Pages

Monday, October 29, 2012

TAKDIR CINTA - BAB 8


TAKDIR CINTA


BAB 8

                Usai makan malam, Zainab melangkah ke arah ruang tamu rumahnya.  Tubuhnya di labuhkan bersebelahan Zafrul yang leka menonton televisyen.  Sesekali dia mengerling ke arah Umairah yang sibuk melayan kerenah cucunya, Aliff dan Amirah.  Hilai tawa kedua cucunya sedikit sebanyak dapat juga memberikan ketenangan.

                “Zafrul, umi ada benda sikit nak bincang dengan kamu.”

                “Bincang fasal apa pula umi?  Macam serious je bunyi nye?” tanya Zafrul sambil menoleh ke arah Zainab.

                “Umi nak bincang fasal adik kamu, si Umairah.”

                Zafrul mengerutkan dahinya.  Matanya terus tertacap pada adik perempuannya yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya.   Kenapa dengan Umairah?  Ada apa yang tidak kena padanya? 

                “Umairah?  Kenapa dengan dia?” tanya Zafrul pelik.

                “Macam ni,pagi tadi ada seorang budak lelaki ni datang ke gerai kita.  Budak tu katanya dari Kuala Lumpur  dan datang ke sini nak bercuti.  Umi pun terkejut juga bila dia kata nak jumpa umi.  Rupa-rupanya dia datang nak merisik adik kamu si Umairah.”

                “Nak merisik si Umairah??” Zafrul sedikit terkejut.

                “Ya.  Dia datang luahkan hajat dia untuk memperisterikan Umairah.  Umi pun terkejut juga.  Yelah, manakan umi tak terkejut.  Dia sendiri pun tak kenal lagi dengan Umairah.  Dia pun baru je jumpa beberapa kali.  Itu pun sebab nak beli nasi lemak kat gerai kita.  Entah lah, umi pun buntu sekarang ni.”

                “Hai, takkan lah baru berapa kali jumpa dah berani nak masuk merisik?  Kita sendiri pun tak kenal dia umi.  Jadi, apa umi cakap dekat budak tu?  Umi terima ke?”

                “Umi tak beri apa-apa jawapan pun lagi.  Umi kata bagi tempoh seminggu.  Tapi dari caranya, umi dapat rasakan budak tu baik orangnya.  Dari mata dia umi dapat tahu yang dia betul-betul ikhlas nak memperisterikan Umirah.”

                “Tapi kita sendiri pun tak kenal siapa dia tu  umi.  Mana lah tahu yang dia tu orang jahat ke, nak mempermainkan Umairah ke.  Kita tak tahu semua tu umi.  Lagipun, dia tu orang luar.”

                “Itu yang umi fikirkan.  Umi tak mahu lah ada masalah di belakang hari.  Memang umi tahu yang budak tu ikhlas.  Kalau tak, takkan lah dia nak datang jumpa umi semata-mata nak luahkan hajat dia pada umi?  Lagipun, umi tengok budak tu baik orangnya.”

                “Jangan tertipu pada luaran seseorang umi.  Zafrul tak nak kita buat keputusan yang salah.”

                “Entahlah Zafrul.  Umi pun tak tahu nak kata macam mana.  Sebab tu umi ajak kamu berbincang.”

                “Haa, si Umairah ni tau tak ada orang merisik dia?” tanya Zafrul sambil menjeling ke arah adiknya.

                “Tak tahu pun.  Umi tak cerita pun dekat dia lagi.  Apa pendapat kamu Zafrul?”

                “Macam ni lah.  Zafrul rasa, lebih baik Zafrul yang jumpa budak lelaki tu dulu.  Kita tak boleh nk buat keputusan terburu-buru umi.  Zafrul nak kenal dulu budak tu, nak tengok dulu macam mana.  Kalau Zafrul rasa confident dengan dia, Zafrul akan bagitahu Umi.  Tapi, umi pun kena lah tanya pendapat Umairah dulu.  Manalah tahu, kita dah terima tapi dia pula yang tak mahu.  Lagipun, dia yang nak berkahwin nanti.  Jadi, Zafrul rasa, dia layak tahu semua ni.”

                Zainab mendiamkan diri.  Mengambil kira kata-kata anaknya.  Risau juga jika mereka tersalah membuat keputusan.  Andai keputusan mereka salah, sudah tentu mereka merosakkan masa depan Umairah.  Pening juga kepalanya bila ada yang berkenan pada anak daranya yang seorang itu. 

                “Umi ada nombor telefon budak tu?”

                “Tak ada pula.  Cuma umi suruh dia datang ke gerai seminggu lagi.  Untuk umi bagi jawapan pada dia.”

                “Hurmm, macam ni lah.  Andai kata budak tu datang ke gerai esok,  umi jemput dia datang ke rumah.  Senang kita nak berkenal-kenalan.”

                “Baiklah, kalau dah kamu fikir macam tu.  Kamu cuba bincang dengan adik kamu tu macam mana.  Tanya pendapat dia.  Umi tak tahu macam mana nak mulakan.”

                “Baikla umi.  Fasal Umairah ni, umi jangan risau.  Pandai lah Zafrul nak buat macam mana.”

                “Senang hati umi bila kamu dah cakap macam tu.  Kalau tak pening juga umi di buatnya.  Yelah, kalau orang yang kita dah kenal tu lain ceritanya.  Ini orang luar.  Kenal pun tidak.”

                “Tak apa lah umi.  Benda macam ni mana lah kita nak duga.  Nama pun jodoh kan?  Andai kata memang budak tu jodoh Umairah.  Jauh mana pun dia tinggal, pasti ada jalan Allah nak temukan diaorang kan?”

                Zainab hanya membalas dengan anggukan.  Ada benarnya kata-kata Zafrul.  Jodoh itukan rahsia Allah S.W.T.  Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tidak bisa diungkapkan.  Kerana Allah telah menjadikan manusia itu dengan fikiran yang terbatas.

                “Jika sudah tiba masanya Umairah mendirikan rumah tangga dan lelaki itulah jodohnya, aku terima dengan hati yang terbuka Ya Allah.” Bisik hati Zainab sambil memandang ke arah Umairah.



Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx   

                Tumpuan Datuk Fuad beralih ke arah Balqis yang baru sahaja turun ke ruang tamu.  Dengan pakaian yang sendat dan singkat, Balqis menghayunkan beg tangannya sambil menyanyi-nyanyi kecil. Datuk Fuad yang sedang memerhatikannya langsung tidak diendahkannya. 

                “Nak ke mana Balqis?” Datuk Fuad mula bersuara.

                “Nak keluar dengan kawan.” Balas Balqis tanpa sedikit pun memandang ke arah Datuk Fuad.

                “Kawan yang mana?  Nak pergi mana?”

                “Keluar dengan kawan-kawan Qis la pa.  Pergi minum-minum, tenang kan fikiran.”

                “Nak pergi teguk air syaitan tu ye?  Sampai bila Qis nak hidup macam ni? Hidup bergelumang dengan dosa.”  Datuk Fuad mula merapati anaknya.

                “Pa..Qis bukan budak kecil lah.”

                “Sebab bukan budak kecil lagi lah papa nak tegur Qis.  Qis tu dah boleh jadi isteri dan mak orang.  Sampai bila Qis nak hidup macam ni?”

                “Pa, please lah.  Papa dengan mama dulu pun hidup macam ni juga kan?  Sejak bila papa dah pandai nak tegur-tegur Qis?  Nak halang Qis keluar semua ni?” Soal Balqis tidak puas hati.

                “Ye, memang papa dulu hidup macam ni.  Dan sekarang papa dah sedar apa yang papa buat sebelum ni  semuanya tak betul.  Papa tak nak Qis hidup dan terus hanyut dengan semua ni.”

                “Paaaa, Qis muda lagi tau.  Kalau papa rasa papa dah tak nak buat semua ni.  Pap sedar yang semua ni dosa.  Papa pergi lah bertaubat.  Qis masih muda dan Qis tak puas enjoy lagi.”

                “Balqisss!!!!” jerit Datuk Fuad.

                “Yang awak terjerit-jerit ni kenapa bang?  Dah tak betul dah? Nak menjerit tengah malam buta ni?” soal Datin Faridah yang entah dari mana datangnya.

                “Awak tengoklah anak awak ni.  Saya cakap sikit pun dia buat tak endah.”

                “Apa masalahnya ni Qis?  Qis buat apa sampai papa marah-marah macam ni?”

                “Qis tak buat apa pun ma.  Papa tu, ada ke Qis nak keluar pun papa nak halang-halang.  Qis bukan nak pergi mana pun.  Qis nak keluar dengan kawan-kawan Qis.  Itu pun salah ke?” soal Balqis dengan lagak tenang. 

                “Laaa, fasal tu je pun  awak nak marah-marah?  Nak terjerit-jerit tengah malam ni?  Come on la bang, Balqis bukan budak-budak lagi.  Biar kan lah dia nak pergi mana pun.”

                “Biar lah awak kata?  Dia anak kita.  Kalau dia buat tak elok, kita kena tegur.  Awak nak tunggu sampai anak awak rosak baru awak nak menyesal ke ida?”  marah Datuk Fuad.

                “Hey Datuk Fuad.  Awak dulu pun sama je.  Jangan nak belagak baik pula.  Lagipun Qis nak keluar dengan kawan-kawan dia je.  Salah ke kalau dia nak pergi enjoy dengan kawan-kawan dia dekat club tu?  Bukan nak pergi buat benda tak elok pun.   Lagipun dia dah besar panjang.  Pandai –pandai lah dia jaga diri.”

                Datuk Fuad meraup mukanya.  Tangannya memicit-micit kepalanya.  Terasa bagai batu yang menghempap kepalanya di saat ini.  Sakit yang teramat.  Isterinya selalu sahaja menyebelahi anak mereka.  Tidak betulkah tegurannya?  Salahkah tindakannya? 

                “Duduk kat club tu buat benda baik ke?  Minum air kencing syaitan tu, benda yang elok ke?” soal Datuk Fuad. 

                “Sejak bila awak jadi kolot macam ni Datuk Fuad?  Hey, please lah.  Awak tu bukan baik sangat pun!  Awak pun sama je!  Dari muda sampai ke tua awak dok teguk air kencing syaitan tu boleh pula?  Kenapa bila Qis buat awak nak melenting?” Suara Datin Faridah mula meninggi.

                “Sebab saya tak nak Qis jadi macam kita!  Saya tak nak Qis semakin rosak!”

                “Arggghh! Tak payah nak belagak alim lah bang. Meluat saya tengok perangai awak sekarang ni.  Ini dosa, itu dosa.  Semua yang kita buat semuanya dosa.  Kalau time dia buat dulu tak ada pula dia nak fikir dosa ke pahala ke.”  Sindir Datin Faridah.

                “Dah la ma,pa.  Tak payah nak gaduh-gaduh lagi.  Qis pun tak faham lah, kenapa family kita jadi macam ni sekarang.  Dulu okay je.  Tak ada pun kita nak gaduh- gaduh. Stress lah Qis duduk rumah sekarang ni.  Ada je tak kena.”

                “Dah Qis.  Qis tak payah nak layankan papa tu. Dah, pergi keluar cepat.  Enjoy puas-puas ya sayang.”

                “Thanks ma.  I love you.” 

                “Jangan keluar Balqis!!” jerit Datuk Fuad apabila Balqis mula mengatur langkah ke arah pintu rumahnya.

                “Apa lagi yang tak kena ni pa?  Please lah!  Takkan lah nak keluar kejap pun tak boleh?”

                “Papa kata jangan tu jangan lah!  Kenapa Qis degil sangat ni?  Papa tak nak Qis bergelumang dengan dosa tu lagi! Cukup-cukup lah tu.  Papa tak nak Qis terus hanyut dengan dunia Qis.  Qis tahu tak semua tu dosa?  Dosa tahu tak?!!” marah Datuk Fuad.

                “Pa, Qis tak suka lah papa buat Qis macam ni.  Qis nak keluar.  Kalau papa rasa papa tu tak nak buat dosa.  Papa tak payah buat.  Qis nak buat dosa, suka hati Qis lah.”

                “Balqiss!! Jangan nak kurang ajar dengan papa.”

                “Kenapa papa nak marah Qis?  Tak betul ke apa yang Qis cakap kan ni?  Dah lah pa, kalau papa rasa papa nak jadi baik.  Papa jadi lah baik sorang-sorang.  Tak perlu nak ajak orang lain.  Dah la pa, Qis dah lambat.  Bye.” Balas Balqis dan terus berlalu pergi.


                Datuk Fuad mengurut lembut dadanya.  Sakit hatinya melihat kebiadapan Balqis.  Balqis semakin menjadi-jadi.  Tapi apa yang dia mampu buat?  Tegurannya langsung tidak diendahkan Balqis.  Siapakah dia di dalam rumah ini?  Ketua keluarga??  Arggghh! Dia tidak layak menjadi ketua keluarga.

 Ini semua silapnya.  Kalau lah masa dapat di undurkan semula.  Sudah tentu dia akan membetulkan segala kesilapan yang ada.  Sudah tentu Balqis tidak jadi seperti sekarang.  Semuanya sudah terlambat.  Benar kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


No comments:

Post a Comment