Pages

Friday, October 26, 2012

HANYA KAU UNTUKKU - BAB 11


HANYA KAU UNTUKKU



BAB 11

               
                Badrul Zaman melihat jam di pergelangan tangannya.  Jarum jam sudah mencecah ke angka dua petang.  Matanya masih melilau mencari kelibat Sofiya Alia yang  masih juga tidak kelihatan.  Badrul Zaman mula tidak keruan.  Adakah Sofiya Alia tidak akan hadir ke majlis hari jadi anaknya ini?  Ya tuhan, berikanlah dia peluang agar dapat bertemu dengan gadis itu sekali lagi sebelum gadis itu menyambung pelajarannya.

                “Hai encik Badrul, tunggu siapa?  Dari tadi saya perhatikan encik Badrul macam gelisah sahaja.” soal Ira Syarmila sambil merapati Badrul Zaman yang sibuk memerhatikan pintu pagar rumahnya.

                “Errr.. tak ada tunggu sesiapa pun.”

                “Betul ke?  Dari tadi saya tengok, encik Badrul macam tunggu seseorang je.  Asyik pandang sana, pandang sini. Ni mesti important person kan?” sengaja Ira Syarmila menduga.

                “Seriously, tak ada sesiapa pun.  Eh, awak dah makan ke belum ni?” soal Badrul Zaman menutup kegusaran di hati.  Seboleh-bolehnya dia tidak mahu sesiapa pun dapat membaca hatinya.

                “Belum lagi encik Badrul.  Saya nak tunggu encik Badrul lah ni.  Boleh kita makan sama-sama.”

                “Oh, sorry Syarmila.  Saya tak dapat nak teman awak makan sebab saya nak layan tetamu yang lain.  Apa kata awak makan dulu, then saya akan datang join awak kejap lagi”

“Alaaaa, please encik Badrul.  Tak baik tau hampakan saya.  Lagipun, tetamu yang lain pun sibuk bersembang dengan partner diaorang.  Saya ni datang sorang-sorang, tak ada sesiapa pun nak teman makan.  Please encik Badrul, teman saya makan.  Please.” Rengek Ira Syarmila.

“Ermmmmm.. Okay.” Balas Badrul Zaman terpaksa.

“Really? Betul ni encik Badrul nak temankan saya makan?”soal Ira Syarmila mendapatkan kepastian.

“Yup, saya temankan awak.  Jom kita pergi ambil makanan dulu.”

“Thanks encik Badrul.” Balas Ira Syarmila sambil tersenyum menggoda. 

Ira Syarmila melangkah ke arah meja tempat mengambil makanan.  Pinggan di capai dan di letakkan beberapa jenis makanan di dalam kedua pinggan.  Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk diberikan kepada Badrul Zaman. 

                “This is for you encik Badrul.”

                Sepinggan makanan yang berisi dua ketul ayam dan beberapa ekor udang di hulurkan ke arah Badrul Zaman. Sengaja dia mengambil makanan kesukaan Badrul Zaman kerana ingin menarik perhatiannya.  Dan dia seolah-olah ingin memberitahu Badrul Zaman yang dia amat mengambil tahu tentang kesukaan Badrul Zaman. 

                Belum pun sempat Badrul Zaman mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ira Syarmila, matanya mula tertacap pada kehadiran tetamu yang amat dinantinya.  Senyuman manis mula terukir di bibir Badrul Zaman.  Gembira dia di buatnya bila Sofiya Alia akhirnya hadir juga ke majlis harijadi anaknya.

                “Encik Badrul nak pergi mana?” soal Ira Syarmila apabila Badrul Zaman mula menapak meninggalkan meja makan.

                “Saya ada tetamu.  Awak makan dulu lah Syarmila.  Enjoy your meal” Jawab Badrul Zaman dan terus melangkah ke arah pintu pagar rumahnya.

                Ira Syarmila terpingga-pingga. Ah, ada sahaja yang ingin merosakkan rancangannya.  Dia baru sahaja ingin mengatur langkah untuk mendekati Badrul Zaman tetapi nampaknya masih tidak menjadi.  Siapakah tetamu yang penting sangat buat Badrul Zaman sehinggakan dia dibiarkan sendirian di majlis Hari jadi ini? 

