu.  Tidak pernah dia mempunyai perasaan yang sebegini terhadap mana-mana gadis.  Serta-merta hatinya berdetik untuk memiliki Umairah.  Ya, rasa ini sangat kuat!  Satu perasaan yang amat indah bagi dirinya.  Perasaan untuk menjadikan Umairah sebagai suri hidupnya.  Perasaan yang begitu yakin dan ingin memiliki.

                “Umairah, andai kau lah jodoh buat diriku, aku berharap agar urusan ini di permudahkan.  Ya Allah, bantulah aku.  Sesungguhnya aku yakin dia buatku.” Detik hati Adam Syafiq.
reaction

2 comments:

  1. nice story...
    cuma tak suka datin faridah dan balqis.... macam angkuh je..
    maaf la kalu saya komen mcm keras.. maaf tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no hal pnye .. tak kisah orang nk komen apa pun..
      yup.. dalam cerita ni dorang macam belagak sikit.. huhuh =)

      Delete