                Ira Syarmila menoleh ke arah pintu pagar banglo milik Badrul Zaman.  Membulat matanya bila melihat gadis tomboy itu hadir dengan seorang gadis belasan tahun.  Hatinya terbakar melihat kehadiran gadis itu.  Jadi, gadis inilah yang di tunggu-tunggu Badrul Zaman?  Gadis ini lah yang berjaya membuakan Badrul Zaman tidak keruan dari tadi lagi?  Hati Ira Syarmila mendengus geram.  Sakit hantinya melihat senyuman yang terukir di bibir Badrul Zaman.

                “Hai Sofie, thanks for coming.” Ujar Badrul Zaman dengan bibir yang tidak lekang dari senyuman.

                “Sorry abang Bad.  Sofie lewat datang.”

                “Its okay Sofie.  Yang penting, Sofie sudi juga datang ke majlis ni.  Thanks a lot.”

.               “Tapi rasanya macam dah lewat sangat je Sofie datang.  Mak Sofie kirim salam dekat Abang Bad.  Mak tak dapat nak datang sebab ada hal katanya.  Ermmm,  Mana birthday girl?  Sofie nak bagi hadiah ni untuk dia.”

                “Sya ada dekat tepi kolam renang sana.  Dia sibuk bergurau dengan kawan-kawan dia yang lain.  Eh, jom lah masuk makan dulu.” Pelawa Badrul Zaman.

                Sofiya Alia dan Natasya Farhana hanya membontoti Badrul Zaman dari belakang.  Matanya mengagumi kecantikan banglo milik Badrul Zaman.  Sungguh dia tidak menyangka  bahawa Badrul Zaman datang dari keluarga berada.  Jika di lihat pada kereta yang di pakainya sahaja, dia tidak akan menyangka yang Badrul Zaman mampu tinggal di rumah semewah ini.

                “Sofie ambil makanan dulu ye.  Abang Bad nak panggilkan Sya sekejap.” Kata Badrul Zaman dan berlalu pergi mendapatkan anaknya.

                Sofiya Alia hanya membalas dengan anggukan.  Matanya masih lagi melilau melihat keindahan kawasan rumah Badrul Zaman.  Baru sahaja Sofiya Alia ingin bergerak ke tempat mengambil makanan, tubuhnya hampir tersembam ke tanah  apabila terlanggar seseorang di hadapannya. Mujur  tubuhnya sempat di paut. 

                “Hariz??”ujar Sofiya Alia terkejut.

 Bulat matanya bila melihat lelaki itu yang memaut tubuhnya.  Segera  dia meleraikan pautan lelaki itu.  Hariz Iskandar juga kelihatan terkejut dengan pertemuan mereka di majlis hari jadi Nur Batrisya.  Mukanya sedikit berkerut.  Pelik barangkali dengan kehadiran Sofiya Alia di rumah ini.

                “Kak Sofie!” jerit Nur Batrisya sambil berlari dan terus memeluk kaki Sofiya Alia.

                “Hai Sya.  Happy Birthday sayang.  Comelnya Sya.  Macam princess.” kata Sofiya Alia sambil mencubit lembut pipi montel milik Nur Batrisya.  Gadis kecil itu tersenyum gembira.  Seronok barangkali bila dirinya di samakan dengan puteri. 

                “Amboi, Sya bila dah jumpa Kak Sofie dia,  Kak Ana yang  berdiri dari tadi Sya buat tak nampak je. Tak nak lah kawan Sya.” Rajuk Natasya Alia. 

MIA SARA NASUHA sebagai NUR BATRISYA



                Nur Batrisya tersipu malu bila di tegur begitu.  Segera tangan Natasya Alia di capai lalu di cium. Hariz Iskandar mula pelik melihat kemesraan Nur Batrisya dengan Sofiya Alia dan Natasya Alia.  Mereka kelihatan sungguh rapat sekali.  Tapi bagaimana mereka boleh saling mengenali?

                “Eh, abang lupa nak kenalkan.  Ni Is.” Badrul Zaman memaut bahu Hariz Iskandar yang hanya menjadi pemerhati di sebelahnya.

                “Is?” soal Sofiya Alia pelik

                “Adik abang.  Nama dia Hariz Iskandar.  Family abang panggil Is.  Kami dua beradik je” terang Badrul Zaman satu persatu.

                “Adik abang Bad??”

Bagai nak terkeluar biji mata Sofiya Alia bila mengetahui perkara sebenar.  Ya Allah, kecilnya dunia ni.  Bagaimana lelaki yang mempunyai ego melangit ini boleh ada kena mengena dengan lelaki sebaik dan sesopan  Badrul Zaman?  Memang mereka jauh berbeza.  Badrul Zaman yang manis dengan senyuman dan Hariz Iskandar yang bengis dan menjengkelkan.

                “Ye, dia satu-satunya adik yang abang ada.  Haa Is, ni Sofie dan itu Ana.”

                “Macam mana abang boleh kenal budak ni?” soal Hariz Iskandar.

                “Sya tinggal dekat nursery mak Sofie.  Abang kenal Sofie dari situ lah.  Kenapa?  Is kenal Sofie ke?”

                “Eh, tak lah.  Tak mungkin Is boleh kenal dengan ‘lelaki celup’ macam ni.”

                Mata Sofiya Alia membulat.  Hariz Iskandar pura-pura tidak mengenalinya?  Bertambah sakit hatinya bila Hariz Iskandar asyik menggelarkan dirinya lelaki celup!  Aku perempuan tulen lah! Kau buta ke? Bentak hati Sofiya Alia. 

                “Is, tak baik cakap Sofie macam tu.” Tegur Badrul Zaman.

                “Laaa, dah benda betul bang.  Buat apa abang nak marah Is?” soal Hariz Iskandar sambil tersenyum sinis ke arah Sofiya Alia.

                “Dah la abang Bad.  Buat apa nak bertekak dengan orang buta macam ni kan?  Dia mana pandai nak bezakan perempuan dengan lelaki.  Rasanya monyet kat hutan pun tahu nak bezakan yang mana satu perempuan, dan mana satu lelaki.”  Balas Sofiya Alia. 

                Tajam mata Hariz Iskandar memandang Sofiya Alia.  Dirinya dibandingkan dengan monyet?  Panas hatinya.  Sudah tak ada benda lain kah? 

                “Eh, dah la tu kak.  Jom kita pergi ambil makanan.  Ana dah lapar dah ni.”  Natasya Farhana cuba meleraikan pergaduhan kecil antara Hariz Iskandar dan kakaknya.

                Tangan Sofiya Alia di tarik ke meja makan dan meningglakan Hariz Iskandar yang masih merenung tajam ke arah Sofiya Alia.  Dia sendiri pelik, setiap kali Sofiya Alia dan Hariz Iskandar bertemu pasti mereka akan bertegang urat. 

                “Is, kenapa cakap macam tu dekat Sofie? Kecil hati dia nanti.”

                “Laaa, Is gurau-gurau je pun  bang.  Sengaja nak sakat dia.  Abang ni Is tengok lain macam je.  Abang dengan budak tu ada apa-apa ke?” soal Hariz Iskandar.  Entah kenapa dia mula merasa cemburu melihat sikap abangnya yang begitu mesra dan mengambil berat tentang Sofiya Alia. 

                “Ish, tak ada apa-apa lah.  Kenapa lah boleh sampai ke situ Is fikir.”

                “Bukan apa, Is tengok abang dengan dia macam mesra semacam.  Mana lah tau, abang nak jadikan budak tu kakak ipar Is.”

                “Hisssh, sudah lah Is.  Jangan nak merepek lagi. Okay lah Is, abang nak temankan Sofie dan Ana makan.  Kejap lagi kita sembang lagi.” Ujar Badrul Zaman dan berlalu pergi.

AIMAN HAKIM RIDZA sebagai HARIZ ISKANDAR



                Hariz Iskandar hanya menjadi pemerhati dari jauh.  Entah kenapa hatinya merasa cemburu dengan kemesraan yang di tunjukkan Badrul Zaman kepada Sofiya Alia.  Tapi kenapa dia harus cemburu?  Kenapa mesti dia merasa begitu?  Kenapa dia mesti cemburu dengan abang kandungnya sendiri?  Kenapa?  Sofiya Alia bukan sesiapa pun pada dirinya.  Jadi kenapa dia harus melayan perasaan cemburu ini?  Ah, jangan jadi bodoh lah Hariz!  Persetankan sahaja perasaan itu. 

                Entah kenapa sakit pula matanya melihat senyuman manis di bibir Sofiya Alia.  Senyuman yang tidak pernah di lemparkan kepadanya.  Tetapi kenapa gadis itu boleh tersenyum sebegitu kepada Badrul Zaman?  Senyuman yang dapat meruntun jiwa sesiapa yang melihatnya.  Senyuman ikhlas yang terbit dari hati.  Arggghhh!!  Tidak sanggup pula dia melihat kemesraan antara Badrul Zaman dan Sofiya Alia. Kakinya terus  melangkah masuk ke dalam rumah.  Moga perasaan itu tidak terus menyesakkan fikiran dan hatinya. 

               

               

2 comments